Sejarah penubuhan sekolah
SRK St.John,Beaufort, diasaskan oleh Farther Gosen, yang berasal
dari `Mill Hill Priest’ yang beribu pejabat di England. Beliau
ialah seorang Paderi yang mengembangkan pengajaran agama
Kristian yang berlandaskan pengajaran `Roman Catholic’ sebelum
perang dunia kedua. Pada masa penubuhan sekolah ini hanya
seorang tenaga pengajar sahaja iaitu Encik Yong Mui Yi yang
mengajar sejumlah 40 orang murid.
Titik sejarah sekolah ini
bermula dengan pendaftaran dan pengambilan murid-murid serta
pentadbiran yang sah bermula pada bulan Julai 1947 di bawah
pentadbiran Encik dominic Choo selaku Guru Besar dan juga
kakitangan mengajar. Bilangan murid yang didaftar ialah 35 orang
di mana 31 murid adalah lelaki dan 4 orang murid perempuan.
Pada akhir tahun 1947,
bilangan murid telah meningkat kepada 76 orang. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di tingkat bawah manakala pejabat Guru Besar di tingkat atas. Bangunan sekolah pada masa
itu adalah dibuat daripada kayu.Dari tahun 1948 – 1949, hitung
panjang murid ialah 90 orang yang ditadbir oleh Guru Besar dan
2 orang guru.
Dalam tahun 1950, daftar
kemasukan murid telah menurun kepada 76 orang. Guru-gurunya
ialah, Encik Benedict Tai dan Encik Shew Kui Phin. Dalam tahun
1951, Encik James Lim telah mengambilalih tugas setelah Encik
Benedict Tai dan Encik Chew Kui Phin meletak jawatan. Dalam
Tahun 1952 bilangan murid ialah 97 orang dan dikendalikan oleh
seorang Guru Besar dan seorang Guru. Pada tahun 1953 hingga
tahun 1955 tidak banyak berlaku perubahan pada bilangan murid
dan tenaga pengajar.
Dalam tahun 1956, Encik
James Lim telah meletak jawatan dan tugasnya telah diambilalih
oleh Encik Wong Thau Tsung. Dalam Tahun 1957 bilangan murid
ialah 97 orang. Dalam tahun 1958, Rev. Farther J.B. Yong bersama
dengan ahli jawatankuasa sekolah telah bermesyuarat dan
bersetuju untuk membina sebuah bangunan sekolah baru 2 tingkat
yang mengandungi 2 bilik darjah di tingkat atas dan 2 bilik
darjah di tingkat bawah untuk mengganti bangunan lama yang
dirobohkan. Semasa pembinaan bangunan baru dilaksanakan
murid-murid telah berpindah ke bangunan sementara di Woodford
lebih kurang 2 kilometer dari pekan Beaufort.
Pada tahun 1959, bangunan
baru telah dibuka dengan rasminya,yang memakan belanja
RM30,927.00. Bilangan murid-murid yang mendaftar pada tahun
tersebut ialah 213 orang yang dikendalikan oleh 6 orang guru
termasuk Guru Besar. Pada akhir tahun 1959 Guru Besar yang
menjalankan tugas pada masa itu meletak jawatan. Pada tahun
1960, Encik John Wong Kin Loi dari Kota Kinabalu dilantik
menjadi Guru Besar manakala Rev.Farther J.B.Wong dilantik
sebagai Penyelia. Pada akhir tahun 1960, Encik John Wong telah
berhenti dan diganti oleh Encik John Mui dari SM La Salle, Kota
Kinabalu. Beliau bertugas sebagai Guru Besar merangkap Pengetua
yang mempunyai 27 orang murid( 19 lelaki – 8 perempuan).
Dalam tahun 1962, sebuah
lagi bangunan baru dibina dengan belanja RM50,000.00 yang
mempunyai 3 bilik darjah bawah dan 3 bilik darjah atas untuk
menampung murid yang semakin bertambah. Pada masa yang sama,
aliran menengah pertama diperkenal di mana murid-murid sekolah
rendah dan menengah belajar di bangunan yang sama
Encik John Mui telah
dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah St.John,Beaufort pada
bulan Mac 1965. Penuntut-penuntut sekolah menengah berpindah ke
bangunan baru yang dibina di Kilometer 3 Jalan Jempangah manakala
Rev.Farther J.B.Yong dilantik sebagai Guru Besar SRK.St.John,
Beaufort mulai dari 1Mac 1965.
Sekolah Rendah St.John
ditadbir berasingan di bawah pengawasan seorang Penyelia juga
selaku Guru Besar iaitu Rev.Farther J.B.Yong.Sepeninggalan
Rev.Father J.B.Yong pada 1 Ogos 1965, Rev.Farther A.Thung telah
dilantik sebagai Guru Besar sehingga 29 Ogos 1966 apabila tugas
Guru Besar diambilalih oleh Rv.Father Tobiias Chi sehingga 1
Oktober 1966. Pada tarikh ini Encik David Wong Hon Hiong
dilantik Guru Besar. Apabila Encik David Wong ditawar untuk
mengikuti kursus Diploma dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
kedua (TESL) di New Zealand selama setahun Rev.Father Tobis Chi
menjalankan tugas sebagai Guru Besar sehingga Disember 1967.
Sekembalinya Dari New
Zealand,Encik David Wong menjalankan semula tugas Guru Besar
secara rasmi sehingga tahun 1977.Sepeninggalan Encik David Wong
pada Disember 1977, jawatan Guru Besar diambilalih oleh
Rev.Sr.Mary Frances selama 5 tahun sehinggalah beliau ditukar ke
Kota Kinabalu pada akhir tahun 1982.
Pada bulan Mac 1983, Encik
Francis De Paul Basintal dilantik sebagai Guru Besar sekolah
ini selama 5 tahun sehingga 1987 apabila beliau ditukarkan ke
SRK St.Francis Convent Kota Kinabalu sebagai Penyelia Petang.
Pada bulan Januari
1988,Encik Godfrey Daya telah dilantik sebagai Guru Besar
sehinggalah pada tahun 1998. Pada masa ini jumlah kakitangan di
sekolah ini telah meningkat sebanyak 16 orang guru, 1 orang
kerani dan seorang tukang kebun. Pada tahun 1966, setelah Encik
Godfrey Daya pencen jawatan Guru Besar Guru Besar diambil alih
oleh Encik Henry Ukang sehinggalah bulan Oktober 2003. Bilangan
guru dan murid juga telah bertambah di mana bilangan guru
menjadi 25 orang, 2 orang kakitangan bukan guru, 1 tukang kebun
dan 4 orang pengawal keselamatan.
Pada hari ini 05 Januari 2004, jawatan Guru
Besar dipegang oleh Encik Gampaih Sumbin. Bilangan guru telah
bertambah kepada 28 orang, 2 kakitangan bukan guru, 1 tukang
kebun dan 4 orang pengawal keselamatn.Bilangan murid juga
bertambah menjadi 303 dan 12 bilik darjah.Pada tahun ini juga,
sekolah ini telah merancang pelbagai perancangan atau program
untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid termasuklah
perancangan 5 tahun `BEYOND EXCELLENCE’ iaiutu dari
tahun 2004 hingga tahun 2009.Semoga dengan program ini akan
meningkatkan pencapaian murid dalam bidang Akademik, Sukan dan
Permainan, Kelab dan Persatuan serta Unit Beruiform