Bookmark laman ini Site Map Contact Us
  Realising The Networked State Vision         ::  Sabah.Net |  Pengenalan   | Penyelesaian  :: Khamis, 28-Ogos-2008       English | Bahasa Melayu

Digital Heritage Sdn. Bhd.Mengiklan bersama kami
Features
Pengaduan Awam
Hompej Pelanggan
Pusat E-Kad
Webmail
E-Gov
eMas
ComNet
Edu.Net
   
Helpdesk
   Pengurusan Akaun
   Manual Pengguna
   Soalan Lazim
   Status Sistem
   Laporan Masalah
   
About Sabah.Net
   Mengenai Sabah.Net
   Perkhidmatan
   Polisi
   

Amaran Virus / Virus Alert



Sabah.Net: Mengenai Sabah.Net
info section header


1. Apa itu Sabah.Net?

Sabah.Net ialah lebuhraya maklumat dengan platfom tak-bersandar, yang menghubungkan Kerajaan Negeri, sektor perniagaan dan orang awam, serta direka, dibina, dijalankan dan diuruskan oleh KKIPC Sdn. Bhd.. Sabah.Net bertujuan untuk menyedarkan wawasan rangkaian kerajaan negeri yang mengandungi satu rangkaian yang luas yang berkhidmat sebagai tulang belakang (backbone) teknologi maklumat Negeri kepada semua sektor dan entiti di Sabah.
[atas]

2. Mengapa Sabah.Net?

Pengurusan

Sabah.Net diuruskan di bawah suatu Rangkaian Kawasan Luas, juga dikenali sebagai "Wide Area Network" atau WAN, yang mempunyai komunikasi yang terjamin serta dipercayai.

Jaminan

Sabah.Net dilengkapkan dengan teknologi "firewall" terkini serta kemudahan yang terbukti.

Berskala dan Fleksibel

Sabah.Net mempunyai sistem berskala, dengan kelajuan di antara 9.6Kbps hingga 2Mbps pada rangka penyampaian teknologi.

Keberkesanan Kos

Sabah.Net membolehkan para pengguna membina WAN merangkupi seluruh Negeri dengan penyelesaian kos yang berkesan berbanding alternatif lain yang sedia ada.
[atas]

3. Fungsi Sabah.Net

Sabah.Net Sebagai Rangka Infrastruktur Bagi Sistem Kerajaan Elektronik

Fungsi utama Sabah.Net ialah untuk berkhidmat sebagai rangka infrastruktur yang menghubungkan beberapa Kementerian Kerajaan, Jabatan dan Badan Berkanun untuk memudahkan pengurusan transformasi sektor awam melalui pengaturan dan perlaksanaan teknologi maklumat yang strategik. Kerajaan akan menggunakan Sabah.Net untuk mencari, mengumpul, memproses, menyimpan, memulihkan, mengurus, berkomunikasi serta menyebarkan maklumat dengan tujuan untuk memperbaiki kecekapan pekerjaan serta perkhidmatan mereka kepada orang awam.

Sabah.Net Sebagai Laluan Utama Kepada Kemasukan Perkhidmatan Kerajaan Elektronik Negeri

Orang awam dapat membuat capaian ke dalam Perkhidmatan Kerajaan Elektronik Negeri melalui Sabah.Net.

Sabah.Net Sebagai Rangka Infrastruktur bagi Sistem Lain Seperti Perdagangan Elektronik, Pendidikan Elektronik dan Lain-lain

Sabah.Net juga berkhidmat sebagai rangka infrastruktur yang dapat menghubungkan orang awam, sektor perniagaan dan sektor pendidikan untuk memudahkan perkembangan dan perlaksanaan Perdagangan Elektronik, Pendidikan Elektronik serta sistem-sistem lain yang serupa.

Sabah.Net Sebagai Rangka Infrastruktur Komunikasi

Sabah.Net digunakan sebagai rangka infrastruktur oleh orang awam, sektor perniagaan dan sektor pendidikan untuk menyelidik, mengumpul, memproses, menyimpan, memulihkan, menguruskan, berkomunikasi dan menyebarkan maklumat dengan bertujuan memperbaiki kecekapan perkerjaan serta perkhidmatan mereka untuk orang lain.

Sabah.Net Sebagai Laluan Utama ke Internet

Para pengguna Sabah.Net dapat menikmati perkhidmatan Internet yang terhad atau sepenuhnya melalui Sabah.Net.

Sabah.Net Sebagai Laluan Utama ke Koridor Raya Multimedia (MSC)

Pada peringkat-peringkat pembangunan Sabah.Net yang akan datang, Sabah.Net akan disambungkan ke Koridor Raya Multimedia. Dengan itu, semua pengguna Sabah.Net akan dapat menikmati capaian terhad atau sepenuhnya ke dalam semua perkhidmatan yang terdapat di Koridor Raya Multimedia.
[atas]

4. Nilai Sabah.Net

Aplikasi Dan Kandungan Eksklusif

Pengguna akan mendapat hak eksklusif untuk membuat capaian ke aplikasi intranet dan kandungannya.

Capaian Internet

Dengan adanya laluan utama yang tersendiri, Sabah.Net akan menawarkan pengurusan capaian Internet sebagai sebahagian perkhidmatan tambahan kepada para penggunanya.

Rangkaian "Enterprise"

Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi dapat mewujudkan rangkaian luas "enterprise" yang terjamin di Sabah.Net.

Aplikasi Dan Kandungan Intranet

Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi dapat membina aplikasi dan kandungan intranet yang tersendiri serta membolehkan capaian segera kepada pengguna yang dituju melalui jaminan infrastruktur Sabah.Net.

Aplikasi dan Kandungan Internet

Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi dapat menempatkan aplikasi dan kandungan Internet di dalam Ladang Server Internet (Internet Server Farm) Sabah.Net, tanpa memikirkan keperluan untuk melabur dalam alatan dan kemudahan infrastruktur yang lain.
[atas]

5. Pemilikan Sabah.Net

Sabah.Net dan Sistem Kerajaan Elektronik atau sistem lain yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri akan sentiasa menjadi hak milik Kerajaan Negeri.
[atas]

6. Pentadbiran Sabah.Net

Unit Kemajuan IT di Jabatan Ketua Menteri ialah Pentadbir Sistem bagi Sabah.Net. Tanggungjawab Pentadbir Sistem adalah seperti berikut:
  • merumuskan polisi Sabah.Net
  • mengawasi keseluruhan Sabah.Net, dan
  • mentadbir rangkaian Sabah.Net

[atas]

7. Operator Sabah.Net

KKIPC Sdn. Bhd. ialah Operator eksklusif Sabah.Net, di mana ianya mereka, membina, menguruskan serta mengendalikan sistem Sabah.Net. Tanggungjawab Operator Sistem adalah ke atas:
  • Langganan dan capaian Sabah.Net
  • Infrastruktur rangkaian Sabah.Net
  • Perkhidmatan Tambahan Sabah.Net
  • Penyelenggaran dan Pengurusan Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) Sabah.Net; serta,
  • Pusat Jaminan Data Sabah.Net

[atas]

8. Topologi (Nod Sabah.Net)

Sila klik imej di bawah untuk melihat saiz sebenar.

Sabah.Net adalah pengurusan berpusat untuk Rangkaian Kawasan Luas yang berjalan di atas teknologi "Frame Relay". Ia menampung komunikasi data secara "any-to-any" di antara sesama sendiri dalam organisasi dan juga dengan sesama organisasi yang dihubungkan melalui Sabah.Net.
Senibina rangkaian terjamin dilaksanakan untuk membolehkan para pengguna Sabah.Net bertukar maklumat secara terjamin. Oleh dengan itu, Sabah.Net dibahagikan kepada beberapa rerangka rangkaian menurut peringkat jaminan dan perkhidmatan yang diperuntukkan ke atas setiap rangka.
Rangka Laju-Tinggi (High-Speed Backbone) membentuk pusat Sabah.Net di mana semua perhubungan ditumpukan. Ianya berjalan di atas perangkaian teknologi Asynchronous Transfer Mode (ATM), yang boleh memberikan kadar penukaran data yang melebihi 155Mbps. Ini boleh dipertingkatkan kepada 622Mbps pada masa akan datang. Rangka-rangka bagi Kerajaan Elektronik, Perdagangan Elektronik, Pendidikan Elektronik, serta Laluan Utama Internet Sabah.Net saling berhubungan melalui rangka laju-tinggi ini. Kawalan jaminan yang ketat melalui "firewall" industri terkini dikuatkuasakan bagi mengawal komunikasi di antara rerangka untuk mengelakkan capaian yang tidak diizinkan.
Jika secara biasanya server-server maklumat, aplikasi dan jaringan (web) dihubungkan terus melalui Internet kepada beberapa rangka rangkaian, sebaliknya server-server ini boleh ditempatkan di dalam Ladang Server Internet. Ini akan memastikan capaian trafik data minima yang berasal dari Internet memasuki Sabah.Net yang akhirnya diharap dapat mengurangkan berlakunya jaminan "breach" melalui Internet.
Sebuah infrastruktur rangkaian dailan modem juga dilaksanakan untuk menyebarkan perkhidmatan Sabah.Net kepada para pengguna di kawasan-kawasan pedalaman. Infrastruktur ini membolehkan 270 pengguna serentak membuat capaian ke Sabah.Net dengan mendail nombor 1-300-88-2020.
[atas]

9. Definisi Logo Sabah.Net

Sabah.Net Logo
1. Peta
   = melambangkan Sabah. Warna biru gelap mewakili jiwa rakyat Sabah.
2. Jata Negeri
   = melambangkan komitmen Kerajaan Negeri serta kepimpinan bagi visi Negeri Berangkai.
3. Garis dan orbit yang ketakketaraan penyambungan
   = melambangkan saling penyambungan Negeri Berangkai kita. Garisan dan orbit dibahagikan kepada tiga bahagian yang mewakili orang ramai, Kerajaan, dan dunia.Ketiga-tiga bahagian yang bersilang ini masing-masing melambangkan struktur jaringan (web).
4. Dua elektron
   = melambangkan pemindahan maklumat/maklumbalas. Kedua-dua elektron (maklumat) akan melalui kesemua garisan dan orbit (orang ramai, Kerajaan dan dunia), dan bertemu di tengah garisan (di mana penukaran maklumat/maklumbalas terjadi).
[atas]

Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster@sabah.net.my