Tagudon Lama
PERKAMPUNGAN
Tagudon Lama
Kampung Tagudon Lama terletak dalam Daerah Ranau, Sabah, kira-kira 12 kilometer di Bahagian Barat Gunung Kinabalu. Kampung ini berdekatan atau berjiran dengan beberapa buah kampung lain seperti Kampung Pulutan, Kampung Ratau, Kampung Himbaan, Kampung Pahu, Kampung Karanaan, Kampung Kemburongoh, Kampung Sosondoton, Kampung Toboh, dan Kampung Terolobo.
Lebih kurang 90% penduduk Kampung Tagudon Lama terdiri daripada etnik Dusun Liwan. Komuniti ini sangat bangga dengan identiti dan budaya mereka, termasuk bahasa ibunda dan tradisi seperti paluan gong yang dikenali sebagai 'tagung.
Hampir 100% penduduk Kampung Tagudon Lama kebanyakannya menganut agama Islam. Agama ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian mereka, termasuk dalam adat dan budaya komuniti, sementara sumber ekonomi utama penduduk Kampung Tagudon Lama adalah pertanian. Mereka terlibat dalam penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Selain itu, penternakan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang tidak kurang penting di kampung ini.
Istimewanya kampung Tagudon Lama ialah kampung ini mempunyai sejarah pendidikan yang tersendiri, iaitu Sekolah Kebangsaan Tagudon Lama, yang didirikan pada awal tahun 1955 sebelum merdeka lagi (Persekutuan Malaysia) oleh penduduk kampung secara gotong royong.
Dengan kedudukan kampung ini yang terletak pada ketinggian 1,135 meter di atas paras laut, memberikan pemandangan yang indah dan suasana yang nyaman.
Adakah anda pernah melawat kampung ini atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan di sana?
Sakag Gubilan Gouling & Gawar
Nenek Murisah Gubil bersama anaknya Kasumi
Gambar ini telah ditangkap pada tahun 1975 dirumah nenak di Tanah Merah Kilimu Ranau.
Cucu Tumi
Berhijrah ke Tamparuli.
Cucu-cucu Kahan, Tumi, Gampadus dan lain2
Gambar ini ditangkap di kedai laman Pekan Ranau tahun 70an.
Cucu Tumi dan Kabbas
Antara cucu-cucu yang aktif disertai semasa zaman persekolahan 60an...
AJK Bergambar selepas mesyuarat pelaksanaan perhimpunan KAGUM 2019
Mesyuarat ini adalah dipengerusikan oleh EBIN SABIN dan setiusaha Johari Salim. Tempat mesyuarat di permis Hjh Nasah.