NOTA RINGKAS

PENGENALAN
Pusat Luar Lembah Danum (Danum Valley Field Centre- DVFC) merupakan sebuah pusat yang menyediakan kemudahan saintifik yang terkenal di dunia. Ia terletak di dalam Kawasan Konsesi Yayasan Sabah iaitu dipinggir Kawasan Konservasi Lembah Danum (iaitu sebuah kawasan hutan dipterokarpa pamah dara yang terbesar di Sabah) dengan keluasan 438 km persegi. Pusat ini dibuka pada tahun 1986, untuk menyediakan kemudahan bagi penyelidikan, pendidikan, latihan dan rekreasi. Pusat ini dikendalikan oleh Yayasan Sabah bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Lembah danum. Kini terdapat beberapa orang saintis (tempatan dan luar negara) yang sedang menjalankan kajian mereka serta 25 kakitangan yang bertugas sepenuh masa di pusat ini.

DVFC dijalankan di bawah Yayasan Sabah (Sabah Foundation) disokong oleh Jawatankuasa Pengurusan yang lain termasuk Jabatan Perhutanan Sabah (Sabah Foresty Department), University Malaysia Sabah (UMS), Sabah Ministry of Tourism and Environmental Developement dan enam agensi yang lain.

KAJIAN
Program kajian jangka panjang telah dimulakan dalam tahun 1984 sebagai kerjasama diantara Komiti Pengurusan Lembah Danum dan Royal Society, London. Tujuan utama program berkenaan ialah:
- Untuk mendapatkan pemahaman saintifik mengenai proses ekologi dan perkembangan mekanisma yang mengekalkan hutan hujan tropika.
- Memberikan peluang latihan untuk rakyat Malaysia dalam bidang ekologi, perhutanan kajian sains yang berkenaan.
- Untuk menentukan kesan pembalakkan dan meyediakan maklumat bagaimana untuk meningkatkan mutu pengurusan hutan.

Lebih daripada 100 kajian yang telah dan sedang dijalankan, kebanyakkan projek adalah hasil kerjasama antara saintis tempatan dan dari luar. Majoriti kajian ditumpukan kepada cabang-cabang hutan semulajadi, perbezaan dalam peggiatan semula buatan (regeneration within artificial gaps), kitaranan nutrien dan kesan pembalakkan keatas kualiti air dan populasi haiwan vertibrata.

LATIHAN DAN AKTIVITI
- DVFC mampu menganjurkan latihan dan seminar hingga 30 orang peserta.
- Bird Watching
- Night Walk (mencari dan mengkaji haiwan yang aktif sebelah malam)
- Jungle trekking
- Mengenal dan melihat pelbagai jenis tumbuhan primier
- Mengenal dan mengkaji haiwan-haiwan primat
- Melihat matahari terbit dan suasana dari platfom pemerhatian (setinggi 40m)
- Menonton tayangan slide dan bahan multimedia yang lain
- Mengembara ke tapak peniggalan kubur lama.

FASILITI YANG DISEDIAKAN
- Makmal
- Pejabat para saintis
- Bilik persidangan
- Perpustakaan
- Pusat penerimaan dan maklumat pelawat
- Dewan mesyuarat
- Tempat penginapan; bilik VIP, rumah rehat, asrama, tapak perkhemahan, kuarters para saintis dan kakitangan DVFC dan blok dewan makan serta dapur.
- Denai bertanda sejauh 50km
- Jambatan gantung yang menyeberangi sungai segama
- 2 menara pemerhatian setinggi 40m
- Kedai mini DVFC
- Taman permainan dan rekreasi
- Pondok Rimba (Nature Discovery Centre)
- Tapak latihan aktiviti lasak (Obstacle course)
- Bilik pengeringan solar (Solar Drying Room)

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
- Pakaian biasa
- Baju lengan panjang
- Seluar panjang / tracksuit
- Topi
- First aid
- Insect rapellent
- Buku nota & alat tulis
- Teropong (DVFC ada menyediakan, tetapi lebih baik jika memilikinya sendiri)
- Botol air
- Stokin
- Stokin pacat (Kedai mini DVFC ada menjual - *RM13.00 sepasang)
- Kamera
- Alatan lain mengikut keperluan anda (alatan peribadi)

*Harga ini diperolehi pada 6 Mei 1999.

PERINGATAN!!!
- Sebaik-baiknya anda memakai stokin pacat sekiranya anda membuat penyelidikan ke dalam hutan. Kerana jumlah pacatnya mmm... boleh tahan juga!
- Anda harus memberitahu pihak DVFC jika anda ingin membuat penjelajahan sendiri.
- Pastikan anda megisi perut dan membawa bekalan makanan serta air sebelum pergi menjelajah.
- Pastikan anda tidak menganggu dan mengejutkan haiwan liar yang anda temui.
- Dilarang merosak atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan.
- Jangan mencemarkan air sungai dan kawasan persekitaran DVFC.

BAGAIMANA HENDAK KE SINI?
- Jika anda ingin melawati ke DVFC dengan menggunakan kenderaan sendiri hendaklah mendapatkan permit masuk daripada Pejabat Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. di Lahad Datu.
- Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri anda hendaklah berurusan dengan syarikat pengangkutan bas Tawau / Sandakan / Lahad Datu yang terletak di Kota Kinabalu.
- Contoh syarikat bas tersebut ialah seperti : Tung Ma Ekspres, Mizume Enterprise, Sida Wawasan dan Labuk Road Bus. (Bas berbentuk coach / coaster)
- Kenderaan sewa lain ialah seperti kereta pacuan 4 roda dan bas mini.
- Perjalanan melalui darat mengambil masa 11 hingga 13 jam dari bandar Kota Kinabalu.
- Anda juga boleh menggunakan penerbangan ke Lahad Datu dan seterusnya menempah kenderaan ke DVFC.
- Kemudahan pengangkutan di antara DVFC dan Lahad Datu disediakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Seksyen Konservasi dan Alam Sekitar,
Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.,
Blok D, Lot 10, Tingkat Bawah,
Kompleks Sadong Jaya,
Peti Surat 11622,
88817 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-243251 (Tempahan)
Tel : 088-244100samb.208 (Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar)

&
Koordinator Danum,
Rakyat Berjaya Sdn. bhd.,
Blok 3, MTED 3286,
Tingkat Bawah Pusat Fajar,
Peti Surat 60282,
91112 Lahad Datu, Sabah.
Tel: 089-881688 Fax:089-883091
pacat menanti mangsanya
Hidupan yang paling popular di sini "PACAT"

Kembali Ke Destinasi

tapak


Muka Hadapan (Home)
Copyright © 1999-2000 Huzaimi - Out Coverage, All Rights Reserved.