Tugasan 2: KOM3301 Pengenalan Komunikasi Massa. PENGENALAN Majalah 3 merupakan satu program siaran langsung yang dikendalikan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Siarannya dilakukan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam selama satu jam. Kandungan program ini mengandungi beberapa segmen dan paparan segmennya pula terdiri daripada dalam negeri dan luar luar negari. Liputannya adalah bebas atau pembicaraan daripada pelbagai topik dan kejadian. Ini jelas terbukti dengan kandungan program ini yang telah ditayangkan dan kami tontoni. Program ini telah memaparkan tiga segmen utama iaitu pertama Anehnya perubatan, peliknya rawatan, kedua Keistimewan seorang lelaki cacat fizikalnya memiliki kemahiran luar biasa dan segmen ketiga ialah Tinjauan Krew Majalah TV3 ke pusat peranginan Selatan India. Perantara program ini ialah Nor Azlina Redzuan. Intisari pilihan seperti dalam lampiran A. OBJEKTIF Kami telah membentuk sebuah kumpulan yang dianggotai seramai lima (5) orang yang terdiri daripada pelajar bacelor komunikasa semester 4 Mei 2000. Objektif utama ialah untuk:
NAMA ANGGOTA KUMPULAN: Anngota-anggota kumpulan kami terdiri daripada 5 orang seperti nama-nama disenaraikan dibawah: Bil. Nama Anggota No.Matrik Pelajar: 1. Encik Hajimin Hj Maslin J05475, 2. Encik Yusof Rashman J05945, 3. Encik Zulkpli Sahari J05929, 4. Encik Muhalaus Gottir @ Madin J05681 5. Encik Abd. Amin Hj Abdillah J05357. NAMA PROGRAM DITONTON Nama program televisyen, lokasi dan masa menonton ialah:
FOKUS DAN KANDUNGAN PROGRAM Fokus utamanya program ini dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu segmen pertama tentang usaha menyedarkan penonton tentang amalan-amalan rawatan tradisional yang masih dipraktiskan oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional dan terus mendapat perhatian masyarakat sungguhpun perawatan moden lebih mendapat pengiktrifan daripada semua golongan kerana kaedah rawatan yang dilandaskan perubatan saintifik dan lebih sistematik. Segmen kedua ialah keistimewaan seorang lelaki cacat fizikal memiliki kemahiran luar biasa dan segmen ketiga Tinjauan krew Majalah TV3 ke Pusat Peranginan Selatan India. 1. ANEHNYA PERUBATAN, PELIKNYA RAWATAN: Memaparkan mesej kepada penonton bahawa pelbagai keadah rawatan primitif atau tradisional yang masih diamalkan yang bukan sahaja yang diamalkan dari beberapa buah tempat di negara ini tetapi juga amalan ini berlaku di luar negari. Menurut seorang pakar perubatan moden Dr. Syed Azhar Syed Ibrahim tentang rawatan ini, beliau menyatakan bahawa " rawatan tradisional adalah satu rawatan yang sangat baik dari segi klinikal walaupun kurang bukti dari segi sainstifiknya". Beliau juga turut mengakui bahawa Malaysia ialah antara negara yang mempunyai variasi perubatan tradisional terluas di dunia. Dalam hal ini, kandungan utama segmen ini ialah: a. Perkampungan Orang Asli Selangor:
2. KEISTIMEWAAN SEORANG LELAKI CATAT FIZIKAL MEMILIKI KEMAHIRAN LUAR BIASA: Pak Kassim atau dikenali juga Zainal Ambo atau Si Amra berusia 64 tahun di kampung Pokok Sena, Kedah. Walaupun beliau seorang yang cacat anggota tetapi masih berupaya untuk membuat ulu atau laras senapang. Tidak hairanlah jika ada yang memanggilnya sebagai Dr Senapang. Sepanjang pembabitannya dalam pembuatan ini dalam tempoh 20 tahun, beliau telah sudah dan berjaya membuat lebih 50 ribu laras senapang. 3. TINJAUAN KREW MAJALAH TV3 KE PUSAT PERANGINAN SELATAN INDIA: Pusat Peranginan Kodikanal atau dikenali juga sebagai "Little Switzerland" adalah satu destinasi pelancongan yang menarik dan terkenal di Wilayah Tamil Nadu, India . Pusat ini terletak kira-kira 2100 meter daripada paras air laut. Suasana di puncaknya nyaman, sejuk dan pemandangan sekelilingnya yang menghijau. Di bawah puncak ini tardapat sebuah Tasik yang membiru berbentuk bintang dan juga terdapat pasar-pasar yang menjual barangan yang keperluan para pelancong yang berkunjung ke Pusat Peranginan atau Bukit Tanah Tinggi Kodikanal India. ALASAN MEMILIH UNTUK MENONTON PROGRAM INI: Dua faktor utama, mengapa menonton program ini iaitu pertama satu rancangan diminati dan kedua kandungan program ini memberi informasi nyata kepada kehidupan nyata. Maksudnya paparan segmen ini bukanlah satu cerita rekaan, fiksan mahupun khayalan semata-mata tetapi memperlihatkan bahawa mesej yang jelas dari segi faktanya, ada kebenarannya dan selari dengan amalan dalam kehidupan. PELAJARAN, PENGAJARAN DIPEROLEHI DARIPADA PROGRAM INI: Kami sependapat, setelah mengkaji kandungan rancangan ini dari awal sehingga akhirnya. Program segmen-segmen ini dapat memberi maklmut terkini dan memberi kesedaran kepada kami tentang sesuatu kejadian fenomana, kaedah dan variasi perawatan taradisional, kebolehan insan istmewa dan variasi serta kekayaan keindahan alam anugerah Allah di muka bumi ini. Sesuatu perkara diluar dugaan minda kami apatah lagi untuk menjadi praktis atau amalan. Namun yang jelasnya, sudah tentu kami mendapat pengetahuan baru tentang fenomena baru yang menjadi amalan dan sentiasa berlaku disekeliling kita. KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP PROGRAM INI: Beberapa aspek relevan yang kami merasakan perlu diberi perhatian oleh penerbit rancangan ini. Ulasan-ulasan kami ini tidak akan mengambil faktor-faktor diluar pengetahuan kami khususnya daripada aspek perundangan, prosedur dan peraturan penerbitan. Antara perkara yang telah mendapat perhatian ahli-ahli kumpulan kami ialah tentang masa, kandungan segmen, pengacara, wawancara, pembicaraan latar belakang, iklan dan bahasa. a. Masa:
Cadangan-cadangan kami untuk memperbaiki program ini, jika diberi peluang mengolah kembali program (cerita) ini. Antara perkara-perkara diberi perhatian semula untuk menjadikan program ini lebih menarik dan lebih informatif lagi ialah seperti berikut: 1. Tayangan Iklan Tayangan iklan haruslah di awal atau diakhir rancangan iaitu antara rancangan berikutnya. Contohnya iklan disiar antara Majalah 3 dengan Weekend on 7. Ini mengelakkan tumpuan penonton terganggu ketika sedang menonton rancangan dan segmen berkenaan. 2. Masa Tayangan. Didapati program Majalah Tiga ini mengandung banyak kandungan yang dimuatkan dalam program ini. Ada baiknya, jika ingin menerbitkan satu program dan rancangan yang menarik seperti "rawatan tradisional", haruslah mengambil konsep satu program satu rancangan. Maksudnya Program Majalah Tiga hendaklah diisikan dengan satu rancangan sahaja bagi tempoh selama sejam itu. Program ini menarik, ada kredibiliti dari segi fakta dan benar. Rancangan ini perlu diterbit secara analisis kaedah perubatannya agar lebih informatif dan memberi manfaat kepada penonton. Sebaik-baiknya, di akhir rancangan, penerbit memberi talian hubungan "alamat atau nombor telefon" kepada penonton sebagai peluang interaksi kepada pengamal perubatan berkenaan. Paling tidak mungkin penonton ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana mereka mendapat perkhidmatan rawatan daripadanya. 3. Wawancara: Ketiga-tiga segmen yang telah ditayang sungguh menarik dan memberi pengetahuan baru kepada penonton. Bagaimanapun, dari aspek ketasdikan fakta dan lebih informatif lagi. Sebaik-baiknya adakan wawancara dengan pihak yang mendapat manfaat daripadanya. Contoh banyakkan wawancara dengan bekas pesakitnya yang berjaya diubati, pelanggan Pak Kassim yang berpuas hati dengan hasil kerjanya dan wawancara dengan orang yang pernah melancong ke pusat peranginan Kodikanal India. 4. Pelakon-pelakon Melakon semula sesuatu atas kebenaran adalah satu kaedah yang bermanfaat dan satu kesedaran positif. Melaluinya penonton akan mendapat ilmu pengatahuan dan maklumat yang terbaharu. Namun untuk lebih menarik lagi rancangan ini dan kelihatan benar-benar wujud dan benar sebagaimana realtinya. Kakitangan TV3 tidak sepatutnya mengambil bahagian untuk melakonkannya. Cukuplah mereka yang benar-benar terlibat untuk melakonkan rancangan ini. Contoh segmen "Si AMRA"sudah cukup untuk dilakonkan antara Pak Kassim dan pelanggannya. Kemudian adakan temuramah seramai mungkin bekas pelanggannya sebagai bukti pengiktrafan atas kebolehan Pak Kassim membuat laras atau ulu senapang. 5. Bahasa: Bahasa selain bahasa standard yang diucap oleh pelakon, haruslah diterjamahkan ke dalam Bahasa yang difahami oleh penonton kerana berkesan atau tidak sesuatu rancangan itu adalah bergantung kepada kefahaman penonton. 6. Siaran Langsung: Program ini adalah siaran langsung dan perlu diteruskan tetapi dari segi kandungan program, adalah didapati semuanya dalam bentuk hasil rakaman. Apakah rasional disebaliknya?, Adalah wajar kemudahan siaran langsuang ini dimanfaat sepenuhnya. Contohnya, adakah sudut komentar dengan penonton di akhir rancangan sebagai kaedah mendapat penilaian "maklumbalas" penonton terhadap rancangan yang diterbitkan. RUMUSAN Beberapa aspek yang dapat diberi rumusan ialah aspek penerbitan dan kandungan program yang ditayangkan. Dari aspek penerbitan, penerbit rancangan telah berjaya mengada varisai dan teknik penerbitan dari gambar, visual dan audio tetapi penerbit tidak berjaya menafaat dari segi tujuan siaran langsung ini dilaksanakan. Sepanjang kami menonton, tiada langsung interaksi kami dapati antara pengacara dan penonton. Sementara daripada aspek kandungan pula, adalah wajar porgram ini isi dengan satu kandungan sahaja agar lebih imformatif dan berkesan kepada penonton. Iklan juga ditayang terlalu lama seolah-olah program ini untuk siaran iklan sahaja. Iklan juga boleh menganggu tumpuan penonton. Namun secara keselurunnya, kekuatan program ini ialah kandungannya yang lebih kepada fakta, ada kebenaran dan sesuai dengan kehidupan yang nyata. RUJUKAN Televisyen TV3 (2000) Majalah Tiga, 13 Mei 2000, Jam 9.00 malam
|