UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU

sebelum balik depan

Tugasan 2: KOM3104 Penulisan Korporat.
Pensyarah : Muhamad Rosli Selamat
Disediakan: HAJIMIN HAJI MASLIN, B.COMM 4, J05475.

PENGENALAN

Mohd Sidin Ahmad Ishak & Noorbathi Hj Badaruddin (1993) melaporkan gabungan takrif periklanan yang diberi oleh AMA dan Gilson-Berkman ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran barangan, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media sementara Astrid S.S Susanto (1987) pula melaporkan William Spriegel menyatakan pengiklanan ialah sebarang bentuk persembahan barangan atau idea kepada satu kumpulan. Astrid menambah pengiklanan mengandungi unsur penyewaan ruang atau waktu suatu media massa demi penggunaan serta penyajian yang bersifat bukan peribadi. Beberapa perbedaan antara pengiklanan dan promosi. Pengiklanan ialah publisiti menyebar maklumat mengenai organisasi yang mengeluarkan barangan yang harus mempunyai nilai berita untuk reaksi yang mungkin akan menggunakan maklumat dalam salah satu berita. Promosi jualan ialah kaedah jangka pendek untuk mencapai tingkat penjualan yang dikehendaki dengan cepat. Perbezaan besar antara dua perkara ini ialah teknik penggunaannya. Penulisan kapi dalam periklanan merupakan satu bentuk seni yang khas, gaya bahasa dan struktur berbeza daripada karangan biasa atau berita akhbar tetapi ianya lebih mirip kepada penulisan sajak yang bertujuan memujuk dan mengingatkan kumpulan-kumpulan tertentu supaya bertindak untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka (Mohamad MD.Yusoff, 1985). Objektif utama kapi adalah menarik perhatian audiens, menimbulkan minat audiens, memperkukuhkan keyakinan dan mempertingkatkan keinginan serta dorongan audiens untuk bertindak.

Menurut Mansor Ahmad Saman (1995), antara penulisan yang baik dan berkesan hendaklah mengikut formula ABCDEFFG iaitu "accurate (tepat), brief (ringkas), clear (jelas), direct (terus), easy (mudah), fair (adil), fast (pantas) dan in good taste (sopan)". Sesuai dengan formula tersebut maka aspek utama penilaian dan analisis penulisan kapi, ianya boleh dirumuskan dan dibuat berdasarkan dua unsur utama iaitu penonjolan (positioning) terhadap kandungan teks dan ilustrasi, dimana teks akan dianalisis sifat kejelasannya, kefahaman, muda dibaca dan mudah ditafsirkan manakala dari unsur ilustrasinya akan disentuh melalui kesesuaian identifikasi yang menarik dan komposisi keseimbangan dari segi warna, saiz dan bentuk. Selain itu, penilaian dari sudut penulis sendiri khususnya aspek kemhiran penulisan yang merangkumi pembentukan idea, keupayaan melahir idea yang kritis, memudahkan pemahaman, tujuan, sasaran, kaedah penulisan yang tepat.

OBJEKTIF:

Objektif utama tugasan ini ialah untuk menyediakan:

1. Satu portfolio dan analisis penulisan kapi periklanan korporat/institusi yang dibuat oleh sesebuah organisasi yang terdapat dalam majalah dan internet.

2. Salinan-salinan foto atau cetakan terhadap penulisan korporat berkenaan dan dikemukakan bersama-sama tugasan.

3. Portfolio organisasi berdasarkan kepada:

i. Lima kapi periklanan korporat yang berlainan yang disiarkan oleh sesebuah organisasi atau beberapa buah organisasi yang terdapat dalam majalah yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 2000.

ii. Lima kapi periklanan korporat yang berlainan yang disiarkan oleh sesebuah organisasi atau beberapa buah organisasi yang terdapat dalam internet.

iii. Membuat analisis mengenai 10 kapi periklanan korporat berkenaan berdasarkan aspek berikut:

a. Nama Majalah atau alamat laman web.

b. Organisasi

c. Orientasi publisiti.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi)

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang).

PENILAIAN DAN ANALISIS

Penulisan kapi periklanan organisasi ini akan dianalisis berdasarkan lima aspek tersebut diatas yang meliputi kombinasi, komposisi, penonjolan komponen, format, bahasa, laras, gaya bahasa, tatabahasa dan paragraf . Hasil penilaian, analisis dan rumusan adalah mengikut portfolio seperti berikut:

Portfolio (1) : MARA SHIPYAARD & ENGINEERING (TERENGGANU) SDN.BHD.

a. Nama Majalah :

Nama majalah yang digunakan sebagai saluran medium komunikasi organisasi untuk menyampaikan mesej ialah Majalah Perajurit, terbitan April 2000. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 1.

b. Organisasi:

Nama organisasi dan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah MARA Shipyard & Engineering (Terangganu) Sdn. Bhd. Oleh itu, kredibiliti fakta dan mesej kapi ini adalah diyakini dan dipercayai kewibawaannya.

c. Orientasi publisiti:

Orientasi publisitinya ialah perkhidmatan pembuatan kapal (Perkapalan). Ini menunjukkan mesej kapi ini hanya ditujukan kepada sasaran tertentu sahaja dan bukan kepada kebanyakan audiens.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi)

Komponen utama kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi antara teks, gambar dan ilustrasi/grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi periklanan ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai medium bahasa komunikasi kepada audiens. Oleh itu, iklan ini boleh difahami oleh kebanyakan audiens dan boleh membaca bahasa Melayu.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum iaitu tidak ada istilah teknikal kecuali kata nama bahan seperti aluminium, besi, inflatable, grap dan kayu tetapi nama-nama ini masih mudah difahami dan tidak memerlukan penafsiran kerana nama-nama ini tidak mempunyai konotasi kepada benda lain.

iii. Gaya bahasa;

Gaya bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu standard yang digunakan seharian, ringkas dan sopan.

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa atau nahu, bahasa Melayu digunakan adalah menurut sistem bahasa, perkataan (morfologi) dan pembentukan ayat (sintaksis) yang mudah, ringkas dan difahami. Di mana struktur ayat yang mudah dan tidak menggandungi perkataan-perkataan pinjaman.

v. Paragraf:

Secara khusus, penulis kapi ini tidak mementingkan paragraf sehinggakan ayat, gambar dan ilustrasi dicampur adukkan kedudukan atau susunannya.

Aspek visual, gambar dan grafik:

i. Logo:

Ilustrasi logo ditonjolkan dalam bentuk satu warna sebagai lambang dan identifikasi organisasi tetapi logonya kurang menyakinkan dari segi kualiti dan kurang daya kreativiti.

ii. Objek kapal:

Gambar-gambar kapal yang ditunjukkan dalam kapi periklanan ini adalah dalam bentuk berwarna-warni. Warnanya kelihatan seimbang dan mampu menarik perhatian pembaca.

iii. "Capation" atau nama organisasi:

"Capation" ini menggunakan satu warna. Namun dari segi penonjolan adalah tidak sesuai dan sebenarnya tidak perlu lagi dimuatkan dalam kapi ini kerana penggunaan logo organisasi sudah memadai. Penggunaan "capation" dalam kapi ini tidak signifikan lagi dari aspek penonjolan mesej.

e. Saiz (jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Dari segi penonjolan "positioning" dan strategi mesej kapi tersebut, jumlah perkataan digunakan ialah 41 patah perkataan dalam variasi saiz, ayat ringkas dan mudah dibaca sementara keluasan ruang yang digunakan ialah satu muka bersaiz A4 atau 210 X 297 mm sahaja. Ini memudahkan audiens membuat membaca, menimbulkan minat terus membaca dan menjimatkan masa.

Rumusan:

Penulisan kapi ini dari segi strategi yang digunakan untuk menyampai mesej adalah lengkap dan baik kerana penulis korporat dapat menonjolkan unsur-unsuar penting mengenai organisasi yang sememangnya wajar diketahui oleh audiens. Unsur penting terdapat dalam kapi periklanan ini ialah nama organisasi, jenis perkhidmatan, alamat perhubungan atau alamat organisasi manakala dari segi kesahihan urusan perniagaan dan perkhidmatan, organisasi ini juga telah menyatakan nombor perniagaan atau permit.

Portfolio (2): UNIKOTA HOLDINGS SDN.BHD

a. Nama Majalah

Nama majalah yang digunakan sebagai saluran medium komunikasi organisasi untuk menyampaikan mesej ialah Majalah Ibu, terbitan Julai 2000. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 2.

b. Organisasi

Nama organisasi dan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi periklanan ini ialah UNIKOTA HOLDINGS SDN.BHD

c. Orientasi publisiti

Orientasi publisiti ini ialah perkhidmatan pengedaran suatu jenis produk pakaian bayi berjenama ‘Baby Like" sementara sasarannya ialah ibu-ibu yang mempunyai anak-anak peringkat bayi atau kecil.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi)

Kapi periklanan ini mengandungi komponen utama yang terdiri daripada kombinasi teks, gambar dan grafik.

          Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi periklanan ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai medium bahasa komunikasi kepada audiens kecuali nama produk atau label.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras kreatif dan laras iklan iaitu menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan. Jelas dalam pemilihan perkataan yang digunakan dalam kapi ini, seperti "Kering Walaupun Basah". Perkataan ini bersifat kreatif, imaginatif serta menggunakan bunga-bunga bahasa atau bahasa kiasan, ungkapan perkataan ini amat menarik dan boleh menarik minat audiens terus membaca kapi periklanan ini.

iii. Gaya bahasa;

Gaya bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu tidak standard tetapi ianya lebih menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan dengan menggunakan struktur ayat pendek dan ayat tunggal seperti perkataan BARU, "BABY LIKE" , LAMPIN BAYI PAKAI-BUANG. Bagaimanapun bahasa tetap sopan dan menarik seperti penggunaan ayat "Kering Walaupun Basah", pada masa yang sama, ayat ini juga menjadi slogan dan tanda kempen tentang produk secara berterusan agar audiens dapat mengingati produk secara berterusan dalam minda.

iv. Tatabahasa:

Pembentukan perkataan dan pembinaan ayat tidak mengikut sistem bahasa, terdapat bahasa dicampuradukkan atau bahasa rojak, seperti "Baby Like Lampin Bayi Pakai-Buang".

v. Paragraf:

Kapi periklanan ini tidak mementingkan paragraf.

Aspek visual, gambar dan grafik:

i. Logo:

Huruf logo organisasi ditonjolkan dalam bentuk dua warna. Huruf "U" sebagai logo adalah kurang nilai kretiviti dan tidak menarik.

ii. Objek bayi (anak):

Gambar anak sedang berlayar di lautan bergelora adalah satu daya kretiviti dan daya imaginatif penulis kapi yang tinggi. Penampilan dan penonjolan anak amat menarik dan mampu mencabar minda audiens. Warnanya kelihatan seimbang dengan bayi memakai lampin warna putih iaitu warna sebenar lampin.

iii. Ilustrasi /grafik:

Penggunaan grafik atau ilustrasi lampin dengan spekfikasinya adalah menunjukkan kepada audiens tentang kebaikan dan kelebihan produk tersebut. Keterangan spekfikasi ini seolah-olah organisasi ini cuba membandingkan produk yang sama yang dikeluarkan oleh organisasi lain.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang).

Dari segi penonjolan "positioning" dan strategi kapi tersebut, penulis korporat menggunakan hanya tiga (3) patah perkataan sahaja iaitu "kering walaupun basah" tidak termasuk ulasan spekfikasi produk dan alamat perhubungan. Kapi periklanan ini hanya menggunakan keluasan ruang satu muka bersaiz A4 atau 210 X 297 mm sahaja.

Rumusan:

Penulis telah menggunakan kombinasi gambar bayi, lautan dan slogan untuk mempengaruhi minda audiens agar dapat mengingatinya. Pemilihan perkataan slogan yang digunakan agak menarik dan gambar bayi yang menyakinkan adalah suatu gambaran dan identifikasi produk yang mudah dan sangat senang diingati.

Portfolio 3: HABIB JEWELS

a. Nama Majalah :

Nama majalah yang digunakan sebagai saluran medium komunikasi organisasi ialah Majalah Keluarga, terbitan Julai 2000. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 3

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah Habib Jewels. Oleh itu, kredibilti kandungan kapi ini adalah diyakini dan dipercayai kewibawaannya.

c. Orientasi publisiti:

Orientasi publisitinya ialah kemewahan dan kepuasan. Ini menunjukkan mesej kapi ini hanya ditujukan kepada sasaran tertentu sahaja seperti orang korporat atau orang mempunyai wang banyak.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen utama kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi antara teks, gambar dan ilustrasi/grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai medium bahasa komunikasi kepada audiens. Oleh itu, iklan ini boleh difahami oleh kebanyakan audiens.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras himbauan dan laras kreatif. Dimana bahasa yang digunakan mengandungi perkataan-perkataan berunsur mendorong dan menarik perhatian seperti slogan " Jauhari Peribadi Anda", "kunci di tangan anda", "anda tentu dibuai khayalan indah dengan kilauan dan gemerlapan yang begitu mempersona, pasti anda terpukau untuk memilikinya, dan sesungguhnya milik anda seindah mimpi daripada Habib."

iii. Gaya bahasa;

Kapi ini tidak menggunakan gaya bahasa Melayu standard tetapi menggunakan gaya bahasa nada bersahaja. Bahasa yang digunakan berbunga-bunga, berlebihan dan agak emosional, contohnya "pasti anda terpukau untuk memilikinya".

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa atau nahu, bahasa Melayu digunakan adalah tidak menurut sistem bahasa, perkataan (morfologi) dan pembentukan ayat (sintaksis) tetapi masih difahami.

v. Paragraf:

Penulis hanya menggunakan dua paragraf sahaja dengan menggunakan panjang ayat di paragraf pertama dan ayat pendek di paragraf kedua.

Aspek Visual/Gambar Berwarna:

i. Logo:

Ilustrasi logo ditonjolkan dalam bentuk "intan permata atau berlian" yang didokong tangan merupakan satu keunggulan produk yang ingin ditonjolkan.

ii. Objek koleksi intan permata:

Gambar-gambar intan permata berkilauan yang keluar menerusi asap Alladin, merupakan satu tanda keunggulan permata berkenaan. Ini juga merupakan imaginasi penulis untuk menarik minat audiens kepada produk.

e. Saiz (jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Tajuk kapi periklanan bersaiz besar hanya menggunakan enam patah perkataan sahaja dan dua ayat sementara bilangan perkataan bersaiz kecil ialah 58 patah perkataan tidak termasuk jumlah perkataan alamat perhubungan organisasi. Kapi periklanan ini mengguna keluasan ruang satu muka bersaiz A4 atau 210 X 297 mm sahaja. Ini memudahkan audiens membuat pembaca, menimbulkan minat terus membaca dan menjimatkan masa.

Rumusan:

Kapi periklanan ini hanya dituju kepada sasaran tertentu sahaja dan bilangannya kecil kerana produk yang ditonjolkan adalah bertujuan memenuhi kepuasan dan keunggulan si pemakainya dan bukanlah satu keperluan asas bagi semua pengguna atau audiens. Kapi periklanan ini juga menyatakan unsur-unsur penting mengenai organisasi yang sewajarnya yang perlu diketahui oleh audiens atau pelanggan seperti nama organisasi, nama perkhidmatan, alamat perhubungan atau alamat organisasi.

Portfolio (4): MALAYSIA MEMANG BOLEH

a. Nama Majalah :

Nama majalah yang digunakan sebagai saluran medium komunikasi organisasi ialah Majalah Famili, terbitan Julai 2000. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 4.

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini tidak dinyatakan secara khusus tetapi alamat perhubungan urusan iaitu di Suite 808, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II, 15, Jalan 16/11, Off jalan Damansara, 463560 Petaling Jaya, Selangor DE. Tel:03-4610376/78/79 Fax:03-4610390.

c. Orientasi publisiti:

Orientasi publisitinya ialah kebolehan rakyat Malaysia dalam menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti sementara sasaran pengguna kepada produk.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen utama kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi antara teks, gambar dan ilustrasi/grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai medium bahasa komunikasi kepada audiens. Oleh itu, iklan ini boleh difahami oleh kebanyakan audiens.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum. Di mana bahasa yang digunakan tidak mengandungi bahasa teknikal, tiada perkataan pinjaman dan mudah difahami. Perbendaharaan kata lazim digunakan oleh kebanyakan situasi.

iii. Gaya bahasa;

Kapi ini menggunakan gaya bahasa Melayu standard tetapi mempunyai daya kreatif dari segi pemilihan perkataan dan pembinaan ayat sehinggakan perkataan dan ayat seolah-olah menjadi slogan, contohnya "khazanah Lautan Malaysia, Ciptaan Anak Malaysia, Produk Buatan Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia, Malaysia Memang Boleh dan Sentiasa Selamat". Struktur ayatnya agak homogenus iaitu menggunakan tiga perkataan sahaja.

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa atau nahu diutamakan dalam kapi ini, dimana bahasa Melayu menurut sistem bahasa, perkataan (morfologi) dan pembentukan ayat (sintaksis). Ayatnya ringkas tetapi amat bermakna dan perkataan yang dilahirkan lebih patriotik iaitu kepada Malaysia.

v. Paragraf:

Paragraf tidak digunakan kerana ayat-ayat dibentuk hanya merupakan slogan-slogan tertentu dan dipadankan dengan kedudukan gambar atau grafiknya sahaja.

Aspek visual, gambar dan grafik:

i. Logo:

Ilustrasi logo ditonjolkan merupakan satu keunggulan dan identifikasi produk dan tidak menonjolkan organisasi.

ii. Objek atau koleksi gambar:

Gambar-gambar berwarna warni terdiri daripada dasar lautan, seseorang sedang membuat penyelidikan dalam makmal, grafik produk dan sebilangan manusia dalam keadaan riang, menunjukkan satu kombinasi lengkap dan simbolik dari aspek sejarah proses penghasilan produk sehinggalah produk tersebut boleh digunakan. Gambar-gambar ini sebenarnya boleh menerangkan apakah mesej yang hendak disampaikan walaupun tidak dinyatakan secara khusus melalui ayat dan perkataan. Takrifan mudah daripada gambar ini ialah produk gamat dihasilkan oleh anak watan negara Malaysia dari sumber asli lautan untuk digunakan oleh pengguna dengan selamat.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Jumlah perkataan yang digunakan ialah 17 patah perkataan daripada jumlah enam (6) ayat tidak termasuk alamat perhubungan sementara keluasan ruang kapinya adalah berukuran A4 atau 210 x 297 mm atau satu muka surat sahaja.

Rumusan:

Penulis kapi ini lebih mengutamakan gambar sebagai elemen utama dalam kapi ini, dengan penonjolan gambar-gambar sudah memadai dapat menyampaikan mesej yang hendak di sampaikan kepada sasaran. Jesturu itu, ini menggambarkan penulis kapi mempunyai keyakinan bahawa gambar juga dapat menyampai mesej tanpa penggunaan teks yang panjang.

Portfolio 5: MALAYSIAN ASSURANCE ALLIANCE BERHAD

a. Nama Majalah :

Nama majalah yang digunakan sebagai saluran medium komunikasi organisasi ialah Majalah Perajurit, terbitan Julai 2000. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 5.

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah Malaysian Assurance Alliance Berhad.

c. Orientasi publisiti:

Orientasi publisitinya ialah perkhidmatan insuran sementara sasarannya ialah semua lapisan rakyat Malaysia.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen utama kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi antara teks, gambar dan ilustrasi/grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai medium komunikasi kepada audiens. Oleh itu, iklan ini boleh difahami oleh kebanyakan audiens.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan gabungan laras umum dan laras himbauan. Di mana bahasa yang digunakan tidak mengandungi bahasa teknikal, tiada perkataan pinjaman dan mudah difahami tetapi mengandungi untuk mendorong dan mengajak audiens agar mendapat perkhidmatan dari organisasi ini. Perbendaharaan kata lazim digunakan oleh kebanyakan situasi.

iii. Gaya bahasa;

Kapi ini menggunakan gaya bahasa Melayu standard sama ada dari segi tatabahasa, nahu, ejaan mahapun istilahnya.

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa atau nahu diutamakan dalam kapi ini, di mana bahasa Melayu menurut sistem bahasa, perkataan (morfologi) dan pembentukan ayat (sintaksis). Ayatnya panjang untuk menyampai mesej organisasi dan perkhidmatan yang diberi.

v. Paragraf:

Kapi ini hanya mengandungi satu paragraf sahaja tidak termasuk judul kapi dan nama organisasi.

Aspek visual, gambar dan grafik:

i. Logo:

Penggunaan Logo Persatuan Insuran Kebangsaan Malaysia atau NIAM dalam kapi ini menunjukkan sebuah organisasi yang diiktiraf dan berwibawa dari segi perkhidmatannya. Hal ini juga dapat memberi jaminan kepada pelanggannya sekiranya pelanggan mendapat perkhidmatan daripada organisasi ini manakala penggunaan logo oragnisasi juga adalah satu lambang identifikasi organisasi yang membantu pelanggan agar terus mengingati organisasi sekalipun pelanggan atau audiens tidak tahu membaca. Selain logo, satu slogan iaitu "satu kepastian hidup" adalah merupakan satu kempen berterusan melalui kata-kata yang mudah diingati dan disimpan dalam minda pelanggan.

ii. Gambar kanak-kanak:

Kepelbagaian kanak-kanak dalam gambar yang ditunjukkan dalam kapi ini adalah menunjukkan perkhidmatan ini untuk semua kaum dan bangsa dalam negara ini.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Tajuk kapi menggunakan perkataan bersaiz besar berbanding teks mesej yang bersaiz kecil. Tajuk mengandungi 10 patah perkataan sementara jumlah perkataan bersaiz kecil ialah 78 perkataan tidak termasuk alamat perhubungan. Keluasan ruang kapi periklanan ini ialah bersamaan A4 atau 210 x 297 mm dalam satu muka surat sahaja.

Rumusan:

Strategi utama digunakan oleh organisasi ini agar mesejnya dapat diyakini dan diberi kepercayaan oleh audiens ialah penggunaan logo persatuan. Selain itu, ianya menerangkan tentang latarbelakang organisasi dan keupayaan untuk memberi perkhidmatan.

Portfolio (6): Bank Simpanan Nasional

a. Nama Laman Web:

Alamat laman web yang digunakan sebagai saluran atau medium komunikasi organisasi ialah http://www.bsn.com.my/bsn/random-2.htm. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 6

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah "BANK SIMPANAN NASIONAL".

c. Orientasi publisiti:

Orentasi organisasi ini ialah untuk pelaburan atau simpanan. Sasarannya adalah semua golongan rakyat negera ini.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen kapi periklanan ini terdiri daripada gabungan antara teks, gambar dan grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi periklanan ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai medium komunikasi . Oleh itu, iklan ini hanya boleh difahami oleh golongan yang berpengetahuan bahasa Inggeris sahaja.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum. Di mana bahasa yang digunakan tidak mengandungi bahasa teknikal.

iii. Gaya bahasa;

Kapi ini menggunakan gaya bahasa Inggeris standard sama ada dari segi tatabahasa, nahu, ejaan mahapun istilahnya.

iv. Tatabahasa:

Penggunaan ayat-ayat panjang, aspek tatabahasa atau nahu masih diutamakan dalam kapi ini seperti penggunaan sistem bahasa betul, perkataan (morfologi) dan pembentukan ayat (sintaksis). Namun dalam penggunaan ayat-ayat pendek dan pengunaan perkataan-perkataan tunggal seperti "BSN Premium, Calculator ", tatabahasa adalah diketepikan.

v. Paragraf:

Kapi periklanan ini tidak menggunakan paragraf secara khusus seperti paragraf dalam penulisan iklan biasa. Ini disebabkan, kapi periklanan ini banyak menggunakan ayat dan perkataan tunggal untuk memyampaikan mesejnya, contohnya "BSN Premieum, BSN Giro Home" dan sebagainya.

Aspek visual, gambar dan grafik;

i. Grafik:

Kapi ini menggunakan banyak grafik berwarna warni. Fungsi grafik satu sebagai identiti organisasi dan kedua perkhidmatan dan kejayaan organisasi.

ii. Gambar:

Penggunaan gambar dalam kapi ini adalah kurang signifikan kerana gambar tidak ditafsirkan sama ada gambar tersebut seorang pengurus atau pelanggan organisasi dan sebagainya?

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Saiz atau keluasan ruang digunakan kapi periklanan ini ialah satu muka surat sahaja bersaiz 210 X 297 mm. Hal ini memudahkan para pelanggannya dapat membaca seluruh mesej utama organisasi melalui satu muka sahaja.

Rumusan:

Kapi ini banyak menggunakan perkataan-perkatan tunggal berbanding kapi dalam media cetak lain. Di samping itu, kapi ini mengutamakan "menu" atau tajuk-tajuk pendek sebagai rangkaian kepada teks atau kandungan mesej sebenar. Oleh kerana kapi ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, maka hanya pihak tertentu sahaja dan berpengetahuan bahasa Inggeris dapat manfaati mesej daripada iklan ini.

Portfolio (7) : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

a. Alamat laman web:

Alamat laman web yang digunakan sebagai saluran atau medium komunikasi organisasi ini ialah http://www.ums.edu.my. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 7

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS)

c. Orientasi publisiti:

Orentasi organisasi ini ialah untuk perkhidmatan dan pembangunan pendidikan kepada rakyat.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen kapi periklanan ini terdiri daripada gabungan teks, gambar dan grafik/ilustrasi.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai medium komunikasi. Oleh itu, iklan ini hanya boleh difahami oleh audiens yang berpengetahuan bahasa Inggeris sahaja.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum. Di mana bahasa yang digunakan tidak mengandungi bahasa teknikal.

iii. Gaya bahasa;

Dari segi istilah, kapi ini menggunakan gaya bahasa Inggeris standard dan banyak menggunakan istilah fakta seperti " History, Goals" dan sebagainya.

iv. Tatabahasa:

Secara umumnya, kapi periklanan ini banyak menggunakan ayat atau perkataan-perkataan tunggal, maka ini menyebabkan aspek tatabahasa atau nahu tidak diutamakan. Ayat-ayatnya tidak lengkap dan hanya difahami oleh orang tertentu sahaja. Contoh pengunaan perkataan "IAHA, Locations/Map" dan sebagainya.

v. Paragraf:

Paragraf tidak diutamakan tetapi sebaliknya susunan dan penonjolan grafik dan perkataan diberi keutamaan.

Aspek visual, gambar dan grafik;

i. Ilustrasi bangunan;

Pengguraan ilustrasi bangunan yang tidak signifikan kerana ilustrasi tidak menggambarkan keadaan dan situasi sebenar bangunan organisasi.

ii. Grafik:

Penggunaan gabungan grafik dan teks sebagai "heading’’ atau tajuk perkhidmatan. Penggunaan ini adalah amat sesuai dan berfungsi sebagai "folder" atau simpanan maklumat lanjut.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Penulis korporat telah menggunakan dua muka surat bersaiz 210 X 297 mm (A4) bagi memuatkan penerangan tentang organisasi, seperti hasil cetak dalam lampiran. Ini bermakna semakin banyak maklumat digunakan, maka semakin banyak ruang kapi digunakan.

Rumusan:

Kapi ini lebih banyak menonjolkan grafik berwarna warni dan ayat-ayat tunggal untuk menyampaikan mesejnya. Sasaranya kapi ini, khusus dan terbatas iaitu hanya kepada para penyelidik dan pelajar sahaja. Alamat perhubungan juga diberi sebagai memudahkan pelanggan menghubungi organisasi untuk mendapatkan perkhidmatan.

Portfolio (8) : NTV7

a. Alamat laman web:

Alamat laman web yang digunakan sebagai saluran atau medium komunikasi ialah http://www.ntv7.com.my/main.htm. Salinan kapi dalam LAMPIRAN 8.

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah Ntv7.

c. Orientasi publisiti:

Orientasi organisasi ini ialah untuk hiburan. Sasarannya adalah semua pelanggan Ntv7.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi teks, gambar dan grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai medium komunikasi. Oleh itu, iklan ini hanya boleh difahami oleh audiens yang berpengetahuan bahasa Inggeris sahaja.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum iaitu pengunaan istilah-istilah yang lazim digunakan.

iii. Gaya bahasa;

Kapi periklanan ini menggunakan gaya bahasa Inggeris standard sama ada dari segi tatabahasa, nahu, ejaan mahapun istilahnya.

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa atau nahu hanya diutamakan di beberapa bahagian tertentu dalam kapi ini, misalnya apabila menerangkan isi kandungan program. Sementara penggunaan ayat-ayat tunggal masih diutamakan contohnya "Hugo, News Update" dan sebagainya.

Aspek visual, gambar dan grafik;

i. Grafik:

Kapi ini menggunakan banyak grafik berwarna warni. Fungsi grafik ialah sebagai label program atau rancangan.

ii. Gambar:

Gambar adalah menunjukkan sebahagian daripada kandungan dalam program. Ini memudahkan audiens memilih rancangan yang hendak ditonton.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang).

Mengikut hasil cetakan seperti dalam lampiran, kapi periklanan ini menggunakan ruang tiga muka surat bersaiz A4 atau 210 x 297 mm untuk memuatkan lebih 18 visual termasuk 9 grafik dan teksnya. Ruangan gambar dan grafik lebih banyak digunakan berbanding ruangan teks.

Rumusan:

Kapi ini sesuai kepada sasaran khusus iaitu audiens yang suka menonton television sahaja. Gambar dan grafik lebih ditonjolkan berbanding teks tulisan. Mesej gambar lebih bermakna daripada huraian kandungan mesej melalui teks.

Portfolio (9) : Multimedia University

a. Alamat laman web:

Alamat lam web yang digunakan sebagai saluran atau medium komunikasi penyampaian mesej kapi ini ialah http://www.mmu.edu.my. Salinan kaip dalam LAMPIRAN 9.

b. Organisasi :

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah Universiti Multimedia.

c. Orientasi publisiti:

Orientasi publisiti organisasi ialah memberi perkhidmatan dan pendidikan. Sasaranya adalah pelajar.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi teks, gambar dan grafik.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai medium komunikasi kepada audiens. Oleh itu, iklan ini hanya boleh difahami oleh audiens yang berpengetahuan bahasa Inggeris sahaja.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum. Istilah-istilah yang digunakan adalah lazim digunakan dalam bahasa percakapan seharian.

iii. Gaya bahasa;

Dari segi istilah, kapi ini menggunakan gaya bahasa Inggeris yang standard. Ini disebabkan kapi ini menggunakan strategi "menu" sebagai aplikasi "link" kepada kandungan mesej sebenar.

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa dalam pembinaan ayat tidak diutamakan dalam kapi ini kerana penulis kapi banyak menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan tunggal, contohnya "internet, library, webmail" dan sebagainya.

v. Paragraf:

Paragraf tidak diutamakan tetapi sebaliknya susunan dan penonjolan grafik, dan juga perkataan diberi keutamaan.

Aspek visual, gambar dan grafik:

i. Grafik:

Kapi ini menggunakan banyak grafik berwarna warni. Fungsi grafik berteks ialah sebagai menu utama kandungan mesej.

ii. Gambar:

Penggunaan gambar adalah signifikan kerana menggambarkan situasi dan fizikal universiti yang sebenar dan bukan setakat imaginasi atau rekaan.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang).

Seperti hasil cetakan seperti dalam lampiran, kapi periklanan ini menggunakan ruang dua muka surat bersaiz kertas A4 atau 210 X 297 mm. Dari segi konsepnya, saiz perkataan yang digunakan mempunyai tiga jenis sementara saiz gambar atau visual lebih besar dan mendominasi ruang kapi ini.

Rumusan:

Kapi periklanan ini agak seimbang dalam penggunaan grafik, gambar atau teks. Penggunaan warna juga menarik kerana teks lebih menonjol bila dipadankan dengan warna latarbelakang. Keseluruhannya menggunakan perkataan tunggal dan mempunyai makna umum tetapi agak sulit ditafsirkan melainkan audiens mempunyai tanggapan yang konotasi dengan istilah-istilah yang digunakan. Alamat perhubungan diberi sebagai memudahkan audiens membuat urusan dengan organisasi tersebut.

Portfolio (10) : YAYASAN SABAH

a. Alamat laman web:

Alamat laman web yang digunakan sebagai saluran atau medium komunikasi ialah http://www.ysnet.org.my/main.html. Salinan kapi dalam LAMPIRAN 10.

b. Organisasi:

Nama organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kapi ini ialah Yayasan Sabah, sebuah agensi yayasan kebajikan oleh kerajaan negeri Sabah.

c. Orientasi publisiti:

Orentasi publisitinya ialah memberi perkhidmatan yang meliputi aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti perdagangan sementara sasaran ialah rakyat negeri Sabah.

d. Komponen kapi periklanan (teks/ilustrasi):

Komponen kapi periklanan ini terdiri daripada kombinasi teks, gambar dan grafik tetapi agak ringkas.

Aspek teks:

i. Bahasa:

Kapi ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai medium komunikasi kepada audiens. Oleh itu, iklan ini hanya boleh difahami oleh audiens yang mengetahui bahasa Inggeris sahaja.

ii. Laras:

Aspek laras atau ragam bahasa, penulis korporat menggunakan laras umum.

iii. Gaya bahasa;

Kapi periklanan ini menggunakan gaya bahasa Inggeris standard tetapi tertumpu kepada penggunaan istilah sahaja dan bukan kepada strukur ayatnya.

iv. Tatabahasa:

Aspek tatabahasa atau nahu tidak diutamakan dalam kapi ini kerana ayat-ayat atau perkataan-perkataan tunggal digunakan dan terlalu umum dari segi maknanya, contohnya "management, human resource development" dan sebagainya.

v. Paragraf:

Paragraf tidak diutamakan, sebaliknya susunan dan penonjolan grafik serta perkataan diberi keutamaan.

Aspek visual, gambar dan grafik;

i. Grafik:

Kapi periklanan ini menggunakan banyak grafik yang berwarna warni. Fungsi grafik berteks ialah sebagai menu utama kandungan mesej.

ii. Gambar:

Penggunaan gambar adalah signifikan kerana menggambarkan situasi dan fizikal bangunan organisasi yang sebenar dan bukan setakat imaginasi atau rekaan.

iii. Logo:

Logo juga ditonjolkan dalam kapi ini sebagai satu identifikasi organisasi. Logo juga sebagai simbol organisasi yang boleh diingati secara berterusan dalam minda audiens.

e. Saiz (Jumlah perkataan atau keluasan ruang):

Seperti hasil cetakan dalam lampiran, keluasan ruang kapi periklanan yang diunakan hanya menggunakan separuh daripada saiz kertas A4 atau 210 X 297mm. Penggunaan visual/grafik dan perkataan agak sama banyak.

Rumusan:

Kapi periklanan ini lebih menonjolkan penggunaan grafik dan gambar organisasi disamping itu perkataan-perkataan tunggal juga digunakan dan mempunyai makna yang umum. Secara umumnya, kapi ini ringkas tetapi masih mengekalkan unsur-unsur periklanan seperti mendedahkan alamat perhubungan dan alamat organisasi sebagai memudahkan audiens untuk membuat urusan dengan organisasi tersebut.

RUJUKAN:

Mohd.Sidin Ahmad & Noorbathi Hj.Badaruddin (1993). Asas Periklanan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad MD.Yusoff (1995). Konsep Asas Periklanan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pusataka.

Mansor Ahmad Saman (1995) Penulisan dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Datin Siti Maryam Ibrahim (Julai, 2000). Malaysia Memang Boleh. Majalah Famili. Selangor Darul Ehsan. CWSB (Co.No. 168460-D). Suite 807, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II, 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya.Ms.114

Salleh Hamzah (Julai, 2000). Baby Like Lampin Bayi Pakai Buang. Majalah Ibu. Batu Caves. Pustaka Wira, 31A Jalan SG 1/1, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves. Ms.15

Astrid S Susanto (1987). Komunikasi Teori dan Praktis 1. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Hussain bin Syed Abdul Karim (Ogos, 2000). Syarikat insurans yang berciri Malaysia pada nama, semangat dan peribadi. Majalah Perajurit. Kuala Lumpur: INAI DAMAI SDN.BHD.ms. 49.

Syed Hussain bin Syed Abdul Karim (April, 2000). Pilihan Anda untuk masa depan, Jaminan kami untuk kepuasan. Majalah Perajurit. Kuala Lumpur: INAI DAMAI SDN.BHD.

Hishamuddin Haji Yaacob (Julai, 2000). Majalah Keluarga. Kuala Lumpur: Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. M.s 95.