Gawar - Salasilah Keluarga Hj Maslin & Yusi Rahim

SALASILAH KELUARGA

Salasilah Keluarga
Go to content

KELUARGA GAWAR KUNSIRIM

GAWAR
(Rosenani Binti Ilyias Binti Gawar)
Adik beradik beliau ialah Zaisah, Hj Abdul Rahim, Hatimah, Aminah, dan Dr Zakaria. Ibu mereka ialah Minah Gunsanad.
LIMBAWANG
(Kamin bin Rahim Bin Gampadus Bin Limbawang)
Adik beradik Rahim ialah Maniah dan Gadiah sementara adik beradik Kamin ialah Yusi, Dzahara dan Kamasriah. Ibu mereka ialah Murisah Binti Gubil/Sembet. Nama ibu Murisah ialah Kumbihai (nama islam Tumi).
Sambutan Hari Keluarga Gawar Kunsirim amat meriah
Ranau:  2 Mac 2024: (Video Rakaman Sambutan)

SAMBUTAN Hari Keluarga Gawar Kunsirim, merupakan acara kekeluargaan yang sangat dinantikan oleh 4 keluarga induk, iaitu; Keluarga Rinam, Keluarga Illyas, Keluarga Minah, dan keluarga Mentehik. Perjumpaan ini telah disambut dengan amat meriah sekali.

Sebenarnya, sambutan pada tahun ini, tanggal 2 Mac 2024 yang lalu, bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan St. Benedict, Ranau merupakan acara yang diadakan julung kalinya.




Rekod kehadiran ke Majlis Hari Keluarga Gawar kali pertama, adalah SakagRinam 111, SakagMinah 67,  dan Sakag Illyas ialah 45 orang, sementara kehadiran keluarga mentehik tidak ada kerana menurut sumber, Mentihik tidak mempunyai SAKAG. Keluarga kumpulan ke 4 yang ditunjukkan dalam video, sebenarnya adalah keluarga Kentoboi, iaitu sakag Minah juga (anak Minah - Pooi, Kentoboi dan Muhamad).

Program ini dimulai dengan ucapan pengerusi yang menyampaikan ucapan selamat datang kepada semua ahli keluarga yang hadir. Setelah itu, diikuti dengan acara suaikenal yang mana suasana sebegini akan maenjadi lebih akrab dengan kegiatan mengenal satu sama lain, berdasarkan keluarga induk masing-masing.

Tidak ketinggalan, turut diadakan adalah melawat pameran salasilah keluarga dan juga acara memotong kek juga diadakan. Setiap keluarga induk memotong kek yang disajikan secara khusus untuk mereka. Hal ini bertujuan untuk memberikan keistimewaan bagi setiap keluarga induk.

Selain itu, acara ini juga diteruskan dengan sesi pertukaran hadiah istimewa. Hadiah ini diberikan, sebagai bentuk apresiasi kepada ahli keluarga yang telah memberikan sumbangan besar dalam membangun kebersamaan dan keharmonian.

Dengan adanya acara Sambutan Hari Keluarga Gawar Kunsirim ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara ahli keluarga. Program seperti ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan nilai-nilai murni dan membentuk diri kita untuk menjadi individu yang sentiasa menghargai dan menyokong di antara satu sama lain.
Mesyuarat Majlis keluarga GAWAR Kunsirim
Mesyuarat Majlis Sambutan Keluarga Besar Gawar bertempat dirumah kediaman Pengerusi Penganjur, Kampung Kilimu Ranau, telah iadakaan pada 26 Februari 2024.
Mesyuarat Majlis Sambutan Keluarga Besar Gawar melalui Google Meet, telah diadakan pada 12 Januari 2024. Sebelum itu, satu mesyuarat, juga diadakan pada 30 Disember 2023 yang lalu.
Pengenalan keluarga anak-anak keluarga GAWAR Kunsirim
Keluarga Hajah Aminah @ Ramineh,

Hajah Aminah telah berkahwin dengan Tuan Hj Justin Bin Tuali @Abd Aziz. Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka telah dianugerahi seramai lapan  (8) orang anak, iaitu adik beradik mengikut susunan adalah -1. Mahmood, 2. Mohd Sani, 3. Hassim,  4 Rahmawati, 5. Jamil, 6. Rostina, 7. Hjh Rahina, dan 8. Jainurin.

Narasumber: Rostina Hj Justin Tuali @ Abd Aziz, pada 20 Mac 2017

Back to content