| Penduduk
Pribumi:
Sabah mempunyai 30
kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih tiga
puluh daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus,
Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai
dan Dusun.
Mesyarakat
Dusun:
Sejumlah 350 ribu
atau 1/3 daripada penduduk Sabah terdiri daripada kaum Dusun serta membentuk kebudayaan
yang dinamik di negeri Sabah (Kitingan, 1982). Dusun kebanyakan tinggal di Keningau dan
Ranau (Ismaily Bungsu, 1988). Taburan penduduk (kaum) Dusun
mengikut Dearah ialah Ranau iaitu 39,643 orang dan Keningau 35,930 orang, Tuaran
28615 orang, Kota Belud 23,349 orang, Kota Marudu 22,768 orang, Tambunan 17,086 orang,
Kota Kinabalu 15,557 orang, Penampang 4,594 orang dan Papar ialah 2,660 orang
manakala taburan kaum kadazan teramai ialah Penampang iaitu 26,161
orang, Kota Kinabalu 15,740 orang dan Papar 14,552 orang sementara daerah yang lain
hanya mempunyai kurang daripada 3,000 orang. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987)
masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial daripada aspek sejarah lisan,
struktur sosial, keturunan, kepercayaan, pertanian, bahan-bahan kebudayaan, agama dan
amalan adat istiadat.
Kuda Bajau:
Bajau Kota Belud,
mendapat jolokan Koboi Sabah kerana ianya lebih senonim dengan penungganan kuda. Kuda
bajau biasa dipersembahankan pada pesta-pesta keramaian seperti temu besar Kota Belud dan
sambutan hari-hari kebesaran, pesta-pesta seperti perkahwinan dan juga lawatan-lawatan
para pemimpin yang melawat ke daerah ini.
|