Salasilah Keluarga Hj Maslin & Yusi Rahim

SALASILAH KELUARGA

Salasilah Keluarga
Go to content
Allah dalam firmannya:

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 1)

Hadis al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557) tentang silaturrahim, sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Mengapa salasilah penting diketahui dalam kehidupan manusia?
Sudut pandang umum, salasilah, atau susur galur, memiliki kepentingan yang besar dalam keluarga karena menjadi warisan budaya yang menghubungkan generasi-generasi sebelumnya dengan generasi saat ini. Melalui salasilah, kita dapat memahami asal-usul keluarga, tradisi, dan adat istiadat yang turun-temurun. Hal ini dapat memperkuat rasa identitas dan kebanggaan terhadap keluarga dan nenek moyang.

Salasilah juga dapat menjadi sumber pengetahuan tentang kesehatan genetik. Dengan mengetahui riwayat penyakit dan kondisi genetik yang ada dalam keluarga, kita dapat melakukan langkah-langkah preventif untuk mencegahnya. Selain itu, salasilah juga dapat bermanfaat dalam menjaga keberlangsungan tradisi dan kepercayaan keluarga.

Dalam konteks keagamaan, salasilah juga menjadi penting karena dapat menunjukkan lineage atau silsilah keluarga dalam praktik agama tertentu. Dengan mengetahui salasilah keluarga, kita dapat lebih memahami dan menghormati leluhur yang memengaruhi agama dan keyakinan keluarga.

Dengan memahami kepentingan salasilah dalam keluarga, kita dapat memberikan nilai dan penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budaya yang dimiliki dan mewariskannya ke generasi selanjutnya.

Maslin & Yusi serta Hubungannya Dengan Keluarga Besar Tagudon Lama & Bundu Tuhan

ROMAN LIMBONGOT
SAPIN LUHUBAN
ESIM KABBAS
KASUMAN KEWIT (KUMPINAI) SUKARDI
MURISAH TUMI (KUMBINAI)
Ini adalah antara gambar generasi tua, bersaudara sepupuh sekali iaitu anak cucu (putu) Gubilan (Atok) bin Gaouling (Boyut). Gubilan bin Gouling mempunyai seramai 7 orang anak, seperti yang ditunjukkan dalam CARTA, iatu Kabbas, Kahan, Limbongot, Luhuban, Tumi, Kewit, dan Abd Rahman.
Empat gambar genarasi muda atau generasi ke-3, bersaudara, iaitu anak cicit (buyut) Gubilan (Atok) bin Gaouling (Boyut). Gambar dari kiri anak Murisah binti Tumi (Kumbihai), anak Hj Roman bin Limbongot, anak Sapin bin Luhuban, Anak Kasuman Kewit (Kumpinai) Sukardi, dan paling kanan anak Esim Bin Kabbas.
Keluarga Asas Gouling Tagudon Lama
Keluarga ini, selain tinggal di kampung asal di Kampung Tagudan Lama, terdapat juga ada keluarga berpindah rendah ke tempat lain, setelah berkahwin disamping mencari kawasan pertanian yang baru, seperti melakukan penempatan kekal di Kampung Tagudon Baru, Kampung Lohan, Kampung Kilimu dan beberapa tempat lagi seperti berhijrah ke Keningau, Sook, Tuaran, Tudan Baru dan sebagainya.
GAMBAR ATAS: Gambar anak-anak Patoh Galidau dan Lombi Rintingan, dan pasangan mereka.
Gambar Kanan: Hari Keluarga Patoh Galidau yang telah diadakan pada Mei 2015 di Dewan Komuniti Kampung Himbaan Ranau.

Genarasi ke 8 pemberi maklumat keluarga (Raim, Rahsin, Patoh & Murisah)

Sedikit latar belakang tentang Kampung Bundu Tuhan. Kampung Bundu Tuhan terletak di Ranau, Sabah. Kampung ini dihuni oleh etnik terbesar Dusun, yang mayoritas adalah petani. Mayoritas penduduknya beragama Kristen, namun juga terdapat komunitas Muslim. Kampung ini dikelilingi oleh hutan tebal yang hijau dan dihiasi oleh bukit-bukit serta gunung-gunung yang menawan. Salah satu gunung yang terdekat adalah Gunung Kinabalu, yang menjadi daya tarik utama bagi para pendaki dan pelancong yang mengunjungi kampung ini.

Kampung Bundu Tuhan memiliki keunikan tersendiri karena keindahan alamnya yang memukau dan keberagaman budaya serta agama yang harmonis. Penduduknya menjaga kelestarian alam dengan baik, sehingga kampung ini menjadi destinasi yang populer bagi para pecinta alam dan petualang.

Selain itu, kampung ini juga terkenal dengan kekayaan budaya tradisional yang masih dijaga dengan baik. Pengalaman tinggal sementara di kampung ini dapat memberikan wawasan yang berharga tentang kehidupan masyarakat pedesaan yang masih sangat mengandalkan alam sebagai sumber kehidupan.

Kampung Bundu Tuhan merupakan destinasi yang sempurna bagi siapa pun yang ingin menikmati keindahan alam, merasakan kehangatan masyarakat pedesaan, serta mempelajari keberagaman budaya yang kaya.

Keluarga daripada keluarga lelaki, Haji Maslin @ Sani bin Abdul Fatah (Patoh - nama sebelum Islam) bin Galidau bin Kaga berasal dari Kampung Bundu Tuhan. Maslin merupakan generasi ke-6, daripada keluarga pasangan suami isteri Kaga dan Kondongoi. Kaga merupakan anak generasi ke 5 daripada keterunan dari keluarga asas pasangan Laangon dan Laandai, iaitu Kaga bin Bondong bin Simpod bin Humboloi bin Rudiaan bin Laanggon/Laandai. Susur gelur keluarga ini ditunjukan dalam CARTA 1.

Kaga atau kondongoi adalah dipercayai mempunyai 4 adik beradik, iaitu Lugas, Lihuan dan Goram CARTA2 tetapi tidak pasti sama ada mereka itu adik beradik dengan Kondongoi atau Kaga kerana pencerita tidak berapa pasti. Namun begitu, pencerita telah menyakini, Gurom telah berkampung di kampung Toboh Ranau, sementara Lugas dan Kendongoi, terus berkampung di kampung Bundu Tuhan manakala Lihuan telah berkampung di kampung Lohan dan Bongkod, Ranau. Dipercayai juga, sebahagian keluarga ini telah merantau dan membuat perkampungan di daerah Tuaran, Sabah.
GAMBAR atas - Atok Patoh Bin Galidau Binti Kaga Binti Bonding Bin Simpod Bin Humboloi Bin Rudian (Rudayon) Bin Laangon (& Laandoi) diislamkan oleh Ustaz Saad di rumah kediaman anak bungsunya Wasnin bin Patoh, di Kampung Lingkodou Ranau pada tahun 1974.
Kaga dan Kondongoi telah dikurniakan 6 orang anak, iaitu Rantau, Galidau, Linog, Bali, Gurod, dan Kembiong. Perincian keluarga ini adalah ditunjukkan dalam CARTA 3.

Galidau mempunyai 3 isteri, namun hanya dikurniai 4 orang anak sahaja, iaitu Rahsin Galidau, Patoh Galidau, Sondiong Galidau, dan Demoi Galidau. Sedikit Latar belakang keluarga ini, sila dengar penjelasan daripada Wasnin Patoh Galidau.

Semasa hayat Galidau, beliau juga pernah mengambil 2 anak asuhan (adik beradik), iaitu Hj Jalil Gabat Gimor dan Ladom Gabat Gimor yang merupakan anak pasangan Gabat dan Kaleng dari Kinasaraban. Anak asuhan dalam CARTA4. Sila dengar penjelasan Tuan Haji Jalil Gimor, dan Dusina Gunting.

Untuk merapatkan lagi silaturahim sebagai keluarga besar, maka keluarga ini telah berjaya mengadakan satu Majlis Sambutan Keluarga Galidau Kondongoi pada 30 Mei 2015, bertempat di Dewan Komuniti Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau.

Abdul Fatah (Patoh) telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Lombi binti Rintingan dari Kampung Towo-Towo, Bundu Tuhan. Adik beradik Puan Lombi adalah seramai 5 orang. Mereka ialah Potoh, Gapaya, Medili, dan Mandadi, lihat CARTA 5. Patoh dan Lombi telah dikurniakan 6 orang anak, seperti yang dinyatakan dalam CARTA 6. Sebagai keluarga besar, keluarga ini juga telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Keluarga Patoh Galidau, 2 dan Keluarga Lombi Rintingan, 2, 3, 4, 5.
Tagudon Lama
Latar belakang sedikit tentang Kampung Tagudon Lama adalah sebuah kawasan perkampungan di bahagian Sayoro, Ranau, yang terletak sekitar 25 km dari pusat pekan Ranau. Penduduk kawasan ini didominasi kaum dusun Islam. Kegiatan utama adalah aktivitas pertanian. Penduduk Tagudon Lama menjalankan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip agama Islam, yang juga menjadi bahagian penting dari budaya dan kehidupan sehari-hari mereka.

Pertanian merupakan mata pencaharian utama di kawasan ini, dimana penduduknya mengandalkan hasil pertanian untuk kehidupan sehari-hari. Selain itu, kepercayaan agama Islam memberikan pedoman dan nilai-nilai yang mengarahkan gaya hidup dan tata nilai masyarakat Tagudon Lama.

Dengan kehidupan yang masih sangat terpencil, Tagudon Lama adalah contoh kehidupan masyarakat pedalaman Sabah yang masih sangat kental dengan nilai-nilai keagamaan dan tradisi pertanian. Meskipun terpencil, kehidupan di Tagudon Lama memberikan gambaran tentang bagaimana masyarakat tetap mempertahankan kearifan lokal dan tradisi, sekaligus mempraktikkan agama sebagai bagian integral dari kehidupan mereka.

Asal usul IBU, daripada ayah atau keluarga lelaki, adalah Yusi binti Raim @ Rahim bin Gampadus Bin Limbawang. Gampadus berkahwin dengan Rinam binti Gawar. Adik beradik Rinam ialah Minah, Mentehik dan Elyias. Keluarga ini berasal dari kampung Sosondoton, Ranau. Pasangan Rinam dan Gampadus telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak, iaitu Gadiah, Raim@Rahim dan Maniah. Lihat CARTA 7 sementara Minah dikurniakan 3 orang anak, iaitu Pooi, Muhamad, dan Kontoboi. Elyias juga dikurnikan anak-anak, iaitu Hj Abdul Rahim, Hjh Aminah, Hatimah, Jaisah, Rosanani, dan Dr Zakaria. Mentehik aiso SAKAG.

Setelah Raim@Rahim berkahwin dengan Murisah Gubil (Sembet), mereka tinggal di Bayat/Butor dan di Kampung Tagudon Lama, sebelum berhijrah ke Kampung Tanah Merah Kilimu di pertengahan tahun 1960an. Pasangan ini telah dikurniakan seramai 4 orang anak, iaitu 3 orang nak perempuan dan seorang anak lelaki. Anak-anak Rahim & Murisah, ialah Yusi, Kamin, Dzahara dan Kamasriah.  Yusi berkahwin dengan Hj Maslin dan kini menetep di Kampung Himbaan Ranau, Kamin Rahim berkahwin dengan Roslina (Mayang) menetap di kampung Tudan Baru, Bingkor Keningau, Dzahara Rahim berkahwin dengan Nazir (Pulau Pinang) menetap di Kota Kinabalu, dan Kamasriah Rahim berkahwin dengan Hj Johan yang menetap di Taman Mawar Sibuga, Sandakan. Lihat CARTA 8.

Gadiah berkahwin dengan orang Sosondoton dan kini menetap di Keninagau. Hasil perkahwinan Gadiah dengan pasangannya telah dikurniakan tiga (3) orang anak, iaitu Sirad, Peridi dan Suriah. Anak-Anak Sirad ialah Wagimin, Rahitah, Waiman, Hj Khamidin, dan Kiman. Maklumat anak-anak Peridi dan Suriah, belum diperolehi setakat ini. Lihat CARTA 9.

Sementara Maniah telah berkahwin dua kali, iaitu Bagong (suami Pertama) dan Mohd Don (suami ke-2) telah dikurnia dengan 4 orang anak, iaitu Waliah Bagong, Simin Bagong, Hj Karim Bagong, dan Gahamid @ Abdul Hamid Bin Mohd Don. Kini, Haji Karim CARTA10 dan Simin Bin Bagong CARTA11 menetap di Tanah Merah, Kampung Kelimu, Ranau sementara Waliah Bagong CARTA12 menetap di kampung Ketuntul, Ranau manakala Gahamid @Abdul Hamid Bin Mohd Don CARTA 12 dan keluarganya menetap di Kampung Tudan Baru, Bingkor Keningau. (Video penjelasan tentang Mohd Don)

Asal usul IBU, daripada ibu atau keluarga perempuan, adalah Yusi binti Murisah binti Gubil @ Sembet. Adik beradik Gubil@Sembet ialah Gudal dan Gintal CARTA 13. Anak si Gudal ialah Mayang, Bungah, Manap dan ada lagi tapi tak ingat semantara anak-anak Gintal ialah Sarah dan ada lagi tetapi tidak pasti.

Ibu Murisah iaitu Tumi (nama Islam) atau Kumbihai merupakan sakag Gouling. Adik beradik Tumi (Kumbihai) ialah Kahan, Kabbas, Lembongot, Luhuban, Kewit (Kumpinai) dan Rahaman CARTA14. Tumi berkahwin dengan Gubil atau Sembet. Tumi dengan Gubil dikuniakan dengan dua orang anak iaitu Murisah dan Nona CARTA15. Setelah Tumi kematian suami, beliau berkahwin dengan Akar dan dikurniakan denga seorang anak bernama Saimin Akar. Saimin, kini menetep di Tamparuli, Tuaran.

Murisah berkawin dengan Rahim dan Nona berkahwin dengan Bahindal yang kedua-dauanya berasal dari kampung Sosondotan Ranau. Saimin pula berkahwin dengan Ramona Giling Bunahau dari Bundu Tuhan. Ramona mempunyai seorang adik bernama Rasumiah, isteri kepada Rusilin dan menetap di Kampung Bayangan Keningau. Anak-anak Rosmiah ialah Linawati, Abdul Mubin, Lihah, Kadir, Sharifah, Talib dan Ateh.

Tumi telah berkahwin dua kali. Suami pertama ialah Gubil dan kedua Akar. Saimin Akar telah berkahwin kali kedua setelah isteri pertama beliau meninggal dunia. Isteri keduanya ialah Radiah Rosnani @ Faedah Hajiman dari Randogong, Ranau. Kini mereka masih menetap di Tamparuli, Tuaran.

Nona dikurnia dengan seorang anak "Liasan" dan menetap di kampung Rapak, Ranau.



Cucu Rahim & Murisah
Keluarganya menetap di Kapayan Kota Kinabalu.
Cucu Rahim & Murisah
Keluarganya menetap di Menggatal Kota Kinabalu.
Cucu Maniah & Mohd Don
Keluarganya menetap di Kampung Tudan Keningau.
Cucu Maniah & Bagong
Keluarganya menetap di Tanah Merah Kampung Kilimu Ranau.
Liasan Bahindal
Ramonah
Cucu Rahim & Murisah
Keluarganya menetap di Kampung Tudan Baru Keningau.
Cucu & Cicit Maniah Bagong abadikan kenangan sempena majlis keluarga Gawar
Cucu Abdul Hamid Mohd Don daripada salasila Maniah
Cucu & cicit Rahim & Murisah dalam majlis keluarga Gawar 2024
Anak-anak Cicit Minah Bagong, sempet dirakam dalam majlis Gawar
Cucu & Cicit Minah memperkenalkan diri dalam Majlis Gawar 2024
Kenali gelaran/panggilan ke ATAS:
SAYA - Abah/Emak - Atok Lelaki/Atok Perampuan - Nenek Lelaki/Nenek Perempuan - Moyang - Muit - Canggah - Warit - Warin - Onang - Aning - Kelupak - Buyut.

Kenali gelaran/penggilan ke BAWAH:
SAYA - Anak - Cucu - Cicit - Piut- Piat - Mait -Oneng-oneng.
Back to content