sebelum balik depan Latihan 5.1: Ajak lima enam orang menyempurnakan latihan ini. Kapal angkasa anda melakukan pendaratan kecemasan di bulan menyebabkan kerosakan teruk kepada kapal anda. Mujur tiada anggota cedera. Anda dan kumpulan anda sepatutnya bertemu (bercantum) dengan kapal induk yang berada 300 kilometer dari tempat anda mendarat. Dalam kejadian ini hanya 15 barang yang terselamat. Anda dan kumpulan mesti sampai ke kapal induk untuk selamat. Perjalanan kumpulan ke kapal induk adalah kritikal. Hidup atau mati bergantung kepada perjalanan ke kapal induk. Jika tidak semua akan mati. Kumpulan anda hanya boleh membawa lima daripada 15 barang tersebut. Apakah barang yang akan anda pilih. Ini memerlukan kumpulan anda membuat keputusan tentang keutamaan 15 barang terselamat. Buat pilihan mengikut keutamaan dari 1 yang terpenting, 2 untuk kedua terpenting dan seterusnya. PENGENALAN: Menurut yang dilaporkan oleh Ezhar Tamam (1999) bahawa Hirokawa dan Scheerhon menyatakan terdapat empat (4) langkah yang harus diberi perhatian ketika dalam proses membuat keputusan iaitu menilai situasi semasa, mengenal pasti matlamat kumpulan dan alternatif penyelesaian, mengenal pasti kesan baik buruknya sesuatu alternatif dan memilih alternatif yang terbaik. Langkah-langkah tersebut telah diberi perhatian dan dibincangkan dengan teliti berdasarkan analisis dan pengetahuan ahli-ahli kumpulan kami. Semasa dalam perbincangan, dua lagi aspek utama diberi perhatian iaitu aspek keperluan untuk terus hidup dan aspek keselamatan agar semua ahli sampai ke Kapal Induk dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Hasil perbincangan dan analisis kumpulan kami adalah seperti berikut: 1. Analisis Situasi Semasa: Menurut hasil kajian kami bahawa Bey Arifin (1979) telah melaporkan bahawa para sarjana Astronomi menyatakan jumlah bintang-bintang dalam kelompok Bima Sakti (Milky Way) ialah kira-kira seratus ribu juta, antaranya ialah matahari. Sementara kelompok matahari pula ialah matahari, bintang, planet-planet, bumi dan bulan. Bulan merupakan sebuah satelit bumi yang terletak kira-kira 384400 Kilometer (240,000 mil) dari bumi. Merupakan objek angkasa paling hampir dengan bumi berbanding dengan objek-objek yang lain. Tarikan graviti bulan ialah 1/6 daripada 10N kg-1 tarikan graviti bumi. Ini disebabkan jisim bulan kecil 1/8 darpada jisim bumi 6.4 x10(24) kg. Bermakna benda seberat 600N di bumi akan menjadi 100N sahaja di bulan. Tarikan ini lemah dan tidak mampu memerangkap gas (oksigen) dan wap air. Justeru itu, bulan tidak menampung kehidupan seperti di bumi. Antara sifat-sifat utama bulan ialah: a. Terdapat berjuta-juta kawah besar akibat hentaman batu (meteoroid) dari angkasa dan aktiviti gunung berapi masa dahulu. b. Terdapat gunung dan dataran luas yang kering. c. Batu dan tanah terdiri daripada pasir halus dan kering. d. Tidak mengandungi gas dan air atau kering menyebabkan tiada kehidupan. e. Tiada ada atmosfera atau litosfera dan hidrosfera f. Tiada udara sebagai medieum perantaraan menyebabkan gelombang bunyi sukar dipindah. g. Pada waktu malam suhu -155 C dan 120 C pada waktu siang. 2. Mengenal pasti matlamat kumpulan dan alternatif penyelesaian Matlamat utama kumpulan kami ialah semua ahli kami selamat sampai ke Kapal Induk. Walau bagaimanapun sebelum memulakan perjalanan, kumpulan kami terpaksa memilih 5 jenis barang keperluan sahaja daripada 15 barang yang terselamat. Dengan memilih 5 barang keperluan kritikal tersebut akan dapat memberi jaminan kumpulan selamat sampai ke Kapal Induk. Barang-barang alternatif tersebut ialah: 1. Box of matches 2. Food concrete 3. Fifty feet of nylon rope 4. Parachute silk 5. Solar-power portable heating 6. Two 45 caliber pistols 7. One case of dehydrated milk 8. Stellar map (of the moons's constellation) 9. Self-inflating life raft 10. Magnetic compass 11. Five gallon of water 12. Signal flares 13. First-aid kit containin injection needles 14. Solar-powered FM receiver-transmitter 15. Tw 100-pound tanks of oxygen. 3. Mengenal pasti kesan baik-buruknya (positif dan nagetif ) alternatif yang dipilih? Kumpulan kami telah mengemukakan penghujahan tentang kelebihan dan kekurangan 15 barang alternatif yang terselamat tersebut berdasarkan relevannya penggunaan semasa berada di permukaan bulan. Antara hasil penghujahan kumpulan kami yang penting ialah. Box of matches:
4. Pemilihan berdasarkan Matlamat fakta tepat dan Lengkap? Setelah ahli-ahli kumpulan kami berhujah dan menilai kelebihan dan kelemahan 15 alternatif barang berdasarkan sifat dan rasionalnya. Kumpulan kami memutuskan memilih 5 alternatif barang mengikut keutamaan iaitu: 1. Alternatif pertama ialah Two 100-pound tanks of oxygen 2. Alternatif kedua ialah Five gallon water. 3. Alternatif ketiga Solar-powered Fm Receiver-transmitter. 4. Alternatif keempat Stellar map (of the moon's constellation) 5. Alternatif kelima Fifty feet of nylon rope. Dapat disimpulkan di sini bahawa Two 100-pound tanks of oxygen dan Five Gallon Water adalah keperluan asas untuk hidup, Solar-powered FM Receiver-transmitter dan Stellar map (of moon's constellation) sebagai keperluan keselamatan mengelak daripada melalui kawasan berkawah besar dan bergunung-ganag yang berbahaya serta menghalang perjalanan, dan sebab memilih Fifty feet of nylon rope ialah sebagai keperluan sosial dan lambang ikatan kesefahaman antara ahli menuju ke destinasi yang dituju. Misalnya tali boleh menjadi pegangan antara ahli ahli agar bergerak sebagai satu pasukan. Natijahnya, apajuga masalah yang dihadapi oleh ahli dapat diselesaikan dengan cepat dan berkumpulan. 5. Apa yang kumpulan buat dan apakah yang berlaku semasa kumpulan anda mencapai kata putus tentang keutamaan 15 barang tersebut?.Perhalkan seberapa detail yang boleh apa yang berlaku. Bagaimanakah kumpulan anda membuat keputusan" Apakah yang anda pelajari dari latihan ini? Memberi pendapat untuk pemilihan alternatif: Semua ahli amat aktif memberi pendapat mereka. Ada ahli yang memberi pilihan alternatif berdasarkan rasional (situasi di bumi ), berdasarkan sifat objek yang dibawa dan pilihan berdasarkan fakta sains atau kepakaran. Rata-rata ahli-ahli kumpulan mempunyai perbezaan pendapat . Ini bermakna ada ahli memilih alternatif tanpa mengira situasi sebenar di bulan, misalnya ahli memilih "Box of matches dan Magnetic compass" sedangkan benda ini tidak berfungsi di bulan. Bagaimanakah kumpulan membuat keputusan: Ahli-ahli kumpulan memilih alternatif mengikut rasionalnya. Mereka berhujah dan memberi kesan positif dan negatif barang alternatif yang ada. Tiga asas penting yang di pertimbangkan ketika kumpulan memberi pertimbangan, iaitu pertama keperluan asas untuk hidup,kedua ialah aspek keselamatan dan ketiga keperluan sosial. Kumpulan telah memutuskan bahawa berdasarkan sifat benda hidup yang mana keperluan asas untuk hidupnya ialah mesti ada udara (oksigen dan makanan), kedua keselamatan untuk terus hidup seperti perhubungan dan kawalan dan ketiga keperluan sosial iaitu kekukuhan dan persefahaman kumpulan ini sesuai dengan Teori Hiraki Keperluan Maslow menurut James A.F. Stoner & Charles Wanket (Edisi ke-3,1989) Apakah yang anda pelajari dari latihan ini? Berkeupayaan mengawal diri, aktif memberi pendapat dan berhujah secara analisis bukan mengikut perasaan. Dapat menyedari adanya perbezaan pendapat untuk mencapai satu matlamat walaupun dalam satu kumpulan. Ahli mesti mempunyai kesefahaman yang kuat. Jangan terus menilai secara konotatif kepada pendapat orang lain melainkan fakta dan adanya pengetahuan mendalam mengenainya serta menyedari keperluan kumpulan harus diutamakan daripada keperluan diri sendiri. UNIT 7: FORMAT KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL Kenal pasti satu format komunikasi kumpulan yang anda pernah sertai atau terlibat (forum, seminar, simposium, kolokium, muktamar, atau perbincangan penal). Kalau belum pernah sertai, hadiri mana-mana satu format komunikasi kumpulan yang boleh dihadiri pada minggu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, jawab soalan-soalan berikut: 1. Nyatakan format komunikasi yang dimaksudkan untuk latihan ini. 2. Siapakah yang hadiri majlis tersebut? 3. Siapakah pelakon-pelakon utama di majlis tersebut dan apakah peranan mereka? 4. Apakah tujuan majlis tersebut? Adakah tujuan tersebut tercapai? 5. Apakah sifat-sifat yang ada format komunikasi itu? 6. Apakah kekuatan atau kelemahan yang anda dapat kenelpasti pada format komunikasi ini? Catatkan respons anda ke dalam jurnal pembelajaran. Pengenalan Menurut pengalaman saya forum, seminar, simposium, kolokium, muktamar, atau perbincangan penal adalah merupakan komunikasi formal yang diadakan oleh sesebuah organisasi. Biasanya pemilihan jenis format komunikasi akan dibuat berdasarkan tugasan, struktur dan tujuan. Contohnya penggunaan istilah muktamar, nampaknya lebih sesuai kalau perbincangan itu melibatkan keagamaan sementara penggunaan forum nampaknya lebih "malleable" dan menyeluruh. Walau bagaimanapun, jika suatu perbincangan yang melibatkan harapan penyelesaian sesuatu isu adalah sesuai jika dijalankan melalui persidangan. Biasanya persidangan adalah dihadiri oleh pakar sama ada ahli pembentangnya mahupun audiens. Kesemuanya bergandingbahu meneliti, membincang dan mengupas suatu isu untuk menerbitkan beberapa resolusi, ketetapan dan rumusan sebagai tindakan berterusan kearah mencapai matlamat yang diharap. Melalui pengalaman antara seminar , forum dan persidangan yang pernah saya terlibat mengendalikannya atau menjadi salah seorang ahli dalam JawatanKuasa Kerja Pelaksana, semasa bertugas di Biro Pembangunan Sumber Manusia ialah:
Antara struktur dan sifat salah satu persidangan yang dikendalikan ini menurut pengalaman dan pemerhatian saya, adalah seperti berikut: 1. Nyatakan format komunikasi yang dimaksudkan untuk latihan ini.
2. Siapakah yang hadiri majlis tersebut?
3. Siapakah pelakon-pelakon utama di majlis tersebut dan apakah peranan mereka? YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Joseph Pairin Kitingan Tugasnya: Memberi ucap utama dan merasmikan persidangan. Pengerusi Persidangan YB Datuk Datuk Simon Sipaun. Tugasnya:
Setiausaha Persidangan YBhg Datuk Gebrial William. Tugasnya: 1. Menjadi urusetia persidangan. 2. Menyedia logistik dan menyelia perjalanan persidangan dari awal hingga akhir. 3. Mencatat , merekod dan mendekumantasi rumusan-rumusan persidangan. Pengerusi Majlis. Tugasnya:
4. Apakah tujuan majlis tersebut? Adakah tujuan tersebut tercapai? Membentangkan tiga buah kertas kerja yang disampaikan oleh a. Pihak Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur. b. Encik Suahili Riman, Pegawai Daerah Lahad Datu. c. Encik Ujang Hj. Sulani, Ketua Penolong Pengarah, BPSM.
5. Apakah sifat-sifat yang ada format komunikasi itu? Sifatnya:
a. Majlis perasmian atau pembukaan oleh YAB Ketua Menteri Sabah dan Majlis Penutupan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri b. Ada ucapan dasar oleh YB Setiausaha kerajaan Negeri c. Ada pengerusi sesi d. Pembentangan kertas kerja dilakukan sendiri kerana pembentang ada kepakaran tentang isu yang dibangkitkannya. e. Ada ahli jawatankuasa kerja pelaksana. f. Ada audeins ramai (saiz besar) g. Ada sesi bengkel h. Ada sesi sidang pleno i. Ada sesi soaljawab. j. Ada pelapor. 6. Apakah kekuatan atau kelemahan yang anda dapat kenalpasti pada format komunikasi ini? Kekuatannya ialah: Formal dan hasil-hasil perbincangan seperti resulosi-resulosi dan ketetapan didekomuntasikan untuk memudahkan tindakan susualan selanjutnya. Tiada berlaku penyelewengan fakta dan maklumat kerana semuanya tertulis. Kelemahannya ialah: Sangat formal, persoalan remeh tidak dibenarkan. Setiap keputusan dan ketetapan perlu didokumtasikan dengan betul. Sekiranya pegawai pelapor atau jurutrengkas tidak cekap dan mahir dalam dewibahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikuatiri hasil laporan tidak tepat. UNIT 8: PENGURUSAN KONFLIK DI DALAM KUMPULAN Latihan 8.1: Apabila anda menyebut atau mendengar perkataan konflik, apa yang tergambar di dalam minda anda? Tanya dua tiga orang lain soalan di atas. Apakah jawapan mereka? Apakah persamaan dan perbezaan jawapan mereka dengan anda? Pengenalan Pelbagai pendapat diberi tentang konflik berdasarkan pandangan "interaksionis". Pandangan tradsional, konflik hanya merugikan. Namun menurut pandangan seorang ahli perniagaan Amerika yang juga pelopor teori pengurusan klasikal dan saintifik pada awal abad ke 20 Frederick Winslow Taylor menyatakan bahawa sekiranya prinsip-prinsip mengurus saintifik digunakan, konflik pihak buruh dan pihak pengurusan yang wujud sekian lama itu tentu akan lenyap. Manakala menurut Ezhar Tamam (1999) bahawa Ramundo berpendapat konflik mempunyai beberapa fungsi yang ada kebaikannya, antaranya ialah konflik menyebabkan terbentuknya pertalian yang erat di kalangan kumpulan yang longar. Namun menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997) menyatakan walaupun setiap konflik ada baik dan buruknya tetapi kami berpendapat keburukan yang berpunca daripada konflik jauh lebih banyak dan serius daripada apa-apa kebaikan yang ada. Lagipun kebaikan itu semuanya boleh kita capai dengan tidak payah mendapatkanya melalui berkonflik. Menurut mereka lagi, lazimnya terdapat dua jenis konflik dalam kumpulan iaitu konflik isi dan konflik perhubungan. Maksudnya konflik isi berpusat pada kebendaan, perkara dan peristiwa atau orang menjadi punca konflik. Contoh bergaduh kerana duit, perabutan harta dan sebagainya. Manakala konflik perhubungan seperti isteri ingkar pada suami dan sebagainya tetapi menurut Ezhar Tamam(1999) lagi, Miller dan Steinberg menyatakan tiga jenis konflik antara perseorangan dalam kumpulan iaitu konflik palsu, konflik muda dan konflik ego sementara Baker, Wahler dan Watson menyatakan konflik prosedur, konflik tugasan dan konflik antara perseorangan adalah jenis konflik dalam kumpulan. Menurut Gambaran Minda Saya? Apabila menyebut atau mendengar perkataan konflik, apa yang tergambar di dalam minda saya ialah: Konflik ialah tiada lagi kemesraan antara ahli-ahli dalam kumpulan dan kemurungan jika konflik berlaku dalam diri sendiri. Sebeb-sebab wujudnya konflik kerana adanya pertentangan idea/pandangan/citarasa, gagal mendapat yang dihajati, tidak sefahaman. Konflik lebih kerap berlaku kepada orang atau kumpulan yang saling kenal mengenali, sering bersama tetapi ada keinginan menguasai orang lain. Oleh itu jika salah satu daripada perkara-perkara ini tidak wujud sekali pun pihak lain tidak sefahaman atau sependapat maka konflik tidak semudah wujud. Misalnya Abu dan Ali dalam kumpulan Pintar (Pencadang) telah berdebat suatu isu dengan Hassan dan Kassim dari Kumpulan Inovasi (Pembangkang) walaupun mereka berlainan pandangan atau pendapat tentang suatu isu yang diperdebatkan, kedua-dua kumpulan ini tidak akan mengujudkan sebarang konflik. 2. Tanya dua tiga orang lain soalan di atas. Apakah jawapan mereka? Apakah persamaan dan perbezaan jawapan mereka dengan anda? Catat dalam jurnal pembelajaran. Pendapat 2, 3 orang tentang konflik: Pendapat Rakan (1):
Persamaan dan perbezaan: Semua rakan bersetuju bahawa punca konflik kerana terdapat perbezaan sesuatu perkara yang semestinya berbeza seperti pendapat, ideologi, citarasa dan kefahaman (interpretasi) idea orang lain. Namun mereka tidak menyentuh impak konflik atau natijah hasil-hasil daripada berkonflik. Saya berpendapat natijah paling besar berkonflik ialah hilang kemesraan dan keakraban antara kumpulan. Selain itu, akan wujud unsur-unsur dendam dikalangan ahli-ahlinya serta cuba memunah hasrat pesaingnya atau ahli lain sementara natijah kepada konflik intrapersonal ialah mendorong meminggirkan diri dan tercipta kemurungan. Latihan 8.2 Anda tentu pernah mengalami konflik di dalam kumpulan. Imbas kembali konflik yang pernah anda alami. Apakah jenis-jenis konflik tersebut. Tanya beberapa orang lain tentang jenis-jenis konflik di dalam kumpulan yang pernah mereka alami. Konflik dan jenis melalui pengalaman sendiri: Antara konflik yang pernah saya hadapi ialah konflik mudah. Pengalaman ini berlaku semasa saya berada di semaster II sesi Mei 1999/2000 dahulu. Di mana salah seorang rakan saya pelajar X telah mengajak saya supaya masuk kepada kumpulannya untuk membuat suatu tugasan. Pada awalnya, dengan jelas saya memberi persetujuan. Walau bagaimanapun ketika masa hendak berbincang, rakan saya telah memberi satu tajuk tugasan yang dipilihnya sendiri tanpa hasil perbincangan dan persetujuan dengan rakan kumpulan maka secara diam-diam saya menarik diri daripada menjadi ahli kumpulannya dan masuk ke kumpulan lain. Akibat daripada kelakuan saya, kemesraan kami terjejas. Bagi memecah kebuntuan dan memulihkan hubungan semula, saya berkata " jangan keciwa, kerana kawan tetap kawan tetapi tidak semua menjadi serasi". Jawab rakan saya " saya tidak kecawa tetapi tindakan anda tidak profesional." Selepas luahan rasa itu aktiviti komunikasi kami aktif semula. Konflik dan jenisnya mengikut pengalaman rakan: Pengalaman Rakan 1: Menurut Encik Kassim Juman, pelajar B.Comm 3 (J05651) beliau mengalami konflik palsu semasa mesyuarat atau perbincangan tentang barang-barang peralatan sukan yang digunakan bagi tahun tersebut. Semasa guru sukan menerangkan matlamat pembelian peralatan tersebut, seorang guru mencela dan guru sukan berkenaan menjawab " Ya, itulah yang saya maksudkan." Pengalaman Rakan 2: Puan Hasna Laumin merupakan seorang guru dan pelajar PJJ UPM (J0548) telah menyatakan bahawa beliau sering mengalami konflik isi ( Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1997 ) dengan rakannya. " Kejadian ini berlaku antara rakan sekelasnya, mereka rakan akrab semenjak daripada semester satu (1) sesi November 1998/1999 lagi tetapi persahabatan mereka kerapkali tergugat apabila mereka pernah tidak bertegur sapa dan masing-masing mengasingkan diri. Namun situasi ini tidak berkekalan kerana bila salah seorang daripada antara mereka memohon maaf, persahabatan mereka kembali akrab". Punca-punca ini berlaku kerana: 1. Maklumat palsu yang didengar daripada pihak ketiga. 2. Ada pihak ketiga yang mempunyai talam dua muka. 3. Rakan tidak memahami keadaan sebenar. 4. Kata-kata rakan menyentuh hati. 5. Suka menuduh tanpa usul periksa. Konflik timbul dengan sebab-sebab yang munsabah. Imbas kembali dan kenal pasti punca-punca kepada konflik yang pernah anda alami? Senaraikan dan tanya beberapa orang lain tentang punca kepada konflik di dalam kumpulan yang pernah mereka alami. Catatkan respons di dalam jurnal pembelajaran anda. Punca-punca konflik yang pernah saya alami dipengeruhi oleh tiga faktor utama iaitu: 1. Konflik faktor diri sendiri: a. Saya tidak memahami rakan saya. b. Saya tidak menurut kehendak rakan saya c. Saya menaruh tanggapan negatif terhadap rakan saya. d. Saya cuba memutus hubungan dengan rakan saya. e. Saya dan rakan saya banyak perbezaan f. Saya menuduh rakan tanpa periksa. g. Saya tidak mahu bertolak ansur dengan rakan saya, dan sebagainya. 2. Konflik faktor rakan sendiri: a. Rakan tidak memahami saya. b. Rakan membuat suatu kelakuan yang tidak disenangi oleh saya. c. Rakan sengaja merosak kepentingan saya. d. Rakan sengaja menimbulkan perkara yang saya tidak sukai. e. Rakan mudah menuduh tanpa usul periksa. f. Rakan yang hipokrit atau tidak amanah terhadap persahabatan dan sebagainya. 3. Konflik faktor pihak ketiga: a. Mereka mencipta narrator yang tidak benar antara kami. b. Mereka mencipta suasana salahfaham antara kami. c. Mereka mencipta unsur hasutan antara kami. d. Mereka melebal tidak baik salah seorang dari kami agar timbul perselisihan. e. Mereka mecipta khabar angin menganai kami dan sebagainya. Beberapa pendapat tentang punca-punca suatu konflik di dalam kumpulan yang pernah dialami oleh rakan saya (mereka). Punca Konflik mengikut rakan (1): Menurut Encik Husin Hj Maslin bahawa kejadian ini berlaku di Sekolah Menangah Ugama, Pekan Ranau. Beliau menyatakan bahawa dua orang bersahabat baik, Rakan A dan Rakan B. Masalahnya ialah Rakan A suka membincangkan perkara-perkara tertentu tentang Rakan B di belakang. Bila Rakan B tahu perbuatan fitnah Rakan A terhadapnya. Rakan B berjumpa dengan Rakan A dan berlakulah pertengkaran dan sehingga kini belum berbaik lagi." Antara punca utama konflik ini ialah: 1. Rakannya suka menceritakan keburukan rakan sebaya di hadapan orang lain. 2. Suka membuka rahsia orang lain. 3. Suka menyimpan maklumat yang seharus diketahui oleh rakannya. Punca konflik mengikut rakan (2): Menurut pengalaman seorang guru dan pelajar bacelor komunikasi PJJ UPM ( J05959) Puan Normadiah Jahlan menyatakan kejadian ini berlaku di sekolahnya. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu telah bermesyuarat untuk menentukan masa mengajar bagi subjek-subjek utama seperti matapelajaran sains dan matematik supaya diajar pada sebelah pagi iaitu sebelum sesi rehat pagi. Tetapi malangnya terdapat guru lain yang mengajar bukan subjek utama meminta mesyuarat membenar subjek lain juga diajar di sebelah pagi. Setelah dibincang panjang leber dan konsensus tidak dapat di perolehi, pengerusi memutuskan bahawa penyediaan jadual waktu mengajar diserahkan kepada seorang guru yang tidak terlibat dengan untuk mengajar . Hal ini telah membawa sedikit konflik antara guru guru terlibat. Punca-puncanya ialah: 1. Guru-guru berkenaan tidak menghormati ketua/pengerusi mesyuarat. 2. Wujud sikap mementing diri sendiri. 3. Tidak memahami matlamat dan strategi pembelajaran. UNIT 9: KEPIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN Pada anda apakah fungsi kepimpinan selain dari yang disebut di atas? Seneraikan di dalam jurnal pembelajaran. Pengenalan Kepimpinan ialah terdiri daripada kata dasar pimpin dan imbuhan ke dan an yang membawa maksud menurut ahli sarjana ialah sejenis tingkalaku bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Tersebut satu kisah antara seorang tua (nelayan) yang buta huruf dengan sekumpulan siswa (pelajar) untuk melayari di tengah lautan menuju ke dataran. Semasa dalam perlayaran, beberapa siswa pintar bertanyakan kepada si orang tua, apakah ilmu yang yang telah dipelajarnya selama hidup lewat 40 tahun. Adakah dianya telah memperlajari tentang ilmu alam, aljabar, geografi, sejarah dan sebagainya. Mendengar jawaban orang tua yang ianya tidak tahu tentang ilmu-ilmu itu maka semua pelajar ketawa terbahak-bahak. Mereka berkata kepada orang tua itu " Bapak sudah menyia-nyiakan seperdua dari umur bapa", orang tua itu terdiam bagaikan kerongkongnya tersumbat dan kalbunya terpukul. Masa yang terus beredar, lautan yang diharungi mula bergelora dan gelombangnya semakin menganas bagai membaham perahu yang mereka naiki menyebabkan semua ketakutan. Tiba-tiba orang tua dengan rendah diri bertanyakan satu soalan kepada budak-budak pintar tadi. "Ilmu apa saja yang kamu pelajari wahai pemuda-pemuda ?" lalu pelajar-pelajar menjawab telah mempelajari berbagai-bagai ilmu. Tanpa mereka sedari maksud sebenar orang tua bertanya, lalu orang tua itu berkata lagi " hai anak-anak ku, kamu sudah mempelajari ilmu pengetahuan yang banyak sekali jumlahnya, tetapi pernahkan kamu mempelajari ilmu berenang? Sudahkah kamu pelajari bagaimana caranya berenang sekiranya perahu kita ini tenggalam yang mudah-mudahan dijauhkan Allah, agar sampai dengan selamat ke pantai? " . Semua mereka menjawab, "Demi Allah, hai bapak, tidak seorang pun di antara kami yang pandai berenang. Ilmu berenang inilah satu-satunya ilmu pengetahuan yang belum kami pelajari, bahkan tidak pernah menarik hati kami mempelajarnya.' Maka di saat itulah nelayan tua itu ketawa terbahak-bahak dan berkata, " Bila saya kamu katakan sudah menyia-nyiakan seperdua umur ku, maka kamu sudah menyia-nyiakan umur kamu seluruhnya. Karena semua ilmu yang sudah kamu pelajari itu tidak ada yang berguna untuk menghadapi angin topan sebegini. Yang berguna bagi kamu hanya satu ilmu saja, iaitu ilmu berenang yang masing-masing kamu buta sama sekali." Pengajaran daripada kisah ini telah menyedarkan kita bahawa dua fungsi kepemimpinan yang harus dipikul oleh seorang pemimpin iaitu memimpin manusia dan yang kedua menjadi pengurus kepada cara atau kaedah agar terus cemerlang dalam kehidupan. Ini jelas terbukti dalam kisah ini dimana seorang tua (nelayan) memimpin sekumpulan pelajar agar boleh sampai ke dataran dengan selamat dan kedua kaedah atau cara sampai ke tepian ialah menggunakan perahu dan ilmu pengetahuan (renang) yang dimilikinya. Natijahnya, dirumuskan antara fungsi kepimpinan ialah hendaklah bertingkah laku sebagai pendidik dan pengurus untuk mempengaruhi orang lain. Fungsi kepemimpinan sebagai pengurus Bermaksud menjadi pengurus pada diri sendiri dan orang lain (individu/kumpulan) 1. Fungsi Pengurus Diri
Sesiapa pun boleh menjadi pemimpin pendidik. Guru boleh memimpin dan mendidik muridnya, Ayah boleh menjadi pemimpin dan pendidik ahli keluarga, Pengurus juga boleh menjadi pemimpin dan pendidik kepada ahli organisasinya dan sebagainya. Cuma yang berbaza ialah kaedah dan matlamatnya. Terdapat dua kategori ilmu iaitu pendidikan Ilmu duniawi dan Ilmu najaah:
Tanya beberapa orang lain soalan yang sama? bandingkan jawapan mereka dengan jawapan anda? Catatkan respon ke dalam jurnal pembelajaran. Pendapat Rakan (1): Mengikut pendapat Encik Husin Hj Maslin, seorang guru di Sekolah Menengah Ugama Ranau. 1. Mengatur strategi perancangan dan pelaksanaan. 2. Menjadi rujukan (rule model). 3. Menjadi pembimbing dan pendidik. 4. Menjadi penyelesai masalah. Pendapat Rakan (2): Mengikut pendapat Puan Hasna Laumin J05487, seorang guru dan pelajar B.Comm 3. IDEAL-UPM. 1. Pemudacara/pembimbing/pendidik. 2. Perancana. 3. Pelaksana. 4. Penyatupadu. Pendapat Rakan (3): Mengikut pendapat Puan Normadiah Jahlan J05949, seorang guru dan pelajar B.Comm 3. IDEAL-UPM. 1. Penyelesai Masalah 2. Pemantau dan Merancang 3. Menjadi teladan. 4. Pendidik dan Penilai. Perbandingan Pendapat: Rakan-rakan semuanya bersetuju bahawa fungsi kepimimpin ialah lebih kepada mengurus permasalahan/muslihat dan menentukan matlamat duniawi yang menajubkan tetapi fana semata . Rakan-rakan tidak seorang menyentuh peranan kepimpinan untuk memimpin dan memberi ilmu najaah iaitu keselamatan dunia dan akhirat. Akhirnya, sesungguhnya kepimpinan yang baik akan lahir daripada benih-benih yang baik. BACAAN TAMBAHAN: Bey Arifin (1979). Samudera Al-fatihah. Jakarta. Toko Buku percetakan Offset PT Bina Ilmu. James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989). Pengurusan Edisi Ketiga.Petaling jaya; Amiza Publising Sdn.Bhd. Ezhar Tamam (1999). Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil.Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Abdullah Hassan & Ainin Mohd.(1997). Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdullah Hassan & Ainin Mohd.(1997). Berkonflik dan Berunding. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy (1984). Riwayat Hidup Rasulullah SAW. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. |