pengenalan.gif (659173 bytes)

Negeri di Bawah Bayu

emas-sabahmap.gif (9733 bytes)
Zon Sabab

bandaraya kota kinabalu.jpg (22981 bytes)
Bandararaya
Kota Kinabalu

gunungk.jpg (3869 bytes)
Gunung Kinabalu Ranau

batugong.jpg (7097 bytes)
Batu Gong Tambunan

airterjun.jpg (5407 bytes)
Air Terjun Maliau Basin

 

Home  Pengenalan  AgensiPengurus   PulauPercutian  PusatPercutian   BangunanIndah  Kebudayaan Pengangkutan  Penginapan   Links

Sabah atau sinonimnya dengan panggilan negeri di Bawah Bayu atau "Land below the wind" (Ismaily Bungsu, 1988) dengan keluasan 73,711 kilometer persegi terletak di Utara Pulau Borneo. Sabah mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan secara rasminya merdeka dalam Malaysia pada 16 September 1963. Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu  dan diisytiharkan sebagai Bandaraya Rimba Tropika pada 2 Februari 2000. Sabah mempunyai 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih tiga puluh daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.

Sejumlah 350 ribu atau 1/3 daripada penduduk Sabah terdiri daripada kaum Dusun serta membentuk kebudayaan yang dinamik di negeri Sabah (Kitingan, 1982). Dusun kebanyakan tinggal di Keningau dan Ranau (Ismaily Bungsu, 1988). Taburan  penduduk (kaum) Dusun mengikut Dearah ialah Ranau iaitu 39,643 orang dan  Keningau 35,930 orang, Tuaran 28615 orang, Kota Belud 23,349 orang, Kota Marudu 22,768 orang, Tambunan 17,086 orang, Kota Kinabalu 15,557 orang, Penampang 4,594 orang dan  Papar ialah 2,660 orang manakala taburan kaum kadazan teramai ialah  Penampang iaitu 26,161 orang, Kota Kinabalu 15,740 orang dan  Papar 14,552 orang sementara daerah yang lain hanya mempunyai kurang daripada 3,000 orang. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial daripada aspek sejarah lisan, struktur sosial, keturunan, kepercayaan, pertanian, bahan-bahan kebudayaan, agama dan amalan adat istiadat. 

Sabah terbahagi kepada lima (5) bahagian atau division iaitu Pantai Barat Selatan dan Pantai Barat Utara, Pedalaman, Sandakan dan Tawau sementara bandar-bandar utamanya pula ialah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat dan Keningau. Industri utamanya ialah pertanian, kayu balak dan industri pelancongan yang melibatkan pelancong seramai  2.7 juta dalam tempoh 3 tahun kebelekangan ini (1998-2000). Statistik ini diambil daripada sebelas buah pusat percutian di bawah pengawasan Taman-taman Sabah sahaja, tidak termasuk pusat-pusat pelancongan yang diusahakan oleh pihak swasta. Sabah Park merupakan tempat paling popular bagi pelancong yang meibatkan sejumlah lebih 599393 pelancong dalam dan luar negara dan diikuti sejumlah 595505 pelancong melawat Taman Poring Air Panas, Ranau