Pertolongan Cemas - Gigitan Ular

Di Amerika Syarikat terdapat 6,000 hingga 8,000 ekor ular berbisa mematuk mangsanya setiap tahun, tetapi cuma 5 hingga 8 sahaja yang membawa maut.

RattleSebabnya ialah: Ular tidak mahu membazirkan bisanya yang berharga. Mereka lebih gemar menggunakan kepada perkara yang lebih berfaedah, seperti membunuh mangsanya untuk dimakan.

Serangan terhadap manusia kebiasaanya dilakukan hanyalah untuk tujuan pertahanan dengan menyuntikkan bisa secukupnya untuk menyakitkan anda. Tetapi perlu diingat, bahawa bisa ular membahayakan nyawa kanak-kanak.

Sekiranya salah seorang daripada anda digigit ular berbisa, jangan hanya bersimpati tapi selamatkanlah ia. Dapatkan kemudahan perubatan. Dengan menggunakan rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaik sekali. Dengan menggunakan cara lama iaitu dengan menoreh sedikit dibahagian gigitan dan menyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah teruk.

Apabila kedudukan mangsa jauh daripada sebarang pengangkutan, elakkan sebarang pergerakkan pada bahagian gigitan dengan menggunakan kayu belat (splint), jika boleh, angkat mangsa ke tempat yang ada kemudahan pengangkutan. Jika anda tidak mampu mengangkat mangsa tersebut, si mangsa kenalah berjalan sendiri. Kesan racun hanya akan kelihatan sekurang-kurangnya dalam masa 2 jam. Perhatikan tanda-tanda kejutan pada si mangsa (banyak berpeluh, kulit pucat, bernafas dengan kuat) kerana ketakutan disebabkan digigit adalah lebih berbahaya berbanding kesan gigitan tersebut.

Apabila kedudukan untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih daripada sehari, cara yang hanya disahkan mampu membantu mangsa ialah dengan menggunakan alat penyedut bisa (Sawyer Extractor). Gunakan 2 penyedut secara berterusan pada kesan luka untuk mengeluarkan bisa pada kedua-dua bahagian kesan taring ular tersebut. Apabila ia digunakan dalam masa 5 minit selepas sahaja terkena gigitan tersebut, ia mampu mengurangkan kesan keracunan pada si mangsa. Namun ia bukanlah pengganti kepada cara rawatan dan perubatan profesional.

Kembali ke Ruangan Survival


Muka Hadapan (Home)

Copyright © 1999-2000 Huzaimi - Out Coverage, All Rights Reserved.