sebelum balik depan Pensyarah : Ishak Abd Hamid Disediakan: Hajimin Hj.Maslin, J05475, B.Comm 7-Nov/2001 Arahan Tugasan KOM4108n Tugasan 1 Tugasan kumpulan (10%) Buat rumusan dalam Bahasa Melayu ke atas sepuluh artikel yang terbaharu(dari tahun 1990-2000) mengenai-mengenai sebarang isu dalam perundingan dalam mana-mana jurnal(bukan majalah atau akhbar) yang berikut di perpustakaan atau E-jurnal dari Internet. Tugasan ini harus diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya sebelum peperiksaan pertengahan semester.
Tugasan 2 Projek kumpulan (30%) kajian kes Untuk anda memahami dan menganalisa peranan perundingan dan pengurusan konflik denga lebih mendalam , kumpulan anda di kehendaki menjalankan suatu kajian kes. kajian kes tersebut mesti berdasarkan kepada perundingan sebenar yang telah atau sedang berlaku yang bekaitan dengan polisi kerajaan, perdagangan,isu-isu antara bangsa dan sebagainya. Misalnya, perundingan Arab -Israel, perundingan dalam Perjanjian Pangkor, Perundingan di antara Tengku Abdul Rahman dengan Chin Peng, perundingan antara Kesatuan pekerja dengan majikan dan sebagainya. Anda dikehendaki menganalisis kontroversi yang wujud, menjejaki kronologi hingga tercetusnya kontroversi atau konflik, mengenal pasti halangan-halangan untuk mencapai resolusi yang efektif, memberikan cadangan -cadangan yang konkrit bagaimana kontroversi itu dapat diselesaikan. Anda juga harus mengkaji mengenai strategi dan taktik yang digunakan,mengenal pasti kemahiran-kemahiran komunikasi yang diaplikasi oleh mereka yang terlibat dalam perundingan tersebut. Kajian ini haruslah ditaip dengan jelas sebanyak sekurang-kurangnya 20 halaman.
|