UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
IDEAL-UPM SABAH, KOTA KINABALU

KEBERKESANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI SOSIAL:
SATU KAJIAN KES DI KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI SABAH

sebelum balik depan
Pensyarah: Dr. Ezhar Tamam
Penulis: HAJIMIN MASLIN B.COMM 4 J05474

PENDAHULUAN

1.0. Latarbelakang kajian

Sabah atau sinonimnya dengan panggilan negeri di Bawah Bayu atau "Land below the wind" (Ismaily Bungsu, 1988) dengan keluasan 73,711 kilometer persegi terletak di Utara Pulau Borneo (Rajah 1.0). Sabah (Borneo Utara) mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan secara rasminya merdeka dalam Malaysia pada 16 September 1963. Sabah mempunyai 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih tiga puluh daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.

Sejumlah 350 ribu atau 1/3 daripada penduduk Sabah terdiri daripada kaum Dusun serta membentuk kebudayaan yang dinamik di negeri Sabah (Kitingan, 1982). Dusun kebanyakan tinggal di Keningau dan Ranau (Ismaily Bungsu, 1988). Laporan Buku Tahunan Perangkaan Sabah juga hampir sependapat dengan kenyataan tersebut seperti yang dilapor dan dipetik daripada internet seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.0. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 adalah menunjukkan perbandingan secara ringkas taburan penduduk kaum Dusun dan Kadazan (definasi Kadazan akan diberi dalam soroton literatur). Taburan menunjukkan jumlah penduduk Dusun teramai ialah di daerah Ranau iaitu 39,643 orang dan dikuti di daerah Keningau 35,930 orang, Tuaran 28615 orang, Kota Belud 23,349 orang, Kota Marudu 22,768 orang, Tambunan 17,086 orang, Kota Kinabalu 15,557 orang, Penampang 4,594 orang dan daerah Papar ialah 2,660 orang manakala taburan kaum kadazan teramai ialah di daerah Penampang iaitu 26,161 orang, diikuti Kota Kinabalu 15,740 orang dan daerah Papar 14,552 orang sementara daerah yang lain hanya mempunyai kurang daripada 3,000 orang.

Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial daripada aspek sejarah lisan, struktur sosial, keturunan, kepercayaan, pertanian, bahan-bahan kebudayaan, agama dan amalan adat istiadat. Contoh-contoh persamaan yang signifikan diberi dalam soroton literatur. Sebelum ini, masyarakat Dusun umumnya disifatkan sebagai sebuah mesyarakat tertutup kerana faktor geografi, pengaruh dan amalan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang serta pembangunan nasional amat kurang dinikmati oleh masyarakat Dusun. Dari segi geografi, kawasan masyarakat Dusun seperti daerah Ranau, Kota Belud, Tambunan dan Keningau terletak di kawasan Pedalaman yang mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung-ganang boleh menyukarkan pembinaan jalan raya apatah lagi pembangunan lainnya. Contohnya Kampung Himbaan Ranau hanya dihubungi jalan raya pada 1970 dan elektrik hanya sampai pada September 1991. Situasi ini menunjukkan suatu halangan dan pemisah kepada pengaruh situasi dan sistem kehidupan sosial luar atau umumnya pengaruh globalisasi.

Aspek amalan pula, menurut hasil temubual pengkaji dengan Encik Saimin bin Akar (1998) yang kini menetap di Pekan Tamparuli, Tuaran Sabah (Gambar 1.0), kedatangan ajaran Islam di daerah Ranau hanya bermula sekitar awal 1950’an. Kedatangan anjaran ini pun bukanlah secara langsung tetapi keinginan orang-orang Ranau ingin belajar mengenai Islam, Encik Saimin sendiri datang ke Lebou Estat untuk belajar mengenai agama Islam (Lebou Estat, sekarang kawasan bekas tapak kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Sabah dalam Dearah Kota Kinabalu). Gambar 1.2 menunjukan Encik Saimin dan dua lagi rakan seperguruan bergambar bersama-sama dengan Muhammad Sharif Radin Jaya Winata atau Muhammad Sharif seorang pendakwah agama Islam dari Indonesia pada tahun 1950'an. Untuk belajar mengenai Islam, Encik Saimin dan rakan-rakannya seperti Saidi, Midan, Maran, Hamid, Ghani Gonggot, Saidi Angiran, Hj. Roman, Hj Amin Ali dari Ranau terpaksa berjalan kaki berpuluh batu dan bermalam di pertengahan jalan sebelum sampai ke Lebou Estat. Cabaran dan kesukaran ini telah mengasingkan dan melambatkan pengaruh Islam ke dalam masyarakat Dusun serta memberi implikasi besar bahawa amalan tradisi adat istiadat yang diwarisi daripada nenek moyang terus diamalkan oleh masyarakat Dusun sehingga hari ini. Contohnya "Sogit" atau denda dan upacara-upacara "Ritual" tertentu seperti semasa memula menuai padi, mengubati pesakit dan sebagainya. Dipercayai Islam di Ranau, dikembang sebarkan oleh anak murid Muhamad Sharif seperti Gilang dan Rahaman dari Kota Belud sementara Islam di Keningau disebarkan oleh Sadi Angiran.

Dari aspek pembangunan nasional, masyarakat Dusun telah menerima lebih awal sistem pendidikan di sekolah berbandingan kemudahan yang lain namun bahasa perantara di sekolah tidak merubah sistem komunikasi sosial dan sistem komunikasi keluarga masyarakat Dusun khususnya di rumah. Hal ini disebabkan, rata-rata golongan tua atau ibu bapa tidak pernah bersekolah seperti dalam gambar 1.2, apatah lagi belajar bahasa Melayu. Mereka hanya berpeluang membesarkan anak dan berkerja di kebun atau "Dumea" dalam bahasa Dusun. Ruang dan amalan interaksi kaum Dusun terdiri daripada komunikasi antara perseorangan, komunikasi antara kumpulan dan komunikasi awam. Contohnya komunikasi yang dilakukan dalam situasi keluarga, kumpulan dan rakan sebaya, majlis kenduri kendara, majlis keramaian, gotong royong, mesyuarat keselamatan kampung dan komunikasi dalam aktiviti jualbeli di pasar bulanan yang dipanggil "Tamu atau Badi" dalam bahasa Dusun.

Masyarakat Dusun seperti juga masyarakat lain di Malaysia mempunyai suatu keunikan dan ciri-ciri kehidupan yang dinamik. Antara ciri berkenaan dan menjadi amalan harian masyarakat Dusun ialah apabila ibu bapa pergi kekebun, semua anak-anaknya dibawa bersama. Anak-anak yang boleh melakukan pekerjaan, ianya mesti menolong ayah ibu mengusahakan kebun manakala anak-anak kecil akan ditempatkan di sebuah pondok kecil dalam kawasan kebun yang dipanggil "Sulap" dan dijagai oleh salah seorang abang atau kakak. Tertib waktu akan makan, biasanya ibu dengan dibantu oleh ayah menyediakan makanan untuk ahli keluarga, ketika makan semua anak-anak dipanggil makan bersama-sama. Keadaan sedemikian telah mewujudkan rasa hormat menghormati yang tinggi nilainya dikalangan anak-anak masyarakat Dusun kepada dua ibu bapa mereka.

Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa perubahan sentiasa berlaku dalam tamadun manusia, hal ini merupakan proses okomodasi, satu cabaran dan anjakan pradigma yang turut berlaku dalam masyarakat Dusun hari ini. Tidak dapat dinafikan, pembangunan telah sampai kepada masyarakat Dusun dengan prasarana awam yang menepati keperluan sehingga anak-anak ramai yang mendapat pendidikan di semua peringkat malah ada yang berjaya sehingga ke peringkat doktor falsafah (Ph.d) seperti Dr. Lungkiam Dambul, Dr. Osman Minuddin, Dr. Sahibin Abdul Rahim (Gambar 1.3) dan ramai lagi. Dalam kerjaya politik pula, di tempat kajian ramai yang pandai berpolitik dan ada diantara mereka yang berjaya memegang jawatan menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan, contohnya bekas Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Ghani Gilong seperti yang diberitahu oleh Puan Latifah Hj Aman (Gambar 1.4) kepada pengkaji pada Ogos 2000. Sebenarnya, situasi ini sedikit sebanyak telah banyak mempengaruhi struktur dan formasi sistem hidup dan aktiviti masyarakat Dusun. Sebagai fenomena semasa, antaranya ialah penghijrahan anak-anak untuk mendapatkan pekerjaan di bandar dengan meninggalkan pekerjaan tradisi pertanian dan membiarkan golongan tua terus mengerjakan sektor pertanian sementara sistem komunikasi sosial dan kekeluargaan yang mewarisi penggunaan bahasa Dusun sejak zaman berzaman nampaknya semakin hari semakin tercabar dan pudar akibat golongan muda lebih membudayakan dan mendominasi penggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian dengan rakan sebaya mahupun dengan golongan tua masyarakat Dusun, disebabkan oleh implikasi pengaruh perhubungan sosial persekitaran yang semakin luas. Menurut Erik Erikson (dipetik Siti Hawa Munji & Ma’rof Redzuan, 1990) mendakwa bahawa perhubungan sosial adalah penentu utama personaliti. Maka situasi ini, suatu hakikat yang telah berlaku serta memodifikasi sistem sosial masyarakat Dusun.

1.1. Kenyataan Masalah Kajian:

Sistem sosial masyarakat Dusun walaupun mengutamakan aplikasi hormat menghormati daripada golongan (generasi/masyarakat) muda kepada golongan tua tetapi dari segi interaksi atau komunikasi sosial, mereka amalkan penggunaan komunikasi bahasa yang berbeza. Di kalangan golongan tua menggunakan bahasa Dusun tetapi golongan muda pula menggunakan bahasa Melayu. Situasi ini merupakan suatu keadaan yang menggambarkan bahawa terdapat suatu ketidak keselarasan antara golongan tua dan golongan muda kerana penggunaan bahasa yang berlainan dalam situasi komunikasi sosial yang sebenar. Menurut Siti Hawa Munji & Ma’rof Redzuan (1990) unit keluarga kuat mempengaruhi tingkah laku, sikap, percakapan, nilai dan bahasa. Hujah ini agak sealiran dalam Islam iaitu Rasulullah s.a.w menjelaskan melalui hadisnya yang bermaksud "semua anak dilahirkan di atas dasar fitrah sampai waktunya dia dapat bicara dengan jelas, kemudian ibu bapanya yang boleh menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi (Mustafa Hj.Daud, 1993). Oleh itu, amat sewajarnyalah rasa hormat golongan muda kepada golongan tua di kalangan Dusun digambarkan melalui amalan menggunakan bahasa Dusun dan bukannya menggunakan bahasa Melayu apabila golongan muda berinteraksi atau berkomunikasi dengan golongan tua khususnya dalam situasi sosial seperti perbincangan keluarga, urusan kekeluargaan, urusan permesyuaratan dalam kampung, komunikasi antara jiran sekampung kepada golongan tua dan sebagainya. Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisaa ayat 26 yang bermaksud "sembahlah Allah dan jangan menyekutukan dengan sesuatu apapun, terhadap kedua orang tua hendaklah berbuat baik" (Mustafa Hj.Daud, 1993).

1.2. Objektif Kajian:

Objektif Umum ialah untuk mengenalpasti tahap atau aras keberkesanan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi sosial di kalangan masyarakat Dusun sementara objektif khususnya pula ialah pertama untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda masyarakat Dusun lebih banyak menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Dusun dan keduanya ialah untuk mengenalpasti aras penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat Dusun.

1.3 Sorotan Literatur

Menurut Noran Fauziah Yaakub (1987) bahawa kajian dalam komunikasi sosial dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu komunikasi yang berlaku dari hari ke hari dan komunikasi sosial secara peribadi yang sangat perlu dalam kehidupan manusia. Peranan proses komunikasi sosial adalah untuk membina dan mengekal struktur sesebuah masyarakat. Ini sesuai dengan teori sosial yang mengatakan kawalan sosial perlu untuk mengekalkan nilai dan susunan masyarakat (Noran Fauziah Yaakub,1987). Interaksi sosial adalah dinamik dan kompleks. Misal formasi dan gaya berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan dalam situasi yang berlainan, misalnya status diperolehi dan dicapai dalam masyarakat seperti seorang individu lelaki menjadi abang kemudian menjadi ayah dan seterusnya menjadi datuk atau nenek. Status dicapai pula seperti menjadi wakil rakyat (YB) akan mewujudkan suatu peranan yang berlainan dan sebagainya. Namun, terlalu banyak aspek daripada tingkah laku dan personaliti kita dipelajari melalui pemerhatian dan pengaruh sosial menurut Bandura (dipetik Siti Hawa Munji & Ma’rof Redzuan (1990), di samping kampung dan tempat asal seseorang akan mempengaruhi sikap, budaya dan cara kehidupan.

Menurut Abdul Latiff Johry, seorang pesara dan bekas Ketua Penolong Pengarah, Biro Pembangunan Sumber Manusia, kadazan berasal daripada kata dasar "kedai" atau satu blok bangunan kedai tempat berniaga di pinggir bandar dalam daerah Penampang yang diusahakan oleh orang Dusun. Pengusaha ini diberi gelaran pengusaha kedai atau "Kakadayan" dalam bahasa Dusun. Memandangkan pada ketika itu, Tun Hj. Mohd. Fuad Stephens seorang pemimpin politik Sabah yang berpengaruh berketurunan Inggeris sangat berkeinginan menjadi ketua kaum Dusun tetapi sebaliknya Tun Fuad menyedari hasratnya tidak mungkin tercapai oleh kerana kaum Dusun sudah mempunyai ketua kaumnya sendiri, iaitu " Datuk G.S Sundang Gunsanad, MBE" yang juga Presiden Parti Pasok Momgun berasal dari daerah Keningau. Datuk G.S Sundang Gunsanad ialah adik kepada O.K.K Sedomon bin O.K.K Gunsanad (Gambar 1.5) yang juga bertanggungjawab menubuhkan sebuah parti kaum Dusun yang pertama pada April 1962 iaitu "Tungag Tokou Pasok Momogun Action Party". Atas hakikat ini, Tun Fuad telah memberi gelaran orang-orang Dusun yang menjadi pengusaha kedai "Kakadayan" di daerah Penampang itu kepada "Kadazan" . Dengan adanya gelaran ini maka hasrat Tun Fuad menjadi ketua kaum mungkin akan tercapai. Ini bermakna kadazan adalah cetusan idea pemimpin politik Sabah. Namun menurut Dr. Jacqueline (dipetik Prof. Mohd. Taib Osman, 1987) Alliston melaporkan mubaligh-mubaligh Roman katholik mula-mula sekali mendapati nama kadazan digunakan di kalangan Dusun Laut. Istilah ini dikatakan berasal daripada perkataan "kakadazan" atau " kakadayan" yang bererti bandar atau penduduk bandar dan perkataan ini luas digunakan apabila timbulnya parti-parti politik tampatan tahun 1960’an. Suatu kesimpulan mengenai kadazan ialah kadazan terdiri daripada kaum Dusun yang tinggal di bandar atau berhampiran dengan bandar, sementara Melayu Brunei dan Bajau menggunakan istilah Dusun untuk penduduk bumiputera yang mengamalkan penanaman padi secara besar-besaran daripada memburu dan berhimpun Dr. Jacqueline (dipetik Prof. Mohd. Taib Osman, 1987). Tidak hairanlah, jika kaum Dusun dianggap sebagai kumpulan pribumi termaju dalam bidang pertanian dan penternakan (dilaporkan http://midc.upm.edu.my/tamadun_asia/nota kuliah/kuliah5&6.htm)

Kaum Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial. Contohnya dalam budaya pemuzikan kaum Dusun amat sinonim dengan beberapa jenis tarian seperti tarian sumazau (Gambar 1.6 ) dan alat muzik seperti Sompoton, Turali, Tongkungon, Tagunggak, Bakokong, Kulintangan Tring, Bungkau dan Gong (Ismaily Bungsu, 1988) sementara kegiatan utama pertaniannya seperti padi sawah, buah-buahan dan berternak ayam itik, lembu dan kerbau.

Kalau kaum Minangkabau di Negeri Sembilan kaya dengan adat resamnya, kaum Dusun juga mempunyai adat dan tradisi yang diwarisi seperti fahaman animist atau mengamalkan agama adat kaum Dusun. Prof. Madya Abu Hassan Sham (1987) melaporkan Prof. Dr. Mohd. Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek moyang. Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik ialah kaum ini mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai balasan baik buruknya. Misalnya apabila berlaku dalam krisis peribadi seperti perkahwinan, kelahiran, sakit, mati, tuah nasib, kejayaan atau kegagalan dan bertani (dilaporkan http://midc.upm.edu.my/tamadun_asia/nota kuliah/kuliah5&6.htm), masyarakat Dusun menyakini bahawa krisis ini dapat diselesaikan melalui upacara-upacara "ritual" tertentu agar kuasa-kuasa ghaib yang baik yang disebut sebagai "kinorohingan" dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib yang jahat atau dipercayai perbuatan syaitan. Menurut Ismaily Bungsu(1988) kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang kinorohingan ialah kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan dengan beberapa lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan. Mengikut adat Dusun, seseorang kaum Dusun lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin selagi dipercayai ada pertalian saudara. Jika berlaku sama ada sengaja atau tidak, pesalah akan pasti dikenakan denda atau yang disebut sebagai "Sogit". Tujuan sogit ini adalah untuk menyejukkan keadaan panas akibat kesalahan. Jika tidak, seseorang itu dipercayai melahirkan zuriat anak nakal atau jahat dan diyakini memberi implikasi buruk kepada masyarakat sekampung berkenaan. Menurut temubual pengkaji dengan Tuan Haji Maslin bin Abdul Fatah (Gambar 1.7), sogit masih dan terus diamalkan oleh masyarakat Dusun sehingga kini.

Dalam aspek komunikasi, masyarakat Dusun menggunakan bahasa dan dialeknya yang tersendiri. Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia, dan sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995). Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antaranya suku bahasa Liwan, Tagas, Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Suku bahasa Liwan lebih mendominasi di daerah Ranau. Melalui kehidupan pengkaji secara etnografi sistem kehidupan masyarakat Dusun selama lebih kurang 39 tahun, pengkaji telah mendapati kaum Dusun di daerah Ranau mempunyai lebih satu dialek bahasa Dusun. Ini dibuktikan menerusi perkataan-perkataan yang digunakan dan gaya (aksen) ucapan seharian yang berbeza. Contoh di bawah, dialek Dusun (DD1) ialah perkataan yang digunakan kaum Dusun dari Kampong Tagudon Lama, Kg. Ratau, Kg. Teralabou, Kg. Kemborongo, Kg. Pahu sementara dialek Dusun (DD2) ialah perkataan yang diucapkan oleh kaum Dusun dari Kampong Bundu Tuhan, Kg.Tomis, Kg.Kiau, Kg. Lingkodau (Tempat Kajian), Kg.Toboh dan Kg. Himbaan. Antara contoh-contoh penggunaan perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu Dialek Dusun (DD1) Dialek Dusun (DD2)

Hujan -Darun -Rasam

Baju -Bangkad -Rasuk

Ubi manis -Kaseu -Weieh

Sungai -Bawang -Ba’ang

Kilat- Genit -Kedumaat

Nakal -Aeutil- Eetiel

Air -Wa’aige -Waig

Guruh -Torogong-Tinggerod

Ke kebun -Mebpanau -Mindahu

Rambut -Tekebok- Tebok

Sejenis Ubi Keladi -Bengolon -Lelendu

Jagung -Tawaran -Luwong

Wajah (muka) -Vores- Tores

Lapar -Vitilon- Lausan

Angin- Sarup- Tengos

Pintu -Nengeben- Teteben

Pemilihan penggunaan dan pemakaian beberapa perkataan dalam bahasa Dusun nampaknya agak ketara tetapi perbezaan ini tidak menjejaskan daripada aspek kefahaman kerana masih banyak persamaan dalam struktur formasi ayat atau pembinaan ayat. Contoh penggunaan perkataan dalam struktur ayat:

DD1: domarun no tadau ba’eno (hari ini hujan)

DD2: romasam no tadau baino

DD1: elundus no vores no (cantik muka kamu)

DD2: elundus no tores no

Mengikut lagenda dan sejarah, masyarakat Dusun adalah berasal dari keturunan "Orang-Orang Nunuk Ragang" dalam daerah Sugut, Sandakan. Memandangkan penempatan orang-orang Dusun diserang oleh musuh yang dipanggil "Ragang Tie" dan manusia bawah tanah, maka Penghulu dan orang-orang Dusun telah berhijrah ke daerah Ranau, Tambunan dan Keningau dengan bantuan ‘Ayam Jantan Sakti". Tidak hairanlah kawasan ini mempunyai penduduk Dusun teramai di Sabah. Daerah-daerah ini adalah suatu kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan telah menjadi salah faktor melambatkan pembangunan dalam masyarakat Dusun. kemunduran dalam masyarakat Dusun pada sekian abad sebelum ini telah menjadikan masyarakat berkenaan terpisah daripada budaya kehidupan masyarakat luar. Hal ini telah menjadikan masyarakat Dusun terus mengamalkan suatu sistem kehidupan yang diwarisi daripada nenek moyang lagi. Contohnya bahasa Dusun yang diwarisi dari nenek moyang telah dijadikan medium komunikasi sosial masyarakat Dusun sama ada dijadikan alat komunikasi antara interpersonal, komunikasi keluarga dan komunikasi kumpulan seperti aktiviti perbincangan dalam keluarga, mesyuarat kampung, gotong royong, berjualbeli semasa "Badi" dan sebagainya.

Menurut teori, peranan proses komunikasi sosial ini adalah untuk membina dan mengekalkan struktur masyarakat (Noran Fauziah Yaakub (1987). Namun, dalam konteks negara majmuk seperti Malaysia, bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang dijadikan sebagai tunggak perpaduan kaum maka bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152. Bahasa ini diaplikasikan di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Strategi yang dilakukan ini telah menampakkan pengaruhnya ke atas bangsa bukan Melayu pada ketika ini kerana bahasa Melayu telah didominasikan penggunaanya oleh masyarakat bukan Melayu. Contohnya bahasa Melayu hampir menjadi medium komunikasi seharian kaum Dusun dan bahasa Dusun hampir dipinggirkan. Bahasa Melayu dijadikan alat komunikasi apabila golongan muda berkomunikasi dengan golongan tua atau ibubapa seperti generasi dalam gambar 1.8. Golongan muda lebih selesa bercakap bahasa Melayu dan golongan tua masih berbahasa Dusun dalam konteks komunikasi keluarga dan sesama tua.

Sebagai harapan untuk menjadikan bahasa menjadi salah satu proses komunikasi sosial dalam membina dan mengekalkan struktur dalam masyarakat khususnya dalam situasi keluarga kaum Dusun, amalan komunikasi tetap mengharapkan agar golongan muda akan terus mengikuti amalan golongan tua bukan sahaja setakat pengetahuan tetapi penggunaan bahasa yang dituturkan seperti golongan tua mewarisi bahasa Dusun daripada nenek moyang sebagai bahasa menunjukkan bangsa atau jiwa bangsa itu sendiri. Namun pada situasi sebenar masa kini, keadaan ini telah tidak lagi mementingkan identiti dan amalan yang diwarisi oleh kaum Dusun, mengakibatkan perubahan kepada bukan sahaja amalan seharian tetapi juga perubahan yang paling besar ialah dari skop penggunaan bahasa Melayu di mana golongan muda menggunakan bahasa Melayu yang lebih luas sementara golongan tua turut bertutur bahasa Melayu dengan golongan muda sementara interaksi dangan golongan sama tua terus mengekalkan penggunaan bahasa Dusun seperti mereka dalam gambar 1.9.

1.4 Pengukuran Pembolehubah

Pembolehubah atau angkubah dalam kajian ini adalah merupakan konsep yang mempunyai nilai-nilai statistik bervariasi yang ingin diketahui dan digunakan untuk menjawab fenomena kajian. Pemilihannya adalah tertakluk kepada kebolehannya untuk menjawab dan relevan kepada persoalaan kajian. Beberapa pembolehubah terlibat dalam kajian ini, iaitu pembolehubah-pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan pembolehubah perantara iaitu penerang kepada tahap hubungan dua pembolehubah.

Selaras dengan objektif umum dan objektif khusus kajian, formasi persoalan dirangka dan dibentuk seperti dalam borang soal selidik Lampiran A. Persoalan-perosalan tersebut dikategorikan kepada dua iaitu maklumat demografi responden dan maklumat umum responden. Maklumat demografi responden terdiri seperti umur, pendidikan, pengetahuan, bahasa, pendidikan dan jumlah ahli keluarga. Gambar 1.10 adalah didefinasikan sebagai termasuk dalam jumlah ahli keluarga dan dijangka implikasinya semakin ramai bilangan ahli keluarga berpendidikan maka semakin ramai bilangan dan semakin tinggi atau kerap menggunakan bahasa Melayu. Persoalan-persoalan maklumat umum pula melibatkan aras pendedahan respondan dalam pengetahuan bahasa Melayu, kekerapan bahasa Dusun dan bahasa Melayu digunakan, tempat dan ruang menggunakan bahasa Melayu adakah di sekolah, di rumah, di tempat kerja atau dalam mesyuarat jawatankuasa keselamatan kampung, kekerapan penggunaan daripada kalangan golongan tua atau golongan muda dan kekerapan dalam interaksi dengan orang lain?. Apakah media cetak dan elektronik seperti television, radio, majalah atau akhbar turut mempengaruhi responden berbahasa Melayu atau Dusun dan seterusnya mengukur mengikut masa lama membaca dalam jam, hari atau sebagainya. Format soalan mengenai media adalah diadaptasi daripada format soalan tugasan 1 yang dibuat oleh Profesor Madya Dr. Md. Salleh Hj Hassan dalam modul Pengenalan Komunikasi Massa Kom 3301, Universiti Putra Malaysia, 2000.

1.5 Kaedah Pengumpulan Data

Umumnya terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk mengumpul data, antaranya kaedah tinjauan, kaedah eksperimen, kaedah analisis kandungan dan kaedah etnografi.. Dalam kajian ini, pengkaji lebih mengutamakan penggunaan kaedah tinjauan dan kaedah etnografi walaupun pengkaji tidak menafikan telah membuat rujukan daripada sumber sekunder seperti hasil kajian dan laporan. Menurut Syed Arabi Idid (1998) tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk mengumpul data daripada satu populasi. Semasa tinjauan dijalankan, satu perhatian utama pengkaji ialah bagaimana mendapat jawapan yang memuaskan, betul dan tanpa diragui daripada responden kerana data dan maklumat yang diperolehi akan dapat membantu pengkaji dalam penyelidikan. Melalui kaedah tinjauan, terdapat dua teknik yang popular digunakan , iaitu teknik temubual bersemuka dan temubual tidak bersemuka sementara teknik yang digunakan melalui kaedah etnografi pula ialah teknik pemerhatian ikut serta dan teknik pemerhatian tidak ikut serta. Namun hanya teknik bersemuka dan teknik pemerhatian ikut serta di peringkat primer (prima), digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini semata-mata memelihara kesahan dan keboleh percayaan data empirik dan maklumat yang diperolehi.

Menerusi teknik bersemuka, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang dipantau sendiri untuk mendapat atau memperolehi maklumat dan data daripada responden secara komunikasi bersemuka. Soalan-soalan yang telah dirangka dan disediakan dalam borang soal selidik telah digunakan sepenuhnya dan dikemukakan sebagai soalan utama ketika temubual dijalankan dengan setiap responden yang dipilih di kawasan kajian. Semasa temubual dijalankan, pengkaji mengemukakan beberapa soalan terus kepada responden berdasarkan soalan yang terdapat dalam borang selidik sementara itu pengkaji juga bertindak mengisi sendiri borang selidik berdasarkan hasil jawapan yang diterima daripada responden. Untuk memastikan pengkaji mendapat data dan maklumat yang tepat, diyakini dan betul maka pengkaji tidak menggunakan khidmat penemubual atau "enumerator" dan juga, pengkaji tidak menggunakan teknik mel dan telefon. Melalui kaedah etnografi atau teknik pemerhatian ikut serta, pengkaji telah berada dalam sistem sosial masyarakat Dusun sejak 12 Jun 1961 lagi serta tinggal di lokasi kajian semenjak 21 Februari 1982 lagi. Ini bermakna dalam jangka masa yang bergitu lama pengkaji berada dalam kehidupan masyarakat Dusun sudah tentu, situasi ini memudahkan pengkaji membuat laporan yang ada kredbilitinya dari segi fakta serta berkebolehan menilai sistem masyarakat Dusun sama ada dari segi budaya, kepercayaan, pengetahuan dan sebagainya tanpa dipengaruhi faktor emosi dan faktor luaran. Contohnya pengkaji dapat menilai antara tradisi tulen dengan tradisi adaptasi. Tradisi tulen mengikut pengkaji ialah bermaksud suatu perbuatan atau kelakuan yang diamalkan secara berterusan semenjak dari nenak moyang lagi hingga ke hari ini walakin kepercayaan (agama) pengamal telah bertukar. Antaranya, Sogit terus diamalkan oleh masyarakat Dusun sama ada yang tiada agama, beragama Islam atau beragama Kristian, sementara tradisi adaptasi ialah tradisi yang disesuaikan mengikut perubahan masa, contohnya dalam perkahwinan, ada orang Dusun yang berkahwin mengikut ala orang Inggeris bagi orang Dusun beragama Kristian atau perkahwinan ala keMelayuan bagi orang Dusun beragama Islam. Pengalaman hidup pengkaji yang begitu lama dalam masyarakat Dusun, telah dapat memperkuatkan lagi kebolehpercayaan data dan maklumat yang terdapat dalam kajian ini.

PERSAMPELAN:

Menurut Buku Perangkaan Sabah 1998 yang dilaporkan oleh internet seperti ditunjukkan dalam Lampiran B, Lampiran C dan Lampiran D. Daerah Ranau mempunyai 49,359 penduduk, di mana 39,643 daripada jumlah tersebut terdiri daripada kaum Dusun. Kepadatan penduduknya bagi 1 kilometer persegi ialah 17 orang pada tahun 1991 berbanding 9 orang pada 1980 dengan taburan peratus penduduk 2.9% pada tahun 1991 berbanding 3.0% pada 1980. Menurut ketua kampung Lingkodau Ranau Encik Gani Gantuong (temuramah 4 Ogos, 2000) di mana kajian komunikasi sosial ini dijalankan, Kampung Lingkodau dalam Rajah 1.3 mempunyai lebih kurang 800 penduduk iaitu 150 ketua keluarga. Sebagai memenuhi objektif kajian, persampelan kebarangkalian berstrata dijalankan, di mana responden telah diambil untuk mengetahui ciri-ciri atau statistik daripada seramai 120 orang responden yang diharap dapat mewakili parameter populasi. Sampel yang diambil terdiri daripada 2 orang responden dipilih dari setiap keluarga yang mewakili golongan tua dan golongan muda. Ini bermakna responden golongan tua ialah seramai 60 orang sementara responden golongan muda juga seramai 60 orang.

KAEDAH ANALISIS DATA:

Data-data dan maklumat-maklumat statistik responden yang telah diperolehi melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan data analisis Statistical Package for Social Science atau SPSS ver. 10.0. Analisis statistik yang telah digunakan ialah "mean, median, mode, standard deviation, variance, range, minimum dan maximum". Sementara analisis statistik inferensi untuk mengetahui "estimation" dan menguji sama ada terdapat perbezaan diantara kumpulan atau mengetahui hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang lain. Selain itu, analisis perbandingan juga dilaksanakan untuk mengetahui kadar frekuensi di antara golongan atau pembolehubah yang dikaji serta ujian signifikannya melalui ujian Khi-kuasadua dan ujian-t. Untuk melengkapkan lagi analisis data dan maklumat kajian ini, analisis hubungan atau perkaitan juga dijalankan melalui ujian korelasi untuk mengetahui nilai indeks yang mengukur kewujudan dan kekuatan perkaitan antara pemboleh ubah. Untuk mengetahui tahap perkaitan itu kuat atau lemah maka Jadual Guilford’s rule of thumb digunakan. Sementara kebolehpercayaan (ketekalan) dan pengesahan terhadap kesesuaian soalan-soalan soal selidik yang dibuat akan dilakukan melalui para uji di kalangan 10% daripada jumlah responden. Pengubahsuaian terhadap soalan akan dibuat sekiranya terdapat hasil maklum balas yang tidak seimbang di kalangan 10% responden yang dilibatkan dalam para uji berkenaan. Tujuan para uji ialah memastikan soalan difahami dan dapat dijawab oleh responden. Melalui pra uji ini akan dapat suatu ketekalan sesuatu alat pengukuran yang dikenali sebagai kepercayaan sementara kesahan ialah sejauh mana ujian tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur (Siti Hawa Munji & Ma’rof Redzuan, 1990).

RUJUKAN:

Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Muzik Instrumental Dan Alat-alat Muzik Dusun Tambunan. (Prof. Dr. Mohd. Taib Osman, Editor 1987). Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia Kumpulan Kertas-Kerja Seminar. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Prof.Madya Abu Hassan Sham (1987). Definisi, Bentuk Dan Fungsi Puisi Rakyat Melayu. (Prof. Dr. Mohd. Taib Osman, Editor 1987). Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia Kumpulan Kertas-Kerja Seminar. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Kitingan, Joseph Pairin (1982) General Introduction to the Culture anda Custom of the Natives of Sabah – the Kadazan (Dusun)". Our Cultural Heritage. Kota Kinabalu: Sabah Kadazan Cultural Association.

Mohd.Taib Osman dan Wan Kadir Yusof (1986). Kajian Budaya dan Masyarakat Di Malysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian pelajaran Malaysia.

Siti Hawa Munji & Ma’rof Redzuan (1990). Pengantar Psikologi. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

S.Nathesan (1995) Laras Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wimal Dissanayake (1993). Teori Komunikasi Perspektif Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Werner J.Severin & James W.Tankard JR (1988). Teori Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syed Arabi Idid (1998). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismaily Bungsu (1988), Beberapa Muzik Sabah. Kota Kinabalu:Jabatan Cetak Kerajaan Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.

Noran Fauziah Yaakub (1987). Pengantar Sosiologi.

Petaling jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nunuk Ragang

http://www.sabah.org.my/kenali_sabah/lagenda_stories/lagenda_nunuk.htm.

Sejarah Moden Sabah

http://www.sbh.lib.edu.my/clh/sejarah/kenali_sejarah.htm.

Penduduk (Termasuk Penduduk Penghitungan Sendiri) mengikut daerah pentadbiran, Kumpulan Etnik Dan Jantina, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, 1991. http://www.sabah.org.my/kenal_sabah/penduduk_1.htm.

Penduduk (Termasuk Penduduk Penghitungan Sendiri) mengikut daerah pentadbiran, Kumpulan Etnik Dan Jantina, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, 1991. http://www.sabah.org.my/kenal_sabah/penduduk_2.htm.

Taburan Peratus penduduk dan Kepadatan Mengikut Daerah Pentadbiran, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. http://www.sabah.org.my/kenali sabah/padat.htm.

Penduduk Sabah

http://www.sabah.org.my/kenal_sabah/penduduk.htm.

Nota Kuliah 5 dan 6 Tamadun Pribumi Malaysia

http://midc.upm.edu.my/tamadun_asia/nota kuliah/kuliah5&6.htm

Mustafah Hj.Daud (1993). Perkahwinan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kenneth D. Bailey (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

L.E.Sarbaugh (1995). Komunikasi Antara Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

LAMPIRAN A

BORANG KAJIAN SOAL SELIDIK

Mustahak:Responden mengisi borang ini dengan di "monitoring" sendiri oleh pengkaji atau penyelidik.

BAHAGIAN A:Demografi

a. Umur pada 30 September 2000: 1. < 15 tahun 2.16-20 tahun 3. 21-25 tahun 4.26-30 tahun 5. 31-35 tahun 6. 36-40tahun 7.41-45 tahun 8. 46-50 tahun 9.> 51 tahun.

b. Pendidikan: 1. Tidak bersekolah 2.Rendah 3.Menengah 4.Diploma 5. Universiti

c. Pekerjaan: 1.Kerajaan 2. Peniaga 3.Swasta 4.Sendiri

d. Jantina:1.Lelaki 2.Perempuan e.Status: 1.Bujang 2.Kahwin ,bil. anak?

BAHAGIAN B: Maklumat Lanjut

1. Apakah bahasa percakapan harian di rumah anda dan kenapa? 1. Melayu 2. Dusun 3.Lain

2. Pernahkah anda mendengar penggunaan bahasa Dusun di rumah anda? 1. Ya 1. Tidak

3. Siapakah yang kerap bercakap Dusun dalam rumah anda? ......................

4. Siapakah yang kerap bercakap bahasa Melayu dalam rumah anda?......................

5. Adakah anda tahu bercakap bahasa Melayu? 1.Ya 2.Tidak

5. Dengan siapa anda bercakap Melayu? 1.Ayah 2.Ibu 3.Abang/kakak 4.Adik 5.Semua

6. Adakah anda tahu bercakap bahasa Dusun? 1. Ya 2.Tidak

7 Dengan siapa anda bercakap bahasa Dusun?.............................

8 Pernahkah ayah atau ibu anda bercakap Bahasa Melayu dengan anda? 1. Ya 2. Tidak

9. Apakah bahasa yang anda gunakan bila bercakap dengan rakan sebaya ? 1. Melayu 2. Dusun

10. Apakah bahasa yang anda gunakan bila bercakap dengan ayah ibu anda? 1. Melayu 2. Dusun

11. Apakah bahasa yang anda gunakan kepada adik /abang /kakak anda? 1. Melayu 2. Dusun

12. Apakah bahasa yang anda lebih selesa bercakap? 1. Melayu 2. Dusun

13. Apakah bahasa yang anda gunakan bila bercekap dengan anak? 1. Melayu 2. Dusun

14. Apakah bahasa yang anda gunakan bile bercekap dengan isteri/suami? 1. Melayu 2. Dusun

15. Adakah anda suka menonton TV? Ya/tidak, Program apakah yang sering ditontoni?......

16. Berapakah anggaran jumlah jam sehari diperuntukkan untuk menonton TV?.......

17. Adakah anda minat mendengar radio? Ya/Tidak, apakah program yang anda pilih?.........

18. Berapakah anggaran jumlah jam sehari diperuntukkan untuk mendengar radio?.............

19. Bahasa apa anda minat baca ketika membaca majalah? 1.Melayu 2. Dusun

20. Berapakah anggaran jumlah jam sehari untuk membaca majalah?.......

21. Bahasa apa anda minat baca ketika membaca suratkhabar? 1.Melayu 2. Dusun

22. Berapakah anggaran jumlah jam sehari diperuntukkan untuk membaca akhbar?....

23. Apakah tujuan anda menonton tv, mendengar radio, membaca akhbar dan majalah?....

24. Bahasa Dusun akan pupus dalam keluarga Dusun? bersetujukah anda dan kenapa?.......

25. Bahasa kadazandusun diajar di sekolah? apa pendapat anda?.................

26. Berapakah ahli keluarga anda yang fasih bercakap Dusun?........................

27. Berapakah ahli keluarga anda yang tidak faham bahasa Dusun?...............

28. Berapakah ahli kerluarga anda yang faham bahasa Dusun tetapi tidak tahu bercakap?.

29. Kenapa anda tidak tahu bercakap bahasa Melayu?......................................

30. Kenapa anda tidak tahu bercakap bahasa Dusun?.......................................................