Sabah National Park, Poring Air Panas dan Taman Tunku Abdul
Rahaman
Sabah mempunyai
banyak tempat-tempat peranginan dan percutian yang menarik tetapi tempat yang agak popular
ialah Kinabalu National Parkm Poring Air Panas Ranau dan Taman Tunku Abdul Rahman, Pulau
Sapi. Antara faktor utama menjadi penarik melancong ke tempat-tempat tersebut ialah
mempunyai sistem perhubungan yang baik, kemudahan penginapan yang baik, suhu yang sentiasa
dingin sepanjang tahun serta jauh dari dicemari oleh arus pembangunan bandar yang tidak
bertanggungjawab. Sepanjang tahun 2000 sahaja, sejumlah 224950 pelawat melawat Sabah
National Park Kinabalu dengan nisbah 118923 tempatan (Tm) dan 106027luar negara (Ln),
248973 dengan nisbah 137025Tm: 111948Ln melawat Poring Air Panas Ranau dan 205852 dengan
nisbah 54896Tm dan 150956Ln melawat Taman Tunku Abdul Rahman yang terletak di Pulau
Sapi iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan dengan menaik bot dari Bandaraya Rimba
Tropika, Kota Kinabalu.
Canopy Walkay Ranau
Sepanjang tahun 2000,
Canopy Walkway iatiu jambatan atas pokok terpanjang yang terdapat di Sabah telah juga
menarik perhatian pelawat dari dalam dan luar negara. Statistik menunjukan sejumlah 86723
pelawat melalui jambatan ini dengan pecahan 14895 orang pelancong tempatan dan 71828
pelancong luar negara.
Tip Mendaki Gunung Kinabalu
Statistik
menunjukkan pada tahun 2000 sahaja jumlah yang membuat pendakian Gunung Kinabalu ialah
berjumlah 42598 pendaki dengan
nisbah 26667Tm dan 15931
Ln. Keperluan asas setiap pendaki ialah t-shirt lengan panjang, baju panas dan baju
ekstra; kasut bertapak getah sperti sport / tennis / gym shoes / hiking boots; kasut
sandal; sarung tangan 2 pasang, topi dan topeng muka; stokin; baju hujan atau wind
breaker; tuala, berus gigi atau semua alat kelengkapan diri yang lain; lip gloss kegunaan
mencegah bibir pecah kesejukan; ubat-ubatan dan plaster untuk blister; lampu suluh;
makanan ringan seperti coklat, kekacang, kismis, glukos dan beg plastik untuk pelbagai
guna. Lazimnya selama 3 hari 2 malam masa digunakan untuk mendaki Gunung
Kinabalu, iaitu Hari Pertama bermalam di Taman Kinabalu supaya anda dapat bersedia untuk
mendaki pada sebelah pagi keesokannya. Hari Kedua mula mendaki sehingga di Timpohon
Gate iaitu berada pada aras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut dan bermalam di
rumah rehat yang disediakan. Pada Hari Ketiga, lebih kurang 2.30 atau 3.00 pagi,
perjalanan mendaki diteruskan sehinggalah sampai di puncak Low's Peak. Di puncak inilah
satu peluang untuk melihat dan menakmati senario pamandangan sekeliling yang indah
dan mengkagumkan. Setelah puas berada di puncak, pengunjung di kehendaki
turun semula hingga ke Timpohon Gate.
Lembah
Danum Lahad Datu
Para pelancong yang
berminat dalam persejarahan dan penyelidikan, Sabah mempunyai satu destinasi pusat
pelancongan eksklusif dan penyelidikan bagi memenuhi seumpamanya yang mana hala pengurusan
pentadbirannya diurus oleh Innoprise Jungle Lodge Sdn.Bhd [IJL], sebuah syarikat milik
penuh ICSB Yayasan Sabah yang diperbadankan pada 13 Julai 1990. Tanggungjawab utama
syarikat ini ialah untuk mengendalikan dan menguruskan Borneo Rainforest Lodge
di lembah ini, sebuah kemudahan eksklusif bagi pelancong sejarah alam semulajadi yang
terletak di kawasan Konservasi Lembah Danum. Ia menarik pelancong atasan daripada Eropah
Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. |