|

Selamat Datang

 
  Profil Daerah
   

Sejarah

 

Pelancongan
 

Kemudahan Awam

 

DUN

 

Wakil Rakyat

   
 

 

 

SEJARAH

 
Asal Usul Nama Daerah Ranau
 

Ranau berasal dari perkataan 'RANAHON' yang membawa maksud kawasan SAWAH PADI. Biasanya masyarakat Kadazandusun di Daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan 'RANAHON'. Panggilan singkat bagi 'RANAHON' ialah RANAU. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan Daerah RANAU.

Latar Belakang Daerah Ranau

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5 30 U dan 6 25 U dan garisan bujur (Longitude) 116 30 dan 117 5 T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan dan Beluran sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an.

Keluasan Daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5km persegi. Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadanan baru yang melibatkan Daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas Daerah Ranau akan bertambah kepada 3,555.51km persegi.

Sumber pendapatan penduduk adalah pertanian 50%, pelancongan/swasta 7% dan kakitangan kerajaan 13%. Jumlah Penduduk (Berdasarkan Kepada Bancian Penduduk Tahun 2000)

Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Di antara ciri-ciri utamanya ialah anjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating (mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun dan bergunung ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap dan sejuk.

Pecahan Penduduk Mengikut Suku Kaum dan Agama adalah seperti berikut:

Bil.

Kaum

AGAMA

Jumlah

Islam

Kristian

Buddha

Hindu

Lain-lain

1

Dusun

26,328

30,613

-

-

4,286

61,227

2

Melayu

1,387

-

-

-

-

1,387

3

Kadazan

150

500

-

-

67

717

4

Bajau

765

-

-

-

-

765

5

Murut

*26

*64

-

-

3

93

6

Bumiputera lain

3,153

-

-

-

-

3,153

7

Cina

*73

*27

772

-

-

872

8

Bukan warganegara

1,000

682

   

-

1,6827

9

Lain-lain

300

310

 

43

100

753

JUMLAH

70,649

* Berlaku perubahan menurut laporan statistik pengislaman daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Ranau (JHEAINS) sejak tahun 2000 hingga oktober 2009.

**Sumber ( Sobi @ Mohd. Sobi Bin Hadipin. Laporan Aktiviti Dakwah, Penggerak Dakwah JAKIM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau, 2009)

 

Polisi Hak Cipta | Penafian | Polisi Privasi
Hakcipta terpelihara Pejabat Daerah Ranau
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

 

Terbaik jika dilihat di browser dengan resolusi 1024 768.
Maklum balas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster@sabah.gov.my atau lengkapkan borang maklum balas