Bab 1
Menggunakan Perkhidmatan Direktori
Bab
ini menunjukkan anda cara-cara bagaimana untuk mengimbas dan mencari
alamat-alamat e-mail dalam Sabah.Net menggunakan perkhidmatan direktori.
NOTA: Perkhidmatan
direktori ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Kerajaan sahaja, dan
menggunakan Outlook Express sebagai klien mel.
1.1 Membuat konfigurasi untuk
Perkhidmatan Direktori
Langkah
1: Di menu Tools, klik Accounts dan tingkap seperti rajah
1.1 akan kelihatan
Rajah 1.1
Langkah 2: Klik Add dan sila pilih Directory Service. Tingkap dibawah
akan kelihatan
Rajah 1.2
Langkah 3: Taip dir.sabah.gov.my
didalam kotak (LDAP) Server dan
klik Next
Langkah 4: Sila
pilih Yes dan klik Next
Langkah 5: Akhir
sekali klik Finish
Nota: Sila
perhatikan di bawah kategori ‘All’
anda akan dapat melihat nama akaun direktori yang baru anda buat (lihat rajah
1.3)
Rajah 1.3
1.2 Menukar seting Perkhidmatan Direktori
Langkah 1: Klik
sekali dir.sabah.gov.my (seperti
rajah 1.3)
Langkah 2:
Kemudian klik butang Properties dan tingkap dibawah akan kelihatan
Rajah 1.4
Langkah 3: Sila pastikan anda menggunakan dir.sabah.gov.my sebagai Server
name anda.
Langkah 4: Klik kategori Advance dan
didalam kotak Search base sila taip o=Sabah; c=My (lihat rajah 1.5)
Langkah 5: Klik butang Apply
Rajah 1.5
1.3 Mencari pengguna
Langkah 1: Klik
butang Find di toolbars Outlook
Express dan pilih People, atau
anda boleh juga menekan Ctrl+E di
keyboard anda. Tingkap dibawah akan kelihatan
Rajah 1.6
Langkah 2: Klik
butang Look in: untuk memilih
direktori
Langkah 3: Taip
nama yang ingin dicari didalam kotak Name:
(lihat contoh di rajah 1.6)
Langkah 4: Klik
butang Find Now
Nota: Rajah
diatas menggunakan nama Hamid sebagai contoh. Sila perhatikan rajah tersebut
dimana ianya menyenaraikan setiap nama yang mempunyai perkataan ‘Hamid’.
|