Menggunakan WS FTP 95 untuk Perkhidmatan Penempatan Web Sabah.Net

Terakhir diubahsuai: 05-Dis-1998
Para penguna yang ingin menempatkan fail-fail laman web mereka di server FTP Sabah.Net boleh berbuat demikian menggunakan WS FTP 95. Anda perlu mempunyai perisian WS FTP 95 dipasang dalam komputer anda. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai WS FTP 95 dan ingin mencubanya, anda boleh melawat hompej WS FTP di http://www.ipswitch.com dan memuat perisian percubaan WS FTP. Sila daftarkan perisian tersebut jika difikirkan berguna.

Contoh di bawah menunjukkan anda bagaimana untuk memindahkan fail-fail menggunakan WS FTP jika anda seorang pengguna akaun Peribadi Sabah.Net. langkah-langkah tersebut boleh digunakan dan dilaksanakan ke atas mana-mana jenis akaun Sabah.Net, dengan sedikit perubahan di mana perlu.

Contoh dalam panduan ini ialah menggunakan WS FTP 95 LE (Lite Edition), iaitu perisian percubaan WS FTP. Konfigurasinya serupa dengan versi penuh (full version) WS FTP 95, walaupun versi penuh WS FTP mempunyai opsyen-opsyen tambahan yang lebih canggih.

Sila pastikan Surat Pengesahan Penempatan Data dan Aplikasi anda berada di sisi; anda perlu menggunakan maklumat dalam surat tersebut dari semasa ke semasa apabila menggunakan panduan ini.
Surat Pengesahan Penempatan Web tersebut mempunyai beberapa maklumat penting. Sebagai contoh, seorang pengguna Akaun Peribadi Sabah.Net bernama Test Ting menerima surat pengesahan daripada Sabah Net Sdn. Bhd. berserta maklumat berikut:

No. keahlian : PS1234567
ID Pengguna : test
Kata laluan : test007
FTP : www.sabah.net.my 
(Ini ialah alamat FTP tetap bagi Sabah.Net;
para pengguna akaun lain seperti sabah.com.my,
sabah.org.my atau sabah.edu.my akan
menggunakan alamat FTP yang sama di atas)
URL : http://www.sabah.net.my/testing 
(testing ialah gelaran URL (URL prefix) yang anda
sertakan semasa memohon untuk perkhidmatan ini.
Domain URL anda adalah serupa dengan domain
dalam alamat mel-e anda.)

Membuat seting ke atas klien FTP

  1. Mulakan sambungan dailan ke akaun Sabah.Net anda.
  2. Mulakan perisian WS FTP anda.
  3. Dalam jendela Sessions Properties, pastikan tab General dipilih.
  4. Sediakan seting yang berikut:
    Profile Name: Sabah.Net
    Host Name/Address: ftp.sabah.net.my
    Host Type: Automatic detect
    User ID: <ID pengguna anda> (dalam contoh ini, ia adalah test)
    Password: <kata laluan anda> (dalam contoh ini, ia adalah test007)
    figure 1
    Rajah 1

Mencapai server FTP

  1. Dalam jendela Sessions Properties, klik OK.
  2. Jika anda berjaya, anda akan dapat melihat status "226 Transfer complete" di bahagian bawah jendela WS FTP.
    Figure 2
    Rajah 2

    Anda akan dapat melihat isi kandungan dalam komputer anda (Local System) di sebelah kiri, dan direktori laman web anda dalam server FTP (Remote System) di sebelah kanan. (Rajah 2) Perhatikan bahawa lokasi Local System untuk pengguna Test Ting ialah C:\, sementara lokasi Remote System ialah /test.

    Setiap pengguna akan mempunyai lokasi Local System yang berlainan. Setiap pengguna akan diarahkan ke dalam direktori masing-masing yang telah ditempatkan dalam Remote System. Lokasi Remote System bagi setiap pengguna adalah menurut ID pengguna masing-masing.

Memindahkan fail daripada Local System ke dalam Remote System

  1. Klik kotak bersebelahan Auto (di atas jendela Transfer Status).
  2. Pergi ke dalam direktori yang mengandungi fail-fail laman web anda dengan mengklik dua kali ke atas direktori tersebut dalam jendela Local System.
  3. Klik nama fail yang anda ingin pindahkan untuk memilihnya.
  4. Klik butang anak panah arah kanan ( --> ) yang berada di antara jendela-jendela Local System dan Remote System .
  5. Jika anda berjaya melakukannya, anda akan dapat melihat mesej "266 Transfer complete" terpapar dalam jendela Transfer Status.

Memindahkan direktori daripada Local System ke dalam Remote System

  1. Pastikan kotak Auto (di atas jendela Transfer Status window) dipilih.
  2. Klik ke atas direktori yang anda ingin pindahkan dalam senarai di jendela Local System untuk memilihnya.
  3. Klik butang anak panah arah kanan ( --> ) yang berada di antara jendela Local System dan Remote System .
  4. Jika anda berjaya melakukannya, anda akan dapat melihat direktori tersebut disenaraikan dalam jendela Remote System bersama mesej "266 Transfer complete" dalam jendela Transfer Status.

Memindahkan fail-fail serta direktori-direktori secara lambak daripada Local System ke dalam Remote System

  1. Pastikan kotak Auto (sebelah atas jendela Transfer Status) dipilih.
  2. Sambil menekan terus kekunci "Ctrl" di atas papan kekunci anda, klik ke atas nama-nama fail dan / atau direktori yang anda ingin pindahkan (dalam Local System) untuk memilihnya. Anda akan dapat melihat nama-nama fail dan direktori tersebut diserlahkan (highlighted) apabila dipilih.
  3. Klik ke atas butang anak panah arah kanan ( --> ) yang berada di antara jendela Local System dan Remote System .
  4. Jika anda berjaya melakukannya, anda akan dapat melihat fail-fail serta direktori-direktori tersebut disenaraikan dalam jendela Remote System selain daripada mesej "266 Transfer complete" dalam jendela Transfer Status.

Bertukar di antara satu direktori ke satu direktori yang lain

Untuk masuk ke dalam direktori lain, klik dua kali ke atas direktori tersebut.

Untuk menukar satu aras ke direktori yang terdahulu, klik dua kali ke atas anak panah di atas senarai. Lakukannya beberapa kali sehingga anda sampai ke paras direktori yang dikehendaki.

Membuat direktori baru dalam Remote System

  1. Bersebelahan jendela Remote System , klik butang MkDir .
  2. Taipkan nama direktori yang anda inginkan dalam kotak kecil yang terpapar. Gunakan hanya kombinasi huruf, nombor, sengkang ( - ) atau garis bawah ( _ ) apabila menamakan fail dan direktori anda.
  3. Klik OK.
  4. Jika anda berjaya melakukannya, anda akan dapat melihat direktori tersebut disenaraikan dalam jendela Remote System .

Menukar nama fail dan direktori dalam Remote System

  1. Bersebelahan jendela Remote System , klik butang Rename .
  2. Taipkan nama baru yang anda inginkan untuk fail dan / atau direktori tersebut.
  3. Klik OK.
  4. Jika anda berjaya melakukannya, anda akan dapat melihat nama baru fail dan / atau direktori tersebut disenaraikan dalam jendela Remote System .

    Anda boleh menukar nama fail dan direktori secara lambak dengan menekan terus kekunci "Ctrl" sambil memilih fail-fail dan / atau direktori-direktori yang berkenaan, lalu menekan butang Rename .

Menghapuskan fail dalam Remote System

  1. Dalam jendela Remote System , klik ke atas fail yang anda ingin hapuskan.
  2. Klik butang Delete .

    Anda boleh menghapuskan fail secara lambak dengan menekan terus kekunci "Ctrl" sambil memilih fail-fail yang berkenaan, lalu menekan butang Delete .

Menghapuskan direktori dalam Remote System

    Anda haruslah terlebih dahulu menghapuskan fail-fail yang ada dalam direktori tersebut sebelum menghapuskan direktori berkenaan. Sila baca langkah-langkah dalam bahagian "Menghapuskan fail dalam Remote System" untuk keterangan lanjut.
  1. Klik ke atas direktori yang anda ingin hapuskan.
  2. Klik butang Delete .

    Anda boleh menghapuskan direktori secara lambak dengan menekan terus kekunci "Ctrl" sambil memilih direktori berkenaan, lalu menekan butang Delete. Diingatkan bahawa anda perlu menghapuskan fail-fail yang berada dalam direktori berkenaan sebelum dapat menghapuskan direktori berkenaan.