FTP MENGGUNAKAN MS-DOS

Anda boleh menggunakan arahan prom (MS-DOS) untuk memuatnaik fail-fail ke server FTP. Contoh dibawah akan menunjukan bagaimana anda boleh memuatnaik fail menggunakan MS-DOS jika anda pengguna akaun persendirian Sabah.Net (meliputi sabah.net.my). Langkah-langkah tersebut boleh digunakan untuk akaun-akaun lain juga dengan hanya perlu melakukan sedikit pengubahsuaian di mana perlu.

Sila simpan Surat Pengesahan Penempatan Data dan Aplikasi anda sebagai rujukan, kerana anda akan perlu merujuk maklumat berkenaan dari masa ke semasa apabila menggunakan panduan ini. Di dalam surat pengesahan Penempatan Data dan Aplikasi,  anda sepatutnya memperolehi maklumat yang diperlukan.  Sebagai contoh,  seorang pengguna persendirian bernama Test Ting menerima surat pengesahan dari KKIP Communications Sdn. Bhd. dengan maklumat berikut:
 

No. Keahlian
: PS1234567
User ID (User Name)
: test
Password
: test007
FTP
: www.sabah.net.my

(Sila pastikan alamat FTP anda di bawah:
untuk sabah.net.my, gunakan www.sabah.net.my;
untuk sabah.gov.my, gunakan www.sabah.gov.my;
untuk sabah.edu.my, gunakan www.sabah.edu.my;
untuk sabah.com.my, gunakan www.sabah.com.my;
untuk sabah.org.my, gunakan www.sabah.org.my)

URL
: http://www.sabah.net.my/testing
(testing adalah merupakan prefiks URL
yang anda pohon semasa permohonan servis
ini.  Domain bagi URL ini sepatutnya sama
dengan domain pada alamat e-mail anda)

1.0 Mengakses server FTP

  1. Dalam komputer Windows anda, pergi ke Start | Programs | MS-DOS Prompt.
  2. Melalui tetingkap MS-DOS, taipkan seperti berikut:
    ftp www.sabah.net.my
  3. Tekat kekunci Enter.
  4. Taipkan User ID Sabah.Net anda.
  5. Tekan kekunci Enter. Sekiranya anda melihat status "230 User <user ID Sabah.Net anda> logged in", anda telah berjaya masuk dan anda boleh mula memindahkan fail-fail dan direktori-direktori.

2.0 Seting untuk pemindahan dokumen ke dalam server FTP

Tukarkan local directory anda kepada tempat fail-fail anda ditempatkan untuk memuatnaikkan mukasurat-mukasurat anda terus dari komputer persendirian anda. <lokasi dokumen laman web anda> adalah merupakan laluan bagi fail FTP di dalam komputer anda.
  1. Pada prom berkenaan, sila taipkan yang berikut:
    ftp>   lcd c:\< your web page document location>
    Jika anda melihat status "Local directory now C:\< lokasi dokumen laman web anda >",  anda telah berjaya menukarkan lokasi bagi Local System anda.
Anda perlu menukarkan mod pemindahan agar dokumen-dokumen dan fail-fail imej akan dipaparkan dengan sempurna di dalam laman web FTP.
  1. Pada prom berkenaan, sila taipkan yang berikut:
    ftp>   binary
    Jika anda melihat status "Type set to I", anda telah berjaya menukarkan lokasi bagi Local System anda.

3.0 Menyenaraikan fail dan direktori dalam server FTP

Pada prom berkenaan, sila taipkan yang berikut:
ftp>  ls
Anda akan melihat senarai kandungan pada direktori anda. Sebagai contoh,
index.html
mywebpage.html
folder
>
Anda tidak akan melihat sebarang senarai sekiranya laman web anda tidak mengandungi sebarang isi kandungan. Untuk melihat lokasi terkini yang terlaksana di dalam server FTP, taipkan yang berikut pada prom:
ftp>  pwd

4.0 Memindahkan Fail-Fail dari Local System ke Remote System

Pada prom berkenaan, sila taipkan yang berikut:
ftp> put mypage.html
dimana mypage.html adalah nama fail dokumen HTML anda.

Jika anda mempunyai lebih dari satu muka, anda boleh menggunakan pelbagai arahan put.  Pada prom berkenaan, sila taipkan yang berikut:

ftp> mput *.html
dimana arahan "mput *.html" akan memindahkan kesemua fail-fail yang mempunyai extension .html ke dalam server FTP. Anda akan di arahkan satu persatu pada setiap fail sebelum ia dipindahkan ke dalam server. Taipkan "y" pada setiap arahan yang diberi. Sebagai contoh:
mput mypage.html? y
Ulangi langkah di atas sehingga kesemua fail-fail telah di pindahkan ke server FTP.

5.0 Moving from one directory to another

  1. Untuk memasuki direktori, taipkan seperti berikut pada prom:
    ftp> cd folder
    Arahan "cd" akan mengubah "remote working directory" kepada "folder."
  2. 2. Untuk memasuki ke satu paras tahap atas, taipkan seperti berikut pada prom:
    ftp> cd ..
    Arahan "cd .." akan mengubah "remote working directory" ke satu paras atas.

6.0 Mencipta direktori-direktori dalam server FTP

Pada prom, taipkan seperti berikut:
ftp> mkdir <directory name>
dimana <directory name> adalah nama baru direktori anda. Gunakan hanya  gabungan huruf and nombor, sengkang ( - ) atau garis bawah ( _ ) apabila menamakan fail dan direktori.

7.0 Memadamkan fail di dalam server FTP

Pada prom, taipkan seperti berikut:

ftp> delete mypage.html
dimana mypage.html adalah nama fail dokumen HTML anda.

Jika anda mempunyai lebih dari satu mukasurat, anda boleh menggunakan arahan memadam secara banyak.  Pada prom, taipkan seperti berikut:

ftp> mdelete *.html
dimana arahan  "mdelete *.html" akan memindahkan kesemua fail yang mempunyai.html ke dalam server FTP. Anda akan di arahkan satu persatu pada setiap fail sebelum ia dipindahkan ke dalam server. Taipkan "y" pada setiap arahan yang diberi. Sebagai contoh:
mdelete mypage.html? y
Ulangi langkah di atas sehingga kesemua fail-fail telah di pindahkan ke server FTP.

8.0 Memadamkan directory di dalam server FTP

Anda perlu terlebih dahulu memadamkan fail-fail yang terkandung di dalam direktori yang ingin dipadamkan. Gunakan teknik di dalam "Memadamkan fail di dalam server FTP" sebagai panduan.

Pada prom, taipkan seperti berikut:

ftp> rmdir <directory name>
dimana <directory name> adalah nama direktori yang anda ingin dipadamkan.

9.0 Menamatkan sesi FTP

Untuk menamatkan sesi FTP anda, taipkan "bye" pada prom.

Untuk keluar daripada tetingkap MS-DOS, taipkan "exit" pada prom.