Maktab Perguruan Keningau menawarkan program-program yang melibatkan
pelbagai bidang dan opsyen. Program-program yang ditawarkan adalah:
- Kursus Diploma Pendidikan Malaysia (DPM)
Program latihan selama 3 tahun untuk menyediakan guru-guru sekolah
rendah. Pelatih-pelatih berkelulusan SPM atau STPM. Opsyen-opsyen
yang ditawarkan termasuk pengajian Matematik, Sains, Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Pengajian
Islam, Seni dan Pendidikan Jasmani;
- Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Latihan selama 1 tahun untuk membolehkan pemegang ijazah sarjana
muda dalam bidang bukan pendidikan untuk menjadi guru-guru sekolah
menengah. Opsyen-opsyen yang ditawarkan termasuk pengajian Matematik,
Sains, TESL (6 bulan), Geografi dan Sejarah;
- Kursus Dalam Cuti (KDC KPLI, KPLD dan DPM )
Program latihan yang dikendalikan semasa cuti sekolah untuk
membolehkan guru-guru sandaran yang tidak terlatih dari sekolah
rendah untuk mendapatkan diploma pendidikan. Opsyen-opsyen yang
ditawarkan termasuk pengajian Matematik, Sains, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, dan Pengajian Islam;
- Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu
Kursus jangka pendek 14 minggu untuk melatih guru memajukan
kemahiran mereka dalam sesuatu bidang. Kursus-kursus yang
dikendalikan termasuk Sastera, Sains dan Matematik.
- Kursus dalam Perkhidmatan Khas (KDPK)
Program latihan satu tahun untuk guru terlatih menumpu kepada
sesuatu bidang. Guru-guru ini bila tamat pengajian boleh memohon
untuk melanjutkan kepada program ijazah muda samada di universiti
temaptan atau luar negeri. Guru-guru yang lulus program ini akan
terus masuk ke tahun kedua. Opsyen-opsyen yang ditawarkan ialah
Sains dan Matematik;
- Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Persediaan PKPG
Kursus persediaan peserta-peserta kursus untuk mengikuti
pengajian PKPG dalam bidang Sains dan Matematik.
- Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK)
Kursus satu tahun dalam bidang Bahasa Melayu, TESL, Sains dan
Matematik untuk guru-guru sekolah
di seluruh Sabah.
Pengambilan kesemua bidang di atas dikendalikan oleh Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur). |