STRATEGI AMALAN PERHUBUNGAN AWAM:
SATU KAJIAN KES DI YAYASAN SABAH,
KOTA KINABALU, SABAH MALAYSIA

sebelum balik depan
Pensyarah: Muhamad Rosli Bin Selamat
Kajian oleh: Hajimin bin Haji Maslin. nm.J05475. B.COMM II (1999)
Universiti Putra Malaysia - Kota Kinabalu

PENDUHULUAN:
Dari aspek sejarah amalan perhubungan awam (PR) di Malaysia bermula dengan pengunduran Jepun dari Tanah Melayu. Untuk menghalang gerila komunis menyebarkan ideologi mereka kepada penduduk setempat, British Military Administration (BMA) 1945 telah melaksanakan pelbagai aktiviti psikologi untuk menyekat fahaman komunis termasuklah penggunaan media kecil dan media besar. Melalui Unit Filem Malaya, BMA telah mendokumentasikan segala kegiatan komunis dan disebarkan kepada publik secara berterusan sebagai usaha propaganda positif. Selain itu BMA juga memperkenalkan dasar penempatan yang berjaya menamatkan strategi gempur pihak komunis sehingga gerila komunis melakukan gerakan bawah tanah yang mencetuskan darurat pada 1948. Dari perspektif perhubungan awam BMA telah melakukan perhubungan awam yang direncana dan dirancang berdasarkan interpretasi masalah pada masa itu dengan menggunakan strategi komunikasi yang berjaya dengan impak yang berkesan khususnya setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Kegiatan PR di sektor swasta pula menurut sejarah bermula di Sarawak dengan penemuan gas asli dan minyak. Walaupun kegiatan ini tidak signifikan tetapi masih melibatkan komunikasi antara kalangan organisasi pelabur, khususnya syarikat minyak dengan masyarakat setempat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan sosial.

 Menurut Muhamad Rosli Selamat (1999) dalam modul KOM3102, Baskin et., 1997 pernah menyatakan pelaksanaan bahawa amalan PR sesebuah organisasi mempunyai dua tahap iaitu tahap makro dan mikro. Pada tahap makro, dasar ditentukan oleh pengurus yang melibatkan cara bagaimana pengurus bertindak bagi mempengaruhi publik agar terpengaruh dengan dasar yang diperkenalkan dan tahap mikro pula merupakan proses pengendalian aktiviti PR yang melibatkan majikan dan pekerja sesebuah organisasi secara perincian tindakan dan dijelaskan melalui tatacaranya.

Menurut kajian PR di Malaysia, terdapat dua orentasi pelaksanaan amalan PR iaitu orentasi pelaksanaan perhubungan awam di sektor swasta memokus kepada pengkukuhan identati dan imej organisasi dengan meningkatkan publisiti terhadap produk dan perkhidmatan dan orentasi pelaksanaan perhubungan awam di sektor kerajaan memokus kepada pengukuhan identiti dan imej kerajaan sebagai pengurus atau pemerintah melalui agensi-agensinya dengan meningkatkan perkhidmatan kepada publik atau rakyat agar matlamat amalan PR mencapai kejayaan bersama.

 Menurut Muhmad Rosli Selamat lagi, Grunig telah mengemukakan empat teori atau model PR iaitu Publisiti Akhbar yang bermatlamat sebagai propaganda dan berbentuk komunikasi sehala, Pemaklumatan Publik yang bertujuan penyebaran maklumat sehala tetapi mementingkan kebenaran dan kesahihan maklumat, Asimetrik Dua-Hala yang menyebar maklumat berunsur pemujukan saintifik komunikasi dua hala yang tidak seimbang dan yang keempat ialah model Simetrik Dua-Hala yang bertujuan pemaklumatan persefahaman bersama dengan impak komunikasi yang lebih seimbang.

 Untuk tujuan kajian kes ini, saya telah memilih Yayasan Sabah (YS) sebagai kajian kes oleh kerana YS bukan sahaja mementingkan pembangunan meterial dan keuntungan semata-mata tetapi juga YS juga memberi perhatian utama kepada pembanguan sosial ke arah mencapai misinya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia Sabah menerusi pelbagai program dan kegiatan yang dijalankan oleh unit-unit dan bahagian-bahagian YS iaitu sama ada melalui pengurusan YS dan juga melalui syarikat utamanya Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB). YS juga mempunyai Jabatan Komunikasi Korporat yang bertujuan untuk mengetengahkan dan meletakkan YS sebagai organisasi sosial dan pelaburan dalam ICSB yang dapat memberi sumbangan positif kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat negeri Sabah.

Sebagai memudah untuk memahami kajian kes ini, saya telah cuba menyenaraikan semua program dan kegiatan YS dengan ringkas mengikut kumpulan utamanya iaitu kegiatan di bawah KUMPULAN SOSIAL dan Kegiatan di bawah KUMPULAN KOMERSIL di mana semua kegiatan ini adalah merupakan strategi pelakasanaan kegiatan amalan perhubungan awam (PR) YS. Selepas itu, saya cuba menjelaskan setiap program dan kegiatan tersebut di samping mengaitkan kegiatan-kegiatan ini dengan model-model PR yang diperkenalkan oleh Grunig & Hunt. Di mana, adakah model-model ini boleh diterima pakai oleh YS untuk membina dan memperkukuhkan imej dan identiti YS di mata rakyat Malaysia Sabah khususnya dan dunia amnya?.

YAYASAN SABAH:
Menara Yayasan Sabah YS 30 tingkat terletak di Teluk Likas, sejauh 11.2 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Di bangunan inilah ibupejabat pengurusan dan korporat YS ditempatkan. YS mempunyai 22 buah cawangan pejabat di seluruh negeri Sabah termasuk sebuah pejabat YS di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di negeri Kedah.

YS ditubuhkan pada tahun 1966 menerusi satu Enakmen Dewan Undangan Negeri Sabah dengan misinya untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan Rakyat Malaysia di Sabah menerusi falasafah Bakti Ikhlasnya dan objektif yang mengutamakan untuk memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan, berusaha untuk mengurangkan kemiskinan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan amal selaras dengan Enakmen YS perkara 8. 1966 seksyen 3.

STRUKTUR PENGURUSAN KUMPULAN (SPK):
YS dan syarikat utamanya Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB) ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dibantu oleh Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajaran, Jawatan Kuasa Audit, Jawatan Kuasa Eksekutif dan Jawatan Kuasa Sebut Harga. Pengurusan hal ehwal pentadbirannya diketuai oleh seorang ketua eksekutif (pengarah) YS dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Kumpulan Sosial, Pengurus-Pengurus Kumpulan Komersil dan Pengurus Bahagian Perkhidmatan Korporat yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif YS.

Di bawah Bahagian Perkhidmatan Korporat terdapat empat jabatan iaitu Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Kewangan dan Perakaunan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Komunikasi Korporat ( lihat Rajah 1.1 dalam lampiran ).

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT YS:
Jabatan ini ditubuhkan pada 1972. Mulanya dikenali sebagai Bahagian Perhubungan Awam akan tetapi akibat daripada perkembangan dari segi fungsinya dan kehendak penaiktarafan yang diluluskan oleh Exco Yayasan Sabah pada Oktober 1996 maka bahagian ini, kini dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Korporat atau "Corporate Communications Department (CCD)" yang bertanggungjawab melaksanakan hal ehwal PR Yayasan Sabah/ISCB. CCD mempunyai tiga unit iaitu Perkhidmatan Sosial dan Komersial, Perkhidmatan Khas dan Sokongan, dan Perkhidmatan Sukan dan Rekreasi. Jabatan ini diketuai oleh seorang pengurus kumpulan dan dibantu oleh pengurus komunikasi korporat, penolong pengurus komunikasi korporat kanan, tiga orang penolong pengurus dan 38 pegawai dalam kumpulan sokongan ( rujuk Rajah 1.2 dalam lampiran ). Antara senarai tugas jawatan dan tanggungjawab sebagai pengurus komunikasi korporat (PPK) YS dan ICSB ialah:-

1. Untuk membangun dan melaksanakan program komunikasi yang berkesan dan bersepadu bertujuan menentukan arah tuju YS dan kumpulan komponen-komponen di bawahnya yang tujukan kepada kumpulan sasaran.

2. Merangka, menganalisis dan menginterpertasi pendapat orang awam, isu-isu dan tingkalaku yang mungkin ada kesan untuk kebaikan atau sebaliknya ke atas operasi dan perancanaan YS dan syarikat-syarikatnya.

3. Memberi nasihat kepada pengurusan dalam menubuhkan polisi baru, prosedur dan tindakan yang mendatangkan faedah bersama kepada organsisasi dan kumpulannya.

4. Mengekalkan perhubungan yang baik diantara kementerian dan agensi Kerajaan Persekutauan dan Negeri Sabah, badan-badan bukan kerajaan NGO's, sektor Swasta, Institusi Luar, pihak akhbar, media, komuniti tempatan dan masyarakat seluruhnya.

5. Membangun dan melaksanakan kesedaran perhubungan awam dikalangan personal YS dan kumpulan syarikatnya melalui keterlibatan amalan dan praktikal yang dikehendaki secara berkesan, cepat, ikhlas, sopan dan berdedikasi kepada orang awam, media, komuniti tempatan dan masyarakat seluruhnya.

6. Memastikan perhubungan dua-hala yang berkesan di atara pengurusan dan kakitangan YS, kumpulan syarikatnya dan publik.

7. Menasihatkan Pengarah atau ketua eksekutif dan memastikan protokol yang sistematik dalam mena-mana acara rasmi YS dan kumpulan syarikatnya.

8. Menyediakan objektif tahunan, plan strategik (jangka pendek, sederhana dan jangka panjang) termasuk belanjawan dan memastikan pengurusan sumber manusia yang berkesan terhadap keperluan perkara-perkara di atas.

9. Menubuhkan polisi perhubungan awam, strategi dan prosedur-prosedur pelaksanaan kerja yang berterusan dan sistematik.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat YS & ICSB Encik Abdul Rashid Salleh, strategi pengamalan perhubungan awamnya ialah menerusi program-program dan kegiatan (aktiviti-aktiviti) yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan di bawah YS/ICSB. Terdapat dua bentuk kegiatan utama iaitu berkaitan pembangunan sosial dan berkaitan dengan kegiatan-kegiatan komersil.

STRATEGI AMALAN PERHUBUNGAN AWAM YS (SAPA);
SAPA ialah program-program dan kegiatan-kagiatan yang dijalankan oleh YS di bawah Kumpulan Sosial dan Kumpulan Komersial ialah:

PROGRAM DAN KEGIATAN KUMPULAN SOSIAL:

1. BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
- Jabatan Latihan Perkembangan Kanak-Kanak (JLPK)
- Jabatan Prasekolah dan Sekolah Rendah (JPSR)
- Jabatan Penyelidikan dan Perancangan (JPP)

2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN
- Biasiswa
- Pinjaman
- Dermasiswa
- Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABC)
- Penubuhan Kampus
- Pembinaan Asrama
- Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS)
- Perkhidmatan Kerjaya dan Kaunseling (PKK)
- Kelab Pencita Alam.

3. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
- Pembangunan Mental
- Pembangunan Ekonomi
- Pembangunan Pendidikan
- Pembangunan Sosiobudaya
- Pembangunan Kesihatan
- Pembangunan Infrastruktur
- Wanita dalam Pembangunan
- Pemasaran

4. PEMBANGUNAN SOSIAL
- Perkhidmatan Doktor Udara (PDU)
- Klinik Bergerak
- Perkhidmatan Paramedik
- Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat
- Klinik Yayasan Sabah

5. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
- Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Hj Mohd.Fuad Stephens
- Jabatan Penyelidikan
- Jabatan Pengesanan dan Penyelarasan Penyelidikan

6. PEMBANGUNAN LAIN-LAIN SUMBANGAN
- Kompleks Sukan dan Taman Rekreasi
- Kompleks Badan-Badan Sukarela

PROGRAM DAN KEGIATAN KUMPULAN KOMERSIAL
1. PERHUTANAN HULUAN
- Rakyat Berjaya Sdn.Bhd.,
- Inooprise Holdings Sdn.Bhd.,
- Sabah Softwoods Sdn.Bhd.,
- Tanggungjawab Sosia

* Perhutan Komuniti
* Kelab Pencita Alam
* Pusat Luar Lembah Danum
* Kawasan Konservasi Lembangan Maliau
- Rakan Kongsi Luar
* The Royal Society, United Kingdom
* International Cooperation for Agronomic Research for Development
(CIRAD-Forest), Perancis
* Swedish University of Agricultural Sciences (SUAS)
* Forest Absorbing Carbon Dioxide Emissions (FACE) Foundation,
The Netherlands
* New England Power (NEP) Company, USA
* Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

2. PERHUTANAN HILIRAN
- Pacific hardwoods Sdn.Bhd. (PHSB)
- Cadenza Corporation Sdn.Bhd.
- Innoprise Wood Products Sdn.Bhd. (WPSB)
- Sinora Industries Berhad
- Sinora Sdn.Bhd
- Innora Sdn.Bhd
- Sinora Particle Board Sdn.Bhd
- Innoprise Integrated Timber Comples Sdn.Bhd. (HTC)
- Sabah Rotan Corporation Sdn.Bhd.
- Tawau plywood manufacturing Sdn.Bhd.
- Innoprise marketing Ltd. (IML)
- Innoprise (Europe) Ltd. (HEL)

3. PEMASARAN BALAK
- Sabah berjaya Sdn.Bhd (SBJ)
- Sabah Melale Wood Industries Sdn.bhd. (SMWI)

4. PENGANGKUTAN
- Yayasan Sabah Shipping Sdn.Bhd.
- Yasa Nanzai Maritime Incorporated.

5. PEMBANGUNAN HARTANAH
- Sinsuran Sdn.Bhd.
- Innoprise Properties Sdn.Bhd.
- Juwitabah Sdn.Bhd
- IP real Estate & Landscaping Services Sdn.Bhd.

6. PELANCONGAN DAN PERSANTAIAN
- Tanjung Aru Hotel Sdn.Bhd.
- Innoprise Jungle Lodge Sdn.Bhd.
- Borneo nature Tours Sdn.Bhd.
- Travel-Rent A-Car Sdn.Bhd.

7. PELABURAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
- Norsechem Sdn.Bhd.
- Shell Timur Sdn.Bhd.
- Jeroco Plantations Sdn.Bhd.
- Ridgelands Investment Inc.
- Innoprise Internatiol Inc.
- Innoprise Capital Sdn.Bhd.
- Pusat Sukan Yayasan Sabah

MODEL PERHUBUNGAN AWAM YAYASAN SABAH
Menurut kajian yang telah saya jalankan melalui program dan kegiatan yang dilaksanakan oleh YS. Saya mendapati bahawa model PR YS tidak bergantung kepada satu model sahaja. Walau bagaimanapun PR yang lebih mendomenasi ialah model pemaklumatan awam (MPA) yang mengutamakan penyampaian mesej kegiatan sosialnya kepada rakyat negeri sabah dan model simetrik dua-hala (MSDH) yang lebih banyak menjurus kepada kegiatan pemasaran atau komersil yang telah dan akan dijalankan. Namun kedua-dua model ini juga diaplikasi dalam kedua-kedua kegiatan bergantung kepada keperluan.

KUMPULAN SOSIAL

1. Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPK).
PPK ditubuhkan 1982 dan berfungsi sebagai pakar rujuk dan pusat sumber dalam bidang pendidikan prasekolah, penyelidikan dan perkembangan awal kanak-kanak. Pusat ini mempunyai tiga jabatan yang terdiri Jabatan Latihan Perkembangan Kanak-Kanak (JLPK), Jabatan Prasekolah dan Sekolah Rendah (JPSR) dan Jabatan Penyelidikan dan Perancangan (JPP).

Dari segi PR, JLPK mengambil pendekatan MPA dan MSDH untuk mencapai matlamatnya melalui penyediaan program-program kursus dan bengkel untuk guru-guru prasekolah disamping mengadakan seminar, konvensyen dan dialog mengenai pendidikan anak-anak, ibubapa dan masyarakat. JLPK juga memberi khidmat nasihat kepada para guru prasekolah untuk membuka sekolah Tadika dan Taska di luar bandar.

JPSR yang bertanggungjawab untuk menyediakan tiga peringkat pendidikan iaitu pendidikan peringkat Taska berumur antara 4 bulan hingga 4 tahun , Tadika berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun dan pendidikan Kelas Khas untuk kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 12 tahun maka ramailah ibubapa menghantar anak-anak untuk dijaga dan disekolahkan di pusat Taska ini.

Untuk meningkatkan lagi imej sekolah ini dan kualiti pembelajarannya, kurikulum tadika YS adalah dihasilkan dengan usahasama para pakar dari universiti-universiti tempatan, kementerian pendidikan dan pra pegawai YS sendiri.

Oleh kerana adanya kepercayaan dan keyakinan para ibubapa tentang mutu sekolah dan kurikulumnya maka sehingga kini Sekolah Tadika atau Tadika Ria YS mempunyai 215 orang kanak-kanak . Mereka semuanya berada dibawah bimbingan seorang penolong guru besar, 19 orang guru, 2 tutor, seorang pelukis dan seorang penolong jururawat kanak-kanak. Kelas khas juga diadakan dan kini mempunyai seramai 60 orang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen dan kelas berbentuk riadah seperti kelas renang, tae kwan do dan muzik .

Selain JLPK dan JPSR yang masing-masing dipertanggungjawab untuk menyedia program kegiatan dan kurikulum yang berkualiti, satu lagi bahagian sebagai kesinambungan dan kemantapan bahagian PPK iaitu JPP yang mengandung tiga unit iaitu kurikulam pendidikan, perkembangan kanak-kanak dan pusat sumber telah ditanggungjawab untuk menyediakan kemudahan penyelidikan kepada pengkaji tempatan dan luar bagi menjalankan kajian tentang perkembangan kanak-kanak; perbandingan perkembangan kanak daripada pelbagai bidang dan menjalankan penyelidikan mengenai pendidikan prasekolah dan perkembangan kanak-kanak sejak daripada lahir sehinggalah berumur 12 tahun.

Dalam usaha YS mendekatkan diri dengan mesyarakat desa. YS menaja melalui JPP untuk melaksanakan projek InSPIRE yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran sekolah-sekolah rendah luar bandar. Projek bersepadu ini diselanggara bersama oleh Universiri Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Pembangunan Pelajaran:
Dalam usaha berterusan kerajaan negeri Sabah untuk mempertingkatkan kualiti kecemerlangan pendidikan rakyat Sabah. Yayasan Sabah telah menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan seperti biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan anugerah biasiswa cemerlang selaras dengan Enakmen Yayasan Sabah, seksyen 3(d) Yayasan Sabah yang membolehkan untuk "memberi dan mengurus pemberian biasiswa lain atau bantuan-bantuan pendidikan yang lain untuk rakyat Sabah atau warganegara Malaysia di Sabah apabila dianggap perlu". Dari segi PRnya, YS mengamalkan MPA oleh kerana maklumat kemudahan hanya akan dimaklumkan kepada publik setahun sekali, iaitu bila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPVM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah diumumkan.

2.1 Pemberian Biasiswa;
Program biasiswa telah dilancar pada 1967 dan pemberian biasiswa dilaksanakan pada tahun 1968 dengan kumpulan pertama pelajar dihantar untuk melanjutkan pengajian menengah di Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini boleh diberi kepeda tiga peringkat pengajian iaitu pengajian Peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Tinggi. Sehingga kini (1996), seramai 34 ribu pelajar pengajian menengah mendapat biasiswa yang melibatkan belanja RM15.7 juta sementara RM100 juta lagi diperuntukkan kepada seramai 1785 pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi tinggi tempatan dan luar negeri semenjak 1968.

2.2 Pinjaman:
Pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman ialah seramai 3,373 pelajar yang membabitkan perbelanjaan berjumlah RM88.5 juta.

2.3 Dermasiswa:
Sejak dilaksanakan pada 1973 seramai 6496 organg pelajar diberi kemudahan dermasiswa yang telah membabitkan perbelanjaan RM6.5 juta.

2.4 Anugerah Biasiswa Cemerlang (ABC):
Anugerah ini diwujudkan pada 1990. ABC bertujuan sebagai misi akademik dan untuk memberi motivasi, dorongan dan insentif kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam pendidikan khususnya pencapaian terbaik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anugerah ini diadakan setiap tahun dengan pemberian mengikut nisbah 15 anugerah untuk Bumiputera dan 10 anugerah kategori terbuka. Sehingga 1996 seramai 112 orang pelajar telah diberi anugerah ini.

Ini menunjukkan jumlah pelajar atau rakyat Sabah yang mendapat bantuan kemudahan pembelajaran di bawah Pembangunan Pelajaran ialah seramai 45,766 orang pelajar sehingga 1996

2.5 Perkhidmatan Kerajaya dan Kaunseling:
Menerusi PR atau komunikasi MPA, pihak YS bersedia bertemu atau bersemuka dengan para pelajar dan ibubapa agar maklumat yang mereka harapkan boleh diperolehi dengan sepenuhnya. Peranan YS dalam hal ini ialah cuba memberi panduan, khidmat nasihat dan kaunseling tentang pelajaran, kejaya dan penempatan pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka. Selain itu, YS mempunyai turut menganjurkan seminar-seminar yang disertai dengan sesi dialog untuk pelajar-pelajar di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

2.6 Penubuhan KKYS dan YS-ITM:
Tujuan penubuhan KKYS ialah membantu meningkatkan mutu pendidikan di negeri Sabah dalam bidang teknikal dan vokasional. Aspek PRnya pula ialah sasaran utamanya ialah para belia yang tidak berkemahiran dan belum bekerja serta mencapai kelulusan sedarhana atau gagal diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Untuk meningkatkan lagi mutu kursusnya, KKYS mengadakan komunikasi dua hala dan usahasama dengan Persatuan Maktab-Maktab Komuniti Kanada yang berpusat di Toronto Kanada. Sehingga tahun 1996 seramai 516 telah berjaya menamatkankan kursus mereka di KKYS.

YS-ITM yang di tubuhkan di Sabah pada Ogos 1973 dengan satu harapan agar dapat melahirkan para intelak tempatan yang dapat memenuhi keperluan sumber manusia di Sabah. Dari aspek PR, YS telah menyediakan tapak seluas 304 hektar di Kuala Menggatal dan menyumbang sejumlah RM5 juta semasa pelancarannya.

2.7 Penubuhan Asrama Yayasan Sabah:
Semenjak tahun 1972 YS telah mendirikan 19 buah bangunan asrama yang terdiri daripada asrama daerah dan asrama kampung di seluruh negeri Sabah yang boleh menampung antara 800 hingga 1000 orang pelajar. Dari aspek PRnya sehingga 1996 seramai 19,200 orang penuntut mendapat manfaatnya dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM24,207,424. Dalam keprihatinan YS dalam pendidikan tinggi, YS telah menyumbangkan pembinaan asrama Kinabalu di Universiti Malaya dengan kos perbelanjaan RM 12 juta. Asrama ini mula dibina pada 1983 dan siap pada Ogos 1995 dan diserahkan secara rasmi kepada Universiti Malaya pada 1987. Asrama ini boleh menampung 600 pelajar dan asrama ini terdiri daripada 12 unit tempat kediaman termasuk ruang besar, pejabat pentadbiran, bilik bacaan, dewan makan, ruang pelawat dan riadah.

Pembangunan Sumber Manusia (PSM)
Pada tahun 1994 BAKTI IKHLAS atau sebelum ini dikenali sebagai Pembangunan Insan (1988) melalui falsafah barunya ialah mengukuhkan dan menyediakan rangka dan program pembangunan sumber manusia YS dengan sasarannya masyarakat miskin luar bandar khususnya di pusat-pusat Bakti Ikhlas. Pendekatan pelaksanaannya bukan sahaja merangkumi pembangunan metrial tetapi jpembangunan kerohanian juga diutamakan. Objektifnya ialah mewujudkan rakyat berdikari, meningkatkan hasil pengeluaran rakyat, mewujudkan masyarakat sihat dan bersikap positif, mewujudkan toleransi serta keharmonian antara kaum dan mengekalkan dan memperkukuhkan nilai-nilai sosio-budaya setempat agar selaras dengan nilai-nilai pembangunan dan melaksanakan rancangan-rancangan program pembangunan masyarakat dengan berkesan supaya matlamat YS tercapai.

Antara program-program PRnya ialah termasuklah Pembangunan Mental, Pembanguan Ekonomi, Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Soisobudaya, Pembangunan Kesihatan, Pembangunan Infrastruktur, Wanita dalam Pembangunan dan Pemasaran.

1. Pembangunan Mental;
YS bekerjasama dengan Kerajaan dan badan Bukan Kerajaan atau NGO's. Kegiatnya ialah memahami konsep, perubahan sikap dan motivasi.

2. Pembangunan Ekonomi:
YS berkerjasama dengan Jabatan Pertanian dan Jabatan haiwan negeri untuk menjalankan kegiatan seperti pertanian, penternekan, kraftangan, perniagaan runcit dan pemiliharaan ikan air tawar.

3. Pembangunan pendidikan:
YS telah mengadakan Kelas Dewasa,Tadika , dan Kelas Bahasa Inggeris.

4. Pembanguan Sosiobudaya;
YS mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan keagamaan, kebudayaan (tarian tradisi dan moden), cerita rakyat, dan Sukanneka.

5. Pembangunan Kesihatan:
Menganjurkan program dan aktiviti seperti ceramah Kesihatan.

6. Wanita Dalam Pembangunan:
YS telah melaksanakan Skim Tabung Pembangunan Wanita tumpuan rakyat miskin, menganjur seminar dan latihan kemahiran untuk wanita di Pusat BAKTI IKHLAS.

7. Pemasaran:
Pelaksanaan tamu, pasaria, pelaksanaan pesta rakyat dan pelaksanaan seminar atau bengkal yang berkaitan dengan pemasaran.

SOSIAL
Dari segi PRnya, YS telah berusaha mendekatkan diri kepada msayarakat melalui pelbagai program dan kegiatan sosialnya yang terdiri perkhidmatan Doktor Udara, Klinik Bergerak, Perkhidmatan Paramedik, Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat dan Klinik Yayasan Sabah. Jadual-jadual kunjungan dan perkhidmatan sebagai pemaklumatan publik biasanya disiarkan melalui media massa seperti Radio dan akhbar tempatan.

1. Perkhidmatan Doktor Udara (PDU):
Ditubuhkan dan beroperasi sejak Mac 1975 yang bertujuan meningkatkan mutu kehidupan dan membantu usaha kerajaan untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat luar bandar. Perkhidmatanya berjadual dengan menggunakan helikopter sebagai alat perhubungan dan pengangkutan ketempat desa terpencil atau tempat yang sukar dilewati oleh Jabatan Perkhidmatan Perubatan Sabah.

Pasukan PDU melawat dua atau tiga pusat setiap hari dari Isnin hingga Khamis atau 8 atau 12 kali dalam masa seminggu. Purata bilangan pesakit mendapat rawatan bagi tempoh sebulan ialah 2200 orang dengan kos rawatan RM38.80 atau RM147.90 setahun bagi seorang pesakit. Sejak perkhidmatan ini beroperasi pada 1975, sebanyak 6488 pusat dilawati dengan jumlah penerima rawatan 621,738 orang dan 97 kes rawatan kecemasan.

Antara jenis-jenis perkhidmatan diberi ialah program imunisasi, nasihat pengawalan penyakit dan penjagaan kesihatan, membawa ibu-ibu yang bersalin ketempat rawatan yang terdekat, menghulur bantuan dan membawa ubat ketika banjir, membawa bekalan makanan mangsa banjir, membantu jabatan perkhidmatan perubatan sabah melaksanakan operasi pelalian ibu, bayi, kanak-kanak tadika, sekolah rendah, "deworming", melaria,batuk kering dan taklimat kesihatan. Untuk tidak menganggu lawatan PDU ini, Yayasan Sabah mempunyai sebuah dispensari di ibupejabat di mana pasukan ini mendapat bekalan yang secukupnya.

2. Perkhidmatan Klinik Bergerak (PKB):
PKB mula beroperasi pada September 1986 dengan memberi perkhidmatan rawatan masyarakat kampung atau luar bandar yang boleh dihubungi dengan kereta bermotor. Sehingga 1996, sebanyak 28 pusat rawatan PKB di seluruh Sabah termasuk di Pensiangan, Ranau, Tambunan, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Semporna dan Lahad Datu.

3. Perkhidmatan Paramedik (PP):
Pasukan ini ditubuhkan pada Jun 1980 yang bertujuan memberi pekhidmatan ambulan 24 jam yang cekap dan berkesan di kawasan yang diliputi oleh stesen parmedik Kota Kinabalu. Jenis-jenis perkhidmatan PP ialah perkhidmatan pengangkutan kepada pesakit, perkhidmatan penyelamat, bantuan kecemasan semasa darurat, perkhidmatan siap sedia dalam upacara-upacara tertentu dan menganjurkan latihan dan bengkel kecemasan.

Kes panggilan kecemasan sejak 1982 ialah berjumlah 22163 kes. Sebagai unit PP yang berkesan, PP telah dihubungkan dengan Ibu Pejabat PP dan Wad Kecemasan Hospital melalui sistem radio dua hala (interaktif). Selaini itu PP juga berkerjasama dengan Bomba, Polis, Renja Taman Lipur dan agensi lain yang berkaitan dengan kendalian kecemasan.

PP telah memulakan program pendidikan kesihatan seperti bengkel atau kursus awal 1990 yang bertujuan melatih kasyarakat di Pusat-pusat Bakti Ikhlas tentang penting penjagaan kesihatan. Contohnya program "Diagnosa" masyarakat dilaksanakan di Pusat Bakti Ikhlas Kampung Karamuak yang bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam menganalisis masalah kesihatan meayarakat, merancang program kesihatan dan melaksana elemen-elemen penjagaan kesihatan.

4. Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat (PKM):
Ditubuhkan pada September 1986 yang bertujuan memberi khidmat kesihatan berbentuk kesedaran, perubatan, ubat-ubatan, pencegahan dan penyembuhan kepada masyarakat luar bandar. Sehingga kini, PKM telah memberi rawatan kepada seramai 57,282 pesakit antara 35 hingga 45 atau purata 750 sehingga 900 pesakit dalam tempoh sebulan.

5. Perkhidmatan Klinik Yayasan Sabah (PKYS):
Ditubuhkan pada Disember 1991 yang bertujuan memberikan perkhidmatan kepada kakitangan Yayasan Sabah dan Kumpulan Syarikatnya serta ahli-ahli keluarganya. Perkhidmatan yang diberi ialah penyembuhan, imunisasi, kaunseling kesihatan, pemeriksaan, berkhatan dan pembedahan. Sehingga 1996 seramai 33,309 pesakit telah dirawat melalui klinik ini.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Pusat Kajian BORNEO (PKB) dilancarkan pada tahun 1994 yang bertujuan menjalankan kajian sains sosial dan fizikal di rantau Borneo bagi meningkatkan pengetahuan, pendidikan dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah. Untuk mencapai matlamatnya dan dari perspektif PR, walaupun tidak signifikan tetapi masih melibatkan komunikasi dan YS telah berkerjsama dan menyediakan kemudahan prasarana dengan menjadikan pusat PKB sebagi pusat penyelidikan serantau untuk para ilmuan dan pakar dalam pembanguan Pulau Borneo dan penduduknya, pusat pengumpulan data dan klasifikasi dalam penyaluran maklumat mengenai Borneo dan pusat bertindak sebagai bank data yang sedia digunakan untuk para penyelidik, perancang serta masyarakat umum.

1. Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd.Fuad Stephens (PPB)
PPB ditubuhkan pada tahun 1977 dan dirasmikan pada 6 Jun 1980 oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Tun Haji Mohd. Adnan Robert untuk menjadi sebuah perpustakaan dan pusat penyelidikan yang terunggul di rantau ASEAN dan yang kedua mewujudkan satu sumber pengetahuan dan maklumat aliran bebas untuk memenuhi keperluan dan perkhidmatan penyelidikan rakyat Malaysia dan rakyat asing. Matlamat utamanya ialah untuk meningkatkan dan penyertai pembangunan kemajuan kebudayaan di bidang pengajian Asia Tenggara dengan mengambilkira kebudayaan dan tradisi tempatan Sabah yang dimiliki oleh lebih 32 kumpulan etniknya.

Bagi mencapai hasrat ini, Yayasan Sabah melalui PPB telah menjalin kerjasama dua hala dengan universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian utama di serta dunia yang bertujuan boleh membekal sumber maklumat kepada para penyelidik dalam masa yang singkat sekiranya maklumat yang diperlukan di PPB tidak diperolehi. Sebahagian maklumat PPB telah disimpan di dalam bentuk mikrofilem. Ketika ini PPB mempunyai banyak koleksinya iaitu 77,725 jilid buku, 19,775 bahan unit multi media dan 2115 judul berkala. Koleksi bahan pandang dengar, warta rasmi kerajaan, laporan-laporan tahunan, peta keratan akhbar dan akta-akta kerajaan turut juga boleh didapati di PPB. Selain Pusat rujukan, perkhidmatan pinjaman, dokumantasi dan reprografi juga disediakan disamping PPB turut membantu pembangunan perpustakaan luar bandarnya terutama di Pusat-Pusat BAKTI IKHLAS di Makatip Tambunan, Peturu Laut Kota Belud, Suasa Beaufort dan Sinanggip Pitas Sabah.

Kemudahan yang terdapat di PPB ialah satu bilik seminar yang dapat menampung 14 orang dan 8 karel terbuka. PPB dikendalikan oleh 63 orang kakitangan termasuk 14 orang golongan profesional dalam bidang kepustakawaan. Kakitangan dan publik boleh memohon menjadi ahli dengan bayaran wang cagaran sebanyak RM100 sementara RM500 bagai keahlian daripada sektor perbadanan kerajaan dan swasta.

Sebagai usaha berterusan kepada pembangunan PPB, Yayasan Sabah telah membentuk satu ahli Jawatan Kuasa Penasihat Perpustakaan Penyelidikan yang bertanggungjawab meluluskan sebarang perkara yang berkaitan dengan pembangunan, fungsi dan perluasaan perpustakaan.

2. Jabatan Penyelidikan (JP):
Dua peranan JP iaitu sebagai wadah utama penjanaan data dan maklumat terkini tentang Yayasan Sabah dan kepulauan Borneo dan yang kedua JP menganjurkan pelbagai seminar, bengkel dan ceramah isu-isu semasa yang berkaitan kepentingan negeri, negara dan Borneo.

Sebagai usaha mencapai hasrat ini, JP terdapat sekumpulan penyelidik teres yang melaksanakan topik-topik penyelidikan Borneo seperti sejarah, kebudayaan, antropologi, etnografi, kepundudukan, kesihatan, alam sekitar dan pengajian sosioekonomi. Antara hasil kajian yang telah diterbitkan ialah "The Exploration of Kinabalu oleh John Whitehead", "Forest Biology and Consevation in Borneo" dan Traditional Stone and Word Monuments of Sabah oleh Peter R. Phelan."

Seminar dan persidangan dalam negeri dan luar negeri dijalankan antaranya persidangan pertama di Indonesia pada 1993 dan Persidangan Antarabangsa tentang masyarakat Bajau atau SAMA dengan kerjasama Persatuan Seni Budaya Bajau Sabah yang telah diadakan pada 1995. Kertas kerja pada persidangan itu adalah merangkumi daripada aspek etnografi hingga bahasa mengenai kaum Bajau yang telah dibentangkan oleh para penyelidik daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, Thailand, Filipina, Jerman dan Brunei Darulsalam.

3. Jabatan Pengesanan dan Penyelarasan Penyelidikan (JPPP)
Diwujudkan untuk memantau dan mengesan program dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh PKB. Untuk melaksanakan tujuan ini, YS melalui PKB telah mengadakan rangkaian penyelidikan dan kerjasama dengan beberapa institusi dan universiti di seluruh dunia.

E. LAIN-LAIN SUMBANGAN:
YS juga terlibat dalam pembangunan Kompleks Sukan dan Taman Rekreasi. Walau pun kegiatan ini tidak signifikan dari segi PRnya tetapi masih melibatkan komunikasi terhadap masyarakat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan sosialnya.

1. Kompleks Sukan dan Taman Rekreasi (KSTR)
Satu lagi sumbangan besar YS dalam kemajuan sukan di negeri Sabah seperti KSTR telah dibina di atas tapak seluar 105 hektar di Likas, Kota Kinabalu. KSTR dibina oleh YS hasil daripada perancangan induk bagi membangunkan beberapa siri kompleks sukan di bandar-bandar utama di seluruh Sabah pada 1974 dan YS telah berjaya membuat rundingan dengan 12 pengusaha konsesi kayu balak pada 1975 bagai tujuan melepaskan kawasan kayu balak seluas lebih kurang 268 km persegi yang telah diperuntukkan kepada YS bagai membolehkan ia menghasilkan wang yang diperlukan bagai menjayakan projek ini. Seranum Sdn.Bhd sebuah syarikat milik penuh YS dipertanggungjawab melaksanakan projek ini.

Kompleks ini amat strategik iaitu 4.8 km dari bandar Kota Kinabalu, kegunaan sukan peringkat antarbangsa dan tempatan, menyediakan kemudahan latihan dan penginapan yang boleh menampung sehingga 400 ahli sukan . Fasa 1A kompleks ini seluas 400 meter terdiri padang bolasepak dan olahraga, padang hoki, padang latihan bola sepak dan astaka yang membabitkan RM3.8 juta.

Fasa1B yang berharga RM20 juta siap pada tahun 1981 terdiri kompleks bangunan menggabungkan gimnasium dengan stadium tertutup berkepasiti 2000 orang penonton, kolam renang bersaiz 50 meter 8 lorong, kolam terjun dan polo air, kolam latihan umum separa olampik, kolam renang kanak-kanak, kemudahan restoran dan tempat letak kereta yang menampung sehingga 500 buah kereta dalam satu-satu masa. Gimansium adalah merangkumi dewan latihan seni mempertahankan diri, tinju, angkat berat, gelanggang squash, badminton, rumah kelab, kompleks pertubuhan sukan dan urusetia sukan, muzium sukan dan kemudahan persidangan.

Fasa 1C yang siap pada 1981 dengan kos pembinaan RM10 juta merangkumi asrama, dua sukan bola sepek, padang hoki, lapan gelanggang tenis dan tempat letak kereta untuk menempung 1000 buah kenderaan. Asrama ini mengandung bilik mentelaah, ruang menyembut teteamu, amphiteater, klinik, bilik warden, perkarangan pelbagai guna atau fungsi dan taman beratap. Juga terdapat 20 buah residen kediaman untuk para jurulatih sepanjang tahun. Sebuah Tasik buatan manusia seluas 4.8 hektar juga terdapat disini sebagai kolam penghalang banjir.

Kompleks sukan ini telah diserahkan secara rasmi kepada Lembaga Sukan Sabah (Lembaga Sukan dan kebudayaan Sabah) bagi pihak kerajaan negeri pada tahun 1981.

KUMPULAN KOMERSIL

Mengikut sejarah, amalan perhubungan awam swasta di Malaysia bermula di Sarawak dengan menjadikan tumpuan publik apabila gas asli dan minyak ditemui. Walaupun PRnya tidak signifikan tetapi masih melibatkan komunikasi di kalangan organisasi pelabur khususnya masyarakat setempat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan sosial. Sehubungan dengan itu, PR dalam semua kegiatan komersil YS juga adalah melibatkan para pelabur di dalam dan luar negeri. Hal ini terbukti dengan adanya usahasama-usahasama YS, agensi pelabur, institusi pengajian dan individu khususnya para penyelidik telah banyak membuat memorandum persefahaman (MOU) di dalam kegiatan pelaburan dan penyelidikan. Untuk mendapatkan maklumat yang agak seimbang dalam menjayakan kegiatannya. YS melalui agensi pelaburannya ICSB telah mengamalkan pendekatan PR MSDH mengikut Grunig & Hunt. Berikut adalah ringkasan kepada cara strategi amalan PR Yayasan Sabah

1. PERHUTANAN HULUAN
Bertujuan untuk mengurus konsesi hutan balak, pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan yang diurus oleh Rakyat Berjaya Sdn.Bhd (RJB) sebuah anak syarikat ICSB. Untuk mencapai hasrat ini, YS diperuntukkan kawasan konsesi hutan balak seluas 11,600 hektar hutan balak di Lahad Datu antara 1967 -1970 dan disatukan menjadi 972,804 hektar dengan penambahan seluas 118,804 hektar pada 1984 yang bertujuan untuk membiayai program pendidikan dan sosial serta rancangan pengurusan hutan jangka panjang antara 1984 hingga 2032.

YS melalui Innoprise Holding Sdn.Bhd (1985) juga terlibat dalam aktiviti pengekstrakan dan penjualan balak dari kawasan konsesi seluas 36,437 hakter.

Pembangunan hutan diberi keutamaan di Pusat Perhutanan Luasong (PPL) Tawau yang meliputi 44190 hektar yang diuruskan oleh RBJ adalah satu daripada komitmen utama ICSB terhadap pengurusan hutan berkekalan, memastikan penyelidikan dan pembangunan jangka panjang dan menjamin kesinambungan sumber pendapatan daripada hutan. Sehingga kini seluas 10200 hektar telah ditanam dengan kayu balak dan rotan. Spesis utama rotan ialah Calamus Manan, Calamus Subinermis dan Calamus Merillii dan Calamus Trachycoleus sementara spesis pokok yang ditanam ialah pterocarpus dan jenis eksotika iaitu mahogany, swietenia macrophylla jenis mahogany dari Amerika Latin, Khaya Ivornsis jenis mahogany dari Afrika, Cedrela odorata dan tectona grandis dan dipterocarp tempatan jenis shorea macrophylla. PP mempunyai 200 kakitangan tetap dan 2000 orang pekerja kontrak. Sebuah klinik dan sekolah rendah dan rumah penginapan disediakan untuk pekerjanya.

Di bawah Program pembangunan ladang hutan komersil sebagai usaha kearah mengekalkan sumber hutan negeri Sabah. YS melalui Sabah Softwoods Sdn.Bhd. (SSSB) yang ditubuh pada 1974 sebuah syarikat usahasama ICSB (42%) dengan North Borneo Timber Sdn.Bhd. (28%) untuk menanam seluas 40,486 hektar di Brumas dan 20,243 hektar di Luasong Tawau. Sehingga kini 1996, seluas 24123 hektar ditanam dengan kayu cepat membesar jenis albizia falcataria, eucalyptus deglupta, gmelina arborea dan acacia mangium dan 5122 hektar ditanam dengan koko, kopi, kelapa sawit dan getah. SSSB mempunyai 1056 pekerja tetap, 2482 pekerja kontrak.

TanggungJawab Sosial Dalam Perhutanan Komuniti;
Dimaju secara rasmi pada 1987 apabila Bahagian Perhutanan Komuniti di bawah Rakyat Berjaya Sdn Bhd. untuk mengendalikan Projek Pembangunan Perhutanan Komuniti Ulu Kinabatangan (3p2ku) bagi YS.

3p2ku di lancar di Tongod pada 1988 yang meliputi 19 buah kampung dengan jumlah 1358 keluarga. Namun pada 1993, dua kampung iaitu Kampung Inarad dan kampung Langon diserahkan kepada Jawatankuasa Perhutanan Negeri. Projek ini terbahagi tiga zon iaitu Zon Tongod 7 buah kampung (461 keluarga), Zon Karamuak 4 buah kampung ( 208 keluarga) dan Zon Pinangah 6 buah kampung (587 keluarga). Projek utamanya ialah bekalan prasarana, pemulihan kampung dan program sosioeknomomi. Sehingga ini, program pembangunan berpusat di Zon Karamuak dan sebagai kampung contoh komuniti perhutanan. 173 buah rumah dibina, penubuhan ladang contoh dan pembinaan jalanraya sepanjang 30 km.

Tanggungjawab Sosial Dalam Kelab Pencita Alam
Dilancar pada 7 Oktober 1988 bertujuan memupuk minat dan pengetahuan mengenai hidupan liar, hutan dan alam sekitar di kalangan belia Sabah. program pendidikan konservasi ini atau alam sekitar pencinta alam dijalankan bersama antara ICSB dan jabatan Pendidikan Negeri. Sehingga ini terdpat 122 kelab pencinta alam dengan keahlian 27 ribu ahli berdaftar. Untuk mafaat semua ahli, kursus orientasi alam semulajadi selama 3 hingga 4 minggu dijalankan di Pusat Luar lembah Danum setiap tahun.

Tanggungjawab Sosial Dalam Pusat Luar Lembah Danum
Dewan Undangan negeri Sabah telah meluluskan satu pindaan pada Enakmen Perhutanan Sabah (1968) untuk menaikkan taraf kawasan Konservasi lembah Danum kelas 1 (komersil) kepada kawasan Hutan Simpan kelas 1 (perlindungan) pada 1 Disember 1995 dengan keluasan 438 km persegi dan dirasmikan pada 1986. Pusat ini merupakan sebuah pusat penyelidikan ekologi hutan tropika terpenting di Asia Tenggara dengan usahasama dalam penyelidikan dan program latihan jangka panjang di antara YS, Jabatan Perhutanan Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah dan Royal Society United Kingdom. Daripada 103 projek yang dikendalikan di Pusat ini, satu kajian utama telah dihasilkan dan diterbit iaitu "Philosophical Transactions of The Royal Society (1992). Jurnal-Jurnal juga diterbitkan dan kertas kerja-kertas kerja berkaitan dengannya telah dibentangkan dalam persidangan antarabangsa mengenai biologi dan konservasi hutan Borneo pada 1990. Seramai 15 orang rakyat Malaysia telah menerima ijazah tinggi melalui program ini sejak 1986.

Tangungjawab Sosial Dalam Kawasan Konservasi Lembangan Maliau
Lembangan Maliau seluas 39000 hektar terletak di selatan Sabah. Ia terdiri daripada dua pembentukan asas hutan iaitu Hutan Climatic Climax dan Edaphic Climax. Di bawah Rancangan Pengurusan Hutan YS 1984 -2032, Lembangan Maliau dan Lembah Danum seluas 43800 hektar dikhaskan untuk tujuan konsevasi. Pada 1988, YS bersama World Wide for Nature (WWF) Malaysia telah membuat ekpedisi saintifik pertamanya di Lembangan Maliau. Ekpedisi kedua pula dilakukan pada mei 1996 bersama YS dan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan sukarela dari seluruh dunia. Antara kemudahan utama terdapat di Lembagan Maliau ialah stesen luar lembangan Maliau atau pondok camel trophy setinggi 100 kaki, kemudahan pendaratan helikopter dan denai hutan sepanjang 50km antara Lembangan Maliau dan Puncak Gunung Lotung.

Rakan Luar Negeri
YS melalui ICSB telah menjalankan usahasama dengan beberapa institusi utama dari luar negeri di dalam pelbagai bidang program penyelidikan dan latihan, seperti:

a. The Royal Society United Kingdom (RSUK)
Membuat perkongsian dalam program penyelidikan dan latihan di Lembah Danum dalam bidang komposisi hutan asli dan proses pemulihan selepas pembalakan. Satu kajian telah diterbitkan iaitu "Philosophical Transactions of The Royal Society (1992).

b. International Cooperation Agronomic Research for Development
(CIRAD-Forest) Perancis.
Pada 1989 satu kerjasama dimulakan dalam bidang peningkatan pokok, percembahan benih dan invitro kultur yang bertujuan penyelidikan dan membangunkan teknik pengeluaran bahan penanaman yang bermutu untuk perladangan rotan dan pokok di Pusat Perhutanan Luasong. Pada 1992 satu lagi memorandum persefahaman diadakan untuk mengukuhkan lagi pembangunan Sistem Informasi Geografi dan penggunaan kayu.

c. Sewdish Univerity of Agricultural Sciences (SUAS):
Pada 1990, satu MOU dimertai antara SUAS, RBJ dan ICSB bai mengendalikan penyelidikan operasi ke atas pembalakan terarah dan pencantasan pokok menjalar untuk mengurangkan kerosakan kawasan hutan. Percubaan telah dilakukan di Hutan Simpan Kalabakan.

d. Forest Absorbing Carbon Dioxide Emissions (FACE) Foudation,
The Netherlands.
FACE adalah konsortium syarikat Belanda 1991, bertujuan penyelidikan dan menanam pokok untuk mengofset karbon dioksida yang dikeluarkan oleh stesen janakuasa. FACE dengan kontraktornya RJB menanam pokok seluas 150 ribu hektar sepanjang 25 tahun. Innoprise FACE projek dengan spesis dipterocarp asli, telah melabur dalam satu program penyelidikan dan pembanguan bagi menghasilkan teknik percambahan tumbuhan dan jadual penanaman yang sesuai. FACE memulihara 1000 hektar kawasan yang telah dibalak setiap tahun sepanjang 23 tahun.

e. New England Power (NEP) Company, USA
Syarikat New England Power [NAP], bertujuan mengofset keluaran karbon dioksida semasa fotosintesis oleh hutan tropika melalui pendekatan "Pengurangan Kesan Pembalak" [RIL],dan bukan penanam semula. Kontrak skim pertama untuk tiga tahun dimeterai pada 1992 dan berjumlah US$500 ribu. Kos pembalakan dan pencantasan pokok menjalar di kawasan percubaan seluas 1,415 hektar di bayar oleh NEP bagi mewujudkan satu piawai alam semesta yang tinggi.

f. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia [FRIM]
Satu memorandum persefahaman [MoU] pada 1991 bagi tempoh 3 tahun telah dimeterai antara RBJ dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia [FRIM] bagi menjalankan usahasama program penyelidikan dan pembangunan mengenai rotan dan kayu di Pusat Perhutanan Luansong. MoU dilanjutkan lagi pada tahun 3 Januari 1995 sementara pada 7 September 1995 satu lagi MoU antara Universiti Pertanian Malaysia [UPM] dengan RBJ telah termeterai mengenai pembangunan kakitangan dan program latihan.

 
Pada 1995 satu PoO telah ditandatangani antara tiga organisasi iaitu International Research Centre for Agricultural Sciences [JIRCAS], FRIM dan RBJ atau dikenali sebagai projek FRIM-JIRCAS - RBJ yang bertujuan membuat penyelidikan tentang ekologi dan pengawalan serangga perosak "Hypsiply" di kawasan perladangan RJB.

2. PENGANGKUTAN
YS telah melibatkan dalam bidang perkhidmatan pengangkutan terutama perkapalan yang bertujuan menjadi sebuah organisasi yang prograsif dan memberi perkhidmatan yang efisien. Melalui Yayasan Sabah Shipping Sdn. Bhd. (YSSSB) yang ditubuhkan pada 1970, YS telah mengendalikan tujuh buah kapal Malaysia y ang berdaftar dengan jumlah DWT 8,000 setiap sebuah. YS juga telah mengadakan usahasama dengan Eastern Prime Line Ltd Hong Kong di bawah nama Yasa Nanzai Shipping Incorporated pada 1971 yang memberikan perkhidmatan perkapalan pengangkutan kargo, kayu balak, produk perkayuan dan kargo pukal.

Safond Shipping Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1983 telah membeli tujuh buah kapal siri Kinabalu daripada Yasa Nanzai Shipping Incoporated didaftarkan di Labuan. Ia juga mengendalikan14 buah kapal bagi pengeksportan balak tetapi apabila kerajaan negeri menyekat pengeksportan kayu balak pada tahun 1993, YSSSB telah menjalankan program rasionalisasi perkapalan dimana beberapa buah kapal sahaja digunakan. YSSSB secara agresiif untuk merebut peluang perniagaan kayu balak di Kepulauan Pasifik seperti Solomon dan Papua New Guinea untuk dihantar ke negara-negara Timur Jauh dan Asia Tenggara. Selain pengangkutan untuk balak, YSSSB juga mengendali perkhidmatan pengangkutan kargo keluli dan kargo pukal termasuk klinker simen dan baja dari Jepun dan Korea untuk dibawa ke negara-negara Asia Tenggara. YSSSB mempunyai 55 pekerja dan 154 kakitangan pelayaran dan mempunyai wakil di Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.

3. PERHUTANAN HILIRAN
Dasar Kerajaan Negeri Sabah untuk menggalak pemprosesan kayu kayan dilakukan dalam negeri maka YS telah mengadakan usahasama dengan beberapa pelabur asing , antaranya ialah:

Pacific Hardwoods Sdn. Bhd.[PHSB]
Pada 1979 YS melalui ICSB telah mengadakan usahasama dengan Kennedy Bay Timber Sdn. Bhd. (KBT) subsidiari milik penuh syarikat Weyerhaeuser dari Amerika Syarikat dengan pemilikan saham KBT [49%] dan ICSB [51%] untuk membina sebuah kompleks bersepadu berasaskan kayu-kayan di Lahad Datu. Pada tahun 1984 International Finance Corporation mengambil 10% ekuiti saham dan menjadikan PHSB milik penuh ICSB pada April, 1989. Ia menyediakan peluang pekerjaan seramai 2500 orang.

Cadenza Corporation Sdn. Bhd.(CCSB)
CCSB ditubuhkan pada 1990 adalah sebuah subsidiari milik penuh ICSB yang menjalankan pemprosesan kayu kayan sekunder tetapi diurus oleh Pacific Hardwoods Sdn. Bhd. Projek-projek pemprosesan kayu-kayan hiliran merangkumi pengeluaran kayu kumai [moulding], papan bongkah [blockboard], kayu tanggam jari [finger-jointing] dan papan lapis separuh siap. Syarikat ini mempunyai 140 orang tenaga kerja.

Innoprise Wood Products Sdn.Bhd.[IWPSB]
WPSB milik penuh ICSB di perbadankan dalam Jun 1990. Aktiviti utama ialah pengeluaran perabot taman untuk dieksport. Spesis kayu yang di gunakan ialah balau "selangan batu". Pasarannya meliputi Amerika Syarikat,United Kingdom,Eropah,Jepun,Australia dan New Zealand. Menyedia pekerjaan seramai 180 orang.

Sinora Industries Berhad (SIB)
SIB diperbadankan pada 24 Disember 1993 untuk menjalankan kegiatan perbuatan dan perdagangan papan lapis,kayu gergaji, venir, kayu bongkah dan kumai serta produk tanggam. SIB mempunyai dua buah anak syarikat milik penuhnya iaitu Sinora Sdn Bhd dan Innora Sdn Bhd. Kapasiti pengeluaran tahunannya ialah 120 ribu meter padu untuk kilang papan lapis, 78 ribu meter padu untuk kilang papan dan 18,000 meter padu untuk kilang kayu. SIB tidak mempunyai konsesi pembalakan tetapi bekalan kayu balak terjamin melalui perjanjian selama lima tahun di antara RBJ dengan bekalan minimum sebanyak 350,000 meter padu kayu balak setahun. Lebih kurang 90% kayu bergergaji dan papan lapis dieksport ke Jepun,Korea,Eropah,Hong Kong dan China dan 75% kayu kumai dan produk tanggam dieksport ke Jepun dan Korea. SIB disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala lumpur [BSKL] pada 3 Julai 1996 dan mempunyai 1,500 pekerja.

Sinora Sdn.Bhd (SSB)
SSB ialah sebuah kompleks memproses kayu dan diperbadankan pada 13 Jun 1974. Kompleks atau Kilang ini mendapat balak bekalan dari kawasan konsesi Yayasan Sabah. Kilang kayu bergergaji dan papan lapis mula beroperasi sejak Januari 1979 dan ditingkatkan pengeluarannya pada 1988 dan 1989 daripada pengeluaran isi padu kilang papan lapis dari 48,000 meter padu kepada 60,000 meter padu setahun dan pengeluaran isipadu kilang kayu bergergaji ditingkatkan daripada28,000 meter padu kepada 48,000 meterpadu setahun dengan belanja RM1.7 juta.

Pada 1992 isipadu pengeluarannya ditingkatkan semula daripada 48,000 m3 kepada 60,000 m3 dan pada tahun 1994 ia sekali lagi mengalami pengembangan yang menelan belanja RM15 juta dengan keupayaan kilang lapis adalah 120,000 m3 dan kilang gergaji 84,000 m3. Hasil keluarnya dipasaran ke negara-negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Pasifik, Asia Barat dan Australia. SSB memberi peluang pekerjaan kepada 1,300 orang.

Innora Sdn. Bhd. (ISB)
ISB ialah syarikat milik ICSB diperbadankan pada 11 April 1990 untuk menjalankan aktiviti pemprosesan kayu hiliran dan nilai tambah. RM3.7 dilabur sebagai modal permulaan untuk mengeluarkan kayu bergergaji berkering tanur dan keluaran kunai. Pada 1991kemudahan pengering tanur ditingkatkan daripada 15,600 meter padu kepada 24,000 meter padu setahun sementara RM1.6 juta dilaburkan untuk mengembangkan isipadu pengeluaran kayu kunai. Hasil produk di pasar ke negara-negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Pasifik dan Australia. Sehingga kini ISB mempunyai nilai pelaburan modal bernilai RM9 juta dan ISB memberi pekerjaan kepada 200 orang.

Sinora Particle Board Sdn. Bhd. (SPBSB)SPBSB diperbadankan Febuari 1991dan milik penuh ICSB. Syarikat pertama di Malaysia Timur untuk menggunakan kayu terbuang dalam pengeluaran produk panel papan serpai. SPBSB mampu menghasil papan serpai sebanyak 60,00 meter padu setahun dengan operasi komersilnya bermula pada Febuari 1994 dan mempunyai nilai pelaburan RM50 juta. SPBSB mempunyai seramai 120 orang pekarja.

Innoprise Integrated Timber Complex Sdn. Bhd.[ IITC]IITC diperbadankan 1986 dan syarikat memiliki kompleks pemporesan kayu milik penuh ICSB. Kompleks ini disewakan kepada Eamawood Forest Sdn. Bhd. (EFSB) sebuah syarikat milik persendirian dan Innoprise Wood Products Sdn. Bhd [IWPSB]. IWPSB milik penuh ICSB menghasil perabot dalaman. EFSB menghasil 2,000 meter padu kayu venier sebulan.

Sabah Rotan Coporation Sdn. Bhd.(SRCSB)
Pada 28 Oktober 1996, satu lagi syarikat milik ICSB ialah Sabah Rotan Corporation Sdn. Bhd. Aktiviti utamanya SRCSB ialah memproses rotan mentah, perkilangan dan menjual barangan perabot rotan. Hasil produknya dipasar dalam negeri dan dieksport keluar negeri seperti United Kingdom dan Singapura. Pada masa ini SRCSB mempunyai 67 orang pekerja.

Tawau Plywood Manufacturing Sdn. Bhd.(TPMSB)
TPMSB ialah sebuah syarikat pengeluar papan lapis, venir, papan bongkah dan papan berlamina adalah syarikat milik penuh Sabah Softwoods Sdn. Bhd pada 1 Febuari 1997. Hasil dipasar di Jepun, Taiwan,Korea,Singapura, Hong Kong, China dan Filipina. TPMSB mempunyai 800 pekerja.

Innoprise Marketing Ltd.[IML]
IML beroperasi sebagai syarikat perdagangan antarabangsa bagi menghasil kayu bergergaji, papan lapis dan kayu lain yang diproses di Malaysia, Amerika Syarikat, Australia dan Amerika Selatan bagi pasaran Eropah.

Innoprise [Europe]Ltd. [IEL]
IEL diperbadankan pada 1989 dan berpusat di London adalah wakil pasar IML di pasaran Eropah.

4. PEMASARAN BALAK

Sabah Berjaya Sdn. Bhd. [SBJ]
SBJ ditubuh pada 1970 sebagai agen jualan dan pemasaran dan balak bulat yang dikeluarkan oleh RBJ daripada kawasan konsesi Yayasan Sabah.

Sabah Melale Wood Indutries Sdn. Bhd.[SMWI]
SMWI ditubuh pada 1978 dan diletakkan di bahagian pemasran balak pada tahun 1991. Aktiviti utamanya ialah pengeluaran dan penjualan kayu bergergaji melalui pemprosesan secara tempatan dalam perjalanan [Local in-transit processing]. Anggaran keluaran tahunannya ialah 18,000-20,000 m3. SMWI menjalankan aktiviti membeli dan menjual balak berkuatkuasa 1 januari, 1995 di samping mengendalikan operasi kilang bergerak bagi pihak RBJ. Pasaran utama ialah Jepun,Korea Selatan,Taiwan,Thailand,negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Singapura,Hong Kong,Mauritius dan pasaran tempatan.

5. PEMBANGUNAN HARTANAH
Bahagian Hartanah [ICSB] terlibat dalam pembangunan hartanah. Melalui Sinsuran Sdn. Bhd. telah menceburkan diri dalam pembangunan harta dengan membangunkan Kompleks membeli belah Sinsuran setinggi 4 tingkat dengan 128 unit di pusat bandar Kota Kinabalu dan pelaburan harta dalam bangunan ibu pejabat Yayasan Sabah. Bahagian harta jug turut menumpukan pada aktiviti komersil hartanah khususnya pembangunan harta, pelaburan harta, pengurusan harta serta senitaman dan hortikultur.

Innoprise Properties Sdn.Bhd. dan Juwitabah Sdn.Bhd. juga mengendalikan aktiviti komersil hartanah Yayasan Sabah. Beberapa projek sedang di rancang termasuk pembinaan 20 tingkat bangunan Innoprise, pusat peranginan pelancongan di Kinarut Papar, pembangunan kawasan perindustrian di Tawau dan cadangan pembangunan perumahan untuk kakitangan Yayasan Sabah di Menggatal. Dengan kewujudan IP Real Estate & Landscaping Service Sdn.Bhd. bahagian ini turut melibat dalam bidang seni taman dan pasaran hortikultur.

6. PELANCONGAN DAN PERSANTAIAN

Tanjung Aru Hotel Sdn.Bhd.(Shangri-la's Tanjung Aru Resort [STAR]):
YS melalui ICSB juga turut dalam pebambangunan pelancongan dan persantaian. Dengan pengedalikan Shangri-la's Tanjung Aru Resort [STAR] yang di usahakan oleh Shangrila International Management Ltd. ICSB mempunyai pegangan saham sebanyak 60%, Perlis Plantations Bhd.[20%] dan Kuok Brothers Sdn.Bhd.[20%]. STAR ialah sebuah pusat peranginan pelancongan yang mempunyai 500 buah bilik serta dikelilingi oleh taman landskap seluas 23 ekar serta kemudahan lain seperti dewan persidangan,marina,kolam renang dan gelanggang tenis. STAR mempynyai 719 orang pekerja.

Innoprise Jungle Lodge Sdn.Bhd.[IJL]
IJL syarikat milik penuh ICSB di perbadankan pada 13 Julai 1990. IJL mengendalikan dan menguruskan Borneo Rainforest Lodge, sebuah kemudahan eksklusif bagi pelancong sejarah alam semulajadi yang terletak di kawasan Konservasi Lembah Danum. Ia menarik pelancong atasan daripada Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Jepun.

Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. [BNT]
Beroperasi pada September 1996 dalam kegiatan pelancongan yang melibatkan pelancongan dalam negeri dan luar. BNT sebuah subsidiari milik penuh ICSB diperbadankan pada 22 November, 1990.

Travel- Rent- A-Sdn. Bhd.
Dengan pemilikan ekuiti ICSB 60% ekuiti dalam Travel-Rent-A-Car Sdn. Bhd.. Secara tidak langsuang ICSB telibat bagai menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penyewaan kereta bagi tujuan pelancongan.

7. PELABURAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Penglibatan dalam pelaburan dan pembangunan perniagan YS melalui ICSB telah langsung dalam:

Norsechan Sdn. Bhd.(NSB)
NSB ditubuh1980 dengan pegangan ekuiti 51% oleh ICSB daripada Permodalan Bumiputera Sabah Sdn. Bhd. dan Hexza Corporation Berhad pada tahun 1996. Kegiatan perniagaannya ialah pembuatan dan penjualan formalin dan pelbagai jenis formaldehyde adhesive resins yang digunakan dalam pengeluaran papan lapis dan produk panel yang lain. Kedua -dua kilang ICSB [Sinora dan PH] mendapatkan bekalan glu daripada Norsechem.

Shell Timur Sdn. Bhd. [STSB]
Diperbadankan dalam bulan Januari 1984 bertujuan memasarkan keluaran minyak di Sabah dan Sarawak. Dalam bulan April 1989, ICSB mengambil alih 15% saham di STSB. STSB mengoperasikan 11 depoh minyak , enam depoh penerbangan, tiga kilang pengisian cecair gas petroleum, lebih daripada 100 buah stesenpetrol di Sabah dan Sarawak. Ia juga mengoperasikan sebuah kilang pencampuran pelincir di Kuching

Jeroco Plantations Sdn. Bhd. [JP]
Diperbadankan 1980 bagi mengendalikan pembangunan minyak kelapa sawit, koko, rotan dan perladangan jelutung di Lahad Datu. ICSB memegang 30% dan Hap Seng Consilated Bhd memegang 70%. Sehingga kini, syarikat ini telah menanam 9,922 hektar dengan minyak kelapa sawit,koko dan rotan. Ia mempunyai 1,386 pekerja.

Ridgelands Investment Inc. [RII]
RII ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti pelaburan portfolio dan pengurusan perbendaharaan antarabangsa. RII ialah satu-satunya pemegang saham Innoprise Investment [HK] LTD iaitu sebuah syarikat pelaburan portfolio bagi Hong Kong.

Innoprise International Inc. [III]
Syarikat pemegang Yasa Nanzai Shipping Co Ltd, Yasa Nanzai Maritime Inc, Ridgelands Investment Inc, Innovision [PNG] Pty Ltd, Innoprise Marketing Ltd dan Innoprise [Europe] Ltd. Ia juga bertindak sebagai sebuah syarikat pelaburan dan pemegang bagi pelaburan ICSB di luar negeri.

Innoprise Capital Sdn. Bhd. [ICS]
Ditubuhkan pada 22 Januari 1996 dibawa nama Langkapadu Sdn. Bhd dan kemudiannya ditukar nama kepada Innoprise Capital Sdn. Bhd pada 22 Julai 1996. Ia menjalankan aktiviti perdagangan saham di Malaysia.

RUMUSAN
YS telah meningkatkan imej dan identitinya bukan sahaja sebagai sebuah institusi pembangunan sosial tetapi juga sebuah badan komersil dalam negeri dan luar negara melalui pelbagai strategi amalan perhubungan awamnya. Ke arah mencapai misi ini, YS telah mengambil banyak pendekatan PRnya melalui komunikasi dua-hala atau semestrik dual-hal. Ini terbukti apabila YS lebih mendomanasikan komunikasinya dengan mengadakan seminar, persidangan, lawatan, penubahan pusat-pusat bantuan di luar bandar seperti Pusat Bakti Ikhlas. Selain itu, YS telah dan sedang giat mengadakan usahasama penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian khususnya perhutanan dengan disokong oleh banyak perjanjian persefahaman (MOU) diantara YS dengan beberapa institusi dalam dan luar negeri. Melalui pelbagai usaha ini YS telah kini telah dikenali di dalam dan luar negara.

LAMPIRAN-LAMPIRAN
Sila lihat salinan lampiran sebagai pemaklumatan publik. Penawaran Biasiswa, Kursus , pameran dan pelawaan tender disiarkan dalam media massa iaitu akhbar.

RUJUKAN:
Muhamad Rosli Selamat (1999) Strategi Perhubungan Awam KOM3102 1-5/10.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Risalah. Yayasan Sabah: Jabatan Komunikasi Korporat.
Manual Perhubungan YS/ICSB Mei 1994. Yayasan Sabah:Jabatan Komunikasi Korporat.

Risalah Yayasan dan Innoprise Corporation Sdn.Bhd. Yayasan Sabah: Jabatan Komunikasi Korporat.
Booklet INNOPRISE CCORPORATION SDN.BHD (1996).Yayasan Sabah: Jabatan Komunikasi Korporat.
Booklet YAYASABN SABAH (1966-1996). Yayasan Sabah: Jabatan Komunikasi Korporat.
Mohd.Hamdan Adnan (1993) Teknik Perhubungan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.