![]()
TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI KERTAS DUA
Kertas dua Geografi
mengandungi 2 bahagian yang perlu dijawab. Iaitu
| BAHAGIAN A : MALAYSIA | |
| BAHAGIAN B : MALAYSIA DAN DUNIA LUAR. |
| Soalan yang dikemukan sebanyak 8 soalan kesemuanya. | |
| Perlu dijawab 4 soalan, dua dari bahagian A dan dua dari bahagian B. | |
| Setiap soalan diperuntukan 25 markah. | |
| Empat soalan dijawab semuanya 100 markah. | |
| Markah keseluruhan kertas ialah 60 % daripada markah Geografi. |
| ISI | |
| HURAIAN ISI | |
| CONTOH |
Pelajar-pelajar boleh
mendapat markah lebih jika sekiranya dapat menyenaraikan
contoh yang disertakan
dengan isi dan huraian isi. Lihat contoh soalan di bawah:
| Malaysia mempunyai pantai-pantai yang cantik dengan permandangan |
yang menarik. [isi]
| pelancong-pelancong boleh berehat dan menyelam,berenang dan bermain |
luncur air. [hurian isi]
| Seperti Pantai Desaru, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru [contoh] |
Pelajar-pelajar boleh mendapatkan markah tambahan jika dapat menyenaraikan senarai contoh (sekurang-kurangnya tiga contoh).
Walau bagaimanapun perlu diberi perhatian contoh yang pertama MESTI betul. Contoh
| Pantai Desa Ru,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru. [2 markah] | |
| Pantai Desa Ru, Pantai Miami dan Pantai Tanjung Aru.{1 markah] | |
| Pantai Miami,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai tanjung Aru.[0 markah] |
Markah tidak akan diberi
kepada jawapan yang umum,tidak sesuai,samar-samar,
negatif dan isi yang
diulang semula.Misalnya:
| Cuaca yang sesuai menggalakan perlancongan di Malaysia [umum] | |
| Cuaca ini pula sering membawa pelbagai penyakit [negatif] | |
| Penduduk Malaysia hanya meraikan satu perayaan sahaja [salah] | |
| Matawang yang rendah berbanding negara-negara lain [samar-samar] |
BENTUK-BENTUK SOALAN
1. Soalan Bentuk Faktor/Pengaruh.
| Soalan dalam bentuk ini adalah yang paling sukar dijawab dan mudah terpesong |
dari kehendak soalan.
| Memerlukan cara menjawab yang tersendiri. |
| Contoh soalan faktor: |
a. Huraiakan faktor-faktor yang mempengaruhi perikanan di Malaysia.
b. Bagaimana faktor-faktor geografi mempengaruhi perlancongan di Malaysia
| Bentuk muka bumi. | |
| Iklim | |
| Tanah | |
| Sumber alam |
b. Faktor-faktor Manusia
| Pasaran | |
| Teknologi | |
| Modal | |
| Tenaga buruh | |
| Pengangkutan | |
| Galakan kerajaan | |
| Sejarah |
Jawapan pelajar-pelajar harus mengandungi:
| Jenis aktiviti + lokasi + faktor-faktor. |
2. Soalan Berkaitan Dengan Peta
Terdapat 2 bentuk soalan peta: a. Peta sebagai pecahan daripada satu soalan.
| ketepatan dalam lingkungan 2m dari tempat asal. | |
| tanda yang terlalu besar tidak akan diterima. | |
| tanda betul + nama betul=2m | |
| tanda betul + nama salah=1m | |
| tanda salah + nama betul=0m |
II melorekkan
| jawapan dalam bentuk titik tidak akan diterima. | |
| ketepatan di antara 50-100%. | |
| lorekan bertindih bagi kegiatan berlainan diterima. | |
| lambang/abjad/huruf tidak akan diterima | |
| lorekkan mesti ada petunjuk. |
b. Peta Lakar Sebahagian Daripada Jawapan.
3. Soalan Dalam Bentuk Data Terdapat dalam dua bentuk data tersirat dan data tersurat. a. Data Tersirat contoh:
| Tahun | 1986 | 1990 |
| Keluasan kelapa sawit dalam ribu hektar |
1183 | 1906 |
1. Jadual di atas menunjukan keluasan kawasan penanaman
| Tanaman | 1970 | 1980 | 1990 |
| kelapa sawit | 689 | 783 | 980 |
| getah |
567 | 489 | 456 |
| koko |
268 | 865 | 932 |
| lada hitam |
346 | 234 | 487 |
| nanas | 479 | 468 | 524 |
| pengulangan angka dalam data tidak diterima. | |
| markah hanya diberi kepada pengiraan yang tepat. | |
| angka mesti disertakan unit. | |
| hanya fakta dari data sahaja yang perlu ditulis. |
Di bawah ini ada beberapa contoh soalan untuk panduan pelajar.
1.Dengan merujuk kepada industri memproses minyak sawit di Malaysia , huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perletakan dan perkembangan industri tersebut. [12markah] 2.Pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi tumpuan perindustrian. Apakah sebab-Sebab yang menggalakkan tumpuan industri di pantai barat Semenanjung Malaysia ? [13markah] SKEMA JAWAPAN.CERAIAN (a) Faktor-faktro yang mempengaruhi perletakan Dan perkembangan industri
| terletak di ladang atau berhampiran Yong Peng, Pulau Carey, Kluang [2m]; buah dapat diproses dengan cepat menjamin kualiti minyak [1m]; menjimatkan kos pengangkutan [1m] |
| terletak berhampiran dengan pelabuhan Dan bandar besar Pelabuhan Klang denganKuala Lumpur [1m]; kerana pasaran baik [1m] |
| permintaan pasaran luar negara Singapura , India , Jepun [2m] | |
| sejak 1960-an perkembangan industri memproses minyak sawit yang pesat pembukaanrancangan tanah oleh FELDA di Jengka Segitiga, Johor Tenggara, Dan TerengganuTengah Dan pembinaan kilang oleh kerajaan [2m] |
| perkembangan dalam industri membuat mar jerin, lilin Dan minyak masak menggalakkanpembinaan Dan perkembangan kilang memproses minyak sawit berhampiran kawasan perindustrian [1m] |
| jaringan jalan raya yang lengkap pengangkutan minyak sawit yang diproses dihantar ke pelabuhan untuk di eksport [1m]; jaringan ke seluruh Semenanjung Malaysia memudahkan pasaran [1m] |
| bekalan pekerja tidak mahir Dan separa mahir di kawasan berhampiran dengan kilang menyediakan tenaga pekerja Jengka Segitiga [1m] |
| tanah luas membolehkan pembinaan kilang memproses minyak sawit di ladang Jengka Segitiga pembesaran kilang mudah dijalankan [1m]; kos tanah murah kerana Kurang penduduk menjimatkan modal [1m] |
CERAIAN (b)
Sebab-sebab yang menggalakkan tumpuan industri di pantai barat Semenanjung Malaysia:
| pusat perindustrian Prai, Tasik, Petaling Jaya Shah Alam [2m] | |
| tanah pamah yang rata Dan luas [1m] | |
| bekalan bahan mentah tempatan : getah asli untuk industri tayar , minyak sawit untuk dibuat marjerin , timah untuk dibuat piuter [2m] |
| bekalan elektrik yang mencukupi Prai, Tanah Tinggi Cameron Dan Pelabuhan Klang [2m] |
| mempunyai penduduk yang ramai tenaga buruh [1m]; pasaran tempatan [1m] | |
| pusat latihan MARA, pusat pengajian tinggi Universiti Malay, Uneversiti Kebangsaan Malaysia Dan Universiti Sains Malaysia pekerja separuh mahir Dan mahir [2m] |
| kemudahan pengangkutan jalan raya Dan landasan kereta api [1m] | |
| kemudahan pelabuhan Pelabuhan Klang [1m] | |
| kemudahan kewangan bank Dan insurans Kuala Lumpur, Ipoh Dan George Town [2m] syarikat besar, bertaraf antarabangsa modal banyak [1m] | |
| terdapat pusat pentadbiran negeri Kuala Lumpur lesen [1m] | |
| faedah pengelompokan industri industri kereta di Shah Alam[1m] | |
| insentif kerajaan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas , Sungai Way Dan Senai [2m] | |
| sejarah pantai barat lebih awal dimajukan oleh penjajah Inggeris [1m] |
Soalan 3 (a) Malaysia maju sebagai sebuah negara pelancongan yang utama di dunia. Jelaskan fakttor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perlancongan di negara kita?
| Iklim: suhu yang tinggi kira-kini 27° C dan setara sepanjang tahun:menerima pancaran sepanjang tahun - membolehkan aktiviti pelancongan dijalankan sepanjang tahun. | |
| Alam, semula jadi: pantai berpasir yang bersih, dan indah seperti Desaru, Pantai Cinta Berahi, dan Batu Feringghi; karangan laut seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, dan Pulau Redang; kawasan pcrgunungan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Gunung Kinabalu suhu yang nyaman, antara I8° C hingga 20° C; taman negara yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna sepeili Taman Negara di Semenanjung Malaysia, Taman Negara Kinabalu, dan Taman Negara Niah; air terjun seperti Air Terjun Kota Tinggi -tempat perkelahan pelancong tempatan; gua batu kapur yang kaya dengan pandangan kars seperti sungai bawah tanah, stalaktit, dan stalagmit seperti di Gua Niah; bandar bersejarah seperti Melaka; | |
| Kemudahan pengangkutan yang cekap: sistem jalan raya dan lebuh raya yang baik - lebuh raya Karak, Timur-Barat, Utara-Selatan; landasan kereta api udara, dan perkhidmatan -dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia; | |
| Pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia - Tahun Baru Cina oleh orang Cina, Hari Raya Puasa oleh orang Melayu, dan Deepavali oleh orang India. | |
| Penduduk Malaysia peramah, mesra, dan bersopan santun. | |
| Malaysia menpuyai keadaan politik yang stabil dengan nilai mata wang yang rendah berbanding negara-negara lain seperti Amerika Syarikat. | |
| Galakan kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancong Malaysia (TDC) - mengadakan iklan dan publisiti di dalam dan di luar negara; membuka cawangan-cawangan di bandar utama - Kuala Lumpur, George Town, dan Johor Bahru; mengadakan promosi seperti Tahun Melawat Malaysia 1990 dan 1994. | |
| Kemudahan tempat penginapan seperti hotel bertaraf antara -bangsa seperti hotel Concorde,hotel Equatorial,dan hptel Regent di Kuala Lumpur. |
Soalan 3(b) Kesan-Kesan Buruk Industri Pelancongan Terhadap Alam sekitar di Malaysia.
| Penebangan hutan di kawasan kaki bukit untuk tujuan Pelancongan menyebabkan berlakunya bencana alam; hakisan tanah, banjir, dan gelongsoran tanah dan mengancam habitat flora dan fauna. | |
| Pembangunan di kawasan pergunungan seperti di Tanah Tinggi Genting telah menyebabkan pencermaran air di Air Terjun Chamang yang terletak berhampiran. | |
| Pembangunan di kawasan pergunungan juga menyebabkan suhu meningkat - Tanah Tinggi Cameron, suhu meningkat antara 2° C hingga 3° C semenjak tahun 1976. | |
| Pembinaan hotel di pinggir pantai telah mengurangkan ruang lapang dan mengancam keindahan pinggir laut seperti di Port Dickson dan Batu Feringghi. | |
| Pembangunan pesat di Pulau Langkawi menyebabkan pencemaran berlaku di beberapa kawasan perikanan dan sawah akibat pemendapan lumpur. | |
| Permbinaan hotel dan chalet di kawasan perkampungan yang terletak di kawasan pantai menjejaskan imbangan ekologi kerana sebelum pembangunan, terdapat dusun, tanaman campur, dan tumbuh-tumbuhan hijau. | |
| Gangguan manusia di pantai Rantau Abang, Terengganu telam menyebabkan bilangan penyu belimbing yang bertelur di situ, semakin kurang. | |
| Pencemaran air laut seperti di Batu Feringghi -tumpahan kumbahan dari hotel-hotel yang dibina di sepanjang pantai. | |
| Pembuangan sampah-sarap oleh pelancong di merata tempat di pusat pelancongan menyebabkan pencemaran darat seperti pantai di Port Dickson, Batu Feringghi, dan Desaru. | |
| Pembinaan hotel bertaraf antarabangsa di bandar-bandar utama seperti George Town, Kuala Lumpur dan Johor Bahru menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara. |
Soalan 3(c) Peranan agensi kerajaan dalam perkembangan Industri pelancongan di Malaysia.
| Agensi yang bertanggungiawab dalaw perkembangan industri pelancongan di Malaysia ialah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (TDC): |
|
|