Emel: Prosedur untuk Memohon

Prosedur untuk Memohon

Nama

Sila masukkan nama penuh anda seperti mana yang tercatat dalam KP atau pasport anda. Untuk Institusi Pendidikan, Komersil/Korporat, dan Organisasi Sukarela (NGO), nama ketua organisasi tersebut atau pihak teknikal perlu digunakan.

Nombor KP / Pasport

Sila gunakan nombor KP baru anda. Jika anda berumur kurang daripada 12 tahun, sila isikan nombor surat beranak anda.

Pekerjaan / Jawatan

Untuk Institusi Pendidikan, Komersil/Korporat, dan NGO, sila isikan pangkat anda dalam organisasi yang dipohon.

ID Pengguna

Sebagai pengguna Sabah.Net, anda akan dikenalpasti menggunakan ID Pengguna anda. ID pengguna ini adalah tertakluk kepada pengesahan pihak Sabah.Net dan adalah mengikut "first come, first serve basis." ID pengguna anda mestilah dalam bentuk huruf kecil, antara 3 hingga 8 huruf panjang dan mengandungi gabungan huruf dan / atau nombor. Alamat E-mel anda akan berbentuk seperti IDPengguna@domain.

CONTOH: Jika anda memohon untuk akaun Peribadi dan jika ID pengguna yang anda pilih, iaitu ahmad, diterima, alamat e-mel anda akan berupa sebagai ahmad@sabah.net.my.

Kata Laluan

Kata laluan anda perlu mengandungi sekurang-kurangnya 6 karakter panjang dan mengandungi gabungan huruf dan / atau nombor.