| PENGUCAPAN AWAM KOM 3010 MENGKRITIK UCAPAN Nama-Nama Ahli Kumpulan EH3M: PRAWACANA Kertas ini dikemukakan kepada pensyarah Encik Abdul Muati @ Zamri Hj Ahmad selaku pensyarah KOM 3010 Pengucapan Awam untuk ulasan, komen dan seterusnya penilaian kepada hasil kerja kumpulan EH3M. Kertas ini mengandung lima bahagian iaitu prawacana, profail pengucap, ringkasan idea ucapan, komentar ucapan dan teks penuh ucapan. Sebagai makluman teks ucapan ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perhimpunan Agung MCA yang ke-31 di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1983 di hadapan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti MCA Malaysia. Teks ini adalah merupakan teks ucapan berbentuk politik dan disampaikan sempena perasmian mesyuarat Agung MCA yang kali ke31. Walaupun ucapan ini berbentuk politik tetapi intasari ucapan ini adalah dianggap ideal dan umum kerana mesejnya sederhana dan sesuai untuk semua kaum di Malaysia. Mesejnya jelas dan ringkas tetapi padat dan meliputi persoalan-persoalan aspek politik, perpaduan, kerjasama, nilai murni masyarakat, dasar -dasar dan undang-undang, dan juga kebudayaan. Hasil kertas kerja ini merupakan hasil kerja kolektif yang seimbang. Setiap ahli telah memberi kerjasama seperti yang diperlukan sama ada daripada aspek sumbang idea, pendapat dan penyertaan perbincangan sehingga kertas kerja ini siap. Sekian. KUMPULAN EH3M - B.COMMII Mei 99/2000 PROFAIL PENGUCAP Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad: Pendidikan: Pengalaman Kejaya Dalam Kerajaan: Pengalaman Kerja Sendiri: Penglibatan Dalam Politik: Sungguhpun kalah dalam pilihanraya tetapi atas kepercayaan dan keyakinan kepimpinan parti terhadap keupayaan dan kebolehannya, maka Dato' Seri telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1973 tetapi tidak lama kerana telah meletak jawatan tersebut untuk membolehkanya bertanding semula dalam pilihanraya umum pada tahun 1974 sebagai calon Barisan Nasional di Kawasan Kubang Pasu. Dalam pilihan raya tersebut, Dato' Seri menang dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam karbinet pertama Parti Barisan Nasional di bawah pimpinan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak pada tahun 1974. Pada 5 Mac 1976, Dato' Seri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran. Apabila rombakan karbinet pada Januari 1978, Dato' Seri bertukar portfolio dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Sebagai menteri di kementerian yang baru, Dato' Seri telah mengetuai beberapa rombongan penggalakan pelaburan ke Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain dengan jayanya. Pada tahun 1975, beliau menjadi salah satu ahli daripada tiga orang Naib Presiden UMNO dan kemudian sebulat suara melantik Dato' Seri sebagai Timbalan Presiden parti di Persidangan Agung UMNO dalam tahun 1978 dan akhirnya dilantik sebagai Presiden Parti UMNO pada bulan Jun 1981. Dato' Seri telah dipilih dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 di hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ahmad Shah di Istana Negera Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Tun Hussein Onn pada pukul 11.00 pagi bersamaan hari khamis 16 Julai 1981 dalam usia 55 tahun menggantikan Dato' Hussein Onn yang telah bersara atas sebab-sebab kesihatan. Kalau sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia seperti Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak dan Dato' Hussein Onn mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang tetapi Dato' Seri adalah berkelulusan dalam bidang perubatan Kurnian oleh Kerajaan: RINGKASAN IDEA-IDEA UTAMA (1) Ucapan terima kasih atas jemputan. (2) Ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan (Kepimpinan): (3) Perpaduan dan kepentingannya: (4) Demokarasi dan masyarakat: (5) Politik dan masyarakat: (6) Kebudyaan dan masyarakat: (7) Nilai-nilai murni dan masyarakat: (8) Agama dan masyarakat: (9) Dasar-Dasar Negara dan Identiti Negara KRITIK KUMPULAN TERHADAP TEKS UCAPAN Kumpulan EH3M akan membuat ulasan dengan melihat daripada dua aspek iaitu pengucap atau penyampai ucapan dan yang kedua berdasarkan format ucapan yang ditentukan dalam modul KOM3010. Pengucap mempunyai kelayakan untuk menyampai ucapan di pehimpunan itu kerana beberapa faktor berikut:
Format ucapan hendaklah mengandung tiga elemen iaitu pengenalan, isi dan penutup. Kumpulan bersependapat bahawa: 1. Bahagian Pengenalan
1.4 Preview: Pengucap tidak melakukan 'Preview" 2. Bahagian Isi kandungan Teks Ucapan:
2.2 Aspek
bahasa:
2.3 Kategori Ucapan;
3 Penutup: UCAPAN PERDANA MENTERI Saya merasa amat sukacita kerana dapat menghadiri dan berucap di majlis pembukaan Perhimpunan Agung MCA pada pagi ini. Tahun lepas, sebagaimana saudara saudari maklum, saya tidak dapat menghadiri majlis yang sama kerana pada waktu itu saya terpaksa ke luar negeri. Banyak perubahan yang telah berlaku dalam masa setahun yang lalu. Bagi MCA, satu perubahan yang terpenting ialah pengunduran Datuk Lee San Choon sebagai Presiden Parti. Pengunduran Datuk Lee bukan sahaja merupakan satu kehilangan kepada MCA tetapi juga kepada Barisan Nasional, Kerajaan dan negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Lee di atas segala sumbangannya kepada Barisan Nasional khususnya, dan kepada Kerajaan dan negara amnya. Saya cuma dapat mengharapkan agar Datuk Lee akan terus memberi sumbangan khidmatnya dengan apa jua cara kepada Barisan Nasional dan negara selaras dengan tradisi kita di mana setiap orang anggota parti, walau apa pun kedudukan dan jawatannya dalam parti, akan terus bersama-sama mendukung cita-cita murni Barisan Nasional dan Kerajaan. Perletakan jawatan oleh Datuk Lee adalah satu teladan yang amat baik yang patut dicontohi bukan saja oleh lain-lain ahli MCA tetapi juga semua ahli politik. Beliau telah meletakkan jawatan dengan cara yang cukup teratur,tanpa paksaan oleh sesiapa dan dengan tidak meninggalkan 'time-bomb' atau dengan apa-apa muslihat. MCA patut menyanjung tinggi khidmat dan sikap Datuk Lee San Choon itu. Negara kita telah maju setapak demi setapak dengan kesedaran sebilangan besar rakyat dan parti-parti komponen Barisan Nasional tentang pentingnya hakikat "bersatu kita teguh bercerai kita roboh". Ciri-ciri masyarakat dan negara kita benar-benar menunjukkan betapa pentingnyakita memupuk dan meletakkan asas-asas yang kukuh ke arah mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Perpaduan dan keharmonian di dalam sebuah negara majmuk seperti negara kita adalah faktor utama. Tanpa perpaduan dan keharmonian , bukan sahaja sukar untuk kita mencapai kemakmuran dan kemajuan yang lebih tinggi, bahkan kita mungkin akan kehilangan segala-galanya. Walaupun negara kita merupakan sebuah negara yangmempunyai berbagai sumber kekayaan dan kita mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam masa yang singkat, ini semua mungkin menjadi impian semata-mata jika kita tidak memberi keutamaan kepada perpaduan dan keharmonian. Mungkin ada mereka yang tidak insaf dengan hakikat ini. Mungkin ada mereka yang terbawa-bawa oleh emosi dan sanggup mempertarungkan nikmat leamanan dan kestabilan, seolah-olah huru-hara dan malapetaka buatan manusia tidak akan menimpa kita. Sebenarnya huru-hara dan malapetaka tidak pernah jauh dari kita. Selagi ada kumpulan, walau kecil sekalipun yang memandang ringan kepada perpaduan dan keharmonian, kita harus berwaspada bahawa keadaan kita adalah seperti keadaan telur di hujung tanduk. Memandang kepada keadaan ini tidak ada seharusnya ada orang yang waras fikiran yang sanggup menukarkan keamanan dengan kekacauan, kemakmuran dengan kesusahan, masa depan yang penuh harapan dengan penderitaan. Dalam negara yang demokratik seperti Malaysia kita mempunyai banyak kebebasan. Tetapi kebebasan ini bukanlah untuk disalahgunakan oleh sesiapa bagi sesuat kepentingan yang jelas bertentangan dengan kepentingan nasional. Sudah tentu kebebasan ini bukan untuk kepentingan diri. Di Malaysia di mana penduduk terdiri daripada berbagai kaum, banyak perkara yang sensitif yang jika tidak diurus dengan diplomasi akan mencetuskan huru-hara. Dalam Barisan Nasional kita mempunyai cara-cara dan forum tertentu untuk membincangkan masalah-masalah yang sensitif. Begitu juga Kerajaan mempunyai saluran dan forum tertentu, terutama bagi parti komponennya, untuk membincangkan perkara-perkara yang sensitif. Melalui saluran dan forum ini, perbincangan tanpa emosi dapat dibuat dan segala keraguan, salah tafsiran atau kesilapan dasar boleh diatasi. Dengan ini rakyat tidak akan berasa 'agitated', kestabilan politik tidak akan tergugat dan para pengusaha, peniaga dan pelabur tidak akan merasa terancam. Saya sedar akan peranan isu-isu yang sensitif dalam usaha mencari populariti. Tetapi dalam Malaysia, kita tidak dapat bercakap dengan satu kaum sahaja tanpa didengari oleh kaum lain. Saya ingin menasihatkan bahawa taktik mencari populariti melalui isu sensitif munkin akan 'backfire' dan membawa kesan yang buruk. Sepertimana tuan-tuan dan puan-puan maklum, saya suka berterus -terang. Baru- baru ini soal penyerapan nilai-nilai Islam telah ditimbulkan oleh beberapa pihak. Oleh itu saya fikir perlu saya jelaskan di sini tentang perkara ini. Sebenarnya sewaktu kita mencapai kemerdekaan kita telah bersetuju bahawa agama Islam ialah agama rasmi, "but orther religoins may be practised in peace and harmony in any part of the Federation". Peruntukan dalam Perkara 3 ini menyebabkan kerajaan menolak desakan daripada pihak-pihak tertentu supaya undang-undang Islam dikenakan kepada orang-orang bukan Islam. Jika orang Islam mahu undang-undang dikuatkuasakan keatas mereka, ini adalah hak mereka. Mereka juga berhak membuat interpretasi mereka terhadap undang-undang Islam dipaksa supaya diterima oleh orang bukan Islam. Jikalau hari terdapat mana-mana negara di dunia yang menguatkuasakan undang-undang Islam keatas orang bukan Islam, ini bukanlah kerana ajaran Islam, tetapi adalah kerana keangkuhan pemerintahn yang sanggup membelakangkan ajaran Islam yang sebenar. Kerajaan Malaysia yang ada sekarang tidak sanggup membelakangkan ajaran Islam dan mengenakan peraturan Islam ke atas bukan Islam. Nilai-nilai Islam bukan bermakna undang-undang Islam. Sebenarnya nilai Islam tidak jauh berbeza daripada konsep baik- buruk yang universal. Apa yang dianggap baik oleh orang yang waras juga dianggap baik oleh Islam, dan buruk dianggap buruk. Oleh itu penyerapan nilai-nilai Islam oleh kerajaan tidak menghancurkan nilai-nilai yang lain yang terdap[at di Malaysia. Tetapi kerajaan ini ada trend yang tidak sihat dari Barat, yang bertentangan dengan nilai Islam dan juga nilai-nilai universal, yang malangnya diterima oleh orang yang waras. Di Eropah sekarang ini orang berbogel di tengah-tengah bandar, perempuan boleh berkhawin dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, adultery, sodomy dan lesbianism diterima sebagai perkara biasa. Hormat-menghormati antara manusia sesama manusia, atau pengikut dengan pemimpin tidak diberi keutamaan. Kata-kata kotor sengaja diguna oleh lelaki dan perempuan. Hisap ganja bahkan dadah lain dipandang sebagai hak asasi manusia. Hak individu dianggap lebih penting daripada hak masyarakat. Menimbulkan kacau-bilau dalam masyarakat juga menjadi hak. Amanah dan berpegang kepada janji tidak lagi dianggap penting bagi masyarakat Barat. Trend di Barat ini sudah menular ke Timur dan Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa apa yang diterima oleh Barat boleh diterima oleh kita. Islam tidak dapat menerima nilai-nilai seperti ini. Dan saya yakin semua orang yang waras dari apa juga agama tidak boleh menerima keruntuhan akhlak seperti ini. Yang boleh kita semua terimaialah nilai-nilai kebudayaan Timur yang juga merupakan nilai universal yang asli. Dan hampir semua nilai-nilai ini adalah sama dengan nilai-nilai Islam. Oleh itu penyerapan nilai-nilai Islam tidak menjejaskan mana-mana kebudayaan lain dan tidak akan merupakan satu tekanan kepada orang bukan Islam di Malaysia. Ini saja yang dimaksudkan oleh kerajaan dengan penerapan nilai Islam. Tidak ada hak sesiapa yang disentuh. Jika gadis cina hendak memakai cheongsam tidak ada ketegahan, tetapi kalau hendak berbogel di jalan, saya fikir orang cina pun tidak boleh terima. Begitu juga di Hongkong, apabila kerajaan penjajah ingin membenarkan perhubungan antara lelaki dengan lelaki mengikut kegemaran orang British, penduduk cina di Hongkong membuat bantahan. Orang Islam sudah tentu akan memprotes - di sini dapat dilihat nilai Islam adalah sama dengan nilai orang cina umpamanya. Kerajaan tidak berniat untuk memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam atau patuh kepada undang- undang keluarga Islam. Cuma nilai Islam yang rata-rata sama dengan nilai kaum lain di Malaysia yang akan diserapkan oleh kerajaan. Oleh itu saya harap isu ini tidak dijadikan isu politik dalam parti atau luar parti. Saya khuatir keharmonian dan keamanan dalam negara akan terancam. Segala perubahan yang dibuat ahkir-ahkir ini, sama ada dari segi pandang ke Timur, Persyarikatan Malaysia dan penswastaan, penerapan nilai-nilai mulia universaldengan nilai-nilai Islam sebagai terasnya, Kepimpinan Melalui Teladan serta gerakan kebersihan dan pengindahan seluruh negara adalah dengan tujuan untuk mengukuhkan ciri-ciri identiti bangsa Malaysia yang berkemampuan dan yang berketahanan. Tetapi, sebagaimana yang pernah saya nyatakan, perkara-perkara yang baik tidak senang diterima orang; bahkan ada sentiasa orang yang menentangnya. Sayangnya di antara yang menentang adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman luas. Sayangnya mereka ini membenarkan 'negativism' menghalng mereka daripada melihat dan menilai kebaikan-kebaikan sesuatu perubahan yang dianjurkan. Kalau diteliti dengan baik-baik dan dengan fikiran yang waras perubahan-perubahan yang dianjurkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Begitu juga, kalau diteliti dan difikirkan secara positif,di antara keburukan ini pun banyak yang boleh diatasi dan ditukar untuk membawa manfaat. Sebagaimana dengan kepercayaan kepada hantu, jika kita selalu membincang dan mengkhayalkan tentang hantu, bukan sahaja kita akan menjadi takut dan lemah semangat, malah tidak mustahil kita akan menemui hantu khayalan kita di mana-mana sahaja. Tentulah orang yang berkeadaan seperti ini tidak dapat membuat apa-apa kecuali hidup dengan hantu-hantu buatannya sendiri. Sebaliknya kita tahu mereka yang tidak percayakan kepada khayalan, mereka tidak takut melainkan kepada ancaman yang benar-benar nyata. Saya yakin Perhimpunan Agung MCA ini akan memberi peluang kepada saudara saudari sekalian untuk mengukuhkan lagi kefahaman saudara saudari tentang segala bidang usaha yang telah dan yang sedang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Gunakanlah persfektif yang wajar untuk meneliti isu-isu yangyang dipersoalkan dan janganlah dibiarkan sentimen menjejas perhitungan saudara saudari daripada melihat sudut-sudut kebaikan sesuatu usaha yang dianjurkan dengan tujuan kebaikan. Akhir kata, dan dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya membuka Mesyuarat Agung MCA yang ke-31 ini dengan rasminya. RUJUKAN: Puan Zurinah Hassan & Nooraziah Mohamad (1986). Profail Pemimpin Malaysia. Kuala Lumpur; Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan. Abas bin Salleh (1992). Koleksi Ucapan Mahathir. Kuala Lumpur; Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan. |