UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU

IMPLIKASI UNDANG-UNDANG SIBER KEPADA
MASYARAKAT MALAYSIA

sebelum balik depan

Untuk Pensyarah KOM4000: Saiful Nujaimi Abdul Rahman

Disediakan oleh:
Hajimin Hj. Maslin, Dayang Hirdawaty Maarof , 
Yusof Rashman, Hasiah Hasnah Laumin dan  Amirin @ Peter Dani .

upmkumpulan.JPG (47092 bytes)

A. PENGENALAN

Malaysia telah melalui era pertanian dan era perindustrian dalam usaha membangunkan negara ini dan kini pula sedang memasuki era atau pasca maklumat atau teknologi maklumat. Dalam pasca ledakan maklumat dan teknologi maklumat yang dikaitkan dengan istilah lebuhraya multimedia, era siber, era maya dan sebagainya, Malaysia tidak mahu ketinggalan sekali gus mendorongnya untuk mengujudkan satu projek yang dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini bertujuan sebagai satu test-bad yang bukan sahaja untuk membangun dan mencuba teknologi maklumat tetapi sebenarnya satu proses peralihan sebenar gaya hidup di erah maklumat serta pada masa yang sama memesatkan pertumbuhan industri IT, telekomunikasi dan multimedia di negara ini. Ke arah kejayaan pelaksanaan aplikasi ini, satu rangka perundangan siber yang komprehensif diperkenalkan untuk menggalakkan pelaburan IT dan perniagaan dalam industri multimedia dan penggunaan aplikasi multimedia dengan harapan besar agar teknologi canggih, pra teknokarat dan sumber manusia mahir atau intelektual dari negara-negara maju dapat di bawa ke Malaysia untuk membantu meletakkan Malaysia dalam arus global penempatan yang berteraskan competitive advantage dan kompetensi teras ke arah kecapaian misi dan wawasan 2020.

Sejajar dengan hasrat ini, tiga undang-undang siber telah digubal pada 1997 di bawah peruntukan Akta Hakcipta 1997 iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Teleperubatan 1997 manakala pada 1998, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 diluluskan untuk menggantikan Akta Komunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Antara tujuan -tujuan utama akta ini digubal ialah Akta Tandatangan Digital 1997 menyediakan tandatangan digital diterima pakai dan sah, sama dengan tandatangan bertulis, cap jari atau pengenalan lain bagi tujuan pengesahan sesuatu transaksi elektronik . Akta Jenayah Komputer 1997 memperuntukan berkaitan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh rakyat negara ini, sungguhpun kesalahan tersebut dilakukan di luar negara, ia disifatkan sebagai dilakukan dalam Malaysia. Akta Komunikasi dan Multimedia, antara tujuannya ialah menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia serta bertujuan menyediakan satu set peruntukan-peruntukan kawalan yang generik berasaskan kepada definisi generik mengenai perkhidmatan dan aktiviti berangkaian serta menyediakan beberapa peruntukan khas berkaitan dengan media tradisional yang mungkin memberi kesan produktif kepada pembangunan industri komunikasi dan multimedia.

Sempena pelancaran Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata bahawa kemampuan menguasai teknologi maklumat serta komunikasi, menjadikan penentu pembangunan ekonomi negara.

1.1. Undang-undang

Sebelum meneruskan perbincangan tentang kertas kerja ini, eloklah diperkenalkan dahulu apakah itu undang-undang dan apakah pula sumbernya? Menurut hasil pembacaan melalui buku-buku rujukan, penulis mendapati bahawa sumber dan amalan undang-undang berasal dari Greek dan Rom manakala terdapat enam sumber undang-undang iaitu adat resam, agama, perbincangan saintifik, pengadilan atau hukuman, ekuiti dan perundangan. Bagaimanapun, perkembangan dan penerimaan undang-undang di Malaysia berdasarkan undang-undang adat yang sedikit sebanyak dipengaruhi unsur-unsur Hindu (Adat perpatih hidup subur hingga sekarang), Undang-Undang Islam bermula di Melaka pada kurun ke 15 Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Inggeris. Pemakaian undang-undang Inggeris ini juga tertakluk kepada Seksyen 3 dan Seksyen 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim Ahilemah Joned (1987).

Menurut K. Ramanathan Kalimuthu (1987) pula, undang-undang dibentuk bergantung kepada cara hidup sesuatu bangsa, pemikiran atau dari pengalaman sesuatu bangsa itu. Undang-undang juga mempunyai pengertian luas dan sukar didefinisikan kerana bukan objektif yang nyata. Beberapa tafsiran undang-undang oleh ahli-ahli falsafah yang dilaporkan oleh Ramanathan Kalimuthu seperti berikut:

a. Pound berpendapat undang-undang ialah satu badan yang diterima oleh rakyat jelata dan mempunyai badan kehakiman untuk menguatkuasakan undang-undang.

b. Steven M. Giflis berpendapat undang-undang merupakan satu badan pembuat undang-undang yang mengeluarkan peraturan yang mana ia mestilah dapat mengawal setiap tingkah laku seseorang atau masyarakat.

c. L.B.Cuzon berpendapat undang-undang merupakan badan-badan peraturan yang bertulis atau tidak bertulis, berpandukan kepada adat dan pemerintahan yang sah dan diakui oleh rakyat dan badan-badan yang menyusun masyarakat dalam sesebuah negara.

d. Black berpendapat undang-undang dibentuk ia dianggap sebagai mempunyai kuasa tertinggi dan merupakan peraturan yang telah ditetapkan.

1.2. Matlamat Undang-Undang Siber

Menurut seksyen 3.(1) dan (2) Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588), akta ini mempunyai 4 matlamat dasar dan 9 matlamat khususnya, iaitu:

i. Matlamat Dasar:

a. Menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

b. Mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

c. Mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan

d.. Mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta ini.

ii. Matlamat Khususnya:

a. Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;

b. Menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;

c. Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;

d. Mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;

e. Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;

f. Memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;

g. Mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir;

h. Memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan;

i. Menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan

j. Menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Tersebut di dalam akta ini di bawah seksyen 3. (3) tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.

1.3 Objektif

Selaras dengan matlamat akta ini digubal, objektif utama perbincangan akan difokuskan kepada ingin tahu sejauh mana matlamat khususnya tercapai dan sekali gus akan menyenaraikan implikasi dari segi kejayaan matlamat penggubalan undang-undang siber terhadap masyarakat Malaysia dari aspek teknologi , industri (persaingan dan percantuman industri), sistem pemerintahan negara, sosioekonomi dan sosiopolitik, pendidikan, pembangunan masyarakat (intelektual, pemikiran, perlakuan, strategi kemajuan), wanita dan kanak-kanak serta kesan kepada peradaban dan budaya.

1.4 Kepentingan

Salah seorang sarjana tempatan dan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Mohamed Ghouse Nasuruddin, pernah berkata: “ kita perlu sedar bahawa warisan sering berubah dibentuk zaman, sesuai dengan proses menyesuaikan warisan kehendak zaman “. Datuk Seri Ahmad Abdullah Badawi juga pernah berkata “Identiti nasional kita adalah satu-satunya sumber yang amat penting, mengikat dan menyatupadukan kita untuk melangkah bersama-sama menghadapi dunia yang sentiasa berubah”.

Intisari kata-kata hikmat tersebut, sesungguhnya memperakui bahawa tamadun manusia sentiasa berubah dan sekali gus dapat mencorak kan kehidupan manusia sesuatu bangsa. Namun semua perubahan-perubahan itu tidak semua baik untuk semua situasi. Ibarat “ubat penyembuh luka tidak semesti menjadi penawar penyakit kala diminum atau dimakan” . Apapun alasan, dalam era globlisasi dan kesejagatan manusia khususnya dalam keunikan era revolusi IT dan multimedia masa kini, sememangnya kita tidak dapat lari daripada menerima kesannya, maka pandai-pandailah meletakkannya di tempat yang sewajarnya. Jangan menyalah kewujudannya tetapi penggunalah harus mengrungkai kebajiksanaannya. Ingatlah bahawa api yang panas sangat berguna kepada kehidupan tetapi kesilapan menggunakannya juga boleh membuat kemusnahan. Begitulah juga dengan perkembangan teknologi komunikasi dan multimedia, jika sesuatu bangsa meletakkanya di tempat yang sewajarnya sesuai dengan norma dan nilai sesuatu bangsa, sudah tentu sesuatu pembangunan itu akan memberi kebaikan dan bermakna kepada bangsa dan masyarakat.

1.5 Limitasi Kajian

Penulis tidak akan membincangkan empat matlamat dasar tetapi penulis ingin membincangkan sejauhmana sebahagian daripada matlamat khusus dalam akta ini telah direalisasikan menerusi pelbagai aspek seperti tersebut dalam objektif kertas kerja di atas. Penulis tidaklah bermaksud untuk membuat penilaian tersendiri terhadap suatu perkembangan dan kejayaan pembangunan IT di negara ini implikasi daripada penggubalan undang-undangnya tetapi penulis lebih kepada menyenaraikan perakuan pihak-pihak tertentu yang ada kredebiliti tersendiri mengenainya dan mendokumentasikan isu-isu berkaitan dengannya sebagai kenyataan, sejauhmana tercapainya tujuan utama kerajaan memperkenalkan satu rangka perundangan yang komprenhensif iaitu untuk menggalakkan pelaburan dan perniagaan dalam industri multimedia dan penggunaan aplikasi multimedia di negara ini (http://www.bijak.net.my/).

B. IMPLIKASI UNDANG-UNDANG SIBER KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA.

Dalam era globalisasi atau pasca industri IT dan multimedia, kerajaan telah mengubalkan perundangan ulung di dunia mengenai teknologi komunikasi dan multimedia yang bertujuan menjana perkembangan industri tersebut di negara ini yang mana manfaatnya boleh dinakmati oleh rakyatnya. Antara yang terungkap dan menjadi fokus utama perbincangan penulis ialah sejauh mana hasrat kerajaan tercapai:

i. Untuk menjadikan menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;

ii. Menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;

iii. Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;

Antara faktor-faktor mendorong Malaysia merealisasikan industri IT dan multimedia ialah bermula daripada pengalaman masa lampau di mana ekonomi negara adalah berasaskan pertanian dan industri yang hanya bergantung kepada sumber-sumber yang terhad tetapi dengan kemunculan era IT ini, industri ini telah melangkau geografi dan akhirnya memberi implikasi perkembangan dan kemajuan di dalam pelbagai aspek seperti berikut:

1.1. Kesan Kepada Teknologi.

Pembangunan prasaranan IT dan MSC di Malaysia telah mengujudkan keterbukaan di peringkat antarabangsa, sekali gus mengujudkan proses pemindahan teknologi canggih . Syarikat-syarikat terkemuka dari Amerika dan Eropah akan melabur di pusat MSC dan sebagainya. Bukan sahaja situasi ini boleh memindahkan teknologi tetapi juga dapat menarik ahli-ahli sains dan teknokrat. Kedatangan mereka bukan saja kepada keuntungan semata-mata tetapi dapat membantu negara ini memertabatkan pembangunan negara ke arah wawasan negara 2020.

Menurut ucapan dasar Presiden JIM (ppn97), IT dan MSC dibangunkan kepada tiga tahap utama iaitu fasa 2000, 2010 dan 2020. Fasa sehingga 2000 ialah beberapa bidang strategik dan komponen dibangunkan ke arah merealisasikan gagasan dan operasi MSC yang terdiri “advanced electronis & IT, virtual corporations, advanced materials applications, new enegergy source applications dan telecommunication convergence”. “Virtual corporations” melibatkan pelaksanaan bidang pendidikan, pertahanan, perniagaan, kesihatan dan pentadbiran kerajaan sementara telecommunication convergence pula melibatkan operasi mengintegrasikan penggunaan setelit, komputer dan telefon. Fasa kedua pula melibatkan kerajaan elektronik, national multi-purpose card, smart schools, telemedicine, bordelress marketing, R&D dan WWW manufacturing, dan setelah asas-asas di atas dibangunkan maka halutuju seterusnya ialah untuk merealisasikan smart robotic systems, renewable energy, aerospace dan biomechantronics. Fasa ketiga pula antara 2010 sehingga 2020 merupakan satu era di mana negara mempunyai kepelbagaian teknologi canggih yang mungkin tidak dapat dijangka pada hari ini. Secara optimis, Malaysia sudah pasti akan dicorakkan oleh teknologi-teknologi baru, komunikasi angkasa lepas dan sistem-sistem swasusun atau self organizing system. Andai jangkauan ini dapat direalisasikan, autopioesis dan autopioetic network menjadi satu realiti dalam sistem sosial negara ini.

1.2. Kesan kepada industri (persaingan dan percantuman industri)

Menurut Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie sehingga akhir bulan Januari 2001, sebanyak 444 syarikat telah mendapat status MSC dengan sebahagiannya berpusat di kawasan terbabit, (Utusan megabait bertarikh 15 Februari 2001:p.2). Namun, satu menjadi tanda tanya ialah sejauhmana wujudnya peluang dalam projek ini kepada syarikat terbabit dan apakah cabaran-cabaran yang harus dilalui? Menurut laporan Wong Hon Wai (1997) dalam Peluang dan Cabaran: Analisis terhadap Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, evolusi dalam perkembangan telekomunikasi serta multimedia telah menggabungkan kedua-dua industri tersebut. Multimedia merupakan gabungan antara bunyi, data, grafik dan video. Sementara itu, industri telekomunikasi telah membolehkan hubungan jarak jauh didekatkan dengan rangkaian komputer. Masa depan untuk perkembangan industri multimedia serta telekomunikasi bergantung kepada pergabungan kedua-dua teknologi untuk memberikan lebihan daya saingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan strategik. Wong juga melaporkan pasaran multimedia akan mencecah angka US$3.5 trilion menjelang tahun 2002. Ini adalah lebih kurang saiz ekonomi negara USA pada awal tahun 1980an. Langkah Malaysia mewujudkan MSC untuk turut bersama negara-negara lain dalam pembangunan industri multimedia adalah langkah bijak. Walaupun Malaysia baru menceburi bidang teknologi maklumat secara serius dan terdapat gergasi industri teknologi maklumat di Silicon Valley, California, Amerika Syarikat, tetapi MSC menawarkan beberapa tarikan yang boleh disifatkan sebagai lebihan daya saingan MSC berbanding lokasi lain di dunia . Menurut Wong Hon Wai (1997) Malaysia dapat berdaya siang dalam industri ini kerana beberapa faktor seperti berikut (petikan 1-9):

1. Kepimpinan kerajaan dalam menjayakan MSC:

Ketua Eksekutif Microsoft Corporation, Bill Gates pernah menyatakan bahawa beliau sangat kagum dengan tekad kerajaan Malaysia untuk menjayakan MSC kerana menurut beliau Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir merupakan antara beberapa tokoh kerajaan di dunia ini yang sentiasa mengeluarkan pendapat mengenai kemajuan teknologi maklumat. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan dan Majlis Telekomunikasi Negara untuk menggalakkan pertumbuhan industri teknologi maklumat dan telekomunikasi. Apa yang menarik sekali ialah minat PM sendiri dalam pembangunan industri teknologi maklumat dengan beliau sendiri menjadi Pengerusi bagi kedua-dua majlis tersebut dan Timbalan Pengerusi ialah Timbalan Perdana Menteri.

2. Faktor Lokasi MSC

MSC terletak dalam rantau Asia Pasifik yang merupakan rantau yang paling pesat membangun dalam konteks pembangunan ekonomik. Tambahan pula, indusrti teknologi maklumat negara-negara Asia Pasifik masih dalam peringkat permulaan. Maka , syarikat teknologi maklumat di negara maju dapat menggunakan MSC sebagai batu loncatan untuk menebusi pasaran Asia Pasifik.

3. Kemudahan infrastruktur telekomunikasi

Memandangkan MSC dibangunkan di tempat yang baru yang sebelum ini merupakan kawasan luar bandar maka soal menggantikan infrastruktur telekomunikasi yang lama tidak timbul. Dengan ini, MSC dapat secara terus menggunakan teknologi terkini untuk perhubungan rangkaian.

4. Jaminan dari kerajaan

Kerajaan Malaysia telah menggariskan Akta Jaminan (Bill of Guarantees) dengan menyakinkan pelabur asing di MSC bahawa pelaburan mereka dapat mendapat pulangan maksimum. Antaranya kerajaan telah menyatakan bahawa Multimedia Development Corporation (MDC) akan dijadikan pusat “one-stop” untuk syarikat yang melabur di MSC apabila ingin berurusan dengan kerajaan. Dengan ini, wujudnya MDC dapat menjimatkan masa syarikat MSC.

5. Sokongan Infrakstruktur yang mencukupi

Lokasi MSC adalah dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan siap sepenuhnya pada tahun 1998. KLIA dihubungkan pedengan semua ibu kota di seluruh dunia. Kedudukan MSC yang dekat dengan Pelabuhan Kelang yang merupakan pelabuhan utama di Malaysia.Di samping itu, MSC dihubungkan dengan laluan keretapi serta Lebuh Raya Utara-Selatan ke destinasi utama di seluruh Semenanjung Malaysia.

6. Insentif Kewangan

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 1997 pada Oktober 1996 bahawa pelbagai insentif telah disediakan khas untuk menggalakkan pertumbuhan MSC. Antaranya termasuk pengecualian cukai syarikat selama 5 tahun (boleh dilanjutkan hingga 10 tahun) kepada syarikat yang didaftarkan di bawah MSC, Pengecualian cukai terhadap pembelian perkakasan multimedia dan Syarikat MSC dibenarkan untuk mengambil pekerja asing dengan tanpa syarat kawalan yang ketat.

7. Sokongan Infrastruktur Kewangan

Semasa pembentangan Belanjawan 1997, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutarakan saranan untuk memperkenalkan pasaran OTC (over-the-counter market) di Bursa Saham Kuala Lumpur. Penubuhan pasaran OTC tersebut adalah bertujuan untuk membantu syarikat teknologi maklumat untuk mendapatkan modal pelaburan. Adalah dijangkakan bahawa garis panduan untuk pasaran OTC ini akan disiapkan pada 18-2-97. (Rozani Sani, New Straits Times 13-1-1997) dan dijangka akan mulai beroperasi pada hujung tahun 1997 (Alex Yong, The Star, 14-1-1997).

Penubuhan pasaran OTC ini dipandang sebagai satu faktor berjaya kritikal (critical success factor) terhadap pembangunan industi teknologi maklumat tempatan. Dengan wujudnya pasaran OTC, syarikat teknologi maklumat baru yang tidak mempunyai rekod perniagaan tetapi menjanjikan potensi besar untuk pembangunan masa depan akan dapat mengumpul modal melalui penyenaraian di pasaran OTC. Pasaran OTC yang bakal ditubuhkan akan mengambil pengalaman dari pasaran Nasdaq (National Association of Securities Dealers) yang menjalankan perniagaan saham secara OTC di Amerika Syarikat. Kejayaan Nasdaq dalam menyokong industi teknologi maklumat di Silicon Valley, California,Amerika Syarikat akan dijadi panduan oleh Pasaran OTC Malaysia untuk menyokong industri teknologi maklumat di MSC.

8. Sumber tenaga manusia

Malaysia mempunyai sumber tenaga manusia yang mahir dalam bidang teknologi maklumat. Taraf pendidikan yang tinggi serta kos sumber manusia yang murah merupakan satu aset penting Malaysia untuk menarik minat pelaburan asing ke MSC.

9. Budaya rakyat Malaysia yang kaya

Kebolehan rakyat Malaysia berkomunikasi dalam pelbagai bahasa khasnya Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin ini menawarkan kelebihan untuk berurusniaga dengan negara-negara di rantau Asia Pasifik Seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir kepada industri perfileman semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat pada pertengahan bulan Januari 1997 bahawa tiada tempat lain (melainkan MSC) yang boleh menghubungkan kreativiti menakjubkan dengan melahirkan hiburan digital yang relevan kepada negara-negara Asia. Hakikat bahawa kepelbagaian budaya di Malaysia menjadi satu kelebihan daya saingan jika pusat hiburan digital dunia yang bercirikan pelbagai budaya didirikan di MSC. MSC menawarkan satu pakej insentif kepada pelabur asing dengan itu berdaya saing di peringkat antarabangsa untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain untuk menerokai bidang pembangunan teknologi maklumat

Dalam industri persaingan, syarikat-syarikat telekomunikasi dan multimedia berusaha untuk bukan sahaja menjadi industri atau syarikat-syarikat pengeluar produk perkakasan, perisian tetapi menjadikan gagasan utama mereka seperti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya atau publik Berikut antara contoh-contoh syarikat yang terlibat secara langsung membangunkan industri teknologi komunikasi di negara ini.

a. Produk Telekomunikasi & Multimedia:

Celcom (Malaysia) Sdn.Bhd. menawarkan perkhidmatan telekomunikasi antaranya telefon selular, perkhidmatan internet moblie Celcom GS M WAP, rangkaian talian tetap, multimedia dan beberapa perkhidmatan nilai tambahan yang lain (Norzaila Rosli, Utusan Megabait , 15 Februari 200: p.4.

b. HartaTanah

Dalam bidang pemajuan hartatanah di Malysia, Bukit Rimau Development Sdn.Bhd telah menjadi pelopor ulung di Malaysia menawarkan pembeli rumah menerusi lawatan maya. Melalui perkhidmatan ini, pembeli dengan mudah meninjau secara maya rumah contoh melalui internet. Melalui maya ini, pembeli dapat melihat pemandangan bilik-bilik yang berlainan dari sudut 180 dan 360 darjah. Menurut Pengarah Pemasaran Bukit Rimau, L.C.Toh, teknologi perisian imej iniialah berasaskan Web iPEX. Selain pembeli dapat melihat reka bentuk susun letak rumah , lokasi dan kemudahan tetapi juga pelanggan boleh melihat pelan tapak, memilih unit yang disukai, mengatur temujanji, harga rumah dan pelawat dapat mengira pembayaran pinjaman serta pelewat dapat membuat penyelidikan terhadap seluruh pembangunan Bukit Rimau melalui maklumat dan visual fasa yang berlainan. (http://www.bukit.rimau.com), Utusan Megabait, 15 Februari 2001:p.4c. Perniagaan Surat Kredit (LOC). Dalam urusan perniagaan global, HEWLETT-PACKARD Sales (Malaysia) Sdn.Bhd (HPSM) membentuk kerjasama strategik dengan v-lc.com untuk menawarkan perniagaan surat LOC secara talian seluruh dunia. Perkhidmatan ini merupakan pertama di dunia dan sekali gus menjadikan Hewlett-Packard (HP) terus unggul dalam rumusan secara online. Menurut laporan Pengarah urusan HPSM, Badlisham Ghazali, matlamat umumnya adalah untuk memajukan pelbagai e-perkhidmatan ekosistem melalui penyeidaaan e-perkhidmatan berguna melalui internet dan pada masa yang sama membantu menarik lebih banyak syarikat-syarikat melaksanakan urusniaga perniagaan ke perniagaan (B2B) melalui konsep internet. Utusan Megabait, 15 Februari 2001:p.5

c.. Pasaran Komputer:

Menurut satu hasil kajian pasaran syarikat-syarikat komputer peribadi PC di Malaysia adalah mencatatkan peningkatan tertinggi berbanding lima negara utama di rantau Asia Tenggara lain. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh International Data Corporation (IDC), dari segi peratusan peningkatan jumlah jualan di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia mencapai 50% tetapi dari segi jumlah, Malaysia masih ditahap yang tertinggi iaitu 670,000 unit berbanding jumlah jualan di Indonesia hanya 417,000 dan Singgapura 64,000.

1.3. Kesan kepada sistem pemerintahan negara (Kerajaan)

Beberapa sistem berkonsepkan teknologi telekomunikasi dan multimedia telah dibangunakan oleh kerajaan ke arah mempercepatkan visi 2020nya, antaranya ialah pembangunan yang meliputi:

a. Kerajaan elektronik :

Pentadbiran kerajaan yang berhubung rangkaian komputer dengan mengutamakan konsep kurang kertas (paperless). Semua jabatan kerajaan akan dihubungkan dengan pangkalan data sepunya untuk memudahkan aliran maklumat. Dengan itu kecairan maklumat (information solvency) akan meningkat. Contoh laman web Kerajaan Negeri Sabah yang boleh dilayari melalui http://www.sabah.gov.my/. Laman ini mengandungi tentang struktur kerajaan negeri Sabah dan struktur-struktur kementerian dan jabatan, profail menteri-menteri dan pembantu menteri, mengandungi capaian pekelilingan kerajaan, maklumat-maklumat semasa dan sebagainya.

b. Sistem Keselamatan:

Dalam sistem pemerintahan negara, teknologi maklumat bukan sahaja penting untuk mengerakkan ekonomi yang pantas seiring dengan pengembangan industri secara global tetapi industri ini juga penting di aspek keselamatan negara. Pengerusi Celcom (Malaysia) Sdn.Bhd, Tan Sri Tajuddin Ramli berkata, alat komunikasi yang canggih dan afektif merupakan satu keperluan penting kepada angkatan tentera Malaysia dalam menjalankan tugas mempertahankan negara.Beliau berkata semasa Majlis Mendatangani Perjanjian langganan perkhidmatan telekomunikasi mudah ali GSM antara Celcom dan angkatan tentera Malaysia (ATM). Di dalam perjanjian ini, Celcom menawarkan 4000 talian GSM tambahan kepada ATM bagi menghubungkan masyarakat bagi tempoh tiga tahun akan datang.

c. Sistem Maklumat Organisasi Kerajaan

Dalam usaha kerajaan menyebarkan maklumat kepada rakyatnya secara cekap, cepat dan berkesan. Organisasi-organisasi kerajaan telah menggunakan sistem telekomunikasi sebagai medium menyimpan dan menyampai mesejnya kepada pengguna. Contohnya melalui sistem internet, kebanyakan organisasi kerajaan telah menyediakan dan membina homepaj-homepajnya sendiri yang dapat diakses oleh pengguna internet. Contohnya laman web Dewan Undangan Negeri Sabah, bukan sahaja memuatkan dari aspek kandungannya tetapi memberi pemaklumatan tentang tarikh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri akan bersidang dan sebagainya.

d. Laman-laman Web Mampu Perangi Pembohongan.

Sekali air bah berubah sekali pasir pantai berubah, begitu juga dengan era maklumat. Kecanggihan teknologi ini sebagai saluran maklumat yang paling pantas maka sewajarlah medium komunikasi ini digunakan untuk menyelur maklumat yang baik kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa sesungguhnya manusia tidak ada yang ideal. Oleh itu, ini menggambarkan penjana-penjana maklumat adakala akan terbabas jua daripada kebenaran. Tidak hairanlah, sejak akhir-akhir ini kita sering disuap dengan maklumat yang keliru, sehinggakan maklumat tersebut boleh menggugat keamanan sosial dan menjadi kebimbangan pihak pemerintah. Seperti yang dihebohkan baru-baru ini, laman malaysiakini.com telah dikecam oleh pihak tertentu kerana menyiarkan berita yang tidak sepatutnya sehingga pihak malaysiakini.com menjawap kritikan itu melalui akhbar nasional yang berbunyi “Akhbar Web ini tidak sekali-kali bertujuan melaga-lagakan dua pemimpin kerajaan, antara Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya Datuk Chor Chee Heung......., Malaysiakini setiap hari secara purata menerima antara 30 - 50 pucuk surat. Banyak juga (tetapi bukan majoriti) surat itu adalah kecaman kepada kerajaan dan pemimpinnya tetapi tidak disiarkan kerana bahasanya yang tidak teratur atau hujah yang lemah, ( Fathi Aris Omar, pengarang Berita (bahasa Melayu) Malaysiakini.com p.p15, Februari 15,2001 Utusan Malaysia.

Justeru itu, sebagai langkah memerangi kekeliruan ini menurut Dr. Mohamed Awang Lah, Ketua Pegawai Operasi Institut Sistem Mikro-Elektronik Malaysia (Mimos) ialah dengan mengemaskini dengan lebih kerap laman-laman web dan menyampaikan lebih banyak isu semasa melalui medium itu (laman web). Sebagai contoh kerajaan elektronik, melalui konsep ini kerajaan mempunyai laman-laman webnya sendiri. Dengan adanya laman-laman milik kerajaan, sudah tentu sekali maklumat yang ada padanya mempunyai kredibiliti dari segi fakta dan maklumat serta sekali gus dapat menangkis laporan yang dilaporkan oleh laman-laman web yang tidak bertanggungjawab.

e. Medium Propaganda Pemerintah

Dalam kecanggihan dan inovasi telekomunikasi seperti internet, telefon, teleysien, radio dan sebagainya. Alat-alat ini digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau propaganda pemerintah kepada rakyat. Contohnya, bagi mendapat kuasa poltik untuk terus menjadi kerajaan dan memimpin rakyat, alat-alat ini dijadikan sebagai medium untuk berkempen. Alat inijuga dijadikan saluran melawan hujah pembangkang dan sebagainya. Dari aspek pembangunan pula, alat-alat ini dijadikan medium sebaran maklumat tentang projek-projek pembangunan sama ada yang dirancang ataupun yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan sebagainya.

1.4. Kesan kepada sosioekonomi dan sosiopolitik

Negara Malaysia amat beruntung kerana mempunyai sebuah kerajaan yang stabil. Jika tidak kerana adanya kestabilan ini, sudah tentu apa yang dicapai pada hari ini tidak akan dinakmati. Faktor pencapaian ini ialah negara Malaysia mempunyai sebuah masyarakat pelbagai kaum yang toleransi, mempunyai kepuasan pembangunan sosioekonomi yang seimbang, mempunyai pimpinan yang wibawa dan mempunyai sosiopolitik yang stabil serta perkongsian kuasa melalui kesatuan dalam konsep barisan nasional. Ini bermakna, pembangunan bersepadu yang dilakukan oleh para pemimpin diterima oleh rakyat. Tanpanya, sudah tentu peristiwa hitam 13 Mei 1969 akan berulang kerana terdapat ketidakpuasan atau diskrimanasi khususnya dalam bidang sosioekonomi dan sosiopolitik. Walaupun rakyat negara ini, masih terdapat pihak-pihak yang tidak seratus-peratus menyokong kerajaan tetapi secara rasionalnya rakyat pada masa tertentu perlu mengakui Malaysia telah dibangun oleh kepimpinan yang berkebolahan dan berwibawa. Ini terbukti, Malaysia bangun dengan kepimpinan yang ada walaupun kebolehan mereka, ada ketika terpaksa diketapikan kerana mereka berada di garisan yang berbeza.Walhal, sementara ketokohan dan wibawa kepimpinan negara masih ada rakyat sendiri yang menolaknya, namun pada masa yang sama terdapat pihak luar yang terpaksa mengakui kebolehan kepimpinan negara ini. Contohnya, Ketua Eksekutif (serantau) Morgan Stanley Dean Witter berpejabat di Singapura bagai firma kewangan global, berkata “lihatlah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia terhadap negaranya dan bukan kepada retorikanya..., perbahasan Mahathir-Soros di bank Dunia tidak berapa lama dahulu perlu disemak semula kerana apabila anda melihat semula dan membaca apa yang disampaikan olehnya (Mahathir), dalam banyak perkara beliau sememangnya betul.”p.p.2, Utusan Malaysia Februari 15,2001.

Menurut sejarah, pengalaman masa lampau negara ini telah menjadi faktor penting mendorong negara memulakan inisiatif pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitikberasaskan teknologi maklumat.. Dahulunya ekonomi negara sangat bergantung kepada sumber pertanian dan era perindustarian yang semata-mata ekonomi bergantung turun naiknya harga pasaran komoditi. Menyedari hakikat ini, kerajaan mempelbagaikan industari sehinggalah kepada berasaskan pasca industri maklumat. Dalam usaha merealisasikan hasrat karajaan ini, Malaysia melalui projeknya iaitu MSC yang berasaskan teknologi maklumat, kini menampakkan kesan. Melalui projek ini, beberapa aplikasi utama dibangunkan termasuklah teleperubatan, penjenteraan kerajaan berelektronik, kelompok penyelidikan dan pembangunan, penggunaan kad bestari, pusat pemasaran web sedunia, rangkaian pengilangan terpencil dan sebagainya.

1.5. Kesan Kepada Pendidikan

Perkembangan dalam bidang pendidikan telah dibangunkan bukan sehaja dari segi fizikalnya tetapi juga dari segi perisian dan operasinya. Kita melihat perkembangan ini dari pelbagai sudut seperti contoh-contoh berikut:

a. Universiti Multimedia

Kemunculan pusat-pusat pengajian yang khusus dalam bidang dalam IT seperti Universiti Multimedia dan Universiti Telekom Malaysia. Universiti-universiti ini mengadakan kursus-kursus yang dalam bidang komputer dan komunikasi. Contohnya UNITAR, ketika Presiden UNITAR Datuk Dr. Syed Othman ketika diwawancara, berkata “ ......, Unitar memaksikan penggunaan teknologi mutakhir khususnya multimedia dan Internet sebagai teras utama perlaksanaannya.”

b. Sekolah Bestari dan Kampus Siber

Malaysia melalui projek besar nya Pembangunan Koridor Raya Multimedia telah menggariskan tujuh ‘flagship’ atau panji-panji kampus siber. Antaranya ialah ‘Sekolah Bestari’ yang perlu dilaksanakan sebelum tahun 2000. Walaupun perlaksanaan konsep sekolah bestari adalah tertumpu kepada pendidikan peringkat sekolah tetapi terdapat juga beberapa universiti telah bersedia bersedia mengujudkan pengajian berkonsepkan kampus siber seperti Univeristi Putra Malaysia (UPM) mewujudkan kursus bacelor komunikasi secara online yang yang diseliakan oleh Pensyarah Ishak Abdul Hamid dan beliau juga mengadakan bilik perbincangan siber melalui http://kom.upm.edu.my/~ishak, di mana konsep ini adalah seiring dalam pembangunan teknologi komunikasi dan multimedia negara ke arah memastikan kesinambungan matlamat pendidikan negara serta ke arah mencapai kecemerlangan akademik dan aspirasi negara.

Berkonsepkan pendidikan siber, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga sedang dan telah menyediakan beberapa pelan tindakan yang proaktif khususnya seiring dengan perkembangan dan keperluan ini di Malaysia. Dalam (http://www.utm.my/newhome/cyber/cyber.htm) melaporkan kampus siber yang sedang dibangunkan oleh UTM merupakan satu konsep penggabungan dan pengeksploitasian menyeluruh potensi teknologi khususnya teknologi maklumat di dalam segala aktiviti dan fungsinya. Dari segi fizikal, pembangunan kampus siber ini memberi implikasi kepada:

1. Peningkatan infrastruktur komunikasi pelbagai media yang menyeluruh,

2. Pembangunan sistem-sistem aplikasi termasuk penggunaan teknologi kad pintar,

3. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat, dan

4. Peningkatan kelengkapan peralatan dan kemudahan teknologi maklumat seperti bilik kuliah pintar, makmal pembelajaran pintar dan sebagainya.

Penggabungan prasarana fizikal ini khususnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran dan pengurusan akan mengujudkan persekitaran yang menjadi tunggak utama kepada pencapaian matlamat untuk menghasilkan graduan bermaklumat, kreatif dan inovatif serta berfikiran global; meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan; memperluaskan peluang pendidikan peringkat tinggi kepada semua golongan masyarakat selaras dengan pendemokrasian pendidikan; menghasilkan ilmu dan teknologi yang sesuai selari dengan keperluan era maklumat; dan membantu ke arah pembentukan masyarakat bermaklumat yang menjadi tunjang kepada kejayaan negara dalam mengharungi era maklumat. Dalam sekitaran kampus siber, seseorang pelajar (kampus dan luar kampus) dapat melakukan aktiviti berikut melalui komputer peribadi atau network PC masing-masing Mendaftar, menyemak atau menggugurkan matapelajaran secara talian terus - UTM akan menentukan masa-masa pendaftaran seperti pra-pendaftaran dan pendaftaran wajib; mengikuti kursus dengan melalui sistem sidang video; mengikuti kursus secara talian-terus dan interaktif. Ini dapat dilakukan dari makmal, bilik kuliah, kolej pelajar atau dari rumah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa; melakukan rujukan di perpustakaan elektronik atau sumber on-line yang lain; menyemak perkembangan akademik (keputusan peperiksaan, CPA/GPA dan lain-lain); Menggunakan e-mail; mencapai Internet (global information); mengakses sistem Sistem Maklumat Meluas Kampus dan berdiskusi di cybercafe.

<

d. Peranan Pendidikan Jarak Jauh Melalui World Wide Web

Haslinda Abu Hassan, Hajar Nordin & Wan Zah Wan Ali (Ph.D) dari Jabatan Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, melaporkan bahawa Willis (1993) menggambarkan pendidikan jarak jauh melalui Web sebagai perkongsian maklumat secara menyeluruh, dan membolehkan individu membina perspektif pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas tentang pelbagai perkara. Secara positif, ia dapat melahirkan suatu tempat untuk pendidikan berbentuk antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai budaya. Ia juga dapat meningkatkan kerjasama dalam menyelaraskan sumber dan bahan latihan pendidikan. Menurut Sherry 1996 (ibid), di negara dunia ketiga, konsep pembelajaran jarak jauh bukanlah sesuatu yang asing kerana telah terdapat kursus seperti correspondence course, yang medianya tidak bergantung kepada pemilikan komputer atau akses kepada Internet. Namun begitu, apabila membincangkan pembelajaran jarak jauh melalui World Wide Web, isu yang paling ketara adalah pemilikan dan akses kepada teknologi tersebut yang kebanyakannya dikuasai oleh negara Barat.

Apakah senario ini dalam konsep pendidikan di Malaysia? Sememangnya konsep pembelajaran ini sudah dilaksanakan malah rancak dibangunkan. Dengan perkataan yang mudah, pelajar institut pengajian tinggi khususnya pelajar jarak jauh dapat berhubung dengan pensyarah dan pusat pengajian mereka melalui laman-laman web pusat pengajian mereka. Contohnya, penulis kertas kerja ini dapat berbual -bual dengan pensyarah melalui ruang bilik perbincangan, mendapat nota modul, bertukar-tukar fikiran dan pendapat melalui “bilik perbincangan siber” yang disediakan oleh pensyarah bacelor komunikasi KOM3205. Penulis juga dapat menghubungi semua pensyarah melalui email dan mengemukakan persoalan-persoalan mengenai pengajian tanpa bersua muka. Persoalan-persoalan ini, mendapat jawapan-jawapan seperti yang diharapkan dengan cekap dan pantas. Hal ini akan memudahkan penulis memperlengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan sesuai dengan proses pembelajaran di peringkat universiti.

e. Perkakasan dan Perisian

Menurut Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohammad Noor Hj. Salleh, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena pelancaran PC UUM YAB oleh Perdana Menteri Malaysia pada 27 April 2000, di Konkos perpustakaan Sultanah Bahiyah “ UUM menghasilkan PC pemasangan sendiri. Ini meletakkan UUM sebagai universiti pertama di negara ini yang menghasilkan PC pemasangan sendiri. Jenama PC “Inindiri”. Jenama PC ini akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebentar nanti, yang sekali gus akan merasmikan pengeluaran PC tersebut.” Menurutnya lagi, tujuan menghasilkan PC UUM ialah membina kemahiran dan menerokai dalam bidang teknologi perkakasan, menyokong kegiatan R&D, memperkenalkan konsep D-I-Y (Do It Yourself), menyumbangkan kepada penghasilan produk IT, penurunan kos dan menjana pendapatan Universiti.

Sementara perisian-perisian dalam bentuk program pendidikan yang dihasilkan di Malaysia, dapat membantu pelajar membuat rujukan secara cepat dan mudah. Misalnya perisian dalam bentuk CD-ROM seperti Al-Qur’an ver.6.50, Dictionaary Malay, English Mandarin (work with windows 9x), perisian-perisian dalam bentuk sistem aplikasi pengurusan maklumat dan sebagainya, seperti Sistem Automasi Pejabat, Sistem Pengurusan Akaun (SisVot), Sistem Pengurusan Maklumat Anggota Perkhidmatan Awam (SMAPAN), Sistem Fail dan lain-lain lagi.

 

f. Sistem Pengurusan Maklumat.

Beberapa sistem dibangunkan bagi kemudahan pengurusan maklumat di sesebuah organisasi pengajian. Misalnya di UTM telah membangunkan beberapa sistem berkonsepkan teknologi komunikasi atau IT seperti berikut ( petikan terus daripada http://www.utm.my/newhome/cyber/cyber.htm):

Sistem Automasi Pejabat: Bertujuan untuk memperkemaskan urusan harian pejabat dan mengurangkan penggunaan kertas. Ia mengadungi modul-modul seperti Pengurusan Dokumen, Papan Buletin Elekronik, Pengurusan Tugas, Pengaliran Kerja dan sebagainya.

Sistem Maklumat Staf: Bertujuan menyimpan maklumat semasa staf seperti data peribadi, isteri dan tanggungan, alamat dan perkhidmatan. Modul yang terdapat di dalam sistem ini adalah seperti lantikan pertama, maklumat asas, perkhidmatan semasa, alamat/maklumat waris, maklumat isteri/suami & ibubapa, maklumat anak, klinik panel, curriculum vitae, cuti, kelayakan akademik, pengalaman,latihan, perangkaan staf .

Sistem Maklumat Kewangan: Sistem ini melibatkan proses dan pengurusan maklumat perakaunan universiti seperti proses perbelanjaan, pendapatan, lejar, pinjaman dan belanjawan. Modul yang tersedia di dalam sistem ini ialah Lejar, Akaun Terakru/Belum terima, Biasiswa Staf, Tempahan Tiket, Resit , Baucer dan Jernal, Pesanan Tempatan, Gaji (hanya mengeluarkan baucer dan memasukan maklumat kedalam lejar am), Kewangan Unit Penyelidikan dan Perundingan, Proses Pinjaman Kenderaan dan Komputer.

Sistem Utiliti Staf: Satu sistem ‘one-stop’ yang boleh digunakan oleh staf untuk menjalankan aktiviti harian seperti menghantar email, berbincang secara remote dengan rakan sekerja, dan sebagainya. Sistem ini juga digunakan untuk merakam aktiviti keluar masuk pejabat termasuk waktu kehadiran seseorang staf dan laporan.

Sistem Maklumat Pengurusan Penyenggaraan: Sistem ini membolehkan Pejabat Pengarah Kerja menerima aduan kerosakan dari mana-mana pejabat melalui komputer, mengagihkan kerja penyenggaraan kepada stafnya, dan mengeluarkan laporan dan statistik kerja-kerja penyenggaraan yang telah dijalankan. Ia juga membantu pembuat aduan supaya menghantar aduan melalui sistem ini.

Sistem Keselamatan: Sistem ini mengandungi maklumat kenderaan staf dan pelajar bagi tujuan pengawasan kenderaan keluar masuk universiti, maklumat staf dan pelajar berdaftar, juga menyediakan proses mendaftarkan pas pekerja kontrak dan pelawat. Sistem ini juga mempunyai maklumat kenderaan/orang ditegah masuk kampus dan daftar lalulintas. Ia membantu Pejabat Keselamatan dalam pengawasan orang/kenderaan yang keluar masuk kampus, disamping membantu pelawat menghubungi staf/pelajar yang diingini disamping mencapai maklumat alamat/telefon sewaktu kecemasan. Sistem ini juga mengendalikan pemprosesan laporan keselamatan secara remote.

Sistem Hal Ehwal Pelajar: Sistem ini dibina bagi membantu Pejabat Hal Ehwal Pelajar dalam urusan seperti kemasukan,suntingan dan capaian maklumat aktiviti pelajar, proses dan capaian maklumat tatatertib pelajar, proses dan maklumat perkhidmatan kontrak di bawah seliaan pejabat berkenaan,kemasukan dan maklumat pergerakan pelajar serta maklumat asrama.

Sistem Pengambilan Pelajar: Sistem ini menjalankan proses pengambilan pelajar dari permulaan proses membaca borang permohonan berkomputer (OMR) kepada penjanaan merit, pengeluaran senarai pemilihan, pengemaskinian pelajar yang berjaya, laporan dan statistik pengambilan, dan penyediaan senarai untuk mesyuarat penyelarasan dengan Unit Pusat Universiti. Satu sistem talian-terus maklumat pengambilan juga disediakan di dalam sistem ini. Maklumat pelajar yang berjaya dan mendaftar ke universiti ini kemudiannya dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Pelajar. Sistem ini dibahagikan kepada beberapa modul mengikut tahap kemasukan pelajar iaitu Pengambilan Pelajar Tahun Pertama Peringkat Ijazah Pertama/Diploma/Integrasi, Pengambilan Pelajar Kemasukan Terus ke Tahun Dua dan ke atas Peringkat Ijazah Pertama/Diploma/Integrasi, Pengambilan Pelajar Diploma Pendidikan dari Kementerian Pendidikan dan Pengambilan Pelajar Siswazah.

Sistem Pendaftaran Pelajar dan Kursus: Sistem Penawaran Matapelajaran digunakan oleh fakulti untuk memasukkan maklumat kod matapelajaran, kredit matapelajaran, nama matapelajaran, gred minimum lulus bagi matapelajaran bagi setiap matapelajaran yang ditawarkan pada sesuatu semester pengajian. Maklumat ini amat mustahak di dalam proses penyediaan jadual waktu dan juga di dalam proses pendaftaran matapelajaran oleh pelajar. Kemasukan kredit dan gred minimum lulus yang tidak tepat akan memberi kesan kepada proses keputusan bagi matapelajaran berkenaan. Sistem ini disepadukan dengan Sistem Pendaftaran Matapelajaran dimana maklumat matapelajaran yang ditawarkan menjadi rujukan di dalam pendaftaran matapelajaran. Sistem Pendaftaran Matapelajaran adalah sistem talian terus bagi kemasukan maklumat pendaftaran matapelajaran oleh pelajar atau pejabat pengurusan fakulti/pusat. Sistem ini juga menyediakan kemudahan pembetulan pendaftaran matapelajaran, pengeluaran slip pendaftaran matapelajaran, senarai pelajar bagi matapelajaran dan seksyen tertentu dan beberapa senarai lain yang diperlukan oleh pengurusan fakulti/pusat. Maklumat pendaftaran matapelajaran ini adalah mustahak bagi meneruskan proses keputusan pelajar di dalam Sistem Peperiksaan Pelajar.

Sistem Maklumat Pelajar: Sistem ini bertujuan menyimpan semua maklumat pelajar berdaftar dari permulaan kemasukan pelajar sehingga ke tempoh tamat pengajian pelajar di universiti ini. Maklumat pelajar yang tersimpan termasuklah pelajar universiti ini yang berada di pelbagai cawangan seperti di ITTHO, Akademi Tentera Malaysia, Program Pengajian Diploma, Akademi Laut Malaysia dan SPACE. Maklumat yang terdapat di dalam sistem ini seperti Rekod Asas dan Semester Pelajar, Penjaga/Waris, Alamat, Keputusan SPM, Keputusan Peperiksaan, Asrama, Akaun dan Penjamin Sistem ini disokong oleh beberapa sistem yang mempunyai proses-proses tersendiri dimana maklumat terakhir hasil dari proses-proses ini dapat dilihat di dalam Sistem Maklumat Pelajar, seperti Sistem Pengambilan, Sistem Jadual Waktu Akademik , Sistem Tawaran dan Pendaftaran Matapelajaran, Sistem Peperiksaan dan Sistem Akaun Pelajar.

Sistem Jadual Waktu Akademik: Sistem ini menjalankan proses penjanaan jadual waktu untuk semua fakulti dan pusat dan dijalankan secara terpusat. Kemasukan maklumat bilik kuliah, pensyarah, dan matapelajaran dan seksyen yang ditawarkan dimasukkan ke dalam sistem oleh setiap fakulti/pusat yang terlibat. Proses ini dibuat pada satu semester sebelum semester sebenar bermula. Sistem ini dapat menjanakan jadual waktu dengan mengambilkira tiada pertindihan antara kuliah, pensyarah dan masa kuliah untuk kursus yang sama dengan syarat maklumat tawaran matapelajaran dan pensyarah yang diberikan itu tidak berubah selepas selesai proses. Sistem ini juga membenarkan fakulti membuat ubahsuai jadual selepas penjanaan komputer selesai. Fakulti juga diberi kemudahan membuat blok masa supaya ruang masa tertentu tidak digunakan untuk kuliah. Kemudahan talian terus jadual waktu mengikut pensyarah, bilik kuliah dan tahun kursus pelajar juga disediakan di dalam sistem ini

Sistem Peperiksaan Pelajar: Sistem peperiksaan pelajar adalah satu sistem yang menjalankan proses keputusan bermula dari penyediaan borang markah, kemasukan markah secara talian-terus, penjanaan gred bagi markah yang diberikan, pengiraan matanilaian, purata mata gred (GPA/CPA) dan keputusan muktamad pelajar sehingga kepada kemudahan talian-terus maklumat keputusan. Kemudahan lain yang disediakan ialah kemudahan membuat suntingan kepada keputusan, pembetulan markah, pengeluaran senarai keputusan dan analisa keputusan.

Sistem aplikasi untuk Pengajaran dan Pembelajaran: Sistem-sistem aplikasi ini akan dibangunkan untuk menyepadukan kemudahan teknologi maklumat dan bahan-bahan kursus dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan sistem ini akan dapat digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa. Antara sistem-sistem ini ialah sistem pengajaran melalui sidang video, sistem pembelajaran atas permintaan (Learning on Demand), sistem perpustakaan elektronik dan sistem berdiskusi secara elektronik.

1.6. Kesan Pembangunan Masyarakat (Intelektual, Pemikiran, Perlakuan, Strategi kemajuan)

Telah diakui bahawa membangunkan masyarakat dan negara melalui revolusi IT sememangnya satu alasan yang signifikan masa kini. Sebenarnya era IT tidak sahaja mementingkan kepada pembangunan fizikal atau teknologinya tetapi yang amat penting ialah pengisian perisian atau keupayaan aplikasinya . Contohnya IT sebagai alat menyalur maklumat dan pada masa yang sama IT akan menjadi sumber rujukan keintelektualan mengikuti tahap-tahap seperti berikut:

1. Pergantungan Kepada Maklumat:

Dalam urusan seharian yang meliputi kewangan, industri, sosial, perubatan, pendidikan, ketenteraan, kepolisian dan sebagainya adalah bergantung kepada teknologi maklumat. Contohnya dalam urusan bank, pasaran saham dan matawang, telekomunikasi, media, pengendalian perkhidmatan termasuk tanaga elektrik, pengangkutan semuanya bergantung kepada komputer. Tanpanya, sesuatu urusan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tepat. Misalnya melalui Mesin ATM, kita boleh mengeluarkan simpanan dan juga dapat maklumat jumlah simpanan dengan tepat. Begitu juga ketika membayar lesen atau cukai jalan kenderaan boleh dibayar di Pejabat Pos Malaysia Berhad kerana sistem ini terus disambung secara on-line dengan sistem komputer di pejabat Pengangkutan Jalan Raya di Seluruh Malaysia. Kesalahan traffik juga dapat disemak secara on-line melalui komputer, ini memudahkan urusan pihak polis, jabatan pengangkutan jalan dan orang ramai.

2. Kemajuan keintelakualan

Di sebalik kepintaran keintelakualan dibangunkan dan mencapai kemajuan, keruntuhan moral dan etika turut juga berlaku sebagai natijahnya seperti kepintaran mengubahsuai perkakasan, pengubahsuai perisian, merosakkan atau memusnahkan sistem dan manupulasi maklumat. Menurut Ahmad Kamarulzaman (Dismber 1997). Di negara ini, kes-kes penipuan melalui penggunaan komputer semakin meningkat. Beberapa contoh seperti pengklonan talipon bimbit dan kad ATM. Dalam 9 bulan pertama 1997, sejumlah 1981 kes penipuan bank menggunakan kad ATM telah dilaporkan kepada Bank Negara yang melibatkan kerugian sejumlah RM3 juta

3. Sumber Rujukan dan Penyelidikan

Internet adalah satu perpustakan kecil tetapi mempunyai kandungan besar dan pencarian maklumat yang cepat berbanding di balai-balai perpustakan konvensyional. Kebanyakan data dan maklumat yang ingin dicari, boleh diperolehi melalui pencarian internet dengan cepat. Contohnya penulis ini, banyak merujuk daripada sumber internet dalam menyiapkan kertas kerja ini. Antaranya bahan rujukan yang ditemui ialah ada yang berbentuk kertas kerja, ucapan, pendapat, artikal dan sebagainya. Ini menunjukkan kecanggihan telekomunikasi ketika ini boleh membantu menjana minda, pemikiran dan menyedia sumber rujukan yang diperlukan dengan mudah. Dengan makna lain, sebuah komputer adalah sebuah perpustakaan kecil di rumah tetapi mengandungi berjuta-juta jenis maklumat di samping berjuta-juta penggunanya setanding dengan perpustakaan yang dimiliki oleh di sesebuah universiti . Misalnya pengguna Internet di Cina mencapai 22,5 juta (http://www.kompas.com/internet/news/0101/18/586.htm) sementara menurut survey oleh Pew Internet & American Life Project, jumlah pengguna internet di Amerika Syarikat semakin meningkat hingga mencapai 104 juta pada pertengahan 2000, yang merupakan 56 peratus daripada populasi orang dewasa di AS (http://www.kompas.com/internet/news/0102/22/649.htm)

1.7. Kesan Kepada Golongan Wanita dan Kanak-Kanak.

Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Endon Mahmod pernah berkata “ Sekiranya rakyat Malaysia, khasnya kaum wanita tidak mementingkan terhadap IT dalam alaf baru ini, mereka akan ketinggalan dalam kemajuan dan pembangunan masyarakat bukan sahaja di peringkat negara malahan di peringkat antarabangsa. IT bukan sahaja satu tred tetapi adalah revolusi yang pasti membawa pengaruh besar terhadap komunikasi, pendidikan, perdagangan, kerjasama dan perhubungan diantara kerajaan, komuniti perdagangan, kemajuan sains serta lain-lain di seluruh pelosok dunia (http://www.utusan.com.my/archives/02-09-2000/utusan malaysia/life style/ls2 full.htm). Sekarang era dekad 2000 dan menjelang alaf baru, perlu berlaku ubahsuaian minda dan sikap dikalangan kaum Wanita di Malaysia, supaya selaras dengan kehendak-kehendak pembaharuan dan suasana masyarakat dan ekonomi yang semakin mencabar (http://www.miti.gov.my/ucapan164a.htm), contohnya: penyesuaian terhadap teknologi maklumat, penyertaan dalam bidang-bidang baru ekonomi, tuntutan untuk perolehi kemahiran-kemahiran baru, tekanan kepada masyarakat dan ekonomi yang dijanakan oleh ilmu iaitu k-economy (k-knowledge/ ilmu) dapat rebut potensi dan peluang yang terbuka kesan daripada proses pembangunan negara. Wanita dalam era dekad-dekad 2000 tidak boleh membawa ke alaf baru saki baki sikap-sikap negatif lama yang hanya akan menghalang wanita optimakan potensi mereka. Walau bagaimanapun, kejayaan dan peranan sebenar wanita yang dianggap ideal dalam bidang IT ialah seorang wanita khususnya ibu yang berpengetahuan bidang IT boleh dijadikan satu model dan teras untuk mendidik anak-anak agar celak kepada IT dan meletakan anak-anak kepada tempat dan ruang yang sewajarnya.

Menurut pemerhatian penulis di siber cafe, memeng benar kebanyakan remaja yang mengunjungi siber kafe ialah anak-anak remaja dan masih peringkat persekolahan. Justeru itu, sekiranya kehadirin mereka ke siber kafe ini diiringi oleh ibu bapa sudah tentu anak-anak ini akan manfaati perkembangan IT negara ini dengan cara yang betul dan tepat. Penulis mendapati di beberapa buah pusat siber di sekitar Bandar Inanam Kota Kinabalu ialah selain pusat-pusat ini menyediakan pekaj pembelajaran baik tetapi terdapat pusat-pusat siber yang menyediakan program-program permainan semata-mata seperti “Ricing Car” dan sebagainya. Faktor tidak bertanggungjawab pusat-pusat siber ini mendorong anak-anak kepada penggunan IT yang tidak sewajarnya.

Satu laporan perangkaan dari American Internet Survey menunjukkan pada bulan Mei 1997, hampir 10 juta kanak-kanak di Amerika telah melayari internet dan menggunakan perkhidmatan yang ada disediakan di dalam internet (http://www.bijak.net.my/isu/is5.htm, sementara menurut hasil pemerhatian melalui metodologi mudah dengan memilih ikut serta yang dijalankan oleh Dr. Muhd.Kamal Ibrahim, Timbalan Provos Universiti Tekonologi Mara Segamat Johor bahawa berborak melalui internat atau chatting, penghunjung semakin berani berkomunikasi, mengeluar pendapat dan melahirkan emosi secara terang-terangan. Internet tidak memilih status, rupa paras, latar belakang dan lokasi semua pengunjung. Paparan utama mengizinkan setiap orang untuk bercakap.Paling tidakpun anda boleh bercakap sendirian tanpa masalah dan tiada cap gila. Tiga proses komunikasi melalui internet ialah pertama proses pengenalan, kedua proses membina keyakinan dan kepercayaan dan tahap ketiga kepercayaan. Apabila kepercayaan telah ditanam maka perbualan semakin objektif dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri. Menurut Dr Kamal lagi, seorang kanak-kanak berusia 14 tahun dapat mengendalikan perbincangan dengannya, matang berbanding usia, beradab dan berbudi bahasa. Seorang lagi pelajar berusia 11 tahun dapat berkomunikasi dengan lancar tanpa batasan usia, dan seorang pelajar IPTS telah menghubungi Dr Muhd Kamal untuk mendapatkan bantuan mencari rujukan, berbincang tentang kejayaan pendidikan, kesukaran membuat tugasan dan cabaran berlajar di IPTS (http://www.angelfire.com/ut/uitmsegamat/keuntungan.html).

Seorang lagi pengkaji dan fellow Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Siti Fatimah Abdul Rahman (http://www.ikim.gov.my/cm-39.html) melaporkan “Lawatan saya ke kafe siber yang bertujuan untuk mendedahkan beberapa orang anak saudara kepada internet menunjukkan bahawa kafe siber itu memang penuh dengan kanak-kanak tetapi bukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelajaran, sebaliknya kanak-kanak yang asyik dan leka dengan permainan komputer berunsur pertarungan.Bagi yang remaja pula, sibuk dengan on-line chattingnya.Malah, ada kafe siber yang tidak menawarkan perkhidmatan internet sebaliknya hanya memberi peluang untuk pelanggan bermain permainan komputer – satu lagi penemuan yang memeranjatkan saya! Internet juga, seperti yang kita tahu, ada maklumat yang tidak betul dan tidak berguna di dalamnya.Begitu juga dari segi penawaran laman web untuk permainan komputer dan perjudian.Jika kita tidak berhati-hati, anak-anak atau adik-adik kita tetap akan ketagih untuk bermain permainan komputer atau berjudi di internet, yang mungkin berlaku di dalam rumah kita sendiri”.

Melalui kedapatan hasil kajian di atas, ini membayangkan kepada penulis bahawa terpulanglah kepada kanak-kanak, langkah mana yang wajar dilalui. Antara lam web kanak-kanak yang agak sesuai ialah seperti senerai dalam Lampiran A.I dan A.II. Senerai ini adalah dipetik daripada (http://www.bijak.net.my/lk.htm) .

1.8. Kesan Kepada Peradaban dan Budaya.

Menurut Dr. Abd. Jalil Borhan (1999) melalui tulisannya Epistemologi Fiqh dan Cabaran Era Siber , Era siber menemukan cabaran sengit yang menyentuh aspek pemikiran, gaya hidup, budaya popular dan limpahan maklumat. Semua itu tidak semestinya serasi dengan aliran pemikiran bermanfaat, corak gaya hidup sihat, nilai budaya murni dan maklumat benar dan bermanfaat yang menjadi tunjang yang membentuk pola kehidupan ummah.

Sejauh manakah era IT mempengaruhi budaya hidup masyarakat negara ini?. Menurut pemerhatian penulis samada di pejabat, kompleks membeli bela, “bus Stop”, kentin pejabat dan sebagainya, ada sahaja “diringan” telefon bimbit kedengaran. Sebenarnya situasi ini sudah menjadi realiti dalam kehiduapan masyarakat Malaysia masa kini bahawa teknologi bukan lagi satu yang digunakan bila berkesempatan menggunakanya tetapi satu kemestian yang perlu ada dalam menjalankan aktiviti seharian. Ini secara langsung mempengaruhi cara kehidupan sesebuah masyarakat? Contoh-contoh yang signifikan, seperti berikut:

a. Ciri Budaya Komunikasi

Kemunculan teknologi maklumat seperti internet atau penggunaan teknologi rangkaian berkomputer telah mengubah ciri-ciri komunikasi secara konvensyional. Dalam konsep lebuh raya maklumat, era siber, era maya atau sebagai nya telah menwujudkan komunikasi amat pantas tanpa halangan geografi, sempadan, tanpa birokarasi, tanpa pasport dalam menjalankan sesuatu urusan. Ini secara langusung telah mengubah cara komunikasi sesebuah masyarakat dan sebagainya. Mengadakan komunikasi dengan seseorang dapat dilakukan di mana sahaja penjuru dunia ini. Contoh penggunaan Cellular beberapa tahun dulu sebagai kemewahan tetapi kini merupakan satu kemestian dan keperluan.

b. Pergantungan Maklumat

Dalam kebanyakan urusan harian masa kini telah bergantung sepenuhnya kepada teknologi berasaskan maklumat atau IT. Hal ini secara langsung mengubah budaya bekerja seseorang , sesebuah institusi organisasi dan sebagainya. Institusi-institusi ini termasuklah urusan kewangan, industri, sosial, perubatan, pertahanan, pendidikan, ekonomi, perniagaan, pengangkutan dan sebagainya. Contoh urusan bank, komunikasi dalam tentera dan kepolisian, penbayaran lesen penggangkutan, rekod kesalahan jenayah, pembayaran bil-bil, promosi jualan, pencarian maklumat tuntuk tujuan penyelidikan, urusan saham, setoran dan penghebaan maklumat, perubatan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada keupayaan sistem komputer untuk meningkatkan ketepatan maklumat, cepat, produktif dan berkesan.

c. Meningkatkan hegemoni maklumat, ekonomi, politik dan budaya:

Menurut Dr. Abd. Jalil Borhan (1999), kecanggihan teknologi maklumat juga berhubung langsung dengan pertembungan budaya dan peradaban seperti meningkatnya hegemoni maklumat, ekonomi, politik malah budaya. Ciri-ciri di atas tidak saja merungkai asas tradisi dan unsur-unsur konvensional dalam cara gaya hidup manusia tetapi menyentuh secara langsung metodologi pemaklumatan, pengilmuan dan pendidikan umat manusia. Perkembangan teknologi maklumat dan multi media diterasi oleh kecanggihan sistem siber yang sifatnya amat merentasi. Baik maklumat atau teknologi itu sendiri adalah suatu industri yang dirancang rapi sebagai suatu bentuk ‘penguasaaan baru’ yang akan memberi kesan pengaruh yang amat besar kepada masyarakat pengguna. Didokong oleh fahaman kapitalisme dan materialisme yang kuat, faktor dorongan pasaran dan kuasa beli akan mempunyai pengaruh yang amat definitif menentukan status seseorang. Status manusia tidak lagi disandarkan secara mutlak dengan faktor kualitatif yang sifatnya ‘behavioral’ tetapi lebih banyak terhadap gaya kehidupan yang sifatnya elitis dalam lingkungan kebestarian. Konsep bestari yang mendasari strata sosial di era ini tidak lagi menjadikan kejujuran, keadilan, adab, etika dan akhlak sebagai sandaran terpenting tetapi kualiti kenisbian menjadikan rasionaliti berkembang tanpa didokong oleh batas al-quran yang mempunyai konotasi amat baik berlandaskan ciri-ciri kebenaran..

d. Sumber Rujukan Kepada IbuBapa Semakin berkurangan:

Pendedahan dan peranan maklumat yang lebih dominan, dijangka merubah struktur keluarga semakin mengecil dan sekali gus memungkinkan memwujdkan era ‘single parent’ atau ibu dan bapa tunggal berkonsepkan teknologi. Anak yang didewasakan tidak lagi menerima perimbangan pengaruh ibu dan ayah sebenar yang punya perasaan tetapi struktur asas dalam proses pendidikan akan beralih kepada robot yang rapuh. Pergantungan rujukan yang bersumberkan ibu bapa dianggap kurang sesuai kerana maklumat dalam Internet jauh lebih lengkap dan terperinci. Hal ini menjadikan ibu bapa semakin kurang sesuai dalam kehidupan berkeluarga. Sekiranya hal ini berlaku bayangkan semakin kerdilnya pengaruh ibu bapa dalam struktur pendidikan anak-anak. Sebagai sumber rujukan, sememangnya kita tidak dapat menafikan bahawa ibu bapa memeng ketinggalan berbanding dengan kemampuan teknologi IT tetapi sejauhmanakah kewajarannya dan kemampunan teknologi melahirkan keintelektual anak-anak yang seimbang. seiring dengan adab dan tradisi budaya sesebuah keluarga atau masyarakat?. Sebagai contoh, data yang dikeluarkan oleh Cyveillance sehingga Julai 2000, sebanyak 2.1 bilion halaman web berada dalam internet yang merupakan peningkatan satu ratus peratus data yang dikeluarkan oleh Inktomi dan Institut Penyelidikan NEC pada Januari 2000 yang hanya 1 bilion halaman web, dan kajian menunjukkan sejumlah 7 juta halaman web baru dimasukan setiap hari oleh pengguna. Ini menunjukkan, sistem IT atau internet boleh dijadikan sumber rujukan kepada masyarakat. Cuma terpulanglah kepada seseorang sejauhmana maklumat yang diperolehi itu diterima sebagai benar atau sebaliknya.

C. KESIMPULAN

Perkembangan IT di Malaysia bukanlah bertitik mula daripada penggubalan perundangan siber pada tahun 1997 dan 1998 tetapi ianya bertapak lebih awal sebelumnya. Cuma penggubalan perundangan siber ini adalah wajar dianggap sebagai pelengkap dan mempercepatkan lagi kepada perkembangan IT di Malaysia secara terancang, terkawal dan sistematik. Perkembangan ini telah memberi banyak natijah yang baik kepada kemajuan negara walaupun pada masa yang sama natijah keburukan tidak dinafikan secara total. Namun apabila melihat kepada realitinya, perkembangan ini lebih banyak membantu dan mendorong kearah pembangunan negara semakin pesat dan masyarakat yang bermaklumat berbanding kekurangannya. Hal ini dapat diterokai bukan sahaja kepada kebergantungan masyarakat kepada teknologi dan maklumatnya tetapi juga nyata sekali dalam pembangunan fizikalnya dalam beberapa institusi penting seperti usaha kerajaan membangunakan MSC dan pelancaran mikro satelitnya yang pertama TiungSAT-1 pada 26 September 2000 dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhtan. Pelancar roket, DNEPR, telah membawa bersamanya TiungSAT-1 dan empat buah satelit lain ke angkasa (http://www.baksa-frames1bm-1.htm). Inilah antara strategi-strategi penerokaan dan penyokong pembangunan telekomunikasi dan multimedia kearah pembangunan negara mencapai misi dan visi 2020 agar Malaysia maju dan dapat bersaing dalam persada globalisasi.

###

D. BIBLIOGRAFI:

1. Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim Ahilemah Joned (1987).Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. K. Ramanathan Kalimuthu (1988).Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Tun Mohdamed Suffian Bin Hashim (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. K. Ramanathan Kalimuthu (1987). .Asas Sains Politik. Selangor Darul Ehsan. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

5. “Ke arah kecemerlangan akademik era digital dan maklumat melalui penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh dan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan, pembangunan pelajar, pengurusan dan perkhidmatan untuk mencapai taraf negara perindustrian termaju” http://www.utm.my/newhome/cyber/cyber.htm

6. Wong Hon Wai (1997).Peluang dan Cabaran :Analisis terhadap Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. http://

7. Ahmad Kamarulzaman - (Disember 1997). Peperangan Maklumat (IW)- Satu Cabaran Serta Ancaman Baru. http://

8. Mohammed Zackeriya dan Ahmad Nazri Mohd Noor ( November 1998). Ruangan Temubual, UNITAR - Merevolusikan Kaedah Pendidikan. Majalah PC, Jld 23, vol.2. hlm.28.

9. Akta Komunikasi, Multimedia Dilancar

http://miti.gov.my/ucapan74.htm

10. UCAPAN DAN TAKLIMAT OLEH DATO’ PROF. IR. DR.MOHAMMAD NOOR HJ. SALLEH NAIB CANSELOR UUM SEMPENA PELANCARAN PC UUM YAB OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 27 APRIL 2000 DI KONKOS PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH.http://uum.edu.my/can/nc/ucapanc/pm.html

11. Tiung SAT-1 berjaya dilancarkan - Malaysia Boleh!

http://www.baksa-frames1bm-1.htm)

12. Fathi Aris Omar (Februari,2001). Malaysiakini nafi menulis sendiri surat-surat pembaca.Utusan Malaysia.page 10.

12. Bernama (Februari,2001). Lihat cara Mahathir kendali ekonomi.

Utusan Malaysia.page 2.

14. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 588 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA1999. http://www.cmc.gov.my/akta589/legis_mcmc1999_bm_m533.htm

15. Hizamnuddin Awang (2000). Kebebasan Bersuara Bagi Negara Merdeka. http://www.cikgu.net/edisimerdeka/kebebasan.php3

16. “Selamat datang ke Laman Berita ITM. Berita ITM yang diterbitkan di dalam bentuk konvensyenal kini boleh ditatap menerusi Internet. Objektifnya adalah untuk memastikan informasi dan komunikasi di dalam kampus ITM dan dari pihak pengurusan ITM kepada semua pihak dapat berjalan dengan lebih efisyen dan efektif. Sebarang maklumat, kemusykilan dan pertanyaan boleh diajukan ke alamat elektronik yang tertera dan pihak kami bersedia melayani anda seberapa segera yang mungkin.”

http://www.itm.edu.my/berita.beritait.htm

17. Penyalahgunaan Siber

http://www.bijak.net.my/isu/is27.htm

18. Kajiselidik: Jumlah kanak-kanak yang menggunakan internet telah bertambah tiga kali ganda

http://www.bijak.net.my/berita/be5.htm

19. Dr. Abd. Jalil Borhan (1999), Epistemologi Fiqh dan Cabaran Era Siber. http://www.utm.my/skpost/199908/19990814.htm

20. Implikasi Penyalahgunaan Siber - Bah. 1

http://www.bijak.net.my/isu/is28.htm

21. Dilema Eksploitasi melalui Internet

http://www.bijak.net.my/isu/is22.htm

22. SPAM emel

http://www.bijak.net.my/isu/is26.htm

23. Perkenal Segera Etika Guna Internet

http://www.bijak.net.my/berita/be9.htm

24. Manfaat Internet

http://www.bijak.net.my/isu/is25.htm

25. Dilema Eksploitasi melalui Internet

http://www.bijak.net.my/isu/is22.htm

26. Anak-Anak Dan Ancaman Pengganggu Internet (internet predator

http://www.bijak.net.my/isu/is18.htm

27. Panduan terhadap peluncuran Internet anak-anak

http://www.bijak.net.my/berita/be4.htm

28. Keganasan siber di Internet dibimbangi lumpuhkan ekonomi negara

http://www.bijak.net.my/berita/be3.htm

29. Internet dan Komuniti

http://www.bijak.net.my/isu/is12.htm

30. Interaksi Melangkaui Semapadan

http://www.bijak.net.my/isu/is37.htm

31. Ketagihan Internet

http://www.bijak.net.my/isu/is36.htm

32. Mencegah dari menjadi mangsa penyalahgunaan siber- Bah 3

http://www.bijak.net.my/isu/is35.htm

33. Invasion of Privacy (Pencerobohan Ke atas Kerahsiaan

http://www.bijak.net.my/isu/is30.htm

34. Gangguan perkhidmatan

http://www.bijak.net.my/isu/is29.htm

35 Mengapa Komputer Penting Kepada Anak-Anak?

http://www.bijak.net.my/isu/is5.htm

 

E. LAMPIRAN A.I:

LAMAN WEB SESUAI DENGAN KANAK-KANAK

[http://www.bijak.net.my/lk.htm

Words and Pictures

ShooZoo

Sesame Street E-Cards

Yahooligans ,

Letsfindout ,

Encyclopedia,

Webster Dictionary,

Stories To Grow By ,

AllSorts Club ·

Amazing Adventures Stories

Ant Bee Stories ·

Web Monkey for Kids

·Candlelights Stories ·

Virtual Aquarium ·

Bonus.com

Education World

TM-School Online

ePlay ·

Family.com

Gustown

Walking With Dinosaurs

A+ Math

Agent Glitch

Kids On The Net

Squigly’s

Playhouse·Pokeman

World

Wiltiky

Sesame Workshop

Kids Virtual City

StoryPlace

Not Just For Kids

Kids Love A Mystery

MyETutor

Nabisco Kids

Cyber Netiquette

4Kids

ALFY

KakakTua

Family Education

Research-Its

Info-please

Teen Net Words and

Pictures

Warner Bros Online

Field Trips Zeeks

Kidscom Animal Planet Sticker World

Education Place

Cathy’s Picnic

Tiger Aki

Zany Fun

Chem4kids

Children Storybooks

KidsZone: Story Time

Kindle Park

Kidskonnect

Zaboomafoo

BlackBerry

Kidedge

Wild World of Wonka

FamilyPlay

Kidsnew

Kidstories

Mamamedia

PBS Kids

Discovery Online

Education Place

Smarter Kids

The Moonlit Road

Cyberkids

Kidsfood

Cartoon Network

Kids Corner

StudyWeb

San Diego Zoo

Wacky Web Tales

Learn to Draw

Kids Go Wild

Alphabet Soup

English Club

Peanuts

Funschool

KIDiddles

The Yuckiest Site

Barney Online

Little Animals Activity Center

Jump Start

Kidzcorner

Ramblin Road Trip

Kids Corner

411kids

Kids Network

Kids Playroom

Lunaland

Thomas The Tank Engine

Coloring.com

Kids Warner Bros

Globalearn.com

History Channel

Magic School Bus

Garfield Online

Cartoon Corner

Great Kids Network

eHalal

Tampa Reads

Rumpus

Funology

Disney Story Time

IT kids

Funbrain

Mr Story Time

Meddybemps

cbc4kids

Merpy.com

Hiyah.com

Early Tales

Pitara.com

Disney Surf Swell Island

World Village Kidz

The Roving Reporter

The Case.com

Billy Bears

DILP’s Kids Korner

iknowthat.com

Disney Zeether

Animal Planet

Animaland

GameBrain

Iggy and Raspey’s Internet Safety Game

Kulture Kidz

Disney Coloring

Dino Detectives

NationalGeographic

balik