tajuk.1.jpg (6094 bytes)

juipri.gif (21305 bytes)

TIPS BELAJAR GEOGRAFI

 

Anda berminat belajar Geografi? Sudah tentu kerana belajar geografi membolehkan kita melancong ke seluruh dunia. Seronok tak?

Kenapa ramai pelajar geografi kata geografi itu susah? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?

Di sini cikgu nak bagi sedikit tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

  1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan pelajar geografi.
  2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
  3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
  4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
  5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
  6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
  7. Banyakkan buat latih tubi.Cikgu galakan gunakanlah buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai pelajar,guru dan pemeriksa.
  8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai.
  9. Banyakan latihan-latihan mengenai peta kerana mudah dapat markah.

10.Akhir sekali jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.

Jika pelajar-pelajar ada pertanyaan sila email kepada cikgu.