UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU

sebelum balik depan

Tugasan 1: KOM3104 Penulisan Korporat.
Pensyarah : Muhamad Rosli Selamat
Disediakan: HAJIMIN HAJI MASLIN, B.COMM 4, J05475.

 PENGENALAN

Portfolio penulisan korporat ini adalah disediakan berpandukan hasil-hasil penulisan korporat yang terdapat dalam akhbar Berita Harian yang diterbitkan di Malaysia bertarikh 16 Mei 2000 dan 17 Mei 2000. 85% daripada penulisan korporat ini dirujuk terus di Berita Harian Ekonomi dan 15% daripada segmen Berita Harian Nasional yang terdiri daripada 80% menunjukkan penulisan korporat badan swasta dan hanya 20% penulisan korporat sebuah badan kerajaan dan sebuah agensi kerajaan iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, dan yang kedua sebuah agensi kerajaan iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia. Penulisan Korporat ini telah dianalisis dengan menggunakan borang analisasi (kording) dan berdasarkan format yang telah dilaporkan seperti mana ditunjukkan dalam jadual Lampiran A dan Lampiran B. Asas analisis telah buat berpandukan fomula penulisan iaitu enam (6) soalan kewartawanan, formula ABCDEFFG dan formula TAJMAHAL. Perlu juga diketahui bahawa saya telah memetik artikel penulisan berkenaan daripada muka surat yang berlainan telah menyebabkan kesukaran untuk membuat analisis perbandingan dari aspek muka surat. Namun aspek yang lain lebih mudah untuk menganalisis berdasarkan format atau elemen yang telah disediakan.

DEFINISI

Definisi ini bukanlah definisi umum tetapi satu definisi khusus kepada aktiviti penulisan korporat yang dilakukan oleh organisasi atau institusi yang bertujuan publisiti imej dan publisiti perkhidmatan yang disiarkan di Berita Harian pada 16 Mei 2000 dan 17 Mei 2000 sahaja sama ada ianya dalam bentuk Penulisan Awam atau Penulisan Kapi Periklanan.

OBJEKTIF

Dua objektif utamanya ialah:

1. Ingin menganalisis ciri dan kandungan penulisan korporat secara menyeluruh yang terdapat dalam akhbar Berita Harian pada 16 Mei dan 17 Mei 2000 mengikut format yang disediakan melalui kombanisi kaedah enam (6) soalan kewartawanan, formula ABCDEFFG dan formula TAJMAHAL

2. Ingin membuat perbandingan secara menyeluruh hasil penulisan korporat organisasi yang terdapat pada akhbar Berita Harian pada 16 Mei dan 17 Mei 2000.

PENULISAN KORPORAT

Portfolio penulisan korporat berdasarkan sumber "Berita Harian" bertarikh 16 & 17 Mei 2000, adalah seperti berikut:

1. Sumber Berita Harian 16 Mei 2000: Judul Penulisan Korporat, seperti Lampiran A;

i. Naluri tetap pemegang saham terbesar MAS;

ii. Celcom, pemiutang meterai perjanjian;

iii. Time setuju mulakan rundingan dengan khazanah;

iv. SC nasihat broker saham segerakan persiapan bergabung;

v. Million Ringgit Stock game dilancar 22 Mei;

vi. Proton nafi terus bincang dengan Hicom;

vii. Urus niaga PhileoAllied di McDonald’s;

viii. RHS guna sistem baru pastikan pengendalian saham lebih berkesan;

ix. Gabungan tiga syarikat pengendali kontena selesai Julai; dan

x. MARC buat penarafan luar negara tahun ini.

2. Sumber Berita Harian 17 Mei 2000: Judul Penulisan Korporat, seperti Lampiran B;

i. Dana teroka khas bantu usahawan di luar negara;

ii. Ketua Pengarah Jupem bersara wajib;

iii. Maxis sedia RM3b majukan prasarana;

iv. IKIM anjur seminar sistem ekonomi Islam 5 Jun;

v. Telekom terus perbaiki mutu perkhidmatan;

vi. KLB labur RM10 juta selesaikan e-pencapaian;

vii. PHSB terbit bon korporat RM1.109b ikut konsep Islam;

viii. HSBC tumpu pemasaran kad kredit;

ix. AMFB perkenal produk insurans AM-SURELife: dan

x. EON tambah hadiah 40 barangan elektrik.

ANALISIS CIRI DAN KANDUNGAN PENULISAN KORPORAT

Analisis Ciri Penulisan Korporat:

Menurut Mansor Ahmad Saman (1995), antara penulisan yang baik dan berkesan hendaklah mengikut formula ABCDEFFG iaitu "accurate (tepat), brief (ringkas), clear (jelas), direct (terus), easy (mudah), fair (adil), fast (pantas) dan in good taste (sopan)". Berdasarkan formula ini didapati format dan ciri-ciri penulisan korporat yang dilaporkan di Lampiran A dan Lampiran B adalah seperti berikut:

1. Ketepatan (Accurate)

Terdapat dua perkara penting kearah pembentukan ketepatan mesej ialah ketepatan rakaman dan ketepatan hakiki. Ketepatan rakaman adalah agak mudah kerana ianya hanya merujuk kepada sumber asal. Contohnya dalam laporan " MARC buat penarafan luar negara tahun ini", "Maxis sedia RM3b majukan prasarana" dan laporan "KLB labur RM10 juta selesaikan e-percapaian" telah dipetik dari sumber BERNAMA. Manakala ketepatan hakiki ialah merujuk dan penyemakan semula daripada mana mesej itu diperolehi. Dalam artikel penulisan ini didapati mesejnya adalah mencapai ketepatan hakiki kerana sumbernya diperolehi terus daripada mereka yang berhak, diamanah dan pakar atau layak mengeluarkan kenyataan. Mereka yang membuat kenyataan adalah ketuanya dan mereka yang paling kanan dalam sesebuah organisasi. Contohnya laporan-laporan penulisan korporat organisasi berikut dibuat berdasarkan sumber daripada:

i. MDC, Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Dr Othman Yeop Abdullah.

ii. Naluri Bhd, Pengerusinya Tan Sri Tajuddin Ramli.

iii. Maxis Communications Bhd, Ketua Eksekutifnya Jamaludin Ibrahim.

iv. Telekom Malaysia Bhd., Ketua Eksekutifnya Dr. Md. Khir Abdul Rahman.

v. Konsortium Logistik Bhd (KLB), Pengerusi Eksekutifnya Mirzan Mahathir.

vi. Putrajaya Holding Sdn.Bhd., Ketua Eksekutifnya Datuk Mohd Hashim Hassan.

vii. HSBC Bank Malaysia Bhd. Ketua Eksekutifnya Dyfring John.

viii. EON, Pengurus Kanan Perkhidmatan Pemasaran Abdul Razak Dawood.

ix. Celcom (Malaysia) Sdn.Bhd., Pengerusinya Tan Sri Tajudin Ramli.

x. MoneyCast, Pengarah Permainannya Chew Lee Wee.

2. Keadilan (Fair):

Mengikut konsep keadilan dalam penulisan ini merupakan keadilan kepada pemberi sumber, audien, mesej dan kepada diri penulis sendiri. Mengikut analisis kepada penulisan-penulisan korporat ini, tidak ada mesej dimanipulasikan untuk kepentingan pihak ketiga. Mesej adalah dilaporkan bersandarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat agar audien diberi hak keadilan ketepatan mesej. Beberapa kata-kata kunci digunakan dalam laporan penulisan ini sebagai tanda kredibiliti dan sahihnya mesej yang dilapor atau di sampaikan, iaitu:

i. berkata.....;

ii. beliau berkata........;

iii. dalam satu kenyataan di......

iv. Penggulangan penggunaan kata-kata sumber dengan tanda ".......";

v. bercakap kepada pemberita;

vi. Tegasnya......

vii. berkata pada.........

viii. Katanya.........

ix katanya, ketika ditemui.......

x. berkata pada sidang akhbar di.....

xi. diminta menjelas.......

xii. Katanya kepada pemberita......., dan sebagainya.

3. Kejelasan (Clear):

Mesej yang disampaikan dalam penulisan ini mempunyai kejelasan kerana hanya "points" utama sahaja dirakamkan dan tidak mempunyai huraian seperti bunga-bunga bahasa. Contohnya semua "points" penting dijadikan sebagai "Judul" atau tajuk artikel/penulisan dan "font" ditebalkan serta dibesarkan. Judul juga diletakkan di paragraf pertama. Di samping itu, didapati satu artikel penulisan hanya satu mesej yang akan disampaikan. Ini akan memudahkan lagi pemahaman pembaca.

4. Aturan dan Susunan

Mengikut formula penulisan TAJMAHAL, laporan penulisan korporat ini lebih "terAtur" dan tersusun dari aspek pertalian idea, urutan, kewajaran mesej yang akan disampaikan. Penulis telah menggunakan kaedah "Primid terbalik", yang mana mesej utama didahulukan dan mesej sokongan dikemudiankan Contohnya dalam artikel penulisan " Maxis sedia RM3b majukan prasarana " cara penulisannya disusun sebegini rupa:

Paragraf pertama:

a. Susunan pertama, Nama organisasi "Maxis Communication Bhd."

b. Susunan kedua, Judul atau isu "akan memperuntukkan RM3 billion dalam belanjawan modal"

c. Susunan ketiga, ketasdikan fakta atau sumber fakta "Ketua Eksekutifnya Jamaludin Ibrahim".

Laporan asalnya ialah "PENYEDIAAN telekomunikasi, Maxis Communications Bhd, akan memperuntukkan kira-kira RM3 bilion dalam belanjawan modal saja bagi tempoh dua hingga tiga tahun yang akan datang, kata ketua eksekutifnya, Jamaluddin Ibrahim". Kenyataan ini juga telah disokong dengan gambar pemberi kenyataan sebagai kredibiliti sumber dan menyakinkan kepada pembaca.

5. Kehalusan dan Ketelitian

Penulis menggunakan piawaian dari aspek laras bahasa yang mudah difahami tetapi sesuai dengan jenis mesej disampaikan. Lazimnya, laporan penulisan korporat organisasi swasta yang berorentasikan urusniaga lebih menggunakan laras-laras bahasa ekonomi dan teknikal. Penggunaan laras-laras ini akan membantu menyampai dan kefahaman mesej yang lebih cekap dan berkesan kepada audien tertentu. Contohnya dalam artikel "Dana teroka khas bantu usahawan di luar negara", penulisnya menggunakan laras bahasa teknikal dan bahasa ekonomi atau laras kombinasi kedua-duanya seperti perkataan "dana teroka khas, perniagaan teknologi tinggi, projek teknologi tinggi, syarikat teknologi tinggi, pembangunan perisian, sistem keselamatan dan sebagainya". Menurut analisis yang telah dibuat, sasaran penulisan korporat seperti dalam Lampiran A dan lampiran B, adalah mereka yang mendapat pendidikan peringkat tinggi atau sekurang-kurangnya "Universiti". Hal ini dapat ditunjukkan skor yang diperolehi dan dicatatkan dalam Lampiran C dan D.

6. Adab/Sopan ((in good taste):

Salah satu adab dalam penulisan ialah kejujuran dan benar. Setelah dianalisis, laporan penulisan ini semuanya fakta atau adanya kredbiliti dari segi fakta dan sumbernya. Mesej utamnya hanya berkaitan dengan organisasinya sendiri dan tidak sekali-kali ia cuba membuat kenyataan tentang prestasi organisasi lain. Tidak seperti "Main Politik", untuk merai simpati dan sokongan, ramai rela menilai ahli dan prestasi kesatuan politik orang lain dan mendapat laporkan dalam media-media massa tetapi dalam organisasi sama ada kerajaan atau swasta, bermereka bersaing dengan memberi kenyataan-kenyataan berdasarkan keupayaan dan kebolehan diri sendiri dengan memberi pelbagai kenyataan yang bertujuan untuk menyakinkan pelanggan atau auden seperti penajaan hadiah, perkhidmatan cepat dan berkualiti, kepakaran dan sebagainya tanpa merendah-rendahkan pihak lain secara nyata.

7. Kelancaran dan Mudah:

Dalam penulisan, kelancaran dan mudah dirujuk bukan sahaja kepada bahasa yang menarik, petah dan menarik ( sudah dihurai no.5 di atas) tetapi juga idea, olehan idea menurut urutan, bernas dan berisi. Ini bermakna tidak membosan tetapi menarik. Tidak dapat dinafikan, melalui penulisan korporat-penulisan korporat seperti diringkas dalam bentuk format di lampiran A dab Lampiran B, semuanya dilapor mengikut kaedah yang tersusun agar mudah dibaca dan disusun lancar mengikut idea utama kepada yang kurang. Jelas dalam analisis didapati, satu paragraf satu ayat dan satu idea atau 3 dalam 1. Aspek teks dan gambar pula, saiz teks "saiz 12pt-times new roman" yang mudah dibaca dan meletakkan gambar yang relevan sahaja iaitu seseorang yang mengeluarkan kenyataan. Contoh gambar Tan Sri Dr Othman Yeop Abdullah, Pengerusi Eksekutif Multimedia Development Corp. (MDC), gambar Dr Md Khir Abdul Rahman Ketua Eksekutif Telekom Malaysia Bhd. dan sebagainya.

Analisis Kandungan Penulisan Korporat:

Menurut bahasa, kandungan ialah isi, intipati, pati dan sari manakala dalam penulisan pula ialah persoalan mesej apa kepada siapa, bila, dimana, bagaimana dan kenapa. Daripada persoalan-persoalan ini dapat diringkaskan kandungan ialah mesej. Tujuan utamanya ialah untuk menyampaikan sesuatu kandungan mesej penting kepada audien atau pembaca. Bermakna tiada penulisan tanpa ada kadungan mesej yang hendak disampaikan. Setelah analisis dibuat dan disimpulkan, kandungan utama laporan penulisan Lampiran A dan Lampiran B ialah:

1. Lampiran A:

Tentang usaha MDC membantu rakyat negara ini yang terbabit dalam perniagaan di luar negeri, Ketua pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah bersara, Usaha Maxis menyediakan prasaran telekomunikasi sejumlah RM3 bilion diperuntukkan, Telekom Malaysia Bhd. mempunyai rekod penyediaan produk dan perkhimdatan yang bermutu kepada pelanggan, Konsortum Logistik Bhd melabur RM10 juta dalam usaha penyelesaian e-pencapaian sebagai kompenen penting platform e-logisitiknya, Putrajaya Holdings Sdn.Bhd. menerbitkan bon RM1.109 bilion berkonsepkan Al Bai’Bithaman Ajil untuk membiayai projek pembangunan Putrajaya fasa kedua, HSBC Bank malaysia Bhd menumpukan kepada pemasaran kad kredit dan pinjaman perumahan, Arab-malaysia Finance Bhd memperkenalkan produk baru A-SURELife dan EON bersetuju menaja hadiah kepada pemenang pertandingan Grand Prix Joran tahun ini.

2. Lampiran B:

Naluri Bhd. memberi tahu bahawa Naluri tetap pemegang saham terbesar MAS (memberi keyakinan kepada pelanggannya), Celcom bersetuju dan memertai penjanjian penstrukturan semula dengan 40 pemiutang mengenai kemudahan RM1.75 bilion (menjaudaul dan menangguh pembayaran semula kemudahan yang diberi kepada pelanggannya), TIME Enginering Bhd memulakan rundingan dengan Khazanah Nasional Bhd. yang bercadang membeli sehingga 30 peratus kepentingan dalam Time do-COM, Suruhanjaya Sekuriti menyeru Broker Saham memertai perjanjian pengabungan segara, MoneyCast akan melancarkan sejenis permainan perdagangan stok secara Virtual " Million Ringgit Stock Game", Proton membuat penafian berhubung cadangan pengambilalihan ekuiti EON, PhileoAllied bank Bhd. menjalankan urusniaga menerusi perkhidmatan kiosk elektronik perbankan PAL@McDonald’s, RAshid Hussain Securities Sdn Bhd menggunakan sistem teknologi komputer Sun Microsystems Malaysia Bhd bagi membolehkannya mengendali sehingga sejuta niaga saham peringkat tempatan dan antarabangsa, Kontena Nasional Bhd bergabung dengan Klang Container Terminal Bhd dan Klang port management Sdn Bhd., dan Malaysian rating Corporation Bhd mendapat pengiktirafan dari dalam negeri dan antarabangsa (menyakinkan pelanggannya).

ANALISIS PERBANDINGAN:

Analisis secara menyeluruh hasil penulisan korporat yang terdapat pada kedua-dua akhbar berkenaan difokuskan kepada analisis Judul, jenis penulisan, paragraf, ayat, teks, gambar dan sasaran.

1. Judul:

Kedua-dua akhbar mengutamakan judul sebagai suatu tajuk segmen penulisan. Judul-judul penulisan (artikel) didapati merupakan isu utama atau pokok persoalan yang dibincangkan secara keseluruhan dalam artikel laporan penulisan. Sebagai judul, tulisannya dibesarkan, ditebalkan tulisan serta dilebih hitamkan. Kedudukannya dalam laporan ialah berada diparagraf pertama.

2. Jenis Penulisan:

Pada 16 Mei 2000 menunjukkan tiga (3) daripada 10 artikal merupakan penulisan periklanan dan artikel 17 Mei 2000 menunjukkan lima (5) kapi periklanan dan selainnya menunjukkan Penulisan Awam untuk siaran berita. Unsur-unsur penting dalam penulisan kapi periklanan ialah terdapatnya laras-laras bahasa membujuk atau pelawaan. Antara contoh-contoh dalam:

Lampiran A ialah:

i. Artikel no.8, terdapat laras berikut " Sistem terbaharu ini membolehkan pelanggan kami menjalankan urus niaga secara selamat dan berkesan".

ii. Artikel no.5, terdapat laras berikut " Permainan baru…., Hadiah mingguan berupa telefom bimbit WAP Siemens diberi kepada individu yang memperolehi nilai portfolio tertinggi manakala pemenang keseluruhan pada akhir jangka masa enam minggu akan menerima RM10,000 tajaan AMS",

iii. Artikel no.4, terdapat laras berikut " Broker saham dikehendaki memertai perjanjian pengabungan dan mematuhi peraturan baru mengenai pemilikan dan struktur korporat sebelum tarikh akhir 31 Disember 2000…" dan "..mengingatkan broker saham yang gagal memertai perjanjian kukuh menjelang tarikh itu tidak akan dibenarkan memperbaharui lesen mereka.".

Lampiran B:

i. Artikel no. 4, terdapat laras "IKIM..menganjurkan seminar kebangsaan bertajuk Sistem Ekonomi Islam pada 5 hingg 6 Jun", "Mereka yang berminat boleh menghubungi Sarina Othman...."

ii. Artikel no.9, terdapat laras "terbuka kepada pelanggan berusia antara 16 hingga 60 tahun".

iii. Artikel no.10, terdapat laras "setiap penyertaan bagai kategori laut dalam bayaran....", "Maklumat lanjut boleh menghubungi 032822323 sambungan......"

Walaupun, perkataan-perkataan tersebut tidak diungkap secara langsung mengajak tetapi tersiratnya masih memerlukan dokongan pelanggan tentang kejayaan operasi organisasinya.

3. Paragraf dan Ayat:

Paragraf telah menampakkan kepadatan, keringkasan dan ketepatan mesej. Satu mesej satu idea. Didapati juga, satu paragraf, rata-ratanya satu ayat sahaja. Dalam analisis secara rawak daripada 100 perkataan didapati, jumlah purata perkataan dalam satu ayat ialah lebih kurang antara14.29 patah perkataan (Lampiran C) sehingga 40.00 patah perkataan (Lampiran D). Manakala jumlah ayat berdasarkan pilihan rawak paragraf yang mengandungi 100 perkataan ialah antara 2.5 (Lampiran D) sehingga 7 ayat (Lampiran C).

4. Pelaporan:

Artikel atau laporan penulisan korporat dilakukan tiga cara iaitu emggunakan nama penulis, menggunakan sumber akhbar lain dan tidak dinyatakan penulisnya. Antara contoh yang dapat diberikan ialah:

a. Naluri tetap pemegang saham terbesar MAS oleh Wan Sabariah Shikh Ali.

b. Proton nafi terus bincang dengan Hicom dilapor oleh Azizi Othman di Landon.

c. MARC buat penarafan luar negara tahun ini, sumber Bernama.

d. Dana teroka khas bantu usahawan di luar negara oleh Khairul Anuar Abdul Samad.

e. Maxis sedia RM3b majukan prasarana, sumber Bernama.

f. Telekom terus perbaiki mutu perkhidmatan oleh Azli Ayob.

g. KLB labur RM10 juta selesaikan e-pencapaian, sumber Bernama

h. AMFB perkenal produk insurans AM-SURELife, sumber Bernama.

Sementara artikel/laporan lain tidak menggunakan nama penulis dan juga tidak menggunakan sumber dari akhbar lain. Penulisan seperti ini lebih mengutamakan sidang akhbar dan pihak organisasi sendiri menghantar penulisan koporatnya untuk tujuan siaran berita di media massa "akhbar".

5. Muka surat dan Organisasi:

Mesej penting tentang operasi perkhidamtan sesebuah organisasi khususnya orgnisasi dan institusi swasta lebih tertumpu menggunakan ruangan akhbar Ekonomi di muka surat antara 15 dan 17. Namun ruangan nasional masih digunakan pada keadaan tertentu, Contohnya organisasi EON menggunakan ruangan nasional dalam "EON tambah hadiah 40 barangan elektrik " yang merupakan perkhidmatan penajaan.

6. Teks dan Gambar

Teks artikel menggunakan bentuk tulisan "Times Roman " bersaiz 12pt, namun judul berubah-ubah saiz dan ketebalan sebagai menarik perhatian pembaca. Gambar pemberi maklumat juga dipaparkan dalam hitam putih dan warna. Saiz gambar berbeza-beza untuk disesuaikan ruangan akhbar yang diperuntukkan. Contoh ukuran gambar hitam putih Tan Sri othman Yeop Abudllah hanya berukuran 6.5cm x 4cm (26 cm ruangan) dan gambar pertukaran dokumen perjanjian yang diperhati oleh tan Sri Rashid Hussain ialah berukuran 22.5cm x 16cm atau keluasan di atas akhbar 360cm. Dari aspek tarikan pembaca, saiz gambar yang besar dan berwarna lebih menarik perhatian pembaca berbanding gambar hitam putih apatah lagi kalau bersaiz kecil. Sementara grafik yang digunakan oleh EON tidak memberi makna yang jelas dan ada tarikan.

7. Sasaran (Audiens):

Mengikut analisis yang telah dibuat dalam Lampiran C dan D, skor yang diperolehi ialah antara 14.29 sehingga 40.00 iaitu melimpasi tahap skor 12 yang menunjukkan tahap pendidikan atau pengalaman-pengalaman pembelajaran purata pelajar senior sekolah tinggi Amerika dan di Malaysia sejajar dengan pengalaman pembelajaran 12 tahun seseorang yang bermula dari darjah 1 sehingga tingkatan 6. Jadi, kesimpulan yang dapat rumuskan ialah sasaran penulisan korporat ini adalah kepada pembaca yang sekurang-kurang mempunyai pengalaman pembelajaran diperingkat Universiti dan bukan sebaliknya.

KESIMPULAN:

Beberapa perkara yang dapat disimpulkan hasil daripada analisis ini aiaitu mementingkan mesej disampaikan dengan jelas, tepat, padat dan difahami. Maklumat juga hanya dikeluarkan kenyataan oleh pihak yang diberi kuasa atau diamanah sahaja "berautoriti’, pakar dan ada kewibawaan dalam organisasi untuk menjamin kredibiliti maklumat yang dikeluarkan. Mesejnya hanya memfokuskan tentang keupayaan, kebolehan, kepakaran dan daya saing organisasi serta perkhidmatan yang boleh diberikan kepada pelanggannya.

Rujukan:

Mansor Ahmad Saman (1995) Penulisan dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Berita Harian (2000) Segmen Berita Harian Ekonomi, 16 Mei, ms 15 dan ms 17.

Berita Harian (2000) Segmen Berita Nasional, 17 Mei, ms 9 dan ms 22.

Berita Harian (2000) Segmen Berita Harian Ekonomi, 17 Mei, ms 16 dan ms 17.

 

Disediakan oleh HAJIMIN MASLIN J05475