ruhana1.gif (50015 bytes)

Klik disini Home

PEROLEHAN BANK BARNETT OLEH NATIONSBANK : PERUBAHAN YANG TIDAK LANCAR

Apabila Bank Barnett dari Jacksonville, Florida telah diperolehi oleh Perbadanan NationsBank pada tahun 1998, Ketua Pegawai Esekutifnya Encik Hugh L. McColl, Jr. telah bercakap besar dengan mengatakan bahawa Bank Barnett adalah bank yang terbesar yang terletak dalam pasaran yang terbaik di Florida, dan ianya adalah miliknya sekarang. Setelah pembayaran sebanyak $15 bilion dalam bentuk stok, Encik McColl telah mendapat hadiah yang terbesar di dalam perbankkan. Dengan tidak menafikan bahawa biasanya terdapat pengurangan pelanggan apabila sesuatu bank dibeli, beliau telah meramalkan bahawa hanya 4 peratus pelanggan Bank Barnett akan berpindah oleh kerana NationsBank dari Charlotte, North Carolina akan bercantum dengan Barnett bersama dengan bank lain di Florida yang beroperasi. Ramalan tersebut telah didapati terlalu optimistik.

Syarikat tersebut telah mengalami pengurangan pelanggan dengan kadar sebanyak 16 peratus setahun, walaupun percantuman kedua-dua bank tersebut belum berlaku. Walaupun setahun telah berlalu di mana yang terburuk sepatutnya telah berakhir, pelanggan masih berkurangan dengan kadar sebanyak 12.6 peratus setahun. Syer bagi semua deposit NationsBank di Florida telah mulai jatuh sejak hari pertama perolehan Barnett dan telah berterusan menurun selama 18 bulan. NationsBank telah kehilangan 15 peratus kedudukan kewangannya di Florida pada satu tahun setengah bagi tahun pertama.

Setelah perolehan Barnett, Encik McColl telah mula menutup cawangan yang bertindih dan menghentikan pekerja. Ramai mantan pekerja telah membawa perniagaan mereka ke majikan yang baru. Selepas lebih daripada setahun pencantuman, juru cakap NationsBank telah mengakui bahawa banknya telah mengabaikan tentang keperluan pelanggan dan tidak sensitif kepada apa pendapat pelanggan terhadap produk dan khidmat yang sepatutnya dan perlu diadakan. Beliau juga telah menyatakan bahawa terdapat perbezaan budaya di antara cara Barnett dan NationsBank bekerja. Barnett mempunyai reputasi untuk membahagi-bahagikan kekuasaan kepada bank-bank tempatan, sementara NationsBank pula jenis yang berpusat dengan menggunakan talian 800. Kebanyakan peniaga-peniaga kecil mempunyai perhubungan yang erat dan persaudaraan yang kuat dengan bank tempatan. Kehilangan perhubungan yang erat telah menyebabkan ramai pelanggan khuatir bahawa bank yang baru mungkin tidak memahami perniagaan mereka dan tidak akan memberi kredit yang diperlukan atas alasan yang salah, seterusnya mengakibatkan mereka lari.

Untuk Perbincangan

1. Dimanakah NationsBank gagal dalam strategi pelaksanaannya selepas perolehan Barnett ?

2. Apakah yang NationsBank mungkin boleh lakukan untuk membuat keputusan tersebut lebih berjaya ?

2. Apakah yang NationsBank mungkin boleh lakukan untuk lebih sensitif kepada keperluan pelanggan di dalam keputusan perolehan tersebut.

WCB ENTERPRISES

Lisa Fisher adalah bertanggungjawab dalam pemasaran, penjualan dan pembelian bagi WCB Enterprise, iaitu syarikat kecil yang membuat pelbagai produk unyuk dijual khusus kepada kedai-kedai runcit. Lisa suka kepada kerjanya oleh kerana berjenis-jenis cabaran yang dihadapi. Lisa adalah baik kepada orang ramai, pelanggan, pembekal, dan rakan sekerjanya. Satu daripada tugas Lisa ialah dia terpaksa menghadiri seminar industri dan penjualan. Perjalanannya biasa mengambil masa tidak lebih dari dua hari, oleh itu dia tidak menghadapi masalah ketinggalan lebih dari sehari untuk aktiviti syarikat. Walau bagaimanapun perjalanannya yang lalu telah mengambil masa selama seminggu disebabkan penjalanan yang melibatkan perniagaan. Setelah Lisa kembali, dia telah berhadapan dengan banyak masalah daripada biasa.

Pada akhir Khamis yang lalu selepas Lisa bertolak untuk perjalanannya, satu daripada pembekal WCB telah kehilangan kilang pembuatannya akibat kebakaran. Lisa tidak mengetahui perkara ini sehingga jauh malam Jumaat semasa dalam perjalanannya. Semasa membuat panggilan jualan pada hari Isnin yang lepas, Lisa telah mendengar di radio bahawa satu daripada pembekal lain WCB telah ditutup pemogokan. Kesatuan yang lain juga telah mogok dan telah mengakibatkan penghantaran dari pembekal tersebut terhenti.

Hari ini ialah hari Khamis, di mana adalah hari pertama Lisa kembali ke pejabat. Selepas kembali dari perjalanan, biasanya Lisa akan mendapat beberapa pesanan telefon dan surat menyurat untuk dibuat susulan. Tetapi, pada masa ini Lisa telah menerima longgokan pesanan telefon daripada pelanggan yang telah terkumpul semasa ketiadaannya WCB yang beroperasi secara kecil-kecilan, belum pernah berhadapan dengan krisis. WCB hanya mempunyai servis menjawab secara informal dan tidak mempunyai mekanisme yang spesifik untuk menyambungkan pesanan telefon kepada kakitangan yang berada di luar pejabat. Prosedur syarikat tersebut tidak diurus dengan baik untuk perhubungan dengan kakitangan yang berada di luar daerah.

Lisa telah menghabiskan masa paginya untuk cuba menjawab pesanan telefonnya. Terdapat keadaan di mana dia terpaksa berhubung dengan kakitangan lain di WCB untuk mengetahui mengenai pembekalan, pengangkutan, dan lain-lain. Kadang-kadang Lisa berjaya untuk menghubungi rakan sekerjanya, tetapi kebanyakannya tidak ada orang menjawap. Masalah Lisa dirumitkan lagi apabila dia sedar bahawa WCB sedang menuju ke masa yang paling sibuk dalam setahun, iaitu sebulan sebelum Hari Krismas, di mana ia adalah merupakan masa yang paling sibuk sekali bagi semua peniaga.

Semasa Lisa mengangkat telefon sekali lagi, dia sedar bahawa dia hanya mempunyai sedikit maklumat yang boleh digunakannya. Lisa memang baik dalam kerjanya, tetapi oleh kerana dia telah banyak berada di luar pejabat untuk perjalanan peniagaan, dia telah banyak ketinggalan maklumat. Masalah dengan pembekal telah merumitkan lagi situasi tersebut. Lisa sedar bahawa dia perlu mendapatkan maklumat yang lebih banyak daripada orang lain sebelum dia dapat menangani dan menjawap persoalan daripada pemanggilnya dan mereka yang akan membuat panggilan pada hari seterusnya. Lisa boleh menangani masalahnya sekarang, tetapi dia hendak memastikan bahawa masalah tersebut tidak akan berulang lagi. Sebelum Lisa bertolak pada larut malam Khamis, dia telah mengambil nota untuk sendiri supaya menggiatkan WCB untuk memeriksa semula sistem penyediaan maklumat dalam syarikat.

Untuk Perbincangan

1. Apakah masalah yang dihadapi oleh Lisa untuk mendapatkan maklumat yang dia perlukan untuk membuat keputusan dan menjawap soalan daripada pelanggannya ? Apa atau bagaimanakah Lisa mungkin boleh mengelakkan masalah tersebut ?

2. Bagaimanakah teknologi maklumat boleh digunakan untuk membantu Lisa dalam kerjanya. Bagaimanakah cadangan kamu boleh mempengaruhi perhubungan Lisa dengan pelanggannya ? Dengan pembekalnya ? Dengan rakan sekerjanya ?

2. Jika kamu adalah Lisa, Apakah cara kamu untuk mempengaruhi Ketua kamu di dalam memahami keperluan bagi bantuan teknologi yang lebih canggih ? Apakah yang kamu akan minta ?

Rstidi 23.2.02