
24 / Jun / 2001 - Apa khabar?
Hello! Ini ada satu pemberitahuan! Kinabalu Nature Resort telah mengeluarkan tarif baru untuk tahun 2001 ni. So kepada sesiapa yang ingin mendaki Gunung Kinabalu ataupun berkelah di Pulau Manukan sila pastikan anda memeriksa tarif baru tersebut di laman web mereka. Sila masuk keruangan links saya dan anda akan menemui alamat Kinabalu Nature Resort. Kepada mereka yang sudah ataupun sedang mendaki gunung pada bulan Jun ni selamat mendaki dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya!
29 / April / 2001 - Hai...!!!
Apa khabar semua? Saya mula aktif semula dalam meng "update" laman web ni, sebab sebelum nih saya sibuk dengan perperiksaan. Ada penambahan baru didalam ruangan
galeri iaitu galeri 11. Pada hari Isnin hingga Rabu lalu saya telah menganjurkan satu pengembaraan ke Lawa Mandau bersama rakan-rakan saya yang lain. Cerita dan gambar mengenai pengembaraan itu
akan menyusul kemudian. Babai...
4 / Januari / 2001 - Hoooray...!!!
Selamat Hari Krismas, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Tahun Baru! Kini saya dapat beroperasi semula setelah kerosakan pada sistem saya sudah berjaya diatasi. Saya amat gembira dapat berhubung dengan anda semua semula dan TERIMA KASIH kerana tetap setia bersama saya setelah sekian lama hubungan kita terjejas.
7 / Oktober / 2000 - Pemberitahuan!
Mulai 4 Oktober yang lalu, saya menghadapi kesulitan untuk mengemaskini homepej saya ini kerana komputer saya mengalami sedikit kerosakan pada bahagian modem. Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin supaya dapat beroperasi seperti sedia kala. Selalu-selalulah datang berkunjung keruangan ini untuk mengikuti perkembangan-perkembangan terkini! Terima Kasih atas kesabaran anda.
30/ September / 2000 - Berkayak ke Pulau Mamutik
30 September 2000 lalu, saya bersama 3 orang rakan yang lain iaitu Amran Atoh, Rahayu Milakarmila dan Normala iaitu kesemuanya dari Kumpulan Pengakap Kelana-E (Terbuka) Daerah Kota Kinabalu telah menyertai satu program latihan berkayak yang dianjurkan oleh Kumpulan Pengakap dan Kelana-B Daerah Penampang. Penyertaan yang melebihi 30 orang itu berjalan dengan lancar dan menyeronokkan walaupun cuaca pada hari tersebut kurang baik. Pelbagai aktiviti dan latihan yang disediakan dalam aktiviti tersebut dan salah satu darpadanya yang menarik ialah berkayak ke Pulau Mamutik. Untuk cerita selanjutnya sila lihat LAPORAN TERKINI.
8-10/September / 2000 - Lawa Mandau Pathfinder
Pada 8 hingga 10 September yang lalu, saya bersama dua rakan saya iaitu Amran B. Atoh (Joe) dan Azmi B. Atoh (Jef) telah membuat satu pengembaraan untuk merintis jalan yang boleh dijadikan tempat aktiviti pengembaraan kepada Kumpulan Pengakap Kelana-E (Terbuka) Kota Kinabalu dan seterusnya untuk disyorkan kepada Kumpulan-kumpalan Pengakap daerah Kota Kinabalu. Perjalan 3 hari dua malam itu dimulakan dari Kg. Kionsom Ulu dan berakhir di Pekan Telipok. Sepanjang perjalanan kami banyak melalui kawasan-kawasan berbukit dan lembah serta merentasi sungai dengan hanya berpandukan peta dan kompas yang kami bawa. Kami melalui beberapa buah kampung di pendalaman Inanam, Menggatal dan Telipok seperti Kg. Poring-poring, Kg. Marchang (Marhang), Kg. Tombongon, Kg. Mawaras, Kg. Tobenu, Kg. Natai Lama dan Natai Baru, Kg. Lawa Mandau (Luang Mandou), Kg. Tampulan dan Kg. Timbok. (Lihat laporan sepenuhnya di ruangan LAPORAN TERKINI
November / 1999 - Menjelajah Taman Kinabalu
Pada November lalu, saya dan rakan saya Zainal telah menghabiskan masa selama dua hari untuk menjelajah Taman Kinabalu sepuas yang mungkin. Pada hari pertama, kami telah menjelajah hutan dipersekitaran Taman Kinabalu mengikut peta yang telah diberikan oleh pihak taman.
4 - 6 / Jun / 1999 - Menimba Pengetahuan di DVFC
Pada 4 hingga 6 Jun lalu, saya telah menyertai satu rombongan lawatan ke Pusat Luar Lembah Danum (Danum Valley Field Centre) yang dianjurkan oleh Petronas Sabah. Aktiviti selama 3 hari 2 malam ini mampat dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan hidupan hutan tanah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti jungle trekking, bird watching, membuat kajian di rumah rimba, video & slide show, night walk, mandi air terjun dan banyak lagi. Kami juga terserempak dengan beberapa jenis haiwan liar disekitar hutan premier ini seperti gajah asia (Asian elephant), pelanduk, kijang, burung enggang dan lain-lain. Dipercayai banyak lagi haiwan yang diancam bahaya kepupusan masih terdapat dikawasan ini. Sila lihat laporan seterusnya di ruangan LAPORAN TERKINI.
29 - 30 / Mei / 1999 - Menjelajah di Taman Kinabalu
29 Mei, saya bermalam di National Park. Cuaca pada hari itu kurang baik dan sebelah malam suhu jatuh ke 14 darjah selsius. Namun saya masih lagi berkesempatan melawat ke pameran di bangunan Annex Suite dan menjelajah di sekitar taman untuk mencari sesuatu yang baru. Perubahan yang terdapat dibangunan ini (Annex Suite) ialah restoran lama telah dipindah milik oleh Liwagu Restoran. 30 Mei, saya bersiar-siar ke Poring Hot Spring. Pelbagai aktiviti yang anda boleh buat disana selain daripada mandi kolam air panas, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking, menjelajah ke Gua Kelawar, Canopy Walk, ke taman rama-rama, ke air terjun dan banyak lagi.
24 - 26 / Mei / 1999 - Berkhemah di Beaufort
Saya bersama 3 orang rakan saya yang lain (termasuk Amran) telah menyertai Perkhemahan Pengakap Daerah Beaufort (100 km dari KK). Peserta yang menyertai perkhemahan ini melebihi 100 orang. Sebelum kami tiba di tapak perkhemahan, kami telah singgah ke Telinting dalam daerah Papar untuk melihat majlis penutupan perkhemahan ahli baru yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam disana.Di Beaufort, banyak aktiviti yang dijalankan seperti kembara malam, malam kebudayaan dan lain-lain lagi. Namun cabaran yang kami terpaksa kami tempuhi ialah hujan lebat dan banjir di tapak perkhemahan hinggakan kami terpaksa tidur diatas "water bed".
4 - 7 / Mei / 1999 - "Mount Kinabalu Mania" Saya telah menganjurkan satu ekspedisi yang diberi nama "MOUNT KINABALU MANIA". Seramai 12 orang telah menyertai ekspedisi ini. Selama 4 hari 3 malam kami menjalankan pelbagai aktiviti bukan sahaja mendaki gunung tetapi pelbagai aktiviti sampingan lain seperti "permainan", BBQ dan bersiar-siar siang & malam. Sila lihat laporan selanjutnya di ruangan KE DESTINASI.
