Bersemi Kasih Cinta Dan Sayang Sekuntum Mawar Mekar Di Hati
Moga Pasangan Diberkati Ilahi

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Selamat pengantin baru kepada pasangan secocok - Johari & Idahwati dengan perkahwinan mereka yang telah berlangsung pada 30 -31 Disember 2000 (Sabtu - Ahad) yang lepas bertempat di Kampung Himbaan (Pihak Perempuan) dan  Kundasang Ranau (Pihak Lelaki). Dengan rasa syukur kepada Allah yang Maha Besar  maka dengan adanya laman web ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang peristiwa dan kenangan manis yang telah berlaku semasa perkahwinan tersebut berlangsung.

Kepada para sahabat, saudara-saudari mara, kawan-kawan dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkahwinan ini, sila-silakanlah diri untuk melawati dan menjenguk beberapa koleksi gambar yang disediakan di sini.

Akhir kata, Salam mesra, manis dan semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "
(An-Nisa':1)


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(Ar-Ruum:21)

 


Designed by Myalie Design © 2000 - 2001
Email: myalie@yahoo.com