![]()
SUMBER DAN PENGURUSAN SUMBER
Jenis-jenis sumber di dunia
| Tiga jenis sumber iaitu sumber semulajadi, manusia dan budaya [2m]. | |
| sumber semula jadi seperti udara, mineral, dan hutan [2m]. | |
| sumber semula jadi terbahagi kepada sumber yang boleh dibaharui dan sumber yang tidak boleh dibaharui [2m]. | |
| sumber yang boleh (dibaharui tidak terhad digunakan secara berterusan [lm] contohnya tenaga suria, tanih, dan tumbuh-tumbuhan [2m]. | |
| sumber yang tidak boleh dibaharui semakin kurang dan akan habis jika digunakan secara berterusan [1m], contohnya petroleum, gas asli, dan arang batu [2m]. | |
| sumber yang tidak boleh dibaharui terdiri daripada yang boleh digunakan semula seperti bijih besi, bijih timah, dan kuprum [2m]; tidak boleh digunakan semula - bahan fosil seperti petroleum, gas asli, dan arang batu [2m]. | |
| sumber manusia - bilangan penduduk, keupayaan fizikal, serta mental [2m]. | |
| sumber budaya- barangan yang digunakan dalam proses pengeluaran seperti jentera, teknologi dan bangunan [2m] |
Faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan
sumber-sumber di dunia
| permintaan tinggi daripada pengguna - harga meningkat - meningkatkan hasil penerokaan [1m]. | |
| permintaan tinggi untuk pdroleum menggalakkan penerokaan secara meluas di Arab Saudi Amerika Syarikat, dan Malaysia [2m]. | |
| permintaan tinggi untuk petroleum menyebabkan negara Arab Saudi mengatasi halangan fizikal seperti iklim gurun [1m]. | |
| perkembangan teknologi membolehkan penggerudian dijalankan di dasar laut [1m]. | |
| faktor kos perkgeluaran - kos pengeluaran bijih timah di Malaysia lebih tinggi berbanding dengan kos pengeluaran bijih timah di Thailand - Malaysia mengurangkan pengeluaran [1m]. | |
| terdapat sumber gantian alternatif [1m]- penyahgaraman air laut di Arab Saudi telah mengurangkan penerokaan air bawah tanah [1m]. | |
| kekurangan sesuatu sumber seperti petroleum menyebabkan penggunaan sumber air biomas, dan geotermal bagi penjanaan kuasa elektrik [1m]. | |
| galakan kerajaan - kerajaan Bolivia memberilkan bantuan wang, sebanyak RM34 juta bagi perlombongan bijih timah [1m]. | |
| mempunyai modal yang tinggi - Jepun dapat menjalankan perikanan laut dalam [1m] |
Kesan-kesan penerokaan sumber air di Malaysia
Kesan-Kesan Positif
| empangan yang dibina dapat menjanakan kuasa hidroelektrik [1m] contohnya Empangan Temenggor. Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh di Sungai Perak [2m] | |
| membekalkan air untuk keperluan domestik dan kilang[1m ] seperti Empangan Sungai Batu, Klang Gates, Sungai Semenyih, dan Hulu Langat [2m]. | |
| membolehkan padi ditanam dua kali setahun yang dapat meningkatkan hasil padi [1m] contohnya Projek Pengairan Muda, Kemubu dan Krian-sg Manik [2m]. | |
| dijadikan tempat rekreasi dan perlancongan seperti Tasik Kenyir [lm] | |
| empangan juga dapat mengawal banjir [lm] |
Kesan-Kesan Negatif
| kos pembinaan empangan tinggi [1m] | |
| pembinaan empangan melibatkan pembukaan kawasan hutan untuk membina jalan raya [1m] | |
| penebangan hutan menyebabkan sumber hutan terancam [1m] | |
| kawsan hutan luas ditenggelami air menjadi tasik buatan manusia seperti Tasik kenyir [1m] |
Pengurusan air di Malaysia
| empangan dibina untuk memastikan air sungai tidak mengalir terus ke laut [1m]; menjamin rizab air [1m]; menakung 12 bilion meter padu air [1m]; contoh empangan - Empangan Kenyir, Empangan Temenggor, Empangan Batang Ai [2m]. | |
| 96% daripada penduduk bandar dan 66% penduduk desa mendapat bekalan air melalui paip [1m]. | |
| digunakan untuk tujuan domestik dan industri [1m]. | |
| saluran paip dibina supaya tidak bocor [1m]; pengawalan bekalan air bersih oleh Jabatan Bekalan Air [1m]; mengkaji kualiti 86 batang sungai [1m]. | |
| pengurusan sumber air di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974[1m]; lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke dalam sungai [1m]; sungai yang tercemar dipulih semula seperti Sungai Kelang [1m]. |
Pengurusan Sumber Hutan di Brazil
| pengurusan sumber hutan penting memandangkan bekalan sumber hutan semakin merosot. [lm] | |
| pembalakan tidak dibenarkan di kira-kira 50% jumlah kawasan hutan Brazil [1m] | |
| kerajaan Brazil menghapuskan insentif kewangan untuk menebang hutan [1m]. | |
| kerajaan Brazil mengharamkan ekspot kayu bulat [1m] | |
| memperkenalkan kawasan model pengurusan hutan sepeti Tapajos National Forest dengan bantuan FAO (Pertubuhan Pertanian dan Makanan) [1m] | |
| melalui Tapajos National Forest, silvikultur diperkenalkan yang mengenalpasti dan memberikan perhatian kepada pokok berharga supaya cepat membesar [1m] | |
| menubuhkan hutan simpan taman Negara dan hutan simpan untuk orang asli [1m] | |
| menanam pokok yang cepat tumbuh seperti melina,eucalyptus, dan Pain Karibia untuk dieksport bagi industri pulpa di Amerika Syarikat [2m]. | |
| mengadakan kempen dan denda untuk mencegah pembakaran sumber hutan [1m]. | |
| mengadaknn rizab biologi dan taman negara supaya kaum asli dapat meneruskan cara hidup mereka [1m] | |
| mengadakan kempen memelihara a1am sekitar di kalangan penduduk [1m] |
Perubahan Pandagan darat dan kesannya akibat daripada perlombongan bijih timah.
| penggunaan kapal korek meninggalkan kolam-kolam besar [1m] seperti di Taiping dan Kuala Lumpur [1m]. | |
| lombong pam kelikir dan pam hidraulik menggunakan pancutan air yang kuat memusnahkan permukaan bumi [lm]. | |
| tahi lombong dan tanah tertinggal selepas perlombongan membentuk kawasan tandus [ lm ] seperti di Serendah dan Lembah Kinta [lm]. | |
| hakisan tanih berlaku di perrnukaan bekas lombong dan kelodak dimendap di dasar sungai menyebabkan banjir berlaku [1m]. | |
| kelodak dari lombong di Tapah membentuk kawasan paya di muara Sungai Manik [lm]. | |
| gelongsoran tanah berlaku di kawasan bekas lombong seperti di Puchong [1m]. | |
| perlombongan di Nigeria dengan jentolak menghasilkan pembentukan lekukan mandalam dan bertebing curam [lm]. | |
| perlombongan bijih timah telerang di Bolivia juga meninggalkan permukaan berlubang [1m] |
Pentingnya pengurusan sumber air di Arab Saudi
| pengurusan sumber air penting kerana Arab Saudi mengalami iklim gurun yang sangat panas dan kering sepanjang tahun [1m]; hujan tahunannya kurang daripada 250 mm. | |
| keadaan iklim yang panas dan kering menimbulkan masalah kekurangan air kerana jarang-jarang terdapat sungai kekal [1m]. | |
| kadar sejatan tinggi kerana udara kering dan pengurusan perlu untuk mengatasi masalah ini [lm]. | |
| air disimpan di menara air yang tertutup [lm]. | |
| terusan air ke kawasan pertanian dibina sempit untuk mengurangkan kehilangan air melalui sejatan dan resapan ke dalam bumi [1m]. | |
| jumlah simpanan air aquifer dianggarkan sebanyak 400 000 juta megaliter dan dijangka akan kehabisan dalam masa 20 tahun tanpa pengurusan [lm]. | |
| permintaan untuk bekalan air sangat tinggi misalnya daripada sektor pertanian, peindustrian, dan penggunaan domestik [2m]. | |
| pengurusan sumber air membolehkan perkembangan pertanian dan bandar seperti Mekah, Madinah, dan Riyadh [2m] |
Bagaimana petroleum mencemari alam
| pertumpahan minyak berlaku di telaga dan pelantar minyak akan meresap ke dalam tanah atau meliputi permukaan air lautan dan menjejaskan hidupan airnya [1m]. | |
| tumpahan minyak juga berlaku jika kapal berlanggar atau tenggelam [1m]; ini menjejaskan ekologi laut kerana telah mengancam hidupan laut dan tumbuhan laut [lm]. | |
| tumpahan minyak juga berlaku semasa kapal mengepam air lautan dalam masa pelayaran [1m]. | |
| semasa di pelabuhan, pembersihan kapal tangki juga menyebabkan tumpahan minyak berlaku [lm]. | |
| pembocoran yang berlaku di telaga minyak juga mencemari air lautan [1m]. | |
| minyak motor atau minyak buangan selepas menukar minyak kereta akan disalurkan ke Iongkang dan sungai serta laut [1m]; mengotorkan sungai dan menjejaskan kualiti air sungai, dan mengancam hidupan laut [1m]. | |
| penggunaan bahan berasaskan petroleum seperti penggunaan aerosol, plastik juga menjejaskan alam sekitar [1m]. | |
| pencemaran udara juga berlaku daripada kilang memprosos minyak, kilang-kilang lain dan pertambahan bilangan kenderaan yang membakar bahan api petroleum ini [1m] |
Potensi sumber tenaga di Malaysia
| tenaga solar yang diperoleh daripada pancaran cahaya matahari mempunyai potensi luas di Malaysia [1m] kerana Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun dengan suhu tinggi 27° C [1m]. | |
| projek penjanaan tenaga solar telah didirikan di Kg Hulu Tembeling di Pahang dan di Teluk Apan di Pulau Langkawi [2m]. | |
| tenaga solar digunakan untuk memanaskan air untuk kegunaan domestik [lm] juga digunakan oleh telefon di Pulau Apan, Pulau Pinang [1m]. | |
| sisa pertanian yang menghasilkan biogas sebagai bahan pembakaran iaitu tenaga biomass juga mempunyai potensi di Malaysia [1m] , kerana pertanian yang mengusahakan tanaman padi dan kelapa sawit membolehkan tenaga biomass diperoleh [1m]. | |
| tenaga angin dan ombak juga mempunyai potensi di Malaysia yang merupakan semenanjung yang dikelilingi oleh laut (hampir 3/4 daripada daratannya) walaupun masih dalam peringkat penyelidikan [lm]. | |
| tenaga nuklear yang diperoleh dari uranium dan plutonium sangat mahal dan sisanya berbahaya [1m] , masih dalam peringkat penyelidikan yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Atom Tun lsmail [lm]. |
Kesan perlombongan petroleum terhadap landskap di Malaysia.
| perkembangan infrastruktur nyata mengubah pandangan darat kawasan yang berkaitan dengan perlombongan petroleum [lm]. | |
| perlombongan minyak di luar pantai Terengganu telah menyebabkan perkembangan jalan raya di pantai timur Semenanjung Malaysia [im]. | |
| perkembangan bandar seperti Kerteh, Miri Lutong dan Bintulu juga berlaku [1m]. | |
| kelihatan juga kawasan tangki minyak dan kawasan simpanan gas asli yang besar di kawasan tersebut [1m]. | |
| terminal minyak juga dibina di Kertih [lm]. | |
| stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka dibina hasil daripada pengeluaran gas asli di luar pantai Terengganu [lm]. | |
| lapangan terbang Kertih juga dibina hasil daripada aktiviti perlombongan ini [lm]. | |
| Juga kelihatan saluran paip dibina dari Terengganu hingga ke Singapura melalui Johor [lm]. | |
| pelantar minyak juga dapat dilihat di luar pantai seperti di Duyong, Bekok, Tapis, Erb West, dan Temana [2m] |
Kepentingan hutan kepada Malaysia
| merupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m]. | |
| hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m]. | |
| dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal, keruing, kapur, balau, dan merbau [2m]. | |
| di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m]. | |
| pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam sistem sungai secara perlahan-lahan [1m]. | |
| akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m]. | |
| mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m]. | |
| kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan kitaran air [1m]. | |
| sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan sebagai ubat tradisional (1m]. | |
| membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji, papan lapis, dan perabot [2m]. | |
| sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m]. | |
| sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7 106 juta atau 8.9% jumlah eksport negara [1m]. |
Kesan-Kesan Negatif Pembalakan
| mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m]. | |
| tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m]. | |
| juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m]. | |
| penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih, gelongsoran tanih dan tanah runtuh [1m]. | |
| menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m]. | |
| seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m]. | |
| memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan menakung air [1m]. | |
| tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana kekurangan pembentukan hujan [1m]. | |
| kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi [1m] |
Pengurusan Bijih Timah di Malaysia
| usaha melombong semula kawasan bekas lombong [1m]. | |
| usaha untuk mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran [lm]. | |
| Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki dan memperluas kegunaan bijih timah [1m]. | |
| usaha mencari kawasan bijih timah yang baru seperti sekitar Gopeng dan Papan dekat dengan Ipoh [2m]. | |
| kajian geoteknik digunakan untuk membolehkan usaha pemuliharaan bekas lombong bijih timah [1m]. |
Pemuliharaan di kawasan bekas lombong
| kawasan bekas lombong ditebus guna untuk kegiatan pertanian, penternakan ikan air tawar sebagai kawasan perumahan atau kawasan perindustrian [2m]. | |
| untuk pertanian, kawasan berpasir di bekas lombong dibaja dan ditanami buah-buahan seperti jambu batu, limau, belimbing, dan sayur-sayuran seperii ubi kayu dan kacang tanah [2m]. | |
| kawasan bekas lombong juga ditanami rumput untuk tujuan penternakan lembu dan kambing [1m] | |
| kolam bekas lombong disuaikan untuk penternakan ikan air tawar seperti jelawat, karp, talapia dan udang [2m] | |
| kawasan bekas lombong di lpoh, Taiping, Tapah, Puchong juga dimajukan untuk kawasan perumahan dan perindustrian [2m]. | |
| kawasan bekas kolam lombong juga dijadikan tempat rekreasi seperti Tasik Titiwangsa, 'The Mines Wonderland', dan 'Sunway Lagoon' [2m]. |
Perubahan pandang darat akibat daripada perlombongan petroleum dan gas asli.
| kelihatan kawasan tangki simpanan minyak dan gas asli seperti di Kerteh, Bintulu, dan Lutong [2m] | |
| terminal minyak juga dibina di Kerteh [1m] | |
| saluran paip dapat dilihat dari Terengganu hingga ke Singapura melalui Johor [1m] | |
| stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka telah dibina hasil daripada pengeluaran gas asli di luar pantai Terengganu [1m] | |
| perkembangan bandar seperti Miri, Lutong, Bintulu, dan Kerteh berlaku [1m] | |
| jaringan jalan raya yang maju didapati di pantai timur semenanjung Malaysia dengan adanya kegiatan perlombongan minyak di luar pantai Terengganu [lm] | |
| lapangan terbang juga dibina di kawasan berhampiran seperti Kerteh untuk membawa pelajar ke lapangan minyak [1m] |
Kesan-kesan perlombongan bijih timah terhadap Alam Sekitar
| cara perlombongan dengan kapal korek telah meninggalka kolam air yang besar dan terbiar [1m] seperti di Puchong, Taiping, Kampar, dan Tapah[2m] | |
| permukaan tanih dipecahkan dan dimusnahkan oleh pancutan air yang kuat [lm] | |
| tanih menjadi tandus selepas perlombongan kerana terdiri daripada pasir kasar dan halus, tanpa nutrien seperti di Serendah [1m] | |
| permukaan tanpa tumbuhan terdedah kepada hakisan tanih [1m] | |
| tanih dan kelodak yang dihakis dimendapkan di dasar sungai menjejaskan hidupan ikan dan tumbuhan air [lm] | |
| banjir juga berlaku seperti pemendapan kelodak dari Lembah Kinta ke dalam Sungai Perak menyebabkan banjir berlaku di Ipoh [1m] | |
| muara Sungai Manik di Perak telah menjadi kawasan paya akibat daripada pemendapan kelodak dari lombong di Tapah [lm] | |
| gelongsoran tanah juga berlaku di kawasan perlombongan seperti di Puchong [1m] |
Pengurusan sumber hutan di Malaysia
| mengadakan Majlis Perhutanan Negara untuk menghadkan luas kawasan dibalak oleh setiap negeri tia-tiap tahun [lm]. | |
| kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Dasar Perhutanan Negara 1978 dalam hal pengurusan pemeliharaan dan pembangunan hutan [1m]. | |
| mengadakan Hutan Simpan Kekal untuk mengawal pengeluaran sumber hutan [lm]. | |
| pembalakan haram dan pembalakan berlebihan dilarang dalam Hutan Simpan Kekal [lm]. | |
| usaha perhutanan semula di kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah dibalak [1m]. | |
| ladang hutan secara besar-besaran diadakan di Bt. Tinggi (Pahang) dan Kluang (Johor) sejak tahun 1982 [1m]. | |
| menanam pokok jenis cepat membesar seperti akasia pain, batai, dan kelampayan [2m]. | |
| menanam kayu bermutu tinggi seperti kayu jati di ladang hutan di Perlis dan Kedah (1957) [lm]. | |
| luas ladang hutan 36874 hektar pada 1989 ditambah sehingga 188 200 hektar pada 1995 [lm]. | |
| menubuhkan Hutan Lipur seperti Teluk Bahang (Pulau Pinang, Kancing (Selangor) dan Sekayu (Terengganu) untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan hutan di kalangan rakyat [lm]. | |
| Pusat Latihan Perhutanan Malaysia memberikan latihan untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran pengurusan hutan [1m]. |
Kesan pembalakan terhadap cuaca tempatan
| pembalakan mengurangkan proses sejat peluhan pokok dan menyebabkan udara kering yang mengurangkan jumlah hujan tahunan [1m]. | |
| kelembapan bandingan semakin rendah [lm]. | |
| udara tidak dapat mencapai takat tepu menyebabkan lapisan awan semakin nipis [1m]. | |
| pembalakan membuka kawasan lapang dan menambahkan halaju angin (yang lebih kencang) [lm]. | |
| angin kencang memudahkan hakisan layangan dan pencemaran udara [1m]. | |
| pembalakan menghapuskan kanopi hutan yang menghalang bahangan matahari sampai ke permukaan bumi, meninggikan suhu [1m]. | |
| pembalakan menjejaskan imbangan gas di udara, karbon dioksida meningkat manakala oksigen berkurangan [1m]. | |
| proses fotosintesis berkurangan dan kandungan karbon dioksida meningkat menyebabkan kesan 'Rumah Hijau' meningkat [1m]. |
Pengaruh sungai terhadap kehidupan penduduk di Malaysia
| membekalkan air pengairan ke sawah padi supaya membolehkan penanaman dua kali setahun untuk meningkatkan hasil pengeluran [1m] contohnya Sungai Kelantan, Sungai Muda, Sungai Perak, Sungai Pahang, dan Sungai Bernam [2m]. | |
| membekalkan air untuk keperluan domestik perniagaan dan perindustrian [1m]. | |
| menyediakan dataran mendap yang subur untuk pertanian seperti Dataran Kedah di Sungai Muda, Dataran Kelantan di Sungai Kelantan, dan Dataran Pahang di Sungai Pahang[2m]. | |
| banjir yang berlaku boleh memperbarui kesuburan tanah seperti mendapan tanih lanar [1m]. | |
| mengangkut barangan pukal dan penumpang di pedalaman [lm] contohnya Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan mengangkut beras,kayu balak, dan penumpang [1m]. | |
| empangan yang dibina merentangi sungai boleh menjanakan kuasa hidro elektrik [1m] seperti di Empangan Temenggor,Chenderoh, Bersia, dan Kenering di Sungai Perak, Empangan Kenyir Sungai Terengganu, Empangan Sultan Abu Bakar di Sungai Pahnag, Pergau di Sungai di Kelantan [2m]. | |
| sungai juga dijadikan sempadan negeri seperti Sungai Golok antara Malaysia- Thai, Sungai Gemas antara Johor - Negeri Sembilan, Sungai Endau antara Johor - Pahang, dan Sungai Bernam antara Selangor - Perak [2m]. | |
| lembah sungai yang rendah juga memudahkan pembinaan jalan raya [1m] seperti jalan raya dibina yang selari dengan Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Pahang, dan Sungai Padas [2m]. | |
| jeram di sepanjang sungai seperti di Sekayu, Kota Tinggi dan Tanah Tinggi Cameron menarik pelancong [2m]. |
Tindakan manusia yang menyebabkan pencemaran sungai
| termasuk aktiviti pertanian, perlombongan, pembalakan,perindustrian, pelancongan, dan perikanan [2m]. | |
| pertanian: |
| penggunaan baja kimia racun serangga dan racun rumpai yang mengalir ke sungai mencemarkanya [lm]. | |
| najis daripada penternakan khinzir yang disalurkan ke dalam sungai mencemarkan Sungai Juru, Kelang, Sepang, Linggi, dan Merbok [2m]. | |
| oksigen yang diperlukan dalam pereputan najis mengurangkan kandungan oksigen dalam air sungai [lm]; menjejaskan tumbuhan dan hidupan dalam air kerana sungai tercemar dan najis juga membawa penyakit [1m]. | |
| ladang baru yang dibuka untuk pertanian mendedahkan permukaan tanah kepada hakisan yang akan menambahkan muatan sungai [lm]; kuantiti kelodak meningkat dan dasar sungai menjadi cetek menyebabkan banjir berlaku dan ikan dalam sungai berkurangan [lm]. |
| air sungai dicemarkan oleh kelodak yang banyak yang disalurkan ke sungai dari palung bijih timah seperti Sungai Kinta, Kelang dan Gombak [2m]. |
| kawasan perindustrian di Kuala Lumpur, Petaling Jaya,dan Shah Alam [lm] banyak mengeluarkan bahan pencemar seperti nitrogen ammonia, jumlah pepejal dan pepejal terampai [lm]. | |
| juga menghasilkan pencemar logam seperti raksa,plumbum, zink dan kromium [2m]. |
| Sumber pendapatan negara hasil eksport+ RM? | |
| Sumber bahan mentah untuk industri spt mengetin, kraftangan,, besi keluli + (bahan mentah +lokasi) + (jenis industri + lokasi). | |
| Mengurangkan import bahan mentah (mineral) - mengurangkan pengaliran Wang keluar. | |
| Menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang carigali ,buruh. | |
| Mewujudkan bandar- bandar + cth lokasi. | |
| Memajukan sistem pengangkutan spt jalan raya / pelabuhan + cth jalan. | |
| Sumber tenaga menggerakkan jentera / tenaga elektrik haba. | |
| menggalakkan kemasukan teknologi moden spt dalam carigali. | |
| menggalakkan kemasukan / pelaburan modal asing + cth negara. | |
| Mewujudkan hubungan dua hala dengan negara pengimpot + cth negara. |
| Kepupusan sumber kerana penerokaan yang berlebihan / tidak terancang. | |
| Kos pengeluaran meningkat akibat kenaikan upah buruh / tenaga / harga Jente'ra. | |
| Harga di pasaran antarabangsa yang tidak stabil / rendah. | |
| Saingan dari negara pengeluar lain + cth negara. | |
| Saingan dari bahan lain + cth bahan. | |
| Kekurangan modal untuk memperluaskan operasi / beli alat. | |
| Penggunaan teknologi yang rendah -hasil rendah. | |
| Mineral terletak jauh di pedalaman = sukar untuk dihubungi dengan jalan raya | |
| Mineral terletak dilaut dalam (petroleum) / jauh dari pantai = kos meningkat | |
| Mutu mineral yang rendah + cth | |
| Kekurangan buruh mahir | |
| Kerja-kerja melombong berbahaya/ risiko tinggi |
PERUBAHAN LANDSKAP AKIBAT PENEROKAAN MINERAL
| Mewujudkan lekukan / tasik dan ditakungi air akibat penggunaan kapal korek+ cth lokasi. | |
| Kawasan lekuk yang Iuas tetapi cetek akibat kaedab lombong pam kelikir. | |
| Kawasan lekuk yang dalam akibat kaedab lombong dedah, | |
| Mendedahkan satu dasar yang berbongkah. | |
| Benteng dibina di sekeliling lombong untuk elakkan banjir. | |
| Tebing yang berteres. | |
| Mewujudkan pandangan semak samun / ditumbuhi lalang. | |
| Timbunan / bukit pasir. | |
| Kawasan menjadi gondol kerana tiada tumbuhan. | |
| Tanah yang tandus/" badland" yang tiada nutrien dan tidak subur. | |
| mewujudkan pasir jerlus. | |
| Sungai menjadi keruh dan cetek akibat pemendapan pasir / kelodak dan kawasan perlombongan. | |
| Wujudnya kawasan petempatan, jalan raya, talian elektrik. |
| Sumber air untuk kegunaan domestik (mandi , minum , basuh) | |
| Mengairi kawasan sawah padi , kebun sayuran + cth sg. | |
| Memutar turbin dalam penjanaan KHE. | |
| Jalan pcngangkutan untuk mengangkut penumpang , padi , kayu balak +cth sg. | |
| Jalan pengangkutan yang murah | |
| Membentuk kawasan delta menyuburkan tanah apabila air melempah + cth lokasi. | |
| Menggalakkan perdagangan / perdagangan antarabangsa. | |
| Membina bandar berhampiran sungai + cth bandar. | |
| Kawasan rekreasi / pelancongan dengan adanya jeram dan air terjun +cth lokasi. | |
| Kegunaan industri spt industri tekstil (membersih) /besi keluli (rnenyejuk jentera). | |
| Sungai sebagai sempadan negeri / antarabangsa +cth sungai. | |
| upacara agama spt Sg. Ganges, India. | |
| Sumber perikanan air tawar / ternakan air tawar +cth.sungai. | |
| Sumber galian spt emas. | |
| Menghubungi kawasan terpencil + cth lokasi. |
KEPENTINGAN SUMBER TANAH
| Untuk pertanian i.e, pertanian pindah / kontan / pasar + cth lokasi. | |
| Tanah pamah yang rata / beralun dan jenis tanih: | |
| laterit getah / kelapa sawit + cth lokasi. | |
| Aluvium & Lanar Padi /jut + cth lokasi. | |
| Gambut nanas + cth lokasi. | |
| Cernozem gandum + cth lokasi. | |
| Regur , tanah hitam = kapas + cth lokasi. | |
| Pasir = kelapa + cth lokasi. | |
| Tanah pamah rata untuk petempatan, tapak industri +cth lokasi. | |
| Tanah membekalkan kayu (keras / lembut) untuk pembalakan + cth lokasi. | |
| Tanah mengandungi bahan mineral spt emas, arang batu, bijih timah dll + cth lokasi. | |
| Mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan pertanian / industri /perlombongan. | |
| Habitat bagi beberapa jenis haiwan (tikus / arnab) / serangga (semut). | |
| Penting bagi agen pengurai yang membekalkan nutrien untuk tumbuhan. | |
| Sumber air bawah tanah spt akuifer / telaga artes/ oasis/ mata air. | |
| Kawasan rekreasi / tracking spt kawasan pantai / gunung. |
KESAN ALAM SEKITAR / PERUBAHAN LANDSKAP AKIBAT PEMBINAAN EMPANGAN
| Kepupusan pokok-pokok berharga kerana ditenggelami air. | |
| Kemusnahan habitat haiwan liar. | |
| Kemusnahan rantaian makanan binatang. | |
| Banjir mudah berlaku apabila empangan pecah. | |
| Proses sungai balik muda berlaku di hulu sungai kerana pemendapan yang banyak. | |
| Pemandangan kawasan yang digenangi air / paya. |
PENEROKAAN SUMBER AIR
| Kawasan Gurun: | |
| Telaga artes dan akuifer + cth lokasi | |
| Penyahgaraman air laut +cth lokasi. | |
| Empangan di wadi / sungai + cth lokasi. | |
| Simpanan air dalam tangki + cth lokasi. |
| Kawasan Lain: |
| Empangan di sungai + cth lokasi. | |
| Air dalam tangki + cth lokasi. | |
| Telaga + cth lokasi. | |
| Diusahakan oleh Syarikat swasta + cth / agensi kerajaan spt. JBA. |
| Hujan lebat melebihi 2030 mm setahun. | |
| Hujan lebat sepanjang tahun. | |
| Terdapat banyak anak sungai yang menyumbang air +cth sungai. | |
| Hutan yang luas = Kawasan tadahan air yang luas + cth hutan. | |
| Kawasan hutan yang padat - mengurangkan hakisan dan dapat mengurangkan pemendapan di empangan. | |
| Terdapat batuan tidak telap air di kawasan empangan. | |
| Kawasan bergunung-ganang yang kurang penduduk. | |
| Permintaan yang tinggi dari kawasan perindustrian / petempatan. | |
| Modal yang besar dari kerajaan / swasta.. | |
| Kemasukan teknologi canggih dari luar negara. | |
| Kepakaran / buruk mahir dari dalam / luar negeri. |
KE LAMAN BERIKUTNYA