!!! Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjengok-jengok laman web saya yang tak seberapa ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman web ini. Saya harap anda akan berpuas hati dengan hasil kerja saya ini. Selamat "Surfing"...

Nak Berkenalan?

Saya Huzaimi Mohd. Ghazali seorang anak jati Sabah. Dilahirkan pada bulan Mac 1978 bertempat di Kg. Sindumin, Sipitang, Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu. Laman web ni saya reka khas sebagai tempat untuk menyimpan kenangan-kenangan dan hobi-hobi saya. Saya ialah bekas penuntut Universiti Teknologi Mara Kampus Sabah (1996-1999) dalam fakulti Pengajian dan Pengurusan Perniagaan dan hingga kini saya masih bergiat aktif sebagai ahli Pengakap Kelana yang dikenali sebagai Kumpulan Pengakap Kelana-E (Terbuka) Kota Kinabalu dan kumpulan ini memang cukup terkenal di daerah ini. Saya mula berpengakap sejak tahun 1988 lagi.

Seperti yang anda saksikan atau akan saksikan, keseluruhan laman web peribadi saya ini lebih banyak menyentuh mengenai aktiviti-aktiviti luar dan rekreasi. Ini adalah kerana minat saya yang mendalam dengan kegiatan-kegiatan seperti itu. Saya menyokong benar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan aktiviti pelancongan tempatan ataupun Eco-Tourism kerana ia bukan sahaja menghiburkan dan menarik, tetapi ia menambahkan rasa kecintaan kita kepada alam sekitar, budaya dan tanah air.

Jika hendak dihitung, terlalu banyak khazanah yang bernilai tersirat disebalik keindahan alam semulajadi di negara kita. Kehijauan hutan daranya yang belum lagi tercemar, air terjun dan sungai yang mengalir dingin, bukit-bukau dan gunung-ganang yang menyegarkan dan pulau-pulau serta pantainya yang mengasyikkan, semuanya ini adalah diciptakan Tuhan untuk kita nikmati bersama. Jelajahilah, terokailah dan pelajarilah sistem kehidupan semulajadi dan pasti anda akan menemui sesuatu yang tidak ternilai harganya iaitu pengetahuan dan pengalaman. Seperti pepatah orang lama, "Tak Kenal Maka Tak Cinta"... oleh itu jangan siasiakan hidup anda, gunakanlah hayat anda sebaik-baiknya dan DIAMILAH HIDUP ANDA!


Muka Hadapan (Home)

Copyright © 1999-2000 Huzaimi - Out Coverage, All Rights Reserved.