Windows XP Dial-Up Setup

Pertama sekali, pastikan anda mempunyai Maklumat Akaun (Account Information) anda. Jika anda memerlukan maklumat akaun, sila menghubungi Unit Kemajuan IT (KIT) di talian (088) 288333


Membuat Sambungan Capaian Dailan yang Baru

  1. Klik butang Start. Daripada menu yang terpapar, pilih Connect to dan kemudian pilih Show all Connections. Ini akan membuka tetingkap Network Connections.

    Kemudian, klik Create a new connection.

  2. New Connection Wizard akan terpapar:

    Klik butang Next.

  3. Klik butang bersebelahan dengan Connect to the Internet.

    Klik butang Next.

  4. Klik butang bersebelahan Set up my connection manually.

    Klik butang Next.

  5. Klik butang bersebelahan Connect using a dial-up modem.

    Klik Next.

  6. Dalam kotak ISP Name, taip Sabah.Net.

    Klik butang Next .

  7. Untuk kotak Phone number, gunakan 1300882021, atau guna salah satu nombor daripada senarai capaian dailan kami

    Klik butang Next.

  8. Masukkan alamat email (daripada Maklumat Akaun anda) di dalam kotak Username.
    Kemudian, masukkan password di dalam kedua-dua kotak Password dan Conform Password.
    Anda mempunyai pilihan sama ada mahu menanda atau tidak kotak-kotak yang terdapat di bawah skrin.

    Tekan butang Next.

  9. Anda hampir siap!
    Klik kotak bersebelahan Add a shortcut to this connection to my desktop .

    Klik butang Finish.


Selesai! Sambung ke Internet!

  1. Klik butang Dial untuk sambung ke internet.

    Click Finish.

Untuk membuka tetingkap Sabah.Net Dial up Connection di masa hadapan, klik dua kali pada Shortcut yang bernama Sabah.Net di desktop anda

Konfigurasi Capaian Dailan unutk Windows XP

  1. Klik butang Start. Daripada menu yang dipaparkan, pilih Connect to, kemudian pilih Show all connections. Ini akan membuka tetingkap Network Connections

    Klik dua kali pada ikon Sabah.Net Dial-up untuk membuka tetingkap Sabah.Net Connection.

  2. Di dalam tetingkap Connection, klik pada butang Properties.



  3. General Properties akan terpapar dahulu. Di sinilah anda memberitahu komputer tentang modem yang perlu digunakan dan nombor apa yang perlu didail.



  4. Tab Networking akan memberitahu komputer bagaimana hendak berinteraksi dengan Internet. Pastikan anda mengikuti konfigurasi berikut:
    The type of dial-up server I am calling: PPP: Windows 95/98/NT 4/2000, Internet
    This connection uses the following items:
    Check Internet Protocol (TCP/IP)
    Uncheck File and Printer Settings for Microsoft Networks
    Uncheck Client for Microsoft Networks


    Klik pada Internet Protocol (TCP/IP), kemudian klik properties untuk pergi ke konfigurasi DNS dan IP

    Di dalam tetingkap Internet Protocol (TCP/IP) Properties, klik butang bersebelahan Obtain DNS server address automatically.

    Klik butang OK.

  5. Tab Security membolehkan anda menetapkan konfigurasi Security anda. Kami mengesyorkan seperti berikut:



    Tab Options membolehkan anda menetapkan Dailing and Redialing preferences. Berikut adalah konfigurasi yang akan berfungsi baik untuk semua pengguna.



  6. Tab Advanced membolehkan anda memasang Internet Firewall untuk sambungan ini. Selalunya kami akan mengesyorkan anda memasang Firewall, kecuali jika anda menghadapi masalah menyambung ke Internet, maka cuba untuk tidak memasang Firewall sebagai langkah mengenal pasti masalah.

    Akhir sekali, tekan butang OK.

<< Kembali ke Laman Manual (Bahasa Inggeris)
<< Kembali ke Laman Manual (Bahasa Melayu)