Sabah.Net: Soalan Lazim: Penempatan Data & Aplikasi
Penempatan Data & Aplikasi
Apa itu Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi?
Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi (juga dikenali sebagai Perkhidmatan Penempatan Laman Web) ialah sejenis perkhidmatan untuk para pelanggan Sabah.Net untuk menempatkan laman web serta data dan aplikasi dalam server Sabah.Net, untuk membolehkan capaian oleh para pengguna Internet amnya dan Sabah.Net khasnya. Contoh maklumat-maklumat yang boleh ditempatkan ialah seperti laman web, pangkalan data, aplikasi interaktif, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi di bahagian Produk dan Perkhidmatan.
Siapa yang berhak menempatkan data dan aplikasi di Sabah.Net?
Apakah perbezaan Ladang Server Internet dan Ladang Server Intranet di Sabah.Net?
Ladang Server Internet diletakkan di zon Internet di luar kawasan "firewall" Sabah.Net untuk capaian Internet secara am, dan Ladang Server Intranet diletakkan di zon Intranet yang berada di dalam kawasan "firewall" Sabah.Net untuk capaian para pengguna Sabah.Net sahaja.