Home
Editor
Site Map
Search Engine
Alamat & Email
Links

Kota Kinabalu diwaktu senja.

Gunung Kinabalu (4095.2m) tertinggi di Malaysia
terletak di banjaran Crocker, Taman Negara Kinabalu.

Senario mengkagumkan di Sabah.

Pengalaman dan cabaran dengan aktiviti "White Water Rafting"
di salah sebuah sungai di Sabah.
(Sungai Padas dan Sungai Kiulu)
Pengenalan
        Saya berada di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah (dikenali sebagai Borneo Utara - "North Borneo"), di sebelah Timur MALAYSIA. Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton, terletak di Pantai Barat Sabah dan mempunyai jumlah penduduk hampir 300,000 orang. Tarikan utama di Sabah ialah Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia. Ketinggiannya mencecah 4,095.2 meter atas aras laut dan gunung ini popular dikalangan pendaki di seluruh dunia. Tarikan pelancongan yang lain adalah seperti pusat pemuliharan orang utan di Sandakan, Pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman dan Pulau Sipadan; dimana terkenal dengan keindahan batu karang dan hidupan lautnya.

Datang ke tempat saya?
        Jika anda berada di luar Sabah, anda boleh menaiki penerbangan tempatan, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kota Kinabalu. Anda juga boleh datang ke sini dengan menaiki penerbangan lain seperti Transmile Air dan Air Asia. Kota Kinabalu juga boleh dikunjungi terus dengan menggunakan penerbangan dari luar seperti Philippines Airlines (PAL), Singapore Airlines, Royal Brunei ataupun Dragon Air. Sila periksa jadual penerbangan dikawasan anda.
        Oh ya, sekiranya anda suka mengembara dengan kos yang rendah, saya mempunyai ejen yang menyediakan tempat penginapan... di Farida's Bed & Breakfast . Kos penginapan hanyalah RM 18.00 seorang termasuk sarapan. Berbaloi bukan !!!

(dibawah)Peta Negeri Sabah.

Kembali ke atas

Out Coverage Super Search:
  
Tunjukkan Ringkasan   Cari Perkataan  
Anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan :

Out Coverage Mail

Atau dengan mengirim surat ke :

Huzaimi B. Mohd. Ghazali

J.K.R. No.7751, Rumah Guru S.M.K. Likas,
88813, Kota Kinabalu, Sabah.
Malaysia.

Kembali ke atas

Home
Editor
Search Engine
Alamat & Email
Links


Muka Hadapan (Home)

Copyright © 1999-2000 Huzaimi - Out Coverage, All Rights Reserved.