Muat Turun :: Internet Explorer 7 | Apple Safari | Mozilla Firefox 3.0.4 ::
   
 
SEKOLAHKU
PAUTAN SEKOLAH
 
PILIHAN
 
   - Yahoo
   - Google
   - MSN
   - Cari
   - AltaVista
   - Lycos
   - Berita Harian
   - Utusan Malaysia
   - Harian Metro
   - New Strait Times
   - Sabah Times
   - Malaysiakini
   - CNN
   - Dynamic Drive
   - Sabah.net
   - Hardware Zone
   - Malaysian Website
   - e-Didik
   - Zoom A
   - JPA
   - SPP
   - JHDN
   - BPG
   - JPS
   - Zoom A
   - JavaScript Kit
   - Freewarejava
   - Cool Text
   - Webmaster
 

 

     
 

 

 
 

Bangunan pertama yang dibina pada  tahun 1959 mengandungi 2 bilik darjah di bawah dan 2 buah bilik darjah di tingkat atas., kemudian dalam tahun 1962 sebuah lagi bangunan konkrit 2 tingkat dibina yang mengandungi 3 bilik darjah di tingkat atas dan 3 bilik darjah di bawah termasuk  1 buah bilik guru dan pejabat sekolah  telah  menampung sebanyak 213 orang murid.

Pada tahun 1986, Pusat Sumber sekolah telah diwujudkan dan diletakkan di tingkat atas bangunan baru sekolah  ini. Memandangkan bilangan murid bertambah, 2 bilik darjah telah dibina `attach’ pada bangunan lama  sekolah yang telah dibina pada tahun 1987 atas usaha pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh kerana  pertambahan murid, bangunan yang dahulunya Mini Zoo telah diubahsuai dan dijadikan kelas Pemulihan dan sebuah lagi bilik darjah di bangunan Dewan St. Valentine, Beaufort.

Sebuah bilik stor alat-alat sukan dan seuah bilik menyimpan peralatan kemahiran hidup terdapat di bangunan lama  manakala sebuah bilik menyimpan bantuan Kerajaan Negeri Sabah  iaitu susu, pakaian dan kasut terdapat di bangunan baru.Sebuah bilik khas untuk Skim Pinjaman Buku Teks juga terdapat di bangunan baru.Di belakang bangunan sekolah lama terdapat sebuah tandas yang mengandungi 6 bilik tandas lelaki dan 6 bilik tandas perempuan.Walau bagaimanapun keadaan tandas ini amat uzur.Di hadapan sekolah terdapat satu kawasan lapang untuk dijadikan tapak perhimpunan dan Pendidikan Jasmani.Sekolah ini telah dibekalkan kemudahan asas seperti air dan lampu. Setiap bilik darjah mempunyai 2 buah kipas angin.

Pada keseluruhannya, bilik-bilik  darjah sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran namun kerusi meja sudah usang dan sehingga hari ini sekolah tidak ada air kerana  bekalan dipotong.

 
     
 

 

 

Hakcipta 2007 - 2009  Hakcipta Terpelihara