Bab 1
Konfigurasi Profil Pengguna

Profil Pengguna direka untuk membolehkan lebih daripada seorang pengguna untuk berkongsi satu komputer atau satu salinan perisian Netscape Communicator. Untuk pengguna tunggal, profil pengguna yang berlainan boleh direka untuk mengendalikan mel-mel elektronik daripada Sabah.Net dan TMnet atau Jaring. Bab ini akan menunjukkan anda cara-cara mereka profil pengguna.

Bagi pengguna Microsoft Windows XP:

Langkah 1: Dari menu ‘Start’, pergi ke ‘All Programs’, ‘Netscape 6,  pilih ‘Profile Manager’ seperti yang ditunjukkan berikut: (sila klik imej untuk paparan lebih besar):

Rajah 1.1

Langkah 2: Dalam jendela ‘Profile Manager’, klik butang ‘Create Profile’ untuk mereka profil pengguna yang baru.

 

Rajah 1.2

Langkah 3: Anda perlu meletakkan nama profil, dimana nama profil ini akan membezakan pengguna profil mengikut nama yang dikehendaki. Anda juga bole meletakkan nama anda sebagai profil. Klik ‘Next’.

Andaikan anda telah menerima surat pengesahan aktivasi akaun Sabah.Net anda daripada KKIP Communications Sdn. Bhd. atau Unit Kemajuan IT (KIT),  taipkan butir-butir seperti yang diberikan berikut. Contohnya, jika seorang pengguna kerajaan Sabah.Net bernama Ahmad Zulkifri menerima sepucuk surat daripada KIT dengan butiran berikut:

ID Pengguna: Ahmad.Zulkifri

Kata Laluan: eg9999

Alamat Email:  Ahmad.Zulkifri@sabah.gov.my

Outgoing mail (SMTP) server: smtp.sabah.gov.my

Incoming mail server: mail.sabah.gov.my

Rajah 1.3

 

Taip butiran tersebut. mengikut keperluan dalam langkah seterusnya.

Rajah 1.4

 

Rajah 1.5

 

Rajah 1.6

Langkah 4: Tukar profil nama ke nama pilihan anda. Dalam kes di mana terdapat ramai pengguna berkongsi terminal komputer yang sama, dicadangkan supaya setiap pengguna berkenaan menggunakan ID Pengguna mereka sebagai nama profil.

Langkah 5: Untuk mula menggunakan profil Netscape, pilih profil anda dan tekan butang “Start Netscape 6”. Klik “Activate”.

Rajah 1.7

Langkah 6: Skrin berikut akan meminta anda mengaktifkan keahlian percuma yang sedia ada bagi Pengguna Netscape. Anda boleh memilih samada untuk memasukkan Nama Skrin & Kata laluan dan klik “Activate”.

Jika anda bukan ahli, klik untuk ahli baru. Klik “Activate”.

Rajah 1.8

Langkah 7:  Jika tidak, anda boleh tekan butang “Cancel” untuk membatalkan pengaktifan nama skrin. Klik “OK”.

Rajah 1.9

 

Langkah 8:  Skrin untuk browser Netscape akan terpapar setiap kali anda memilih profil anda.

Rajah 1.10

KONFIGURASI EMAIL

Langkah 9: Pada browser, klik pada ikon sampul surat pada bahagian bawah kiri, seperti dalam rajah.  Atau klik pada menu pada atas browser, “Edit”,  “Prefference”, “Mail & News Groups”. Pilih jenis akaun anda sebagai “ISP or email provider”.  Klik “Next”.

 

Langkah 10:  Sahkan kemasukan pada ‘Your name:’ dan ‘Email address’ adalah sama seperti yang diberikan dalam surat pengesahan pengaktifan akaun Sabah.Net anda, klik “Next”.

Rajah 1.11

 

Langkah 11:  Pastikan ‘Mail server type’ telah diset kepada POP3.  Taip dalam ‘Server Name:’ Maklumat ini adalah sama dengan ID Pengguna anda seperti yang telah diberikan oleh Sabah.Net. Selepas itu, taip dalam ‘Server Name’. Dalam contoh ini, mail.sabah.gov.my digunakan.  Kemudian, setkan Outgoing Server (SMTP) sebagai: smtp.sabah.net.my.  Setelah selesai, klik ‘Next

Rajah 1.12

 

Langkah 12: Muka seterusnya akan memaparkan “User Name”. Dalam contoh ini User Name adalah: ‘Ahmad.Zulkifri’.  Masukkan maklumat anda seperti yang anda perolehi dari Sabah.Net.

 

Rajah 1.13

Langkah 13:  Masukkan nama pilihan anda sebagai mana yang dikehendaki.

Rajah 1.14

Langkah 14:  Klik “Next” akan memaparkan maklumat yang telah anda masukkan. Klik “Finish” untuk tamatkan sesi ini.

Rajah 1.15

Langkah 15:  Paparan seterusnya akan meminta kemasukan kata laluan.  Masukkan kata laluan anda.

Rajah 1.16

Langkah 16:  Anda telah berjaya melaksanakan profile email anda.

Rajah 1.17

 

 

 

Bab 2
Mengemudi Jaringan Selebar Negeri (SWW)

Tujuan Bab ini ialah untuk menyediakan anda dengan kemahiran yang diperlukan untuk membaca Jaringan Seluruh Negeri (SWW) menggunakan Netscape Navigator.
 

2.1 Mengenai jendela browser Netscape Navigator

Jendela browser Navigator memaparkan sebuah hompej, laman yang anda lihat setiap kali anda memulakan Navigator. Navigator diset terlebih dahulu untuk memaparkan hompej Netscape. Walaubagaimanapun, anda akan dapat menukarnya kepada seting pilihan anda. Hompej default default Sabah.Net users ialah http://www.sabah.gov.my. Dalam contoh yang berikut, laman permulaan telah diset ke http://sww.sabah.gov.my/. Untuk berbuat demikian, rujuk ke seksyen 2.11, Membuat Seting Hompej Default.

 

 

Rajah 2.1

 

2.2 Apa itu URL?

Seperti alamat biasa, URL (Uniform Resource Locator) memberitahu Navigator di mana untuk mencari laman tersebut (alamat WWW Internet). URL untuk Sabah.Net ialah http://sww.sabah.gov.my untuk laman Intranet dan http://www.sabah.net.my/ untuk laman Internet.

Rajah 2.2

2.3 Menukar kepada komponen-komponen Netscape Communicator yang lain

Klik salah satu butang di Component Bar untuk membuka atau bertukat kepada komponen Communicator yang lain. Selain daripada ini, anda juga boleh melakukannya dengan memilih nama komponen tersebut dalam menu Communicator.

 

 

Rajah 4.3

 

2.4 Melihat maklumat laman

Navigator menyediakan beberapa cara untuk anda melihat maklumat sesuatu laman. Sila rujuk kepada **Netscape Communicator User Guide Handbook** untuk mendapat keterangan yang selanjutnya tentang bagaimana untuk melihat maklumat laman dan fungsi-fungsi ikon Toolbar untuk Netscape Navigator.

2.5 Melihat laman-laman lain

Untuk melihat laman yang lain,

2.6 Membuat penandaan laman (Bookmarking)

Penanda laman menyediakan cara yang tetap untuk anda menandakan laman-laman yang ada sering lawati. Tidak seperti senarai sejarah (history list), yang boleh dibuang apabila anda menutup program Communicator, senarai laman-laman akan sentiasa berada dalam penanda laman sehingga anda menghapuskannya.
 

2.7 Membuat penanda laman

Langkah 1: Pergi ke laman yang anda ingin tandakan.

Langkah 2: Teruskan menekan butang Bookmarks untuk memaparkan menu Bookmarks.

Langkah 3: Dari menu Bookmarks, pilih Add Bookmark untuk menambahkan penanda bagi laman tersebut ke dalam senarai menu Bookmarks.
 

2.8 Kembali ke laman menggunakan penanda laman

Dari senarai penanda buku, pilih penanda laman bagi laman yang anda ingin lawati.
 

2.9 Menambah penanda ke dalam folder

Langkah 1: pergi ke laman dimana anda ingin membuat penanda.

Langkah 2: Seret ikon proksi laman (terletak di sebelah kiri medan Location) ke atas butang Bookmark, supaya senarai penanda laman terpapar.

Langkah 3: Pilih folder di mana anda ingin menyimpan penanda itu. Apabila butang tetikus dilepaskan, Navigator akan menambah penanda laman tersebut ke dalam folder yang dipilih.
 

2.10 Menguruskan penanda laman anda

Apabila anda menukar susunan penanda-penanda dalam jendela Bookmarks, Navigator mengemaskinikan menu Bookmarks secara automatik. Untuk memaparkan jendela Bookmarks:

Langkah 1: Dari menu Communicator, pilih Bookmarks, lepas itu pilih Edit Bookmarks.

Langkah 2: Jendela Bookmarks memaparkan senarai penanda-penanda serta folder-folder penanda, disusun seperti fail-fail dan folder-folder dalam cakera keras anda. Nama penanda-penanda tersebut adalah sama dengan apa yang dapat dilihat melalui menu Bookmarks, kecuali jendela Bookmarks menyediakan lebih banyak arahan untuk menguruskan penanda laman anda.
 

2.11 Menukar seting laman 'default'

Setiap kali anda memulakan Navigator, laman 'default' akan dimuat-turunkan secara automatik oleh browser. Anda boleh menukar seting untuk menjadikan laman kegemaran anda sebagai laman 'default'.

Langkah 1: Pergi ke laman yang anda ingin jadikan sebagai laman default atau hompej. Untuk Sabah.Net, disyorkan supaya anda pergi ke http://www.sabah.net.my.

Langkah 2: Dari menu Edit, pilih Preferences.

Langkah 3: Klik Navigator dalam senarai Category.

Rajah 2.4

Langkah 4: Klik ‘Use Current Page’ atau taip URL laman tersebut. Kemudian, klik OK.
 
 

2.12 Mencetak laman

Langkah 1: Pergi ke laman yang anda ingin cetak.

Langkah 2: Dari menu File, pilih Print atau klik butang Print button dalam toolbar Navigation.

Langkah 3: Pilih opsyen cetakan yang anda inginkan. Kemudian, klik OK.