MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

KOM3003.TUGASAN (3)

sebelum balik depan
Pensyarah : Prof.M.Dr.Musa Abu Hassan 
Disediakan oleh: Hajimin Haji Maslin.No.m.J05475 B.Comm.

Tugasan 3:

Apakah bentuk galakan dan peraturan yang boleh disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk membolehkan ahli-ahli masyarakat menggunakan media dan teknologi komunikasi secara berkesan.

PENGENALAN:
Negara Malaysia adalah sebuah negara berperlembagaan di mana kegiatan hariannya adalah berdasarkan peraturan yang digubal dan juga peraturan semulajadi (nature of law). Tanpa peraturan, sudah tentu sistem kehidupan akan menjadi porak perandah dan kacau apabila sistem hidup dipandu mengikut kemahuan sendiri tanpa mempertimbangkan kepentingan pihak lain dan akhirnya merugikan semua pihak kerajaan dan rakyat .

Dalam perspektif negara Malaysia, rakyat bebas memilih dan memiliki alat media dan teknologi komunikasi tetapi dengan syarat pengeluar, penjual, pengedar dan pengguna sentiasa berada dalam landasan yang ditentukan oleh kerajaan atau ringkasnya menurut peraturan dan undang-undang seperti memiliki lesen kepenggunaan dan operasi. Contoh lesen menjual televisyen dan lesen bagi alat terimaan siaran televisyen dan sebagainya.

Sementara dari segi galakan, agensi kerajaan dan agensi swasta telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan dalam bentuk perkakasan dan perisian atau bahan seperti pembangunan projek mega Multimedia Super Coridor (MSC), pelancaran satelit komunikasi, pengujudan institutsi-institusi pengajian berteraskan media dan teknologi komunikasi, pengurangan duti import, pembentukan kurikulum dan metode pengajaran di sekolah, pemberian pinjaman pembelian, penghasilan produk-produk berinovasi dan pemaklumatan rancangan yang semakin baik turut memberi tarikan untuk menggunakan alat media dan teknologi komunikasi. Namun bagi memenuhi keperluan tugasan ini, perbincangan hanya mencakupi penubuhan dan peranan agensi kerajaan dari penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, Kurikulum dalam pendidikan, Inovasi dan Pemaklumatan Rancangan TV Kerajaan dan Swasta, Kemudahan Pinjaman dan Bekalan.

BENTUK GALAKAN DAN PERATURAN OLEH KERAJAAN

1. Penubuhan Agensi Kerajaan:
Menurut Wan Azmi Ramli, penubuhan Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar bertujuan untuk memaju dan menggalakkan perkembangan sains dan teknologi serta meningkatkan penggunaannya demi meninggikan kehidupan rakyat. Ia juga akan menentukan supaya penggunaan sains dan teknologi yang meluas dan tidak mengakibatkan kesan-kesan negatif demi kesejahteraan rakyat. Ia juga akan menentukan agar kemajuan kebendaan dapat dicapai menerusi sains dan teknologi dan tidak mengakibatkan pencemaran tumbuhan dan hidupan liar secara berleluasa. Selain itu Kementerian Penerangan juga berperanan untuk mengawalselia melalui perlesenan dan kawalan pemaklumatan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

2. Pemberian Lesen;
Di bawah peraturan-peraturan penyiaran (lesen-Lesen bagi alat terima siaran televisyen dan untuk berniaga alat terimaan siaran radio dan televisyen) 1991 (peraturan 5) pemilik perlu mempunyai lesen, lihat contoh lesen televisyen dalam lampiran. Kerajaan atau pihaknya mengikut budibicaranya boleh mengeluarkan lesen pemilikan alat, penerbitan, pemaklumatan awam. Antara agensi media yang telah mendapat lesen dan beroperasi di negara ini ialah NST, Berita Harian, Harakah, Eksklusif, Utusan Malaysia, The Borneo Post, ASTRO, MEGATV, Syarikat TV3, Syarikat NTV7, Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan MIMOS. Pemberi lesen ini bukan sahaja satu bentuk galakan kepada penggunaan media dan teknologi komunikasi tetapi juga merupakan salah satu langkah pendemokrasian maklumat di negara ini dibawah kebebasan asasi seperti termaktub dalam Bahagian 2 perlembagaan Malaysia. Contoh di bawah Perkara 10 (1),'Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)': (a) tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

3. Kurikulam Dalam Pendidikan:
Kerajaan telah menyediakan kemudahan institusi pendidikan yang menawarkan program berkaitan dengan media dan teknologi komunikasi seperti Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Malaysia, Institut Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Telekom Malaysia. Contoh Universiti Putra Malaysia menyediakan program Bacelor Sains Komputer dan matapelajaran yang berkaitan teknologi komunikasi seperti Pengenalan Komputer Dalam Pembangunan Sumber manusia PSM3101 dan Media, Teknologi dan Masyarakat KOM3003 dan sebagainya.

Metode penyampaian pembelajaran di pusat-pusat pengajian hari ini banyak menggunakan komputer, kaset video, tv dan radio dan paling tidak pembesar suara (PA System) seperti membuat persembahan power point, sesi perjumpaan dengan pensyarah juga menggunakan rakaman video kaset . Contoh sesi perjumpaan bersemuka kali kedua dengan pensyarah Kom3002, Kom3003, Kom3102, Kom3010 dan BBM2401 di Pusat Pembelajaran IDEAL-UPM Sabah menggunakan tayangan video sahaja.

Institut Latihan dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Seksyen 17 Shah Alam di bawah Kementerian Sumber Manusia, juga menawarkan beberapa porgram di bidang penerbitan audio dan video seperti Kursus Penerbitan Video dan Penerbitan Multimedia. FINAS juga menawarkan bengkel video dokumentari dan memberi intensif penerbitan. Akademik Filem Malaysia juga menjalankan program-program berkaitan perfileman diperingkat diploma dan sebagainya.

4. Inovasi dan Pemaklumatan Rancangan TV Kerajaan
Inovasi bukan sahaja dilakukan dari segi perkakasan tetapi inovasi dari segi perisian atau bahan yang dipelbagaikan sebagai pemaklumatan rancangan. Contoh mesej-mesej televisyen dan radio dipelbagaikan bagi menarik pendengar. Tanpa rancangan yang boleh menarik perhatian penonton dan pendengar sudah tentu tiada ada pengguna menggunakan alat-alat media komunikasi berkenaan. Misalnya ASTRO dan MegaTV, adalah diyakini kalau kedua-dua station Tv Swasta ini masih menayangkan apa juga rancangan yang ditayangkan oleh TV 1 atau TV2 maka tidak ada pengguna mahu melanggan ASTRO dan MegaTV. Ini kerana bukan sahaja melibatkan kos (lesen) tetapi juga ketiadaan inovasi dalam pemaklumatan rancangannya. Lazimnya TV menyiarkan rancangan berbentuk hiburan dan juga rancangan berbentuk ilmu.

Rancangan Bentuk Hiburan meliputi Perdana Ria, Hindi Movie, Nada Ria, Sitcom, Layar Emas, Dunhill Double, Friday Cinema, Teater Bintang Legenda, Galeri, Sang Wira, Kanak-kanak Kilat, Twin Happiness, Drama Tamil dan sebagainya sementara rancangan berbentuk pendidikan, pengetahuan, ilmu dan uji minda ialah TV Pendidikan, Sinar Zaman, Ilham Suci, Dairi, Hari ini dalam sejarah, Pintar Pintas, Komentar, Belajar Bahasa Arab, Berita Perdana, dan sebagainya.

5. Kawalan Melalui Peraturan Kerajaan
Kawalan bermaksud mengawal penggunaan, harga dan mengawal maklumat yang disampaikan agar tidak cendorong kepada penyalahgunaan dari segi penggunaan, harga dan pemaklumatan. Misalnya pemalsuan fakta melalui media massa haruslah dihalang, dilarang dan dikawal melalui peraturan. Di bawah seksyen 3 & 4 Perlesenan Mesin Cetak, Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984. Seseorang boleh menyimpan dan mencetak atau menerbit setelah memperolehi lesen. Pemberian ini bergantung kepada budibicara menteri yang dipertanggungjawabkan. Manakala seksyen 3 subseksyen (3)... atau melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di dalam lesen itu,......Apabila disabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melabih RM20 ribu atau kedua-duanya sekali dan depositnya boleh dilucutkan.

Dibawah skesyen 5 & 6, menteri menurut budibicaranya mutlaknya memberi mana-mana orang permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia, atau menbenar mana-mana tuan punya akhbar di Singapura mengeksport, menjual dan mengedarnya di Malaysia, Menteri juga boleh membatalkan atau menggantung sesuatu permit itu untuk tempoh yang difikirkan mustahak.

Di bawah seksyen 7 - 9 memperuntukkan sekiranya menteri berpusahati bahawa apa-apa hasil penerbitan itu....mengandungi apa-apa perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan mana-mana..... Menteri boleh menurut budi bicara mutlaknya, melarang sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan terhadap sesuatu penerbitan itu. Seseorang memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan tanpa sebab-sebab yang munasabah, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5 ribu.

6. Perjanjian Persefahaman Antara Kerajaan dan Swasta (MOU)
Beberapa perjanjian persefahaman antara kerajaan dan pihak swasta telah diadakan yang bertujuan membangunkan perkembangan teknologi komunikasi. Antaranya ialah perjanjian persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Mesiniaga Sdn.Bhd mengenai Pembangunan Projek 'Civil Service Link (CSL)" pada 28 April 1994 dan juga Perjanjian Persefahaman antara kerajaan Malaysia dengan Pos Malaysia Berhad, antara Pos Malaysia Berhad dan Pemodalan Nasional pada 27 Mei 1994 mengenai projek "Public Services Network (PSN)".

CSL adalah bertujuan memudahkan pengguna mendapat maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan kerajaan dan menyelaras dan membantu usaha-usaha bagi menggiatkan pengwujudan pangkalan data "public domain" serta rangkaian di jabatan-jabatan kerajaan. Manakala PSN pula membolehkan agensi-agensi kerajaan menawar perkhidmatan hantaran secara on-line kepada orang ramai melalui kemudahan komputer dan alat-alat telekomunikasi yang terdapat di pejabat-pejabat pos di seluruh negara. Contohnya pejabat pos mempunyai rangkaian pengkomputeran yang menghubungkan 530 buah pejabat pos di seluruh negara secara on-line ke komputer utama pejabat pos Malaysia di ibu pejabat. Langkah pertama perkhidmatan yang diberikan ialah pembaharuan lesen memandu, cukai jalan, lesen perniagaan, bil eletrik, bil air, bil telefon dan sebagainya. Semenjak beroperasi diantara Ogos 93 - 19 mei 1994 sebanyak 18,846 urusniaga dijalankan yang melibatkan hasil kerajaan RM601,888.00 sementara lesen perniagaan pula antara September 1993 hingga April 1994 sebanyak 899 urusniaga dijalankan dengan melibatkan hasil berjumlah RM22,502.00

BENTUK GALAKAN DAN PERATURAN OLEH SWASTA

1. Penubuhan Institusi dan Kurikulumnya:
Kerajaan telah membenarkan pihak swasta menubuh institusi-institusi pengajian swasta seperti penubuhan, Universiti Telekom Malaysia (UTM) dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) yang menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma dan sarjana muda seperti Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Sains Komputer.

2. Inovasi Pemaklumatan Rancangan TV Swasta
Selain siaran program berbayar seperti ASTRO dan MegaTV, sistem penyiaran televisyen swasta seperti Sistem Televisyen 3, MetroVision, MegaTV dan NTV7 juga menyiarkan maklumat yang berbentuk hiburan, pengetahuan, ilmu dan uji minda. Rancangan-rancangan berbentuk hiburan seperti Selekta Emas, Jade Drama, Panggung Sutera, Telenovela, Dragon Hour, Metro Movie, Jangan Ketawa, Dinner Treat, Hercules, Hiburan Famili, Eyewitness, Metro Games,Ketawa Penawar Duka, dan sebagainya. Manakala rancangan-rancangan berbentuk pengetahuan, ilmu dan meminda seperti Buletin Utama, Berita Perdana, Edisi 7, Al Kuliyyah, Business News, Metro Quiz dan Ntv7 Business.

3. Elekronik Ekonomi:
Sistem Pengurusan Bank telah mengguruskan transeksi kewangannya melalui teknologi komunikasi dan memberi perkhidmatan pengurusan ATMnya. Contoh pelanggan boleh mengeluar wang dan menyemak baki simpanan diluar waktu urusniaga bank. Pembelian barangan melalui kad kredit, pengurus stok melalui kod bar, pesanan barang melalui internet dan sebagainya.

4. Inovasi Produk:
Peralatan media seperti Tv, radio, perakam VCR, CD Player, DVD, Komputer, Telefon semakin kecil dan pelbagai fungsi. Contoh mulanya telefon digunakan hanya sebagai alat perhubungan dan menerima mesej berbentuk audio tetapi kini telefon boleh digunakan menerima mesej berbentuk teks atau grafik. Selain itu, telefon juga digunakan bagai menerima mesej melalui internat. Alat-alat media komunikasi juga semakin murah, kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Contoh telefon bimbit di mulai dengan telefon atur yang besar dan berat tetapi kini telefon bimbit boleh diperolehi dipasaran dalam pelbagai bentuk, jenama dengan harga berdasarkan inovasi dan kualiti. Contoh Samsung SGH 600(RM1288), NEC Platina (RM899), Ericsson GH688 (RM599), Nortel 920 (RM288), Siemens Dual Band GSM/PCN C25 (RM799), Motorola GSM/PCN M30 (RM548),Motorola GSM d368(RM348), Ericsson GSM/PSN A1018 (RM599) dan sebagainya.

5. Pinjaman Untuk Pembelian Alat-alat Elektronik:
Institusi kewangannya memberi pinjaman melalui pembekal-pembekal media dan alat-alat komunikasi seperti set Televisyen, Radio, VCR, Komputer dan sebagainya. Syarikat-syarikat yang memberi kemudahan pinjaman peralatan media seperti MOCCIS Trading Sdn.Bhd., Yayasan Kobena Berhad, Perbadanan Pinjaman (SCC) Sabah yang berIbu Pejabat di Pekan Dongongan, Penampang Sabah melalui syarikat-syarikat pembekal (khusus di Sabah sahaja)antaranya ialah:

1. Skim Ansuran Murabahah (SAMM) MOCCIS Trading Sdn.Bhd.
( Lihat contoh permohonan dalam lampiran)

2. Memberi perkhidmatan mendapatkan pinjaman melalui
Biro Perkhidmatan Angkasa.
( Lihat contoh permohonan dalam lampiran)

3. Pembekal Komputer - Asas Nikmat Bhd. di jalan Kolam Luyang Kota kinabalu.

4. Pembekal Komputer - Internationl Computer di Blok A, GF. Wisma Muis,
Kota kinabalu. ( Lihat contoh permohonan dalam lampiran)

5. Syarikat Singer Malaysia Sdn.Bhd di Jalan Pantai Kota kinabalu.

RUMUSAN
Selain adanya beberapa peraturan berkaitan perkembangan media dan teknologi, banyak faktor lain sebagai penggalak yang dapat mempengaruhi pengguna menggunakan media dan teknologi komunikasi dengan cara yang berkesan atau memberi manfaat kepada penggunannya. Usaha kerajaan dan sektor swasta dalam memyediakan kemudahan pembangunan perkakasan dan perisian media dan teknologi komunikasi adalah merupakan faktor utama. Di mana dari perkakasan terdapat peralatan yang lebih berinovasi dan semakin canggih dengan harga yang mampu dibiayai oleh pengguna sementara dari segi perisian pula struktur dalam pendidikan telah dimasukkan subjek-subjek yang berkaitan dengan media dan teknologi sebagai asas kepenggunaan. Faktor lain yang menyumbang penggunaannya ialah perkembangan dalam industri hiburan, pemaklumatan awam, pengurusan maklumat dalam sistem perbankan dan sistem pengurusan pemaklumatan awam di dalam sektor kerajaan seperti e-kerajaan dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI
"Rancangan TV - RTM1, RTM2, RTM3,Metro Vision dan NTV7"
Utusan Malaysia (1999). "Rancangan TV." 13 Ogos 1999 pp.22 .

" Penjimatan Besar"; "Merdeka'99"
Utusan Malaysia (1999). "Penjimatan Besar." & "Merdeka '99. 13 Ogos 1999 pp.30 & 19.

" Sekolah Teknologi Maklumat"
Utusan Malaysia (1999). "ITTAR". 13 Ogos 1999 pp.19.

Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984.
Ahmad Sarji Abdul Hamid (1994).Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia.
-Kuala Lumpur: INTAN.
Wan Azmi Ramli (Jlid2, 1987). Dasar Awam Di Malaysia. Kuala Lumpur:
-Golden Books Center Sdn.Bhd.
Musa bin Abu Hassan, Ph.D (Mei 1999) Modul KOM3003 Media, Teknologi dan -Masyarakat. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.Bhd.
Peter F.Drucker (1995) Realiti Baru, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995).Arah-Arah Strategik perkhidmatan Awam.
-Kuala Lumpur: INTAN