Telah berkurun lamanya, masyarakat primitif menggunakan pelbagai tanda alam sebagai cara untuk meramal keadaan dan cuaca samada untuk jangka masa panjang ataupun terdekat.

Tanpa adanya bantuan peralatan moden untuk meramal cuaca, maka ramalan melalui tanda-tanda ataupun perubahan yang terdapat pada hidupan dan persekitaran boleh dijadikan andaian.

Walaupun masayarakat Primitif yang lampau mempercayai perkara mistik dan karut, namun andaian mereka terhadap sesuatu perubahan yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu perkara yang lain, adakalanya hampir tepat dan boleh diterima pakai. Inilah misterinya alam, dimana semua hidupan didalamnya mempunyai hubungan dan kaitan yang rapat!

Diantara masyarakat dan pengkaji masa kini mula melupai akan kaitan ini. Walaupun andaian ini kurang tepat namun kebenarannya masih boleh dibuktikan dengan kaedah saintifik. Mari kita lihat beberapa ramalan yang boleh digunakan dan kenapa ia hampir tepat.

Bulan

Bulan merupakan sumber tarikan dan kekaguman orang primitif pada zaman dahulu. Ia juga menjadi salah satu sumber utama untuk meramal keadaan cuaca dimana ada nilai saintifiknya. Sekiranya anda dapat melihat bahagian yang gelap pada bulan sabit, maka ia menunjukkan cuaca yang cerah dalam masa 24 hingga 48 jam yang akan datang. Jika terdapat bentuk bulat atau gelang mengelilingi bulan yang di kenali sebagai "halo" ia menunjukkan cuaca kurang baik dan boleh mengakibatkan hujan. Ia boleh dibuktikan secara saintifik dimana bulatan yang mengelilingi bulan itu adalah hasil darpada pembentukan awan Sirus (cirrus) pada altitud yang tinggi. Awan Sirus (cirrus) dan Sirus Stratos (cirrustratus) merupakan awan bertekanan rendah yang membawa lembapan. Awan ini juga mengandungi kristal-kristal ais yang memantulkan cahaya bulan dan membentuk gelang ini. Dengan memerhatikan jumlah bintang yang terdapat didalam pergelangan ini, anda boleh meramalkan berapa lamakah tempoh hujan ini bakal melanda. Diandaikan bahawa sebiji bintang bersamaan 24 jam lamanya. Ada sesetengah tempat yang berlainan mempunyai tempoh 12 jam. Anda bolehlah memerhati dan mengkaji ketepatannya dari tempat anda sendiri.

Sesetengah orang pula mempercayai bahawa bentuk dan kedudukan bulan sabit juga mempengaruhi hujan. Jika kedua-dua hujung bulan sabit mendongak keatas iaitu membentuk seperti mangkuk, maka ia samalah seperti sedang mengumpul atau menakung air kedalam mangkuk, dan jika kedua-dua hujung bulan sabit itu berada disebelah tepi, maka ia menunjukkan air sedang ditumpahkan dan hujan akan menimpa. Untuk menentukan kesahihannya, anda kenalah selalu memerhatikan perbuhan yang terdapat pada bulan dan kesannya terhadap cuaca dan keadaan.

“If the moon's face is red, of water she speaks.” ini adalah kata-kata Zuni Indians of the Southwest ada kebenarannya. Warna bulan menjadi merah adalah disebabkan oleh habuk dan kelembapan yang diangkat naik pada tekanan udara yang rendah. Carta berikut merujuk kepada masa perubahan fasa bulan seperti fasa bulan baru, suku pertama, bulan penuh dan suku akhir. Bergantung kepada bila perubahan fasa ini berlaku maka perubahan kepada cuaca juga turut berlaku kepada beberapa hari yang berikut seperti yang terdapat didalam carta berikut :

Matahari

Walaupun matahari tidak digunakan sebagai ramalan sekerap bulan, namun masih terdapat beberapa tanda yang kita harus ketahui. Jika pada waktu tengahari kita mendongak kearah matahari dan kita dapati terdapat pelangi ataupun lingkaran putih mengelilingi matahari, samalah seperti bulan tadi dimana cuaca kurang baik. Ia juga dikenali sabagai "Sun Dogs" dan bersedialah untuk mengalami perubahan cuaca secara drastik dalam tempoh 12 hingga 24 jam berikutnya. Sekiranya keadaan "Sun Dogs" ini berlaku pada waktu cerah maka bersiap sedialah untuk menerima cuaca ribut dan jika cuaca suram pada ketika itu, cuaca tenang akan tiba.
Matahari Merah- Matahari berwarna merah pada waktu terbit dan senja menunjukkan keadaan persekitaran yang kering. Kita sering terkeliru dengan keadaan langit merah pada waktu pagi dan senja.

Langit Merah

Langit yang merah pada waktu dan senja merupakan suatu fenomena yang indah dan menakjubkan. Dengan membuat ramalan sendiri mengenai fenomena ini, anda boleh menjadi paramal yang baik untuk ramalan jangka pendek. Pepatah Inggeris lama ada mengatakan

“Red sky at night, sailors delight, Red sky at morning, sailors take warning”; or “Evening red and morning gray, sends the traveler on his way. Evening gray, morning red, brings the rain down on his head."

Pada waktu pagi, langit merah berlaku kerana pancaran matahari yang bersinar melalui zarah-zarah habuk dan lembapan pada tekanan yang rendah. Maka janganlah keliru dengan langit merah dan matahari merah pada waktu pagi. Kerana jika matahari berwarna merah dan langit berwarna biru seperti keadaan biasa pada waktu pagi menunjukkan cuaca yang baik pada hari itu. Jika langit merah pada wakt pagi pula berlaku sebaliknya.

Pelangi

"Halo" ataupun gegelang yang terdapat pada bulan dan "Sun Dogs" pada matahari kedua-duanya juga sama seperti pelangi. Pelangi juga memantulkan cahaya dimana cahaya yang melalui zarah-zarah air memecah dan menghasilkan pelbagai warna iaitu pelangi. Pergerakan pelangi pada sebelah pagi yang bergerak menuju ke Barat menunjukkan hujan akan menimpa dan apabila pelangi berada pada arah matahari terbenam menunjukkan hujan beransur pergi dan cuaca cerah akan berganti.

Tekanan Atmosfera

Apabila berlaku perubahan pada tekanan udara dipersekitaran anda, sudah pasti ia berhubung kait dengan cuaca dan keadaan persekitaran.
Apabila anda baru sahaja keluar dari kawasan berpaya dan bau air paya itu lebih kuat daripada biasa, kita boleh menjangka bahawa hari akan hujan. Ini adalah kerana tekanan udara yang rendah menyebabkan gas metana terperangkap dan terkumpul dibawah lapisan paya. Maka gas yang terbebas adalah lebih banyak daripada biasa. Sebaliknya, jika cuaca cerah dan panas, bau paya tidak berapa ketara kerana tenan udara yang tinggi dan ringan sentiasa membebaskan gas metana didalam lapisan paya tersebut. Gunung dan objek jauh lain kelihatan dengan lebih jelas dan seakan-akan hampir sedikit apabila keadaan udara persekitan lembap dan tekanan udara rendah.
Ulat bulu - caterpillarTekanan udara yang rendah menyebabkan partikel-partikel habuk yang terdapat didalam udara mendap ke bumi dan udara persekitaran menjadi lebih bersih, membolehkan anda melihat objek yang jauh dengan lebih jelas. Bila musim panas dan tekanan udara yang panas, atmosfera berkeadaan tebal dan habuk-habuk ringan diangkat dan berterbangan menyebabkan objek yang jauh kurang jelas kerana gangguan habuk dan berjerebu. Bunyi-bunyian seperti kicauan burung juga lebih jelas dan tajam didengar apabila cuaca ribut akan tiba kerana bunyi pada masa cuaca kurang baik lebih mudah dipantul balik ke bumi serta menambahkan lagi jarak bunyi tersebut. Burung dan kelawar pula lebih kerap terbang rendah pada masa sebelum hujan kerana tekanan udara yang rendah dan nipis. Mereka lebih gemar terbang pada waktu cuaca panas dan baik keran udar yang ringan dapat membantu mereka untuk mengangkat badan mereka terbang tinggi. Apabila asap yang dihasilkan daripada bahan terbakar naik menegak dan tinggi menandakan cuaca panas dan tenang, manakala apabila asap merayap rendah dan meleret dipermukaan menandakan tekanan udara rendah dan lembap menandakan hujan akan tiba.
Sebenarnya apa yang berlaku kepada asap tersebut samalah seperti apa yang berlaku keatas kelawar dan burung yang terbang rendah dan gas metana yang terperangkap didalam lumpur adalah disebabkan oleh tekanan udara yang rendah dan lemah.

rhododendrons pada cuaca sejukrhododendrons pada cuaca sederahanarhododendrons pada cuaca panas

Tumbuhan Dan Haiwan

Tumubuhan dan haiwan adalah satu petanda kepada alam yang tidak boleh lagi dipertikaikan. Kerana anugerah Tuhan yang diberikan keatas haiwan untuk mempunyai 'instinct' kepada alam merupakan salah satu anugerah yang menakjubkan. Tingkah laku anjing dan kucing sering berlainan apabila ribut kuat akan melanda. Burung akan lebih awal balik ke sarang masing-masing dan mencari makanan dengan banyaknya sebelum hujan tiba. Bunga keti, Dandelion, pokok tulip dan sejenis dengannya akan menguncupkan kelopak bunganya sebelum hujan turun. Cendawan dan lumut akan bertambah banyak apabila keadaan persekitaran menjadi lembap.

Petanda Lain?

Sebenarnya banyak lagi petanda lain yang boleh kita perhatikan dan kaji sendiri, kerana jika benar-benar kita teliti dan amati perbuhan-perbuhan yang berlaku kepada alam persekitaran sebelum dan selepas sesuatunya kejadian alam itu memang menyeronokkan dan menakjubkan kerana sesuatu yang berubah kepada kejadian alam sekitar berhubungkait dengan cuaca. Jadilah seorang peramal cuaca yang baik kerana ia boleh menjadi penyelamat kepada diri anda apabila melakukan aktiviti di luar. Semoga Berjaya!

Kembali Ke Back to Basics


Muka Hadapan (Home)
Copyright © 1999-2000 Huzaimi - Out Coverage, All Rights Reserved.