
|
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU |
KOM3088,
PEMBELAJARAN PERSENDIRIAN
sebelum balik depan
Pensyarah : Muhamad Rosli Selamat
Disediakan: Hajimin Hj.Maslin, J05475, B.Comm 7-8
Arahan Tugasan KOM3088
Pembelajaran Persendirian
Kursus tersebut akan ditawarkan kepada pelajar B.Comm.(PJJ) pada semester
akhir pengajian. Walau bagaimanapun pelajar boleh memulakan proses pembelajaran
persendirian berkenaan sebelum semester akhir pengajian masing-masing.
Orientasi Pembelajaran Persendirian adalah menghasilkan satu hasil kerja
atau projek akademik yang diurus sendiri oleh pelajar yang berteras kepada penghasilan
satu hasil KERJA ASLI (yang tidak ditiru, diciplak atau dipindah-milik).
Projek akademik yang boleh dikategorikan sebagai kerja pembelajaran
persendirian adalah;
Melakukan satu kajian, penyelidikan atau tinjauan mengenai sesuatu
fenomena atau isu komunikasi yang hasilnya dikemukakan secara bertulis. Penghasilan kerja
dilakukan berdasarkan kaedah penyelidikan komunikasi yang menggunapakai pendekatan
penyelidikan dan aplikasi statistik.
Membuat dokumentasi secara bertulis dan audio/visual mengenai sesuatu
fenomena atau isu komunikasi yang hasilnya dikemukakan secara audio/visual dan bertulis.
Sebarang kerja yang boleh diklasifikasikan sebagai satu projek akademik
yang boleh menjana satu pengetahuan baru.
Kandungan Penulisan Laporan Projek Berdasarkan Kajian
Pengenalan (Latar belakang kajian, Pernyataan masalah, Objektif dan
kepentingan kajian)
Ulasan bahan bertulis/ Rangka konsep/ Rangka teori
Kaedah kajian
Hasil kajian dan perbincangan
Ringkasan, kesimpulan dan cadangan
Komponen Projek Dokumentasi Audio/Visual
Tatacara dokumentasi secara bertulis
Hasil kerja lengkap yang dikemukakan melalui CD, kaset video, dll
*Format dan panduan lengkap kepada penyediaan hasil kerja KOM3088 akan
diberikan kepada pelajar pada perjumpaan bersemuka ke-2 semester 7.
###
|