UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU

KOM4306, PENYUNTINGAN AKHBAR
TUGASAN 2:
sebelum balik depan
Pensyarah : Muhamad Rosli Selamat
Disediakan: Hajimin Hj.Maslin, J05475, B.Comm 6

PENGENALAN

  1. Latar Belakang Kajian Analisis:

  2. Akhbar Berita Minggu berbahasa Melayu diterbitkan semenjak tahun 1957 lagi sehinggalah Ke hari ini. Ianya merupakan akhbar berbahasa Melayu sebagai alat medium komunikasi ilmu dan maklumat dengan sasaran pembaca berbahasa Melayu di kalangan bangsa Malaysia. Akhbar minggu yang diterbitkan pada 27 Mei 2001 diambil sebagai bahan kajian dan analisis. Secara ringkas,akhbar ini terdiri daripada tiga bahagian ruangan utama iaitu Berita Minggu Nasional termasuk sukan (BMN),Berita Minggu Perspektif (BMP) dan Berita Minggu Bi-Pop (BMBP). BMN meliputi segmen Nasional, segmen Dunia, segmen Gema Islam, segmen Iklaneka, segmen Laporan Kewangan dan segmen Sukan manakala BMP terdiri daripada segmen Rencana, segmen Wanita, segmen Perubatan, Segmen Komik, segmen Pakej Percutian, segmen Sastera dan Budaya dan segmen Makan Angin. Sementara BMBP ialah merupakan akhbar hiburan yang memaparkan perkembangan artis tempatan dan luar negara. Iklan dan program rancangan television juga termasuk dalam akhbar ini.

  3. Skop Kajian Analisis:

  4. Skop atau fokus kajian analisis ialah berdasarkan aspek type setting dan make-up yang melibatkan komponen rekaletak "layout and design". Menurut kamus Dewan, Mekap ialah perbuatan menghias dengan menggunakan alat-alat sementara menurut aspek pemberitaan ialah bentuk dan gaya tersendiri untuk menghasilkan muka depan dan dalam sesebuah akhbar.

  5. Konseptualisasi Kajian Analisis:

Julian Harriss, Kelly Leiter & Stanley Johnson (1989:671) melaporkan Edmond Arnold telah mengemukakan beberapa panduan sebagai asas untuk membuat reka bentuk sesebuah akhbar yang baik iaitu:

  1. Tipografi (teknik pencetakan) yang baik sepatutnya mengandungi kandungan berita yang tersusun dan kandungan patut menentukan bentuk susunan itu. Layout yang baik mestilah kandungannya tersusun seperti berita belanjawan dan sebagainya.

  2. Rekabentuk dalam surat khabar patut memaparkan benerapa banyak cerita yang berbeza dalam ruangan yang minimum.

  3. Halaman suratkhabar yang baik mestilah berfungsi. Setiap butiran iaitu tiap-tiap baris ayat mestilah berupaya membentuk komunikasi dengan pembaca, dan mestilah menghasilkan maklumat.

  4. Layout tipografi yang baik mestilah dapat dilihat dengan jelas . Ia janganlah mengatasi mesej.

Kaedah lain yang dilaporkan oleh Julian Harriss, Kelly Leiter & Stanley Johnson digunakan tentang prosedur mekap ialah merangkumi:

  1. Halaman Depan dan Halaman Dalaman:

    1. Cerita-cerita menarik perhatian ialah hendaklah diletakkan bahagian sudut atas sebelah kiri halaman depan atau halaman dalam.

    2. Cerita menarik patut memaparkan tajuk berita yang padu atau gambar yang besar atau mungkin cerita yang luar biasa yang dimuatkan dalam "kekotak".

    3. Cerita menarik mestilah dapat memusatkan perhatian pembaca untuk terus membaca halaman berkenaan ayat demi ayat.

  1. Gaya Penulisan

  2. Penulisan dilakukan secara mendatar atau "Horizantiol". Contohnya tajuk berita akan mengisi beberapa ruangan kolum sehinggalah mencapai 8 kolum mengikut standard suratkhabar dan mengarah le sebelah kanan.

  3. Tajuk Berita dan Gambar:

  4. Untuk tipografi moden, tajuk-tajuk besar diletakkan di sudut kiri bahagian atas muka akhbar sementara tubuh cerita dan gambar akan diletakkan disebelah kanan.

  5. Peragaan:

  6. Meletakkan elemen-elemen seperti saiz huruf yang besar, ilustrasi, gambar, tajuk dan sebagainya disusun mengikut nilai berita. Misalnya cerita paling bernilai hendaklah diletakkan di kiri bahagian atas, ditulis dengan huruf besar, berwarna, memenuhi 8 kolum.

  7. Keseimbangan:

  8. Bahan yang dipaparkan di sebelah atas hendaklah lebih besar berbanding dengan bahan yang dipaparkan di bahagian bawah. Misalnya tajuk, gambar dan saiz font sebelah atas hendaklah lebih besar dan boleh melebar sehingga mengisi beberapa kolum berbanding dengan paparan yang sama di bahagian bawah. Ini bermakna tajuk di sebelah atas dibesarkan dan tajuk bahagian bawah dikecilkan.

  9. Penggunaan Ruang Kosong:

  10. Penggunaan ruang kosong merupakan alat mekap yang penting. Ruang kosong lazimnya diisikan dengan nama akhbar, gambar, lukisan/ilustrasi, di atas tajuk berita, ruang di antara tajuk-tajuk berita, di antara ruang berita dengan nama penulis dan di antara nama penulis dengan nama sumber, di antara gambar-gambar, di antara iklan dan keterangan iklan dan gambar atau makalah atau di antara nama sumber dengan pendulu.

  11. Tajuk-tajuk Berita Dipisahkan:

Tipografi moden menegaskan tajuk-tajuk berita hendaklah dipisah-pisahkan atau dijarakkan yang agak luas. Sebaik-baiknya tajuk berita jangan mengikut gaya letaknya "batu nisan" atau diletakkan tidak tersusun.

PENEMUAN DAN ANALISIS

Penenmuan akan direkodkan secara berasingan mengikut akhbar BMN, BMP dan BMBP agar analisisi dapat dibuat dengan mudah. Berdasarkan konseptualisasi di atas, penemuan-penemuan dan rumusan adalah seperti berikut:

  1. Berita Minggu Nasional (BMN):

    1. Halaman Depan

    2. Halaman depan BMN meletakkan tajuk surat khabar, tajuk-tajuk berita utama dan

      gambar kandungan BMP, kandungan BMBP dan beberapa berita penuh halaman depan BMN.

      Ini menggambarkan, halaman depan akhbar BMN memberi ringkasan berita keseluruhan terbitan akhbar pada hari berkenaan dan memudahkan pembaca memberi tumpuan untuk membaca terus kepada laporan berita yang diminati dahulu.

    3. Tajuk surat khabar

    4. Tajuk surat khabar diapungkan di tengah muka halaman depan akhbar bahagian atas, berwarna merah, saiz besar sehingga memenuhi ruang lebih 1/3 halaman akhbar. Penggunaan ruang kosong di antara tulisan tajuk serta perbezaan warna yang digunakan antara teks-teks yang kecil di ruang yang sama menjadikannya lebih kontras dan mudah dibaca serta lebih menarik.

    5. Peragaan Tajuk Berita

    6. Kebanyakannya tajuk berita diletakkan secara mendatar, gaya penulisan menurun dan memenuhi beberapa kolum atau lajur sementara tajuk berita yang diletak secara menegak akan memenuhi satu kolum sahaja berbentuk "deck". Didapati tajuk berita utama diletakkan di atas sebelah kiri dengan bercirikan huruf ditebalkan, saiz huruf yang lebih besar manakala tajuk berita bukan utama diletakkan bahagian bawah, huruf ditebalkan dan saiz huruf yang dikecilkan. Sementara tajuk-tajuk luar biasa seperti keputusan sukan dan iklan diletakkan dalam kekotak. Ini menunjukan mempunyai konsep peragaan tajuk yang jelas dan menarik.

    7. Format

    8. Sebenarnya,BMN tidak menetapkan format kolum yang piawai. Ini jelas terbukti kepada kepelbagaian bilangan kolum digunakan mengikut segmen. Contohnya BMN Nasional, Dunia, Gema Islam dan Berita Sukan menggunakan format 6 kolum di halaman depan manakala halaman dalam berita nasional dan sukan menggunakan 6-7 kolum. Sementara halaman dalam berita dunia menggunakan 7-8 kolum. Sementara berita rencana menggunakan format 4-5 kolum manakala halaman berita laporan kewangan menggunakan 3 dan 4 kolum. Iklan pula,dipaparkan berdasarakan satu kolum dalam pelbagai saiz secara menegak atau vertikal. Format tulisan dalam bentuk "justify" dan "left" atau memberat ke kiri. Ini menggambarkan, akhbar ini tidak menetapkan piawaian kolum dan bentuk penyusunan "font" yang statik tetapi sentiasa berubah mengikut kandungan pemberitaan dan ruang halaman yang digunakan.

    9. Kedudukan Iklan

    10. Iklan lebih menonjolkan dan diletakkan di bahagian bawah di sebelah kanan ke kiri. 28 daripada32 muka surat akhbar BMN diisikan sekurang-kurang satu iklan promosi atau perniagaan. Ini menunjukkan, peragaan iklan memainkan perannan tertentu dalam akhbar ini. Satu perkara yang tidak dapat dilupakan dalam konsep periklanan ialahkonsep berbayar maka sudah tentu konsep ini akan mempengaruhi letaknya sesebuah iklan. Ini bermakna nilai sesebuah iklan ialah bergantung kepada nilai yang dibayar oleh pengiklan dan iklan yang dibayar lebih tinggi akan diletakkan di halaman depan sesebuah akhbar kecuali iklan-iklan kecil yang diperuntukkan dalam ruangan iklaneka.

    11. Peragaan Gambar dan Ilustrasi

    12. Halaman depan berita nasional dan berita sukan menggunakan gambar dan ilustrasi berwarna warni sementara halaman dalam berita nasional dan berita sukan masih memperagakan gambar warna warni tetapi dalam kebanyakan gambar dan ilustrasi yang diperagakan berwarna hitam putih termasuklah warna hitam putih kepada ilustrasi. Gambar yang dipaparkan di bahagian halaman depan bahagian atas akhbar lebih besar berbanding gambar bersaiz lebih kecil di bahagian bawah. Ini menunjukkan gambar yang bersaiz besar bernilai tinggi, mampu menghasilkan peragaan yang menarik dan kontras kepada sesuatu halaman akhbar.

    13. Bentuk Huruf

    14. Bentuk huruf tajuk berita berbeza dengan bentuk huruf laporan cerita. Tajuk dalam bentuk "font arial" sementara bentuk huruf tubuh cerita ialah " Times Roman" bersaiz "10pt". Ini menunjukkan satu variasi dan gaya penulisan yang mampu menarik dan memudahkan pembacaan audiens.

    15. Penggunaan Ruang Kosong

    16. BMN menggunakan prinsip penggunaan ruang kosong dalam penulisan beritanya. Ruang kosong digunakan dengan jelas di antara tajuk berita, nama pelapor "byline" dan berita, begitu juga ruang di antara gambar, ilustrasi dan "caption". Kekotak digunakan bagi iklan. Ruang ini telah memberi satu peragaan laporan yang lebih kontras dan mudah dibaca.

    17. Penyambungan Berita

Terdapat tiga berita di halaman depan BMN yang perlu disambung ke halaman dalam. Walaupun laporan berita ini disambung di halaman lain tetapi sambungan daripada laporan berita tersebut akan diberi tajuk baru. Ini menggambarkan sambungan laporan berita juga boleh dianggap sebagai berita baru atau berita yang lain tetapi menggunakan tajuk berita yang lebih kecil berbanding tajuk berita asal yang lebih besar.

  1. Berita Minggu Perspektif (BMP)

    1. Halaman Depan

    2. Halaman depan BMP juga menampilkan dan mempunyai ciri-ciri mekap yang sama seperti dalam halaman depan BMN iaitu mesih meletakkan tajuk surat khabar, beberapa badan berita utama, tajuk-tajuk berita utama dan gambar kandungan akhbar BMP tetapi tidak ada sebarang pemaparan ringkasan berita mengenai BMBP. Ini menunjukkan satu ringkasan berita BMP sahaja.

    3. Tajuk Surat Khabar

    4. Tajuk surat khabar diapungkan di tengah muka halaman depan akhbar bahagian atas,

      berwarna-warni dan bersaiz yang besar serta melebihi satu pertiga halaman akhbar. Selainitu,nama surat khabar diletakkan di setiap halaman BMP tetapi menggunakkan saiz perkataan kecil dan kedudukan di sebelah kiri dan kanan atas surat halaman BMP. Tajuk-tajuk berita bagi tubuh berita pula masih berkonsepkan tajuk memberat ke kiri, gaya penulisan menurun sama ada sebaris,piramid atau deck. Ini menggambarkan reka bentuk tajuk boleh digayakan dalam pelbagai bentuk, sesuai dengan berita yang akan ditonjolkan dan mampu menarik perhatian pembaca.

    5. Peragaan Tajuk Berita

Tajuk berita diletakkan di kiri secara mendatar ke kanan. Tajuk memenuhi beberapa

kolam tertakluk berapa panjang berita yang dilaporkan. Penggunaan huruf "font" ditebalkan serta saiz huruf yang lebih besar tertakluk kepada nilai berita. Bermakna tajuk berita yang diletakkan di bahagian atas lebih besar berbanding tajuk berita yang diletakkan di bahagian bawah dan berikutnya. Sebagai menjadikannya mempunyai peragaan yang menarik dan variasi, tajuk berita BMP berwarna-warni dan berwarna hitam putih.

  1. Format

  2. Laporan berita masih mengekalkan format berkolum di antara 5 hingga 6 kolum. Bagaimanapun, konsep format atau susunan tulisan digunakan ialah kebanyakan dalam format "align justify" berbanding format "align left". Ini satu gambaran, rekabentuk dalam peragaan laporan BMP bervariasi. Tiada ada satu konsep piawai yang mesti dipatuhi yang mengekalkan "kesamaan" dalam bentuk format tulis huruf tetapi pemilihan berdasarkan satu konsep gaya penulisan yang dapat menarik perhatian pembaca.

  3. Peragaan Kedudukan Iklan

  4. Masih mengekalkan iklan tetapi konsep iklan dari aspek mesej berlainan daripada

    konsep iklan dalam BMn. Iklan ditonjolkan bukan berbentuk perdagangan tetapi lebih berbentuk kesejahteraan atau kesihatan dan keceriaan pengguna. Iklan diletakkan di bahagian bawah bermula di sebelah kanan ke kiri. Menggambarkan iklan mempunyai rekaletak yang standard.

  5. Gambar dan Ilustrasi

  6. Gambar. Ilustrasi bersaiz lebih besar, berwarna-warni dan hitam putih. Kebanyakan gambar dan ilustrasi diletakkan di atas halaman dan kiri, dan juga di atas sesebuah tajuk berita tubuh sesbuah berita. Ini menggambarkan gambar mempunyai lebih atau sama nilai dengan nilai laporan. Peragaan laporan dan gambar dalam BMP lebih menarik kerana gambar yang lebih besar, diletakkan di atas satu laporan dan gambar mempunyai konsep "marging atau mask" iaitu satu frame gambar yang mempunyai olahan gambar. Contoh, Terapung di Laut Mati, Percutian Menceriakan Dipenuhi Masa Keriangan dan Taman Laut sajikan panorama….dan sebagainya.

  7. Bentuk Huruf

  8. Bentuk-bentuk huruf masih mengekalkan "italic" seperti tajuk Berita Minggu Makan Angin (bentuk tulisan tangan) dan stail tulisan yang digunakan dalam ruangan ilustrasi karton yang menggabungkan tulisan beberapa stail tulisan tangan, times, arial dan sebagainya. Ini menunjukkan terdapat kebebasan reka bentuk tulisan dalam BMP untuk mewujudkan satu rekabentuk atau mekap halaman akhbar yang lebih menarik dan penuh dengan pelbagai kreativiti.

  9. Penggunaan Ruang Kosong

Prinsip penggunaan ruang kosong dalam penulisan beritanya masih diamalkan. Ruang kosong digunakan dengan jelas di antara elemen gambar, tajuk, penulisan dan "caption" gambar tetapi kurang menggunakan kekotak bagi mewujudkan kreativiti mekap akhbar seperti gambar taman burung di muka surat 12 melainkan kekotak pada iklan. Ini satu lagi gambaran, mekap halaman akhbar yang baik kerana membenarkan unsur-unsur kreativiti seseorang pereka layout atau mekap halaman akhbar.

BERITA MINGGU BI POP (BMBP)

  1. Halaman Depan

  2. Meletakkan tajuk surat khabar dan satu gambar memenuhi halaman depan dan satu tajuk berita. Tidak meletakkan tubuh berita. Ini menunjukkan BMBP lebih memokuskan visual di halaman depan, tubuh berita bukanlah satu perkara mustahak.

  3. Tajuk Surat khabar

  4. Tajuk surat khabar diapung dan diletakkan di kiri bahagian atas surat khabar dan juga diletakkan atau diapungkan di bahagian atas halaman setiap muka halaman akhbar. Tajuk berita yang diletakkan tengah bahagian bawah. Tajuk, gambar dan tajuk berita gambar berwarna-warni sementara tulisan huruf ditebalkan dan mempunyai "shadow". Ini menggambarkan perekabentuk tulisan dan gambar agak bebas menggunakan kreativiti berbanding dengan penulisan pemberitaan BMN dan BMP.

  5. Peragaan Tajuk Berita

  6. Penggunaan tajuk-tajuk berita adalah dipaparkan secara mendatar dan memenuhi beberapa kolum atau selebar dan meliputi sebuah cerita. Tajuk berita diletakkan di atas sebelah kiri di halaman hadapan manakala diapungkan bahagian tengah halaman berita dan saiz huruf yang lebih besar ditebalkan. Bagaimanapun,BMBP lebih menonjolkan kelainan iaitu terdapat tajuk yang bersifat "santak" iaitu terdapat tajuk melepasi pinggiran halaman di mana tajuk berita disambung di halaman berikut. Contohnya ialah "Syafinaz tidak pernah berasa tertekan, Tragedi Cinta Dalam Pearl Harbor, Perawaan Rimba dan Noor Azizah Kini Setia Di Rumah". Tajuk berita berwarna-warni.

  7. Format

  8. Laporan berita masih mengekalkan format berkolum di antara 2 hingga 6 kolum. Bagaimanapun, format susunan tulisan dari aspek "alignment" ianya menggunakan kebanyakan format "align justify" dan format "align left" atau memberat ke kiri. Sementara dari aspek format halaman, BMBP menonjolkan konsep "halaman sanding" iaitu sebuah cerita memenuhi dua halaman yang bersanding. Contoh berita menggunakan halaman sanding ialah "Syaf"naz tidak pernah berasa tertekan, Tragedi Cinta Pearl Harbor, Perawaan Rimba dan Noor Azizah Kini Setia Di Rumah". Ini menggambarkan, BMBP cuba mengelakkan bersambung dengan menggunakan halaman-halaman berlainan seperti BMN.

  9. Peragaan Kedudukan Iklan

  10. Kedudukan iklan diletakkan di sebelah kanan halaman secara menegak. Iklan berwarna hitam putih serta memenuhi lebih 1/3 halaman akhbar dan melebihi ¾ halaman secara menegak.

  11. Peragaan Gambar dan Ilustrasi

  12. Gambar dan ilustrasi lebih besar dan berwarna-warni dan juga hitam putih. Halaman depan dipenuhi satu gambar berkonsepkan poster. Kebanyakan gambar bersaiz besar dan diletakkan agak bebas, adakalanya diletakkan di atas suatu berita, di kanan, di kiri atau di bahagian tengah sesebuah cerita. Terdapat juga rekaletak gambar yang tidak berkotak atau "frame" seperti gambar bentuk "marge Style" seperti contoh gambar Elda Susanti di muka surat 8, Ani Morat di muka surat 24, Deanna di muka surat 20, Ramlah Ram di muka surat 16 dan sebagainya. Gambar kotak berlapis seperti Wajah baru Deanna yang berambut pendek di muka surat 20. Walau bagaimanapun ilustrasi tidak begitu ditonjolkan dalam akhbar BMBP. Ini menggambarkan, penyinting mekap bebas menggunakan kreativiti dalam meletakkan gambar-gambar dalam halaman akhbar.

  13. Bentuk Huruf

  14. Bentuk-bentuk huruf yang digunakan agak bebas iaitu tidak sahaja meletakkan "Arial" dan "Times Roman" tetapi terdapat bentuk atau stail fonta lain seperti "italic" dan mempunyai "Shadow" dan sebagainya. Huruf khususnya tajuk berita bersaiz besar dan berwarna-warni. BMBP menonjolkan gaya warna huruf yang berbagai. Ini menunjukkan, warna dengan bentuk tulis adalah satu litarasi kreativiti penyunting rekabentuk.

  15. Penggunaan Ruang Kosong

Prinsip penggunaan ruang kosong antara teks, tajuk dan gambar dalam penulisan BMBP bukanlah satu elemen yang penting walaupun terdapat bahagian-bahagian tertentu masih diamalkan. Contohnya ialah halaman depan tajuk ditulis dalam gambar tanpa penggunaan ruang kosong, Perawan Rimba, Noor azizah Kini Setia Di Rumah dan sebagainya. Ini menggambarkan terdapat variasi dan mementingkan litarasi penyunting rekabentuk dalam penulisan BMBP.

KESIMPULAN

Satu kesimpulan umum, berdasarkan konsep type setting dan make-up yang menunjukkan kepada rekabentuk "layout and design" yang baik seperti yang diperkenalkan oleh Edmond Arnold. Setelah meneliti rumusan penemuan, didapati konsep Arnold telah dijadikan piawai dalam aplikasi penggunaan mekap dalam akhabr-akhbar ini. Antara konsep asas dan prinsip yang diaplikasi dalam mereka cipta mekap akhbar ini ialah meletakkan tajuk berita utama bahagian atas sebelah kiri, kebanyakan tajuk berita secara mendatar dalam berbentuk gaya penulisan menurun "down" iaitu penggunaan huruf besar di permulaan perkataan diikuti penggunaan huruf kecil kecuali penggunaan huruf besar kepada nama khas, tajuk berita dalam berbentuk piramid dan penulisan gaya deck dan sebagainya. Terdapat penggunaan teknik berita kicker terbalik seperti tajuk berita "Megawati mesti cadangan adakan kompromi politik kata dua Gus Dur" iaitu menggunakan huruf kecil di sebelah atas dan huruf besar di bahagian bawah. Sementara gambar diletakkan di bahagian sebelah kanan sesuatu berita. Penggunaan ruang-ruang kosong di antara elemen berita serta lebih tersusun menjadikannya lebih kontras dan memudah pembacaan. Kepada penggunaan gambar-gambar, unsur-unsur litarasi dan kreativiti digunakan dalam akhbar ruangan berita perspektif dan berita Bi-Pop seperti gambar yang lebih besar ukurannya seperti poster dan huruf tulisan bagi tajuk dan diwarnakan. Ini menggambarkan penonjolan dan mekap sesuatu berita bergantung apakah jenis berita yang disampaikan dan kepada siapakan sasaran atau audiens bagi sesuatu berita yang disiarkan dan sebagainya.

###