<img SRC="leebanner.gif" BORDER=0 height=86 width=590>

 
 
 
 

Nama channel #Nabawan sebenarnya diambil daripada nama sebuah daerah di Negeri Sabah. Daerah Nabawan ada  lah  sebuah  daerah  yang terletak  di   Pedalaman Negeri Sabah yang mana ia terletak paling hampir dengan sempadan sempadan Indonesia.Walau pun daerah Nabawan agak ketinggalan daripada kemajuan infrastruktur, namun, kami generasi muda sebagai pelapis, enggan tersisih daripada arus teknologi maklumat yang kian pesat membara. #Nabawan on Irc Webnet Server ini hanya lah salah satu platform bagi kami.......generasi baru, berhubung di antara satu sama lain untuk bertukar-tukar pendapat, berinteraksi, mencari teman baru mahu pun lama, menghubungi dengan teman-teman yang berjauhan mahu pun dekat dan merapatkan hubungan siratulrahim.

MISI: Webnet Nabawan akan berusaha memperkenal IT kepada masyarakat Nabawan dan juga membantu belia dan beliawanis tentang penggunaan IT dan lain-lain yang didasarkan oleh peraturan kerajaan Malaysia. Selain dari itu, Nabawan Webnet juga secara tidak langsung menampilkan muka-muka baru yang mana mempunyai kepakaran IT namun tidak dapat ditampilkan.Melalui halaman ini mudah-mudahan kami dapat mengcungkil bakat baru dalam bidang IT.