UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU

sebelum balik depan

Pensyarah: Dr. Ezhar Tamam

Penulis: HAJIMIN MASLIN B.COMM 4 J05474
TUGASAN 1: JURNAL PEMBELAJARAN KOM3203-KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL

UNIT 1:

PENGENALAN:

Latihan-latihan unit 1 dalam modul ini dijawab hasil daripada pendapat sendiri dan pendapat rakan sekerja. Kumpulan kerja ini adalah formal, mempunyai struktur yang tersusun, berperaturan dan dikenali sebagai Unit Tatatertib dan Rekod Perkidamatan (D & R), di Jabatan Kerja Raya Sabah. Unit ini dianggotai oleh sepuluh orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Pegawai Pentadbir (AO1), seorang Pegawai Eksekutif Kanan (HOE), seorang Pegawai Eksekutif (EO), lima orang Pembantu Tadbir dan seorang Pekerja Rendah Awam. Semuanya adalah pegawai yang dilantik oleh kerajaan negeri dan berjawatan tetap. Matlamat unit ialah menjaga dan membentuk pekarja yang berdisiplin, rajin, amanah dan bertanggungjawab.

Latihan 1.1 ms 3

1. Mengapa anda anggap himpunan individu ini sebagai satu kumpulan?

Himpunan individu dalam unit ini adalah sebagai satu kumpulan kerana mempunyai anggota 10 orang, berstruktur, mempunyai objektif dan matlamat serta berkerjasama melalui tindakan elemen-eleman pengurusan berlandaskan prinsip-prinsip kuasa atau peraturan yang telah ditetapkan.

2. Apakah yang menyatukan kumpulan anda ini?

Antara faktor-faktor boleh menyatukan sesebuah kumpulan ialah gaya kepimpinan, semangat kekitaan, keharmonian komunikasi, toleransi, ganjaran, matlamat dan sebagainya. Namun bagi kumpulan rasmi seperti kumpulan unit kerja di tempat kerja, selain faktor-faktor di atas, kumpulan ini boleh disatukan berdasarkan arahan dan tanggungjawab. Siapa yang diarah dan siapa kena arah? atau 'Saya yang menurut perintah', aliran fenomena ini jelas digambarkan dalam struktur organisasi. Ini bermakna, orang paling atas dalam hiraki atau ketua adalah orang yang berautoriti dan berkuasa memberi arahan ke atas anggota-anggotanya. Oleh itu, kumpulan ini jelas disatukan melalui satu tindakan berlandaskan peraturan rasmi dan terpaksa bersatu bagi menjalankan tanggungjawabnya ke arah mencapai matlamat unit atau jabatan.

3. Apakah yang anda bawa ke dalam kumpulan ini?

Perkara-perkara yang saya bawa dalam kumpulan ini ialah ilmu pengetahuan dan kelayakan, kemahiran, keikhlasan dan keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi.

RESPON ANGGOTA KUMPULAN:

1. Apa yang menyatukan kumpulan ini?

Semangat kekitaan, komunikasi yang harmoni dan mesra telah menjadikan kumpulan ini sebagai satu pasukan kerja yang lebih sefahaman dan bersatu. Faktor arahan ketua juga mempengaruhi kumpulan perlu bersatu supaya matlamat dapat dicapai seperti yang diharapkan.

2. Apakah yang mereka bawa ke dalam kumpulan ini?

Perkara yang dibawa oleh mereka ialah ilmu pengetahuan, keupayaan dan kebolehan bekerja, idea-idea baru dan sikap positif mereka untuk menyumbang ke arah kejayaan kumpulan.

Rumusan

Kumpulan ini sependapat bahawa penyatuan kumpulan ialah berdasarkan arahan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang sama walaupun mempunyai status yang berbeza.

Latihan 1.2 ms.7

Definisi komunikasi di dalam kumpulan. Apakah keunikan komunikasi di dalam kumpulan?

Komunikasi dalam kumpulan ialah setiap interaksi dalam kumpulan yang difahami dan dimengerti serta menyebabkan adanya tindakbalas saling memberi maklumbalas di antara anggota-anggota kumpulan sementara keunikannya ialah keupayaan memahami mesej yang berbeza, penyesuaian diri, tanggapan berbeza, kesukaran dan kebolehan menyumbang idea-idea serta kelakuan berhujah.

Respon I: Definisi komunikasi kumpulan dan keunikan komunikasi dalam kumpulan;

Setiap mesej yang disampaikan dapat difahami dan dapat tindakbalas terhadap mesej sementara dari segi keunikan komunikasi dalam kumpulan ialah setiap perkara yang dikomunikasikan dapat difahami walaupun tanpa penerangan yang jelas dan terperinci.

Pendapat : Puan Dyinah Abdullah, seorang pegawai eksekutif kerajaan.

Respon II: Definisi komunikasi kumpulan dan keunikan komunikasi dalam kumpulan;

Interaksi bersemuka samada secara langsuang atau melalui penggunaan peralatan teknologi komunikasi komunikasi dengan tujuan untuk berkongsi maklumat sementara keunikan komunikasi dalam kumpulan ialah tingkahlaku ahli-ahli kumpulan, pertambahan ahli kumpulan dan pengaruh suara ramai.

Pendapat : Puan Maryani Jinor, seorang rumah dan seorang mahasiswa.

Respon III: Definisi komunikasi kumpulan dan keunikan komunikasi dalam kumpulan;

Interaksi secara lisan atau bukan lisan atau melalui apa-apa kaedah seperti perlatan teknologi elektronik dn bertulis samada rasmi atau tidak rasmi oleh individu-individu yang menganggap diri mereka sebahagian daripada ahli kumpulan.

Pendapat : Elsie Marcus, seorang pekerja swasta dan seorang mahasiswa

Rumusan:

Kami sependapat dari aspek asasnya bahawa komuniksi dalam kumpulan berlaku apabila terbitnya sumber mesej yang difahami dan berlakunya tindakbalas terhadap mesej tersebut namun tidak semua mementingkan dari segi penggunaan peralatan kursusnya daripada pendapat dua lagi rakan, iaitu penggunaan teknologi. Sementara Ezhar Tamam (1999) Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil memperihalkan bahawa mengikut Barker, Wahlers & Watson, komunikasi kumpulan kecil dapat dibezakan kepada tiga unsur utama iaitu pertama, dalam komunikasi kumpulan terdapat kesan kepada pemerhati yang boleh mempengaruhi kandungan dan cara komunikasi. Kedua, komunikasi bertambah kompleks bila ahlinya bertambah dan yang ketiga, ada pengaruh majoriti dan minoriti untuk membuat keputusan. Ini dapat dirumuskan bahawa semua sependapat bahawa setiap interaksi dan komunikasi dalam kumpulan kecil mesti wujudnya suatu tindakbalas kesan daripada mesej atau kandungan sumber yang diterima. Bermakna tiadanya sumber maka komunikasi tidak akan berlaku.

TUGASAN 1: JURNAL PEMBELAJARAN KOM3203-KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL

UNIT. 2

PENGENALAN:

Unit 2, latihan 2.1 muka surat 2 dalam modul ini adalah bersandarkan jawapan hasil rumusan berdasarkan keanggotaan diri saya di dalam Persatuan Mahasiswa IDEAL-UPM Sabah (PERMAIDEA). Persatuan ini satu kumpulan sekundar dan pertubuhan yang didaftarkan di dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Sabah dengan rujukan PPP/SB.143/99 sementara jawapan kepada Unit 2, latihan 2.2 muka surat 8 merujuk kepada kefahaman sendiri tetapi berdasarkan jenis kuasa yang diterangkan dalam buku Ezhar Tamam (1999) Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Latihan 2.1 ms.2

Kenapa anda menganggotai kumpulan ini? Apakah yang anda dapat (ingin dapat) dengan menganggotai kumpulan ini?

Sebab utama saya menganggotai kumpulan ini ialah saya telah dipilih dan dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Mahasiswa IDEAL-UPM Sabah. Kedua, kemahuan saya menganggotai persatuan ini selagi mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada para mahasiswa. Apa yang saya dapat apabila menjadi anggota persatuan ini, antaranya ialah dapat berkhidmat dengan golongan intelek dan berprestij diperingkat menara gading dan menjadi salah satu penghubung utama antara para mahasiswa dengan tenaga pengajar (tutor) dan pengurusan IDEAL-UPM Sabah selaras dengan salah satu tujuan persatuan iaitu mengatur satu hubungan yang baik di antara mahasiswa, tenaga pengajar, tenaga pentadbir dan di antara ke semua yang terlibat di dalam menyempurnakan kursus yang ditawarkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia, Fasal 3: (ii) Perlembagaan Persatuan Mahasiswa IDEAL-UPM Sabah (PERMAIDEA).

Respon I : Zainuddin Jamlu, seorang pemberita kanan Televisyion Malaysia, Kota kinabalu.

1. Ingin memberi sumbangan kepada mesyarakat melalui persatuan.

2. Mengharap persatuan membantu ahli yang menghadapi masalah kewangan belajar.

3. Kepimpinan persatuan yang telus dalam merancang dan pelaksanaan kegiatan aktivitinya,

4. Untuk saling kenal mengenali antara sesama ahli dan mesyarakat.

Respon II : Diana Normadiah Jahalan; seorang pendidik.

1. Mencari pengalaman dan perkongsian maklumat melalui persatuan;

2. Ingin menyumbangkan khidmat kepada persatuan;

3. Menjadi ahli sebagai kekuatan persatuan;

4. Ingin menjalinkan interaksi dengan orang ramai melalui persatuan; dan

Respon III : Raidah bte Dan; seorang pendidik.

1. Meluaskan ilmu pengetahuan dan maklumat melalui persatuan;

2. Ingin berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli kumpulan dalam persatuan;

3. Menyelasaikan sesuatu permasalahan melalui persatuan;

4. Boleh menyumbang khidmat kepada mesyarakat melalui persatuan.

Respon IV : Normah binte Hussein, seorang pegawai badan berkanun.

1. Tertarik dengan matlamat persatuan;

2. Tertarik dengan keanggotaan persatuan;

3. Mengharapkan agar dapat menangani sesuatu permasalahan melalui persatuan, dan;

4. Ingin menyumbang sesuatu bakti kepada mesyarakat melalui persatuan.

Rumusan:

Bandingkan jawapan anda dengan jawapan yang diberikan oleh rakan sekumpulan anda.

Rata-rata keinginan seseorang untuk menganggotai kumpulan ialah mereka mengharapkan sesuatu manafaatnya dan dapat menyumbangkan bakti mereka khususnya kepada ahli-ahlinya dan mesyarakat amnya. Bukan sahaja mereka mengharapkan pengalaman dan pengetahuan semata-mata atas cetusan dan sumbangan ahli lain dalam persatuan tetapi terdapat dikalangan ahli akan menjadi ahli kumpulan kerana tertarik dengan matlamat dan cara pengurusan sesuatu kumpulan. Perbezaan ketara yang saya dapati dengan cara keanggotan saya dengan ahli yang lain ialah saya mempunyai peranan dan tugas penting yang perlu saya laksanakan berlandaskan kepercayaan dan keyakinan ahli terhadap pemilihan saya sebagai setiausaha dalam persatuan PERMAIDEA, Sabah.

Unit 2, Latihan 2.2 ms 8

Terangkan apakah kuasa yang dipunyai oleh individu berikut:

1. Sesorang polis berpangkat inspektor berbincang dengan jawatankuasa Taman Perumahan yang ia sendiri menjadi ahli.

Seorang anggota polis yang telah menjadi ahli jawatankuasa Taman Perumahan, beliau berkelayakan untuk bercekap dan menerangkan kepada ahli-ahli jawatankuasa itu daripada aspek-aspek keselamatan Taman Perumahan seperti bagaimana cara pencegahan jenayah rompakan dan kecurian dengan menyumbang buah fikiran serta mencadangkan kepada ahli jawatankauasa agar setiap rumah memasang paga berduri atau menubuhkan kumpulan rukun tetangga yang mengawasi kawasan perumahan. Beliau juga boleh memberitahu ahli-ahli bahawa sekiranya terjadi perkara-perkara yang melanggar perundangan negara di kawasan Taman Perumahan, beliau boleh menggunakan kuasa rasminya. Misalnya menangkap penjenayah atau pencuri di kawasan Taman Perumahan dan memasukkannya ke dalam penjara tanpa berbincang dengan ahli jawatankuasa Taman Perumahan.

2. Seorang pensyarah yang sedang bermesyuarat dengan rakan-rakan sejabatan.

Pada umumnya pensyarah tersebut boleh menyumbang dan memberi idea dalam mesyarat tersebut untuk disebar, didengar dan dinilai oleh ahli-ahli mesyuarat yang lain. Sekiranya idea dan pandangan pensyarah tersebut bernas, sudah tentu idea dan pandangan pensyarah tersebut akan dapat mempengeruhi ahli-ahli mesyuarat serta diterima sebagai keputusan atau resolusi dalam mesyuarat tetapi jika idea dan pandangannya tidak selaras kemahuan ahli-ahli mesyuarat tetap akan menolaknya. Ini memberi kesimpulan bahawa pensyarah tersebut boleh jadi mempunyai kuasa rujukan, kuasa bermaklumat atau mempunyai kuasa kepakaran di dalam bidang tertentu. Contohnya mesyuarat tersebut akan membincangkan penyediaan soalan-soalan untuk subjek sejarah, sekiranya beliau seorang pensyarah ahli sejarah maka beliau berkelayakan mengsyorkan atau mencadang kepada ahli-ahli mesyuarat apakah bentuk-bentuk soalan yang harus disediakan dan sebagainya.

3. Seorang pesara kakitangan kerajaan yang menjadi pengerusi jawatankuasa kucar kacir kampung bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya.

Kuasa seorang pesara kakitangan kerajaan yang menjadi pengerusi jawatankuasa kucar kacir kampung yang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya ialah beliau mempunyai kuasa koersif kerana beliau berhak memimpin perjalanan mesyuarat dari mula sehingga tamat mesyuarat. Beliau juga berkuasa merumus setiap idea, pendapat dan cadangan yang datang daripada kalangan ahli mesyuarat. Beliau juga berhak menolak sesuatu pandangan daripada setiap ahli sekiranyanya pandangan itu tidak selaras dengan agenda yang patut dibincangkan, menyentuh peribadi seseorang atau boleh merosakkan keharmonian mesyuarat.

4. Seorang pelajar menasihati rakan seprojek dalam kursus komunikasi yang diambilnya.

Seorang pelajar yang menasihati rakan seprojek dalam kursus komunikasi yang diambilnya boleh dilakukan dalam dua keadan iaitu bila pelajar itu mempunyai maklumat yang patut diketahui oleh rakannya untuk tujuan menyiap projek/tugasan atau rakannya meminta pertolongan mendapatkan maklumat tambahan untuk projek. Kuasa yang ada pada pelajar ini ialah kuasa maklumat kerana nasihatnya mungkin boleh menpengaruhi kandungan isi kandungan tugasan/projek yang hendak disiapkan.

Respon I: Pendapat : Muhalaus Gottir @ Madin, Perbadanan Pinjaman Sabah.

1. Apabila ahli jawatankuasa taman perumahan membincangkan dari aspek keselamatan, ahli polis itu layak memberitahu dari aspek keselamatan dan menggunakan kuasa rasminya untuk mengarah anggotanya membuat rondaan di kawasan perumahan tersebut.

2. Pensyarah mempunyai kuasa kemahiran kerana kemungkinan mereka membincangkan subjek yang hanya diajar oleh pensyarah berkenaan dan tidak diajar oleh pensyarah lain.

3. Pesara yang menjadi pengerusi akan mengunakan kuasa sebagai pengerusi terutama mengawal perjalanan mesyuarat.

4. Sekiranya pelajar itu lebih bijak, berpengetahuan dan pintar adalah layak menasihati pelajar yang lemah walaupun terpaksa menasihat rakan seprojek. Ini menunjukkan pelajar pintar tersebut menggunakan kuasa kemahiran atau kepakaran terhadap rakan sebaya.

Respon II: Pendapat : Zulkipli Sahari, Pengurus Pertanian Lawas Sarawak.

1. Anggota polis inspektor tidak boleh menggunakan kuasa rasminya.

2. Jikanya, seorang pensyarah menjadi pengerusi mesyuarat. Kuasa yang adapadanya ialah kuasa pengerusi.

3. Pesara menggunakan kuasa pengerusi.

4. Pelajar tersebut tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan sekadar memberi nasihat terhadap rakan seprojek.

Rumusan

Bandingkan jawapan mereka dengan jawapan anda.

Setelah menganalisis pendapat daripada responden, didapati ada pendapat yang menyokong dan tidak bersetuju dengan pendapat saya. Aspek perbezaan yang jelas ialah saya dan responden I telah mengambil pendekatan mengandaikan atau merasional secara konsten kedudukan seseorang yang terdapat dalam soalan tetapi responden II tidak secara konsten merasional pandapatnya, misalnya responden II secara mutlak mengatakan polis tidak boleh menggunakan kuasa rasminya dan pelajar tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap rakannya tetapi bila menjawap soalan 2, responden II telah merasional jawapannya dengan mengandaikan tugas seorang pensyarah dan sekali gus responden menyatakan seorang pensyarah boleh menggunakan kuasa pengerusi. Walau bagaimanapun kami sependapat bahawa pesara mempunyai kuasa pengerusi atau "kuasa koersif" untuk mengendalikan mesyuarat.

UNIT 3.

PENGENALAN:

Unit 3, latihan 3.1 muka surat 3 dalam modul ini akan dijawab bersandarkan pengalaman semata-mata dan pengalaman orang lain. Pengalaman orang lain dicatatkan dalam respon.

Latihan 3.1 ms 3

Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian anda, apakah perkara yang mempengaruhi susanan di dalam kumpulan. Senaraikan faktor tersebut di dalam jurnal pembelajaran anda. Apakah faktor yang paling berpengaruh pada pendapat anda?

Berjaya atau tidaknya sesuatu kumpulan yang dibentuk adalah bergantung kepada beberapa eleman utama seperti kepemimpinan, persefahaman dan toleransi, objektif dan matlamat, perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan keterlibatan pertanggungjawaban anggota dalam kumpulan.

Kepemimpinan:

Menurut pengalaman dan pemerhatian saya, kepemimpinan adalah faktor utama dan yang paling berpengaruh dalam kumpulan. Maka seorang pemimpin hendaklah terdiri daripada mereka yang berkelayakan, berkredibliti, berakhlak mulia, diyakini ramai akan berkebolehannya, berkarisma, berwibawa, berwawasan dan dihormati oleh anggotanya. Peranan utamanya ialah menjalin perhubungan, menerima dan memberi maklumat dan membuat keputusan. Ini amat penting oleh kerana pemimpin adalah satu model dan contoh kepada anggotanya. Sekiranya suatu kumpulan mempunyai pemimpin yang kualitinya rendah dan kebolehpercayaan kurang, kumpulan tersebut akan menjadi kumpulan yang hambar, bermasalah dan mempunyai anggota yang pecehbelah dengan kata lain tidak mahu berkerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan. Contoh sembahyang jemaah di masjid, biasanya makmun melantik salah seorang dari kalangan mereka yang lebih tua, warak dan baik bacaannya. Tidak pandai membaca surah "al-Fatihah" tidak layak menjadi imam dan ditolak.

Persefahaman, semengat kekitaan " Eprit de corps" dan toleransi:

Anggota dalam kumpulan seharusnya tidak wujud anggota yang mementingkan diri sendiri atau isolat. Setiap anggota hendaklah bertindak mengikut peranan, mengikut kemahuan ramai dan matlamat kumpulan. Setiap anggota atau individu tidak boleh dinafikan haknya, semua layak mendapat penilaian dan pengiktirafan yang sewajarnya. Perkara-perkara negatif seperti perasaan marah, hasad dengki, tidak puashati hendaklah dihidari. Sebaliknya wujudkan suasana kekitaan, persefahaman dan tolakansur atau toleransi.

Objektif dan matlamat:

Wujudnya kumpulan kerana diyakini matlamat tidak mungkin "mustahil" tercapai sekiranya dilakukan secara bersendirian. Oleh itu, objektif dan matlamat hendaklah jelas dan telus. Matlamat yang memberi faedah dan keuntungan kepada ahli yang menganggotainya akan menarik ahli dan menjamin anggota kumpulan berkerja kuat dalam sesuatu kumpulan. Sebaliknya kumpulan yang mempunyai matlamat yang kabur, pasti akan kehilangan ahlinya dan akhirnya kumpulan tersebut jemut.

Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti:

Setiap anggota dalam kumpulan hendaklah dibawa bersama-sama untuk membentuk sesuatu rancangan kumpulan untuk dilaksanakan sebagai aktiviti kumpulan. Tidak ada anggota dinafikan peranannya dalam menantukan apakah aktiviti-aktiviti yang patut dilaksanakan agar setiap aktiviti yang dilaksanakan akan membawa penyertaan setiap anggota kumpulan. Misalnya kumpulan mengadakan "Derma Darah" haruslah dibincang dahulu dalam mesyuarat untuk mendapat pandangan, idea dan persetujuan setiap anggotan kumpulan. Setalh dibincang dan dipersetujui barulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ketelibatan dalam pertanggungjawaban:

Setiap anggota harus mempunyai tanggungjawab kepada kejayaan kumpulan. Paling tidak memberi sokongan moral kepada kewujudan kumpulan manakala bagi anggota yang diberi jawatan dalam kumpulan, anggota berkenaan wajib melaksanakan tanggungjawab dengan baik, ikhlas dan berkerjasama dengan pucuk kepimpinan agar harapan kumpulan dapat dicapai pada tahap yang membanggakan.

Pandangan beberapa orang lain mengenai faktor yang mempengaruhi iklim kumpulan dan bandingkan.

Respon I : Puan Maryani Jinor, seorang surirumah dan seorang mahasiswa.

a. Gaya kepemimpinan.

b. Kesepaduan ahli-ahli kumpulan.

c. Adanya ganjaran.

d. Corak komunikasi.

Respon II : Elsie Marcus, seorang pekerja swasta dan seorang mahasiswa

a. Arahan

b. Semangat kekitaan.

c. Kewujudan persaingan dalam kumpulan.

d. Adanya penglibatan daripada orang berpengaruh.

e. Adanya kepuasan hati.

f. Saling hormat menghormati.

g. Latarbelakang ahli dari segi pendidikan, taraf hidup, usia dan kebolehan.

h. Peluang berinteraksi secara terbuka.

i. Terdapat tekanan dari luan yang memaksa bersepadu dalam kumpulan.

j. Saiz kumpulan.

Rumusan

Rata-rata kami sependapat dengan pengalaman masing-masing bahawa gaya kepemimpinan, matlamat (ganjaran), sikap toleransi dan persefahaman adalah menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi suasana di dalam kumpulan. Namun faktor lain seperti saiz kumpulan, persaingan, tekanan pihak tertentu turut juga menjadi penyumbang kepada suasanan di dalam kumpulan.

TUGASAN 1: JURNAL PEMBELAJARAN KOM3203-KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL

UNIT 4.

PENGENALAN:

Unit 4, latihan 4.1 muka surat 2 dalam modul ini dijawab bersandarkan pendapat orang lain. Hasil temubual dicatat dalam dalam respon.

Latihan 4.1

Temu bual seorang dua rakan yang anda rapat. Minta mereka terangkan bagaimana mereka tahu bila anda:

Respon I : Puan Normah Hussein

i) marah : Diam.

ii) sakit hati : Benci.

iii) bosan : Meninggalkan tempat yang membosankan.

iv) gembira : Ketawa.

v) sedih : Diam.

vi) takut : Gementar, Cemas.

vii) risau : Tak duduk diam, gelisah .

viii) bersemangat : Suka bercerita.

ix) menyokong : Mengangguk kepala.

x) tidak bersetuju : Membantah.

xi) tidak yakin : Tidak sepenuh hati.

x) tidak bercakap benar : Tak menepati janji.

Respon II : Encik Riduan Abdullah

i) marah : Diam.

ii) sakit hati : Suka menyendiri.

iii) bosan : Tidak ingin berkomunikasi.

iv) gembira : Menyenangi apa yang kita cekap.

v) sedih : Menyendiri

vi) takut : Cemas.

vii) risau : Tidak tenteram.

viii) bersemangat : Suka bercerita.

ix) menyokong : Menyata menyokong.

x) tidak bersetuju : Menyata tidak menyokong.

xi) tidak yakin : Tidak mengendahkan apa yang kita cekap.

x) tidak bercakap benar : Cekap teragak-agak dan muka tidak serius.

Respon III : Cik Jennifer Nilus

i) marah : Diam dan tidak menjawab.

ii) sakit hati : Melepas garam.

iii) bosan : Mengeluh dan asyik bawa bercerita.

iv) gembira : Tersenyum, tenang dan bercerita.

v) sedih : Merenung dan tidak mahu bergaul.

vi) takut : Sentiasa mengelak, diam.

vii) risau : Malas bergaul dan termenong.

viii) bersemangat : Sentiasa riang dan berkongsi kegembiraan.

ix) menyokong : Memberi semengat.

x) tidak bersetuju : Tidak mendengar, endah tak endah.

xi) tidak yakin : Asyik-asyik bertanya.

x) tidak bercakap benar : Mengalih pandangan, tidak memandang muka kita dan

mengelak bertentang mata.

Respon IV : Mohd. Nur Hidayat Hasbollah

i) marah : Marah-marahlah.

ii) sakit hati : Mendiamkan diri.

iii) bosan : Duduk di rumah atau keluar jalan.

iv) gembira : Tidak marah-marah.

v) sedih : Mendiamkan diri.

vi) takut : Diam

vii) risau : Mengeluh.

viii) bersemangat : Senyum

ix) menyokong : Pernyataan sokong.

x) tidak bersetuju : Diam

xi) tidak yakin : Bertanya balik-balik

x) tidak bercakap benar : Suara rendah dan tidak memandang muka.

Yang manakah di antara perasaan atau sikap tersebut anda sampaikan secara sedar dan yang mana disampaikan tanpa sedari.

i) marah : tanpa sedari.

ii) sakit hati : tanpa sedari.

iii) bosan : tanpa sedari..

iv) gembira : tanpa sedari..

v) sedih : tanpa sedari..

vi) takut : tanpa sedari.

vii) risau : tanpa sedari.

viii) bersemangat : tanpa sedari.

ix) menyokong : secara sedar.

x) tidak bersetuju : secara sedar.

xi) tidak yakin : secara sedar.

x) tidak bercakap benar : secara sedar

Rumusan

Apakah yang anda pelajari dari latihan ini?

Setiap orang mempunyai persepsi dan tanggapan berbeza apabila menilai diri seseorang. Tidak ada penilai dan tanggapan yang seratus peratus sama. Penilai juga tidak dapat menyelami dan mengetahui seratus sepenuhnya tingkah laku seseorang khususnya yang berkaitan dengan rohaniah. Keadaan fizikal juga tidak mengembarkan keseluruhan apa yang tercetus dalam jiwa seseorang manusia. Wajah adalah topeng dan jiwa adalah roh kita yang sebenarnya.

RUJUKAN:

Ezhar Tamam (1999) Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil. Penerbit Universiti Putra Malaysia,

Serdang.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997) Komunikasi Untuk Pemimpin. Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd., Kuala Lumpur.

Muhd.Mansur Abdullah (1998) Komunikasi Dalam Pengurusan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.