| MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT :KOM3003.TUGASAN (1) sebelum balik
depan (1) Senaraikan semua peralatan atau perkakasan media dan teknologi komunikasi yang ada di rumah ATAU di tempat kerja (had kepada peralatan dan perkakasan). Pengenalan: Terdapat tiga kategori media iaitu media cetak, media elektronik dan multimedia interaktif yang terdiri daripada teknologi lama dan teknologi baru. Teknologi Baru menurut Evernett M.Rogers (1991) ialah teknologi berasaskan elektronik. Menurut Inglis (1990) media ialah apa-apa komunikasi yang membawa atau menjadi perantaraan (mediates) mesej sementara Dr. Musa (Modul, KOM3003) menyatakan media ialah alat, bahan atau produk yang hanya berfungsi membawa mesej atau terlibat proses aktiviti komunikasi dan teknologi membawa empat maksud iaitu Pertama teknologi ialah cara/peralatan/bacaan/perisian, Ke-Dua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan ada nilai ekonomi, Ke-Tiga cara/perkakas untuk membuat kerja lebih mudah/selamat/jimat dan efisyen dan Ke-Empat kaedah atau cara. Gabungan daripada pengertian di atas dapat dirumuskan sebagai media sebagai perantara/alat dan teknologi sebagai keadah/cara. Media dan Teknologi Komunikasi di Pejabat: Biro Pembangunan Sumber Manusia Sabah atau ringkasnya BPSM adalah sebuah institusi latihan kerajaan negeri Sabah (tempat saya berkerja sehingga 5 Febuari 1998). Media dan teknologi komunikasi yang terdapat di pejabat ini ialah kalender latihan, potert pameran, surat khabar, risalah, televisyen, poster, majalah, buku bacaan, laporan, kaset, diari, surat, talipon, kamera video, kamera padat (still), video player, komputer, deck player, vcd player, lukisan, faks mesin, overhead projektor, "data viewer", LCD projektor, slide projektor, leser pointer, "direct projector", filem projektor 16mm, papan putih elektronik (white board electronic), "white board", buku program (latihan/seminar/bengkel), layar putih (screen ohp), mesin pendua, "punch clock" dan sebagainya. 2. Pilih dua dan (i) beri sebab-sebab kenapa banyak menggunakannya, (ii) gunakan untuk tujuan apa? dan (iii) apakah kelebihan dan limitasi kedua-dua? Komputer dan Telefon banyak digunakan dalam menjalankan urusan rasmi pejabat oleh kerana bukan saja alat-alat ini mempunyai kelebihan tertentu yang tidak mampu dimiliki oleh alat-alat komunikasi yang lain tetapi juga pemakaiannya disokong oleh kerajaan melalui polisi dan dasar yang dibentuk. (i). Sebab-sebab kenapa banyak menggunakannya: Antara sebab-sebab utama kenapa alat-alat ini digunakan di pejabat BPSM ialah:
(ii) Gunakan untuk tujuan apa? Terdapat tiga kegunaan utama komputer dalam kerajaan khususnya pejabat BPSM iaitu pertama komputer sebagai unsur kepada sistem kerajaan elektronik "Electronic Govornment", kedua alat bantu mengajar dan yang ketiga ialah alat untuk melaksana sistem pengurusan maklumat. a.i. Kerajaan Elektronik:
(iii) Kelebihan dan limitasi kedua-dua? Apapun alasan, komputer dan telefon merupakan alat elektronik yang banyak kelebihan dalam proses komunikasi moden berbanding alat-alat komunikasi lain. Bukan sahaja segi capaian dan kepantasan menghantar dan menerima mesej tetapi juga dari segi ketepatan, keberkesanaan dan kualitinya. Menurut Robert H.Gregory dan Richard L.Vanhorn, nilai maklumat ada empat perkara iaitu mutu, ketepatan waktunya, kualitinya dan keberkaitannya untuk tindakan. Berikut adalah kelebihan dan limitasi alat-alat ini dari aspek kepenggunaan di dalam organisasi sahaja. Aspek-aspek lain diluar organisasi kurang dibincangkan atau difokuskan. a. Kelebihan: Sistem pengurusan maklumat (SPM): SPM dapat disediakan melalui komputer yang bertujuan untuk menyediakan para pengurus atau pentadbir maklumat tepat pada waktunya, mengawal dan mempercekapkan sektor aktiviti organisasi, membantu membandingkan piawaian dengan hasil sebenar, mengesan kekurangan dan mengambil tindakan pembetulan sebelum terlewat. Data-data yang disimpan, dikumpul, diproses dan seterusnya disebarkan dalam bentuk data berangka, teks atau laporan ke seluruh unit dan bahagian organisasi. Contoh maklumat inventori, data kewangan, maklumat kakitangan, maklumat surat-surat pekelilingan kerajaan, maklumat tindakan dan sebagainya. b. Kelebihan: Sistem komunikasi tanpa batasan waktu dan sempadan: Komputer yang dilangkapi kemudahan Internet, berkebolehan menbina perkongsian maklumat tanpa had masa dan sempadan. Contoh mesej-mesej kerajaan pusat kepada kerajaan negeri diterima dengan mudah lagi cepat serta tindakan dapat dilakukan dengan sertamerta seperti panggilan mesyuarat, maklumat tentang keselamatan negara, ramalan cuaca, maklumat penyakit berjangkit, surat-surat pekeliling kerajaan, pengumuman-pengumuman rasmi, kelulusan-kelulusan cuti pegawai dan sebagainya. Hal ini dapat menyumbang mengurangkan dari segi kos, masa dan tenaga. c. Kelebihan: Sistem komunikasi kawalan: Komputer yang dilengkapi perisian dan sokongan kamera video dapat memaparkan imej/visual di skrin komputer sesuatu operasi atau aktiviti di setiap unit dan bahagian sesebuah organisasi. Hal ini akan dapat membantu pihak pengurusan mengesan sesuatu kegiatan, aktiviti yang tidak diingini ataupun perncerobohan jenayah. Contoh intalasi kamera video yang dikawal oleh komputer di kaunter pertanyaan pejabat Bendahari Negeri Sabah, Bangunan KWSP Kota Kinabalu dan pejabat BPSM. d. Kelebihan: Sistem Komunikasi Multimedia Interaktif: Komputer dengan intergarasi rangkaian telefon dan kamera video. Perbincangan, perundingan atau mesyuarat dapat dilakukan dengan melakukan persidangan video. Melalui ini pembaziran masa dan kos perjalanan ketempat mesyurat dapat dielakkan. Contoh Persidangan Inforech98 Malaysia anjuran bersama oleh Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) dan Majlis Teknologi Maklumat Sabah (SITC) melalui persidangan Video di Pusat Dagangan Sabah yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pad 21 April 1998. e. Kelebihan: Sistem Komunikasi Duahala: Telefon berkeupayaan melaksanakan komunikasi duahala di antara pemanggil dan penerima tanpa batasan masa, tempat dan wilayah. Hal ini akan memudahkan perbincangan, keputusan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan sertamerta. f. Kelebihan: Email dan Internet: Komputer yang dihubung dengan rangkaian telefon berkeupayaan menerima mesej dari internet atau email. Walau di mana si pengirim berada, ianya boleh menghantar seberapa banyak mesej melalui email dan sipenerima pula boleh memperolehinya dan mencetak mesej berkenaan dengan begitu mudah dan cepat di pejabat sipenerima tanpa perlu keluar daripada pejabatnya. g. Kelebihan: Siaran Langsung Melalui Radio atau Televisyen. Kalau dahulu telefon dicipta untuk membawa audio semata-mata tetapi dalam alaf baru ini telefon bukan sahaja berkebolehan dapat menyalurkan audio tetapi data atau gambar boleh juga disalur seperti gambar atau lukisan melalui mesin faks, komputer dan televisyen. Telefon juga kerap digunakan oleh RTM, TV3, TV7 untuk sesuatu aktiviti khusus bagi menyiarkan secara langsung keseluruhan negara . Contoh Upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah dan Ahli Jemaah Menteri Sabah, Hari Ma'al Hijrah, Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, TYT Sabah, Sukan Negara dan sebagainya. f. Limitasi: Kuasa "Power": Sebagai alat ciptaan bersifat elektronik. Komputer dan telefon ini memerlukan kuasa untuk berfungsi. Tanpa kuasa kedua-dua alat ini ibarat seperti manusia yang sudah mati dan tidak boleh memberi apa-apa manfaat kepada sesiapa lagi. g. Limitasi: Perubahan Tekenologi Komputer : Perubahan teknologi komputer yang bergitu cepat akan melibatkan kesukaran kepada perkara-perkara berikut: 1. Menaiktaraf perkakasan dan perisaian: Organisasi, jabatan atau kementerian yang memerlukan komputer hanya boleh mencadang untuk membeli baru atau menaiktaraf keupayaan sesuatu komputer-komputer yang sedia ada tetapi permohonan pembelian akan hanya diluluskan oleh Kementerian Kewangan Negeri setelah mendapat laporan kajian lengkap, cadangan pembelian komputer daripada Jabatan Perkhidmatan Kemputer Negeri. 2. Kakitangan diberi latihan Kakitangan atau pengendali komputer haruslah diberi latihan mengunakan perisian-perisaian baru. Di Sabah, setakat ini terdapat empat jabatan kerajaan yang menawarkan kursus komputer untuk lain-lain kakitangan jabatan, iaitu Biro Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan Unit Sains dan Teknologi Jabatan Ketua Menteri. Tanpa latihan, aplikasi program-program atau perisian-perisisan baru tidak dapat dilakukan secara optima dan berkesan. h. Limitasi: Maklumat Palsu/Propaganda: Kalau dahulu dikuatiri komputer diserang badi atau virus yang boleh merosakkan maklumat yang tersimpan tetapi sekarang komputer disumbat dengan propaganda lagi palsu yang boleh menyerang minda dan pemikiran pihak penerima. Melalui internet, bukan sahaja komputer dimanipulasi orang tertentu memuatkan pelbagai bahan informasi benar atau tidaknya banyak bergantung kepada ilmu, pengetahuan dan keupayaan kita untuk menganalisi maklumat tersebut. Contoh apakah benar Chow Kit Kuala Lumpur berlaku rusuhan kaum? dan Isu-isu pemecetan Dato' Seri Anuar Ibrahim yang banyak disebar dalam internet malah dalam email saya sendiri dipenuhi dengan berita pemecetan ini tanpa saya mengenali siapa pengirimnya. Sekiranya sipenerima tidak mempunyai pendirian tertentu lagi matang, maka maklumat-maklumat ini boleh mempengeruhi minda kakitangan kerajaan dan boleh menimbulkan prasangka negatif terhadap kerajaan yang memerintah. G. Limitasi: Jurang Maklumat: Melalui skrin komputer pelbagai maklumat yang baik dipaparkan seperti maklumat pendidikan, pengurusan, perniagaan, hiburan, pelancongan dan ekonomi tetapi tidak kurang juga maklumat yang berunsur fitnah, propaganda dan maklumat yang tidak sesuai dengan budaya setempat. Walau bagaimanapun sekiranya kita tidak mempunyai komputer yang akses kepada internet maka kita tidak akan memperolehi maklumat berkenaan khususnya maklumat-maklumat terkini. Contoh Kementerian Permbangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sabah belum lagi ada kemudahan internet. Ini bermakna seluruh kakitangan kementerian ini tidak akan mendapat maklumat terkini melalui internet dan mengikut pemerhatian yang telah saya buatkan dari masa ke semasa masih ramai lagi pegawai dan kakitangan yang tidak boleh mengguna komputer apatah lagi mengakses maklumat daripada internet. h. Limitasi: Pemanggil Telefon: Penggunaan telefon pejabat adalah dibawah kawalan peraturan, sesuai dengan langkah kerajaan berjimat Sehingga kini, pegawai dan kakitangan masih tertakluk kepada perkara-perkara berikut: 1. Had Panggilan:
2. Panggilan direkodkan:
Rumusan: Dalam era pembangunan maklumat, adalah tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan dan fungsi komputer dan telefon sebagai media dan teknologi komunikasi untuk menghebah dan mendapat maklumat terkini. Tujuannya adalah untuk mendapat maklumat terkini bagi membuat strategi perancangan, membuat keputusan, pelaksanaan program dan juga membuat strategi untuk menghadapi sebarang ramalan di masa hadapan. Bahan Rujukan: Everett M.Rogers (1991) Teknologi Komunikasi Media baru dalam masyarakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James A.F.Stoner & Charles Wankel, Edisi Ketiga (1989) "Pengurusan" Petaling Jaya:Amiza Publishing SDN.BHD. Astrid S.Susanto (1997) "Komunikasi Teori dan Praktis 2" Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Program Majlis Palancaran Sabah Homepage, Kinabalu Chart On It dan Kinabalu Kiosk (5/8/97) Perpustakaan Negeri Sabah. ------------------------------------- Sekian --------------------------------------- |