MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

sebelum balik depan
pensyarah : Prof.M.Dr.Musa Abu Hassan 
Disediakan oleh: Hajimin Haji Maslin.No.m.J05475 B.Comm.

KOM3003-TUGASAN (2)
Petikan Artikel Bertajuk: Teknologi Satelit Perantara Ideal Telekomunikasi Negara.

Ulasan ayat yang :
"Abad ke-21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi negara".

PENGENALAN:

Berita Harian bertarikh 7 Januari 1999 muka surat 10 memaparkan satu artikel bertajuk Teknologi Satelit Perantara Ideal Telekomunikasi Negara, sila lihat potongan dan salinan artikel tersebut dalam Lampiran A. Artikel ini adalah membicarakan tentang main peranan dan sumbangan teknologi satelit terhadap pembangunan telekomunikasi di Malaysia alaf baru. Walau bagaimanapun satu ayat yang menarik perhatian saya ialah "Abad ke-21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi negara". Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan bidang telekomunikasi baik dari segi inovasi, teknologi dan kegunaannya tetapi juga perkembangannya boleh mewujudkan penawaran dan permintaan prasarana telekomunikasi sebagai memenuhi keperluan kehidupan masa kini. Mengikut catatan sejarah, telekomunikasi elektronik pertama bermula pada 24 Mei 1844 apabila Samuel Morse mereka telegraf dan menghantar mesejnya yang terkenal "Apa yang telah Tuhan lakukan?" dari Baltimore ke Washington D.C. Namun pada abad ke-21 ini, pelbagai ciptaan telekomunikasi diperkenalkan. Menurut Everett M Rogers (1991) teknologi komunikasi baru atau media baru ialah komputer mikro, telekonferens, teleteks, videoteks, televisyen interaktif dan statelit-statelit komunikasi. Alat-alat telekomunikasi yang bersifat interaktif seperti komputer yang dibekalkan kemudahan Internet, ia akan boleh mengakses maklumat daripada pangkalan data atau "CompuServe". Memandangkan Internet juga sebagai salah satu alat telekomunikasi yang dibekalkan menerusi komputer maka perbincangan ini akan ditumpukan tentang internet sahaja sebagai media dan teknologi komunikasi alaf baru.

INTERNET:

Internet membawa maksud Inter Network atau antara rangkaian yang menggabungkan rangkaian telekomunikasi diantara sebuah negara dengan negara lain. Pintu masuk rangkaian telekomunikasi ini dikawal oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad atau oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau ringkasnya MIMOS. Ini bermakna penggabungan media komunikasi melalui komputer dan telefon akan memudahkan capaian kepada Internet. Internet akan terus berfungsi apabila melalui rangkaian telekomunikasi yang disambungkan kepada sesebuah kata laluan rangkaian dan sistem nombor dominan atau Domain Name Server (DNS/Gateway) yang telah ditetapkan seperti siri nombor 202.234.345.456 sementara alamat laman web "Uniform Resource Locator (URL)" yang ditentukan melalui identiti sesebuah negara seperti:

i. http:///www.sabah.gov.my/

my membawa maksud Malaysia dan Sabah ialah URL. Contoh-contoh nama singkatan negara-negara lain ialah sg untuk negara Singapura, id (Indonesia), bn (Brunei), it (Itali)

ii. http://www.adobe.com

Ini merupakan URL yang digunakan tetapi tidak menunjukkan identiti sesebuah negara seperti Amerika Syarikat dan sebagainya.

Nama-nama alamat laman web ini didaftarkan oleh InterNIC (www.internic.com). Di Malaysia perkhidmatan internet mula diperkenalkan pada tahun 1992 oleh Jaring (Mimos) dan hanya pada 1996 Telekom Malaysia memperkenalkan perkhidmatan TMnet.

INTERNET DAN KEGUNAANNYA:

Internet atau mula dikenali sebagai Advanced Research Projects Agency Networks (ARPANET) digunakan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi kegunaan penyelidikan dalam ketenteraan dan kegunaan pertukaran maklumat tentang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Untuk memudahkan pertukaran maklumat, National Science Foundation (NSF) telah menwujudkan NSFNET dengan menyediakan pusat supercomputer (backbone) kepada internet dengan menggunakan sambungan talian telefon, gentian optik, microwave dan satelit. Internet dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ialah:-

i. File Transfer Protocol (FTP).

Cara mudah menghantar fail dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

ii. Buletin Board System (BBS).

Sebuah sistem yang boleh menghantar pesanan atau mesej di sebuah papan buletin elektronik yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

iii. World Wide Web (WWW).

Dunia Web yang mempunyai berjuta-juta laman web yang juga boleh dicapai atau diakses oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

iv. Internet Relay Chat (IRC).

Sebuah corak komunikasi dalam talian atau terus menerus dengan menggunakan perisian seperti Pirch dan MIRC.

Kemunculan Internet dalam kehidupan hari ini telah memberi implikasi besar kepada masyarakat dalam berbagai disiplin atau bidang profesion seperti input pengurus kepada penyediaan sistem pengurusan maklumat di dalam sesebuah organisasi, pengurusan perekonomian , perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Keperluan Internet hampir menyamai keperluan tradisional seperti pakaian, rumah dan makanan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penawaran pelbagai produk yang kian banyak dengan tawaran harga yang mampu dibiayai oleh kebanyakan orang. Contoh ENIAC melancarkan revolusi komputer dalam tahun 1946. Selepas 10 tahun kemudian pada 1956 sebanyak 600 produk komputer dikeluarkan, 30 ribu komputer (1966), 400 ribu (1976), 8 juta (1985) dan (1990) 50% rumah di Amerika Syarikat memiliki sekurang-kurang sebuah mikro komputer.

Disamping itu pengujudan dan penyediaan kemudahan-kemudahan berasaskan teknologi telekomunikasi oleh kerajaan seperti Institusi Multimedia dan Super Koridor Multimedia akan menjadi galakan kepada perkembangan dan pengurusan yang bersandarkan teknologi telekomunikasi di Malaysia seperti E- Perdagangan, E-Ekonomi, E-Perubatan, E-Kerajaan dan E-Pendidikan. Misalnya penggunaan dalam sistem pendidikan negara berteraskan Multimedia dan Internet. Presiden UNITAR Datuk Dr. Syed Othman berkata " ......, Unitar memaksikan penggunaan teknologi mutakhir khususnya multimedia dan Internet sebagai teras utama perlaksanaannya."

WORLD WIDE WEB (WWW).

WWW adalah berasaskan hyper media yang dipelopori oleh Berners-Lee pada 1992. Dokumen ini dikenali juga sebagai Hyper Text Transport Protocol (http) dan boleh dilihat melalui pelayar "Microsoft Internet Explorer atau Netscape Navigator". Sebagai salah seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (IDEAL-UPM Sabah), bukan sahaja saya mengadakan interaksi duahala dengan rakan sepelajar, tutor dan pensyarah di dalam bilik kuliah untuk mendapatkan idea baru, melakukan perbincangan dan mendengar syarahan tetapi juga saya mendapat maklumat-maklumat tambahan melalui internet menerusi http atau kata laluan "Uniform Resource Locator (URL)" dimana maklumat itu diletakkan. Contohnya maklumat-maklumat tentang:

i. Dioxin dilayari melalui http:/dph.gov.my/division/fqc/frames.htm,

ii. IDEAL-UPM Sabah di layari melalui http://members.xoom.com/idealupmsa

iii. Maklumat Pensyarah Penyelaras Bacelor Komunikasi UPM boleh dilayari melalui http;//kom.upm.edu.my/~rosli dan maklumat pensyarah Media, Teknologi dan Masyarakat melalui http;//kom.upm.edu.my/~musa.

iv. Maklumat tentang tugasan pelajar melalui http://members.xoom.com/hjmaslin, dan

vi. Maklumat Jadual tutorial Ideal-UPM Sabah melalui http://members.xoom.com/idealupmsa.

Dioxin adalah merupakan tujuk tugasan pengucapan awam dalam kumpulan kami yang akan dibentangkan pada 24 Julai 1999 nanti. Bagi menyiapkan tugasan ini, kebanyakan bahan diambil daripada internet seperti alamat hompaj tersebut di atas.

FILE TRANSFER PROTOCOL (FTP).

FTP atau dengan bahasa mudah dikenali sebagai Protokol Pemindahan Fail. Ini bermakna sesebuah fail itu dipindah ke server internet bagi tujuan akses diperingkat antarabangsa atau seluruh dunia. Proses pemindahan ini dipanggil juga sebagai "Uploading" dan jika sesebuah fail itu dipindah dari server internet ke dalam komputer tempatan (local) dipanggil proses "downloading". Cara ini sebenarnya memudahkan pertukaran fail atau sesuatu maklumat. Melalui FTP, proses pertukaran maklumat dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan sungguh menjimatkan masa apatah lagi jika hompaj iaitu diberi secara percuma oleh pemberi hompaj seperti www.xoom.com, www.tripod.coom, www.spree.com,www.sabah.net.my dan sebagainya maka kos pengurusan dapat dikurangkan. Untuk manfaat kemudahan ini, saya telah mempubliskan hasil-hasil tugasan saya he hompaj melalui http://members.xoom.com/hjmaslin untuk memudahkan maklumat dikongsi bersama rakan semahasiswa atau dilihat oleh pensyarah. Pemindahan fail-fail ini telah dimanfaati sepenuhnya melalui ftp.xoom.com (homapage provider).

MAIL ELEKTRONIK (E-mail)

E-mail sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu e-mail berasaskan web dan e-mail konvensional. E-mail Web ialah menyimpan mesej pada server e-mail sementara e-mail konvensional menyimpan mail dalam cakera keras tempatan "local". E-mail Web boleh diperolehi secara percuma daripada http://www.hotmail.com/ atau http://www.yahoo.com/ dan sebagainya. Antara kelebihan dalam penggunaan email ialah menerusi tiga perkara iaitu boleh menghantar mesej berserta "attach file" dijika ada, menerima dan menjawab mesej serta boleh membaca mesej secara on-line dengan hanya menaip nama login dan kata laluan yang ada pada web site hotmail. Kemudahan ini banyak dimanfaati oleh sesebuah oraganisasi, individu dan publik kerana atas kepentingan dan keperluan tertentu. Sebagai contoh pengiriman surat-surat pekelilingan kerajaan negeri kepada agensi-agensi kerajaan dilakukan menerusi email. Selain itu, memorandum perantara di dalam urusan pejabat seharian dilakukan juga menerusi email. Amalan-amalan ini adalah bukan sahaja salah satu langkah kerajaan menjayakan sepenuhnya kerajaan elektronik di negeri Sabah tetepi juga langkah bijak kerajaan untuk berjimat cermat dari segi kos penggunaan kertas, stem pengiriman, tenaga penghantar surat, pengangkutan dan sebagainya. Contoh saya diberi alamat e-mail oleh pihak kerajaan dan melalui e-mail ini saya boleh menerima dan menghantar mesej-mesej rasmi kerajaan seperti surat-surat pekeliling, surat pemberitahuan, memorandum dan sebagainya.

RUMUSAN

Pada abad ke-21 adalah abad yang menjanjikan kemudahan prasarana yang unggul dekan ini didalam media dan teknologi komunikasi. Pembanguan Putrajaya , Universiti Multimedia, Pembangunan Koridor Multimedia (MSC) adalah contoh-contoh prasarana yang disediakan oleh kerajaan Malaysia ke arah membantu rakyat dalam pembangunan telekomunikasi. Teknologi ini bukan sahaja sebagai alat pengurusan tetapi juga sebagai sumber ilmu dan pengetahuan bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat yang sentiasa berkembang, dan subur serta melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang berpandangan jauh, matang, berkualiti dan berwawasan.

BIBLIOGRAFI:

Everett M.Rogers (1991) Teknologi Komunikasi Media baru dalam masyarakat,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Abad ke-21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi negera".

Berita Harian (1999)."Teknologi Satelit Perantara Ideal Telekomunikasi Negara",

07 Januari 1999, pp.10.

Bahaman Abu Samah (Oktober 1998). Modul PSM 3010 Penggunaan Komputer Dalam Pembangunan Sumber Manusia. IDEAL_UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.

" internet membawa maksud Inter Network atau 'antara rangkaian' yang mengabungkan rangkaian telekomunikasi diantara sesebuah negara dengan negera lain. "

Jalaluddin (1997) ' Pengetahuan Internet' Majalah PC,

Jld 12, vol.1. hlm.16.

" anda perlu tahu bahawa semua laman-laman web diletakan menurut alamat yang dipanggil URL atau Uniform Resource Locator. Biasanya sebuah URL mempunyai tiga bahagian nama seperti www,cnet.com di mana www adalah bermaksud World Wide Web, cnet adalah nama syarikat atau nama lam Web sebenar dan com (Commercial atau ketegori laman Web ini......... contohnya Malaysia (my), Indonesia (id), Singapura (sg), Italy (it) dan Brunei (bn)."

Jalaluddin ( February 1997) ' Perisian-Perisian Utama Internet' Majalah PC,

Jld 14, vol.2. hlm.22.

Mohammed Zackeriya dan Ahmad Nazri Mohd Noor ( November 1998) "Ruangan Temubual,

UNITAR - Merevolusikan Kaedah Pendidikan"Majalah PC, Jld 23, vol.2. hlm.28.