Bookmark laman ini Site Map Contact Us
  Realising The Networked State Vision         ::  Sabah.Net |  Pengenalan   | Penyelesaian  :: Isnin, 8-Sept-2008       English | Bahasa Melayu

Digital Heritage Sdn. Bhd.Mengiklan bersama kami
Features
Pengaduan Awam
Hompej Pelanggan
Pusat E-Kad
Webmail
E-Gov
eMas
ComNet
Edu.Net
   
Helpdesk
   Pengurusan Akaun
   Manual Pengguna
   Soalan Lazim
   Status Sistem
   Laporan Masalah
   
About Sabah.Net
   Mengenai Sabah.Net
   Perkhidmatan
   Polisi
   

Amaran Virus / Virus Alert



Sabah.Net: Soalan Lazim: Rangkaian



Maklumat Lanjut:

Rangkaian

Bolehkah saya menyimpan akaun Internet dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers) yang lain seperti TMnet atau Jaring?

    Sudah tentu. Sabah.Net tidak manghalang anda untuk mencapai Internet hanya dengan akaun Sabah.Net. Anda boleh menyimpan akaun Internet anda dari Penyedia Perkhidmatan Internet yang lain.

Adakah akaun Sabah.Net saya benar-benar percuma?

    Ya, semua akaun Sabah.Net adalah percuma. Bayaran yang perlu anda jelaskan hanyalah bil capaian anda (apabila anda mendail ke talian Sabah.Net untuk mencapai Internet) yang dikenakan oleh Telekom Malaysia. Yuran ini dicajkan ke dalam bil telefon anda sebagai panggilan tempatan. Ia berharga 3 sen seminit untuk membuat capaian ke Sabah.Net. Sila rujuk kepada laman Produk dan Perkhidmatan untuk maklumat selanjutnya mengenai pembayaran.

Apa faedahnya jika saya melanggan kepada Sabah.Net?

    Para pengguna Sabah.Net akan dapat menikmati capaian eksklusif ke aplikasi-aplikasi dan kandungan-kandungan Intranet. Berikut adalah sebahagian kecil daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang akan anda terima tidak lama lagi:-

    • Sistem Papan Kenyataan, di mana anda dapat mencari dan mengepos tawaran kerja, acara semasa di Sabah, pengumuman dan banyak lagi

    • E-fora (forum elektronik), di mana anda boleh mengadakan perbincangan on-line di mana saja anda berada, pada bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia, asalkan anda mempunyai capaian ke Internet dan Intranet

    • Faksimili On-line, dengan caj sama dengan panggilan tempatan apabila anda mengefaks ke mana sahaja di Sabah

    • Sistem tender on-line kerajaan dan komersil

    • Aplikasi pendidikan, di mana anda boleh membuat tempahan di sekolah-sekolah rendah/menengah/pendidikan tinggi untuk diri anda atau anak-anak anda, mendapatkan tutor on-line, menempah dan mencari buku-buku di Perpustakaan Negeri Sabah, atau memeriksa keputusan peperiksaan PMR/SPM anda on-line

    • Aplikasi perdagangan elektronik, di mana anda boleh membuat pemindahan wang secara elektronik, tuntutan insurans on-line, tempahan on-line ke hotel-hotel dan agensi pelancongan, perkhidmatan tawaran (bidding)

    • dan sebagainya...

    Untuk organisasi-organisasi dan syarikat-syarikat yang berminat untuk menempatkan aplikasi-aplikasi mereka dalam Sabah.Net, berikut adalah sebahagian daripada feadah-faedahnya:-

      Perangkaian 'Enterprise' : Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi boleh mendirikan rangkaian 'enterprise-wide' yang terjamin di Sabah.Net

      Aplikasi dan Kandungan Intranet : Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi boleh mendirikan aplikasi serta kandungan Intranet mereka sendiri dan membuatkannya dicapai dengan serta-merta kepada para pengguna yang berkenaan melalui infrastruktur Sabah.Net yang terjamin.

      Aplikasi dan Kandungan Internet : Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi juga dapat menempatkan aplikasi dan kandungan Internet mereka di dalam Ladang Server Internet Sabah.Net, tanpa memikirkan keperluan untuk melabur dalam kemudahan alatan dan infrastruktur yang lain.

Apakah jenis-jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sabah.Net?

    Sabah.Net menawarkan produk dan perkhidmatan yang berikut melalui Pentadbir dan Operator Sistem Sabah.Net. Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan untuk sektor awam dan swasta, sektor pendidikan, organisasi-organisasi sukarela dan bukan kerajaan, serta orang awam.
    • Perkhidmatan Capaian dan Langganan Sabah.Net
    • Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi Sabah.Net
    • Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi Sabah.Net
    • Perkhidmatan Pengurusan Rangkaian
    • Perkhidmatan Tambahan Sabah.Net
    • Perkhidmatan Perundingan Sabah.Net
    • Perkhidmatan Latihan Sabah.Net
    • Perkhidmatan Pendaftaran IP dan Nama Domain Sabah.Net (untuk Intranet)

Bolehkah saya mencapai Internet melalui Sabah.Net?

    Ya. Sebagai pengguna Sabah.Net, anda boleh mencapai Internet melalui Sabah.Net. Anda perlu membuat konfigurasi ke atas seting server proksi di browser anda sebelum anda dapat mencapai Internet. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Konfigurasi Proksi Sabah.Net.

Adakah Sabah.Net mempunyai polisi-polisi tertentu mengenai penggunaan Sabah.Net?

Apa yang harus saya lakukan jika mel saya telah melebihi kuota?

    Mel anda telah melebihi kuota apabila anda menerima mesej yang disertakan dengan tajuk :"Warning -- QUOTA EXCEEDED". Sekiranya anda tidak lagi menerima mesej tersebut setiap kali anda membaca/download mail yang seterusnya, ini bermakna kuota anda telah di kembali ke asal dan anda tidak perlu melakukan sebarang tindakan. Jika mesej tersebut diterima secara berterusan setiap kali anda mencapai/membaca mel anda, bermakna anda perlu mengosongkan kembali mel kuota anda. Langkah pertama, pastikan anda tidak meninggalkan salinan mesej anda ke dalam server selepas capaian mel. Untuk memansuhkan fungsi ini. sila lakukan yang berikut:

    Melalui Netscape Messanger, klik pada menu Edit -> Mail & Newsgroups -> Mail Servers -> klik butang Edit -> pergi ke ruangan POP -> padamkan tanda "tick" (kosongkan kotak) pada "Leave messages on server" -> klik OK sehingga anda kembali ke Inbox anda.

    Melalui Outlook, klik pada menu Tools -> Accounts -> pergi ke ruangan Mail -> klik dua kali pada akaun mel anda (yang telah melebihi kuota) -> pergi ke ruangan Advanced -> pada bahagian Delivery , padamkan tanda "tick" (kosongkan kotak) pada "Leave a copy of messages on server" -> klik OK -> klik Close.

    Sekarang anda boleh mencapai/membaca mel anda semula. Anda tidak akan menerima mesej "Warning -- QUOTA EXCEEDED" lagi. Ini bermakna kuota mel anda telah dikosongkan.

Bolehkah saya membuat aplikasi yang ditempatkan di Sabah.Net?

Bagaimana untuk menghubungi Sabah.Net?

Bagaimanakah saya boleh mengetahui kelajuan capaian internet komputer saya?

    Sila klik di sini untuk mengetahui kelajuan talian capaian anda.


   




Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster@sabah.net.my