Sabah Youth Day - 2

    "..kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku.." (Kis 1:8)

 
 

Laman Utama

 Berita Terkini

\Konsep SYD-2/

 Logo SYD-2

 Lagu Tema

Multimedia

Salib Belia

 Forum SYD-2

 Maklum Balas

 Doa SYD-2

 Hubungi Kami

KONSEP SYD-2

 

LATAR BELAKANG

Idea untuk menganjurkan Pesta Belia di peringkat Keuskupan Keningau dan Kota Kinabalu lahir selepas PBK 1998 di Sandakan. Ini telah direalisasikan semasa Jubli Belia Tahun 2000 apabila Komisi Belia Keuskupan Kota Kinabalu dan Komisi Belia Keuskupan Keningau bersetuju menganjurkan pesta bersama-sama sempena menyambut Jubli Agung Tahun 2000 yang diadakan di Kota Kinabalu. Jumlah belia yang menyertai pesta tersebut amat menggalakkan dan ini telah mendorong kedua-dua Keuskupan untuk mengadakan pesta bersama setiap kali dalam 4 tahun. Kedua-dua Keuskupan akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah dan ini bermula di Keningau pada tahun 2004.

Komisi Belia dari kedua-dua Keuskupan telah bersetuju mengambil satu lagi nama bagi pesta ini. Setelah beberapa pertemuan, Komisi telah sebulat suara menggunakan SABAH YOUTH DAY (SYD) sebagai nama pesta tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada nama-nama pesta yang dianjurkan di peringkat antarabangsa seperti WORLD YOUTH DAY (WYD) dan ASIAN YOUTH DAY (AYD). Nama SYD mudah disebut dan diingati. Setiap kali SYD disebut, ia jelas merangkumi kedua-dua keuskupan di Sabah.

 

RASIONAL

Di zaman globalisasi ini, dunia berubah begitu pantas sekali terutamanya dalam aspek teknologi, komunikasi, pelbagai bentuk hiburan dan dunia fesyen.

Situasi ini mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Dunia tanpa sempadan meletakkan manusia sebagai objek yang boleh dijual-beli tanpa nilai. Para belia tidak terkecuali dari keadaan ini, malah mereka adalah sasaran atau mangsa sebenar kepada kesan globalisasi ini.

Empat tahun yang lalu kita telah merayakan Sabah Youth Day yang pertama (SYD-1) dan memberi belia satu harapan kerana ia dapat membantu mereka untuk saling menguatkan di antara satu dengan yang lain melalui persahabatan yang terjalin. Persoalannya, sejauh mana mereka telah benar-benar menjadikan Yesus sebagai sumber kehidupan mereka? Dapatkah mereka katakana kepada dunia bahawa mereka telah menemui Yesus, mengalami kasih-Nya dan memperkongsikan kasih itu kepada rakan-rakan mereka, keluarga, dan masyarakat di sekeliling mereka?

Banyak aktiviti belia yang dianjurkan untuk membantu perkembangan iman mereka, tetapi persoalannya, mampukah mereka melawan arus globalisasi yang menghancurkan ketenangan, pendirian dan kebahagiaan mereka? Adakah belia cukup teguh dan beriman untuk menghadapi arus dunia yang menghanyutkan, menyesatkan dan membuat hidup mereka keliru, bingung serta hilang arah tujuan hidup? Apakah belia mampu memahami keadaan yang berlaku dalam hidup mereka? Apakah belia masih dapat merasakan kehadiran Tuhan dalam hidup mereka? Melalui pengetahuan, bakat, kreativiti, serta penyertaan mereka secara aktif dalam setiap aktiviti belia, adakah itu cukup untuk membantu mereka bertumbuh dalamiman dan menjadi saksi-saksi Kristus yang berani dan komited?

SYD-2 diadakan untuk belia. Peribadi seorang belia itu adalah berharga. Peribadi yang sedang betumbuh, berpotensi dan dalam setiap peribadi belia itu mempunyai kerinduan untuk mencari sesuatu terutamanya kerinduan kepada Tuhan. SYD-2 membantu menyedarkan dan memberitahu para belia bahawa gereja mengambil berat tentang kehidupan mereka serta berjalan bersama dengan mereka. Ia juga membantu menyegarkan dan meneguhkan kembali iman para belia yang semakin dihimpit oleh arus globalisasi dan bentuk kehidupan yang sangat mementingkan kebendaan dan hiburan.

Melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan, para peserta akan saling dapat mengongsikan pengalaman iman, kepahitan, kelukaan, kegembiraan, kurnia yang mereka miliki dan mengalami cinta kasih Tuhan melalui persahabatan dengan sesama, dapat disegarkan dalam iman dan memberi ruang pertobatan yang membawa ramai belia kembali kepada Tuhan dan terlibat dalam pelayanan, serta dapat menggerakkan para peserta untuk lebih berani menjadi saksi-saksi Kristus melalui pimpinan Roh Kudus. Belia juga akan sedar tentang cabaran dunia masa kini, agar mereka lebih berfikir secara kritikal dan global disamping menyedari peranan mereka dalam perkembangan Gereja sebagai pemimpin di masa akan dating.

Setelah para peserta mengalami sendiri kehadiran Tuhan dalam hidup mereka, mereka akan dapat didorong menjadi murid-murid Yesus yang setia, efektif dan lebih komited dalam pelayanan pada sesama belia, keluarga, Gereja dan masyarakat.

 

OBJEKTIF 

I)          Untuk menyediakan para belia menjadi pemimpin pelapis Gereja Tempatan.

II)          Agar para belia menyedari bahawa hidup kekudusan adalah panggilan untuk semua insan.

III)         Agar para belia dengan kuada Roh Kudus menjadi saksi-saksi Kristus yang berani menolak arus negatif globalisasi, “dare to be different”.

  

MATLAMAT

             Adalah diharapkan agar SYD-2 ini, para peserta sedar bahawa mereka dipanggil untuk hidup dalam kekudusan dan berani bersaksi untuk Kristus.

  

TEMA DAN TEMPAT

             Tema SYD-2 ini diambil dari tema Hari Belia Sedunia ke -19 iaitu “kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku..” (Kis 1:8). SYD-2 ini akan diadakan di Ranau, Sabah.

 

PESERTA SASARAN

             Pesta ini dibuka kepada semua belia Katolik yang berusia 15 tahun ke atas di Sabah. Walau bagaimanapun, penyertaan akan dibuka kepada para belia di semua Keuskupan di Malaysia. Adalah dijangka bahawa belia yang akan menyertai pesta ini dating dari pelbagai bahasa, bangsa dan latar belakang kehidupan.

  

SKEMA STRATEGI PASTORAL

             SYD-2 akan dimulakan di peringkat Paroki melalui perjalanan SALIB BELIA. Salib belia akan dibawa dari Paroki ke Paroki untuk membawa “pesan bermakna” dalam hidup para belia bahawa Yesus Kristus telah mengalahkan dunia. Salib adalah symbol cinta kasih Tuhan kita Yesus Kristus yang memberikan kekuatan dan keberanian kepada belia untuk berdepan dan melawan arus kejahatan di dunia ini.

             Para Liturgi yang berkaitan dengan salib adalah satu cara yang baik untuk para belia mengalami kasih Tuhan serta mendorong mereka menjadi belia yang berani bersaksi tentang cinta kasih-Nya.

             Penganjur SYD-2 momfokuskan tema “kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku..” (Kis 1:8). Semasa SYD-2 ini, strategi pastoral adalah lebih kepada merenung, merayakan dan mengambil tindakan yang konkrit. Para peserta akan merenung kembali reality kehidupan mereka khasnya hubungan mereka dengan sesama dan hidup rohani mereka serta panggilan Tuhan terhadap mereka melalui doa, katekesis, perkongsian, perbincangan dalam kelompok kecil, acara tematik dan program pendedahan.

             Merayakan bersama perayaan Ekaristi, menjadi sumber kehidupan belia dan menyatukan semua belia untuk bergembira serta merayakan hidup mereka sebagai belia yang unik, berharga, bermakna dan dapat menghidupi Sabda Tuhan dalam peribadi mereka.

             Sepanjang SYD-2 ini apa yang ditekankan adalah untuk merasai kasih Tuhan dan menyedari karya Roh Kudus dalam diri setiap belia agar lebih bersemangat, berani bersaksi untuk mewartakan kasih Kristus terutama bagi mereka yang tertindas, miskin, terbiar, dan terpinggir.