Bolehkah saya mengemudi laman Web melalui Sabah.Net?
Boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu membuat
konfigurasi seting server proksi di browser anda. Sila rujuk laman
Konfigurasi Sabah.Net.
Bolehkah saya melayari laman Web Sabah.Net melalui Internet?
Ya, laman Web Internet Sabah.Net
yang bermula dengan "www" dan terletak di Ladang Server Internet boleh dilihat oleh semua
pengguna Internet di mana sahaja mereka berada. Para pengguna Internet boleh mencapai laman
http://www.sabah.net.my.
Bolehkah saya menghantar dan menerima mel elektronik Internet melalui Sabah.Net?
Boleh. Alamat mel elektronik Sabah.Net yang disediakan
untuk anda boleh digunakan untuk mel-e Intranet dan Internet.
Bolehkah saya mencapai perkhidmatan-perkhidmatan Internet yang
lain melalui Sabah.Net?
Pada masa ini, para pengguna hanya boleh mencapai
Web, mel Internet dan IRC (Internet Relay Chat) melalui Sabah.Net. Walau bagaimanapun, perkhidmatan
Internet yang lain akan disediakan kepada para pengguna secara berperingkat tidak lama lagi.