| Bangunan-bangunan
popular yang menjadi tumpuan para pelancong yang melawat negeri ini, antaranya ialah
Yayasan Sabah, Jabatan Muzium Negeri, Majid Negeri dan Bandaraya. Ini kerana bangunan,
sejarah dan persekitarannya mempunyai tarikannya tersendiri.
Yayasan Sabah
Bangunan
Yayasan Sabah setinggi 30 tingkat merupakan tanda mercu pembangunan negeri Sabah dan
menjadi pusat pentadbiran korporat Yayasan Sabah. Bangunan berbentuk selindar ini
dapat menarik pelancong yang melawat negari Sabah. Ianya terletak 8 km dari pusat
bandaraya Kota Kinabalu. Di bangunan inilah pejabat Ketua Menteri Sabah ditempatkan.

Muzium Negeri Sabah
Sejarah
Muzium Negeri Sabah bermula sejak zaman kolonial lagi tetapi kewujudanya rasminya hanya
pada 15 Julai 1965 yang terletak di Bangunan Kedai di Jalan Gaya Kota Kinabalu. Sesuai
dengan perkembangan dan kemajuan negeri di alaf kemodenan. Jabatan Muzium yang
dipertanggungjawabkan mengurus khazanah warisan, kini mempunyai bangunan baru sendiri
yang indah serta berkonsepkan nilai dan budaya tempatan. Bangunan Utama Muzium
negeri mengambil ciri-ciri budaya Rumah Panjang Rungus dan Murut.Pada kini, bangunan
ini menempatkan Dewan Utama, Balai-balai Pameran Tetap dan menempatkan pejabat pentadbiran
dan kewangan. Bangunan Pusat Sains dan Pendidikan didirikan berkonsepkan Tudung Saji dan
Seraung. Bangunan ini menempatkan Galeri-galeri Sains dan Teknologi serta menempatkan
pejabat dan Pameran Balai Sani Lukis Sabah. Ianya berada dibawa pengurusan pentadbiran
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Bangunan ketiga pula ialah Bangunan Pemeliharaan yang
berkonsepkan sebuah 'Celapa" atau bekas sireh dan pinang tradisional. Sesuai dengan
fungsi utama Muzium iaitu mengadakan pertunjukan persembahan dan pameran. Muzium
telah menempatkan galeri-galeri pameran seperti galeri sejarah atau terowong masa yang
mengimbaskan penempatan pertama manusia di Sabah kira-kira 28 ribu tahun lalu, galeri
Zaman Kegemilangan Kesultanan Brunei, pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
sehinggalah era kemerdekaan, galeri Tamadun Islam, galeri Etnografi, Pakaian dan Seramik,
galeri ilmu kejadian yang mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian warisan semulajadi bumi
Sabah, galeri Teknologi Sains yang mempamerkan teknologi penyiaran, keretapi, perlombongan
tembaga, industri minyak dan gas serta galeri geologi. Bermula dengan koleksi wasiat
G.C.Wooley, koleksi Muzium kini berjumlah lebih daripada 250 ribu. Antara koleksi bernilai
ialah Etnografi, Arkeologi, Zoologi, Botani, Fotograf, Sains dan Teknologi serta seramik
"Tabu Dita" antara koleksi seramik terbaik di Asia Tenggara. Selain Muzium
mempunyai kemudahan perpustakaan rujukan dan penyelidikan yang lengkap, Muzium juga m empunyai sebuah perkampungan warisan yang mempamerkan keunikan, kemahiran dan
senibena tradisional masyarakat tempatan. Sebanyak 12 buah rumah replika bersaiz sebenar
rumah-rumah tradisional seperti Rumah Bonggi, Rumah Panjang Rungus, Rumah Bambu Dusun,
Rumah Panjang Murut, Rumah Bisya, Rumah bajau, Rumah Berunai, rumah Lotud, Rumah Bajau
Semporna 'Perahu Lipa-Lipa", Rumah Suluk, Rumah Irranun dan Rumah Tekebun Cina.
Persekitaran Muzium juga terdapat Taman Etnobotani selaus 16 hektar, ia mengandungi 600
spesis tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Selain itu, Muzium juga
membangunkan tapak-tapak bersejarah di Sabah seperti Muzium Agop Batu Tulug atau "Gua
Batu Putih" yang mengandungi lebih 200 buah keranda berusia lebih 250 tahun terletak
di Kinabatangan, Panorama Rumah Besar Kinarut berbentuk "Greco-Roman" sebagai
tinggalan kegemilanagan tanaman getah di Sabah semasa pemerintahan British, , Tapak
Tingkayu di Lahad Datu, Bukit Tengkorak terletak di Semporna, Batu Berukir Lumuyu di
Tenom, Kota Mat Stor dan Kota Mat Salleh terletak di Tambunan, dan beberapa tugu, monumen
dan tapak bersejarah dipelihara sebagai warisan sejarah Sabah.
Masjid
Negeri dan Bandaraya
Masjid Negeri
terletak 2 kilometer dari pusat bandar. Ianya mempunyai rekabentuk yang unik. Dewan
sembahyang utamanya terletak di tingkat 1 yang dapat memuatkan lebihkurang 2 ribu jemaah
dalam satu-satu masa. Manakala tingkat bawah menempatkan pejabat Imam Besar dan
kakitangannya serta menempatkan Madrasah Agama Masjid Negeri. Sampai ke destinasi ini,
perjalanan mengambil masa 5 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Manakala Masjid Bandaraya terletak di Likas berhampiran dengan Bangunan Yayasan Sabah dan
berhadapan dengan Teluk Likas dengan air laut yang dikelilingi oleh Pulau Gaya dan Teluk
Sepanggar. Tingkat bawah merupakan Dewan Sembahyang manakala tingkat atas menempatkan
pejabat pengurusan pentadbiran. Jarak perjalanan kereta dari pusat bandar mengambil 10
minit.
|