|

|
| Maktab Perguruan Keningau telah menyediakan kemudahan asas dan
rekreasi untuk kegunaan semua guru pelatih dan kakitangan maktab: |
Asrama
Penginapan di asrama adalah disediakan untuk guru pelatih yang ingin
tinggal dalam kampus. Terdapat 3 blok asrama 3 tingkat yang mempunyai tempat untuk
300 orang pelatih lelaki dan 400 orang pelatih perempuan. Tempat kediaman adalah dalam bentuk
domitori dengan semua kelengkapan asas seperti katil, tilam, meja
belajar, almari, tempat letak kasut dan rak buku.
|
 |
 |
Kolej
Kediaman Lelaki |
 |
 |
Kolej
Kediaman Wanita |
Pada masa lapang, pelatih boleh menikmati kemudahan TV dan
permainan dalaman di ruang lega.
Kafeteria
Kafeteria maktab boleh memuatkan lebih kurang 200 orang. Sarapan pagi, makan tengah
hari, makan malam dan makanan ringan adalah disediakan dari pukul
6.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
|
 |
|
| |
|
|
|

|

|
Pengangkutan
Biasanya pelatih mengunakan pengangkutan awam ke pekan. Untuk tujuan rasmi seperti aktiviti maktab dan praktikum
maktab mempunyai 3 buah bas 44-penumpang, sebuah coaster
25-penumpang dan sebuah Toyota land Cruiser.
|
Pusat Sumber
Pusat Sumber maktab mengandungi 3 bahagian: perpustakaan, Sudut
Siber dan bahagian audio/video. Bahagian Perpustakaan terdiri
daripada rak terbuka dan bahagian rujukan. Kapasiti duduk
perpustakaan ialah lebih kurang 200 orang. Sudut siber terdiri
daripada 2 komputer multimedia yang disambungkan kepada Internet. Bahagian Audio/Video boleh
duduk 40 orang pelatih dengan sebuah TV berukuran 31" dan set
video. Terdapat juga pita video dan CD untuk pinjaman. Selain itu,
Pusat Sumber juga menawarkan kemudahan fotostat.
|
 |
 |
| |
|
|
Makmal Komputer
Maktab mengandungi 3 makmal komputer dengan sejumlah 85 buah
komputer semuanya dengan kemampuan multimedia. Semua makmal komputer
digunakan untuk kelas Teknologi Maklumat dan kemudahan komputer juga
diberikan untuk kegunaan pada masa luar kuliah, terbuka kepada semua
staf dan pelatih. Kursus pendek dan sederhana dikendalikan pada masa
ke semasa.
|

|
 |
| |
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
|
| |
|
|
|
Sukan dan Rekreasi
Maktab Perguruan Keningau mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik seperti
gelanggang tennis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar,
padang bola jaring, bola baling, pada bola sepak & hoki,
gelanggang badminton dan sebuah gimnasium.
|
|